May 31, 2010

Kami Bersamamu...



Bantahan dimana2...di Jordan dan Turki rusuhan besar2an...dan di Amerika dan Britain sendiri.
Negara kita...hanya ini yg termampu...dan Ana hanya mampu berdoa...
"Doa Rabitah kami tetap bersama..."

Ghazah: Kau Dekat Dihatiku

Hari ini rasa sedih,sayu dan marah menyelubungi perasan ini. Sedih dan sayu mengenangkan saudaraku di Ghazah dihimpit derita sedang bantuan luar diserang dan rakan Arab diam 1000 bahasa. Marah kerana Israil Laknatullah mezalimi dan mengesahkan merek adalah pengganas sebenarnya...tetapi dunia bisu dan keliru. Setiapa detik-detik cemas aku ikuti dari pagi melalui internet. Tengah hari, aku sempat menggunakan masjid Mizan untuk memberi ceramah utk semua pensyarah dan pelajar yg hadir berjemaah. Hanya itu yg aku termampu lakukan agar mereka rasai apa yg saudara kita rasasi disana.

31 Mei: (12.30 tengah hari waktu Malaysia) – Israel dilaporkan telah merampas kapal-kapal konvoi Freedom Flotilla. Dilaporkan jumlah kematian meningkat kepada 16 orang dan lebih dari 30 orang cedera ketika pasukan Israel menyerang kapal-kapal Freedom Flotilla pada Isnin (31/5) pagi, menurut laporan dari Radio Tentera Darat Israel.
Konvoi kemanusiaan itu diserang ketika menghampiri 65km dari pantai Gaza. Mereka juga berkata kapal-kapal itu sekarang sedang ditarik ke bandar Haifa Israel, bukan ke Asdod untuk mengelakkan wartawan menunggu di sana.
Wartawan Al Jazeera, Elshayyal Jamal yang berada dalam kapal Mavi Marmara, mengatakan bahawa tentera Israel telah menggunakan peluru hidup saat mereka memasuki dan merampas kapal.
Menurut wartawan Ayman Mohyeldin dari Al Jazeera yang melaporkan dari Baitulmuqaddis, berkata tindakan Israel itu mengejutkan.
“Semua gambar yang dipaparkan dari para aktivis di kapal-kapal menunjukkan dengan jelas bahawa mereka adalah warga awam dan bertujuan membawa misi kemanusiaan dengan bekalan perubatan di atas kapal. Tindakan Israel ini pasti akan mengejutkan masyarakat antarabangsa atas apa yang telah mereka lakukan.” katanya.
Saat ini ribuan masyarakat Turki mengadakan demonstrasi aman di hadapan kedutaan Israel.
Untuk makluman, seramai 8 orang wakil sukarelawan dari Malaysia berada dalam konvoi kemanusiaan tersebut di atas kapal Mavi Marmara yang diketuai oleh Sdr Noorazman Shamsudin dari HALUANPalestin bersama 4 orang lagi juga dari HALUANPalestin dan baki dari Yayasan Amal Malaysia, Jamaah Islah Malaysia (JIM) dan Muslim Care. Pihak Sekretariat Pengurusan Krisis-Lifeline4Gaz a (CMT-LL4G) Malaysia masih belum menerima sebarang berita akan situasi dan keadaan mereka di sana memandangkan jalur perhubungan dengan pihak kapal telah terputus.

terkenangkan sajak Dr. Qardhawi

Demi Allah! Kezaliman tidak mungkin mengalahkan dakwah walaupun sehari
Sejarah membuktikan benarnya sumpahku ini
Ikatlah tanganku dengan besi berduri
Pukullah tulangku dengan tongkat dan tali
Tetaklah tengkukku dengan pisau belati
Tidak mungkin mereka berjaya membelenggu fikrahku wakaupun sedetik
Atau mencabut imanku dan memadam cahaya keyakinanku
Cahaya itu berada di dalam qalbuku
Dan qalbuku berada di dalam genggaman Tuhanku
Tuhanku penolongku dan pembantuku
Aku akan terus hidup bergantung pada tali imanku
Dan mati dengan senyuman
Demi dinku hidup dan berkembang

"Doa rabithah dan qunut nazilah utk sahabatku disana"

May 26, 2010

Istiwa Matahari Atas Kaabah


JOM.. Tentukan arah kiblat dengan mudah dan paling tepat.

Sekali lagi matahari dan bumi berada pada kedudukan yang cukup unik, dan sudut yang cukup tepat dan sesuai bagi umat Islam untuk menyemak kembali arah kiblat kita.Pada jam 5.16 PM , 28 Mei 2010 nanti (Jumaat ini), Matahari berada tegak di atas Kabaah di Masjidilharam Mekah.
Fenomena yang dikenali sebagai istiwa matahari ini merupakan satu anugerah Allah SWT yang diberikan kepada manusia di Bumi untuk kembali mengingati kebesaran dan kekuasaanNya mentadbir pergerakan apa yang ada di langi dan bumi untuk kegunaan manusia umumnya.
"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan penggantian siang dan malam terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang berakal""(iaitu) orang yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk dan dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), "Wahai Tuhan Kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia; Mahasuci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka"(Surah Al-Imran: Ayat 190-191).

Ada yang bertanya, mengapa bersusah-payah berjemur tengah panas mencari kedudukan kiblat, lebih baik guna kompas.Jawapan agak mudah. Kompas berfungsi berdasarkan medan magnet bumi. Namun, jika ada sumber medan magnet yang berdekatan (seperti besi, tv dll) , penunjuknya akan terpesong dan menunjuk ke arah lain. Jika kita tidak berhati-hati ia akan memberi kesan kepada arah yang hendak dicari.Objek-objek di angkasa merupakan sebaik-baik petunjuk arah kerana ia tidak terpesong walau sedikit pun.Jaminan Allah SWT yang telah diberikan dalam ayat Quran di bawah:
“Dan Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Masing-masing dari kedua-duanya itu beredar (yasbahun) dalam falaknya.” (Surah al-Anbiya: 33)
“Dan bukan matahari mendahului bulan dan bukan juga malam mendahului siang. Mereka beredar (yasbahun) dalam falak sendiri.” (Surah Yaasin: 40)

Maka itu, buanglah perasaan ragu-ragu anda. Kaedah falak tradisional ini lebih 'mesra pengguna', dan mudah untuk dipraktikkan. Malah kaedah istiwa matahari ini telah diketahui lebih 3000 tahun dahulu!

Kembali kepada fenomena yang akan berlaku Jumaat ini, tepat pada jam 5.16 PM, matahari akan bergerak dan berada pada kedudukan tepat di atas Kaabah. Jika kita berpeluang berada di Masjidilharam ketika itu, kita akan lihat Kaabah (serta apa yang berdiri tegak di persekitarannya, seolah-olah tidak ada bayang-bayang.Ketika itu, waktu di Mekah ialah 12.16 tengahari.Oleh itu, pada saat itu, jika kita di Malaysia pandang ke arah matahari, bermakna kita sedang menghadap tepat ke arah kiblat.

Cara untuk menentukan kedudukan ini ialah dengan menggunakan bayang-bayang tiang atau dinding bangunan atau apa-apa yang tegak 90 darjah sebagai panduan. Atau anda boleh ambil seketul batu dan digantingkan dengan tali/benang. Garisan bayang-bayang yang terhasil akan terarah tepat ke Mekah.

Oleh itu, jangan berlengah lagi. Jom kita periksa sekali lagi arah kiblat pada 28 Mei ini.
NOTA: Fenomena yang sama akan berulang pada 16 Julai 2010, jam 5.28 PM.Wallahualam

May 25, 2010

Meraba Cinta....



(posting terpanjang dengan isu kontravesi-jangan jemu baca)

Tajuk posting kali ini sedemikian rupa kerana dalam minggu ini ada cerita mini yg datang bertimpa. Tiba2 datang pengaduan dari insan terdekat dan anak2 dimizan. Juga Utk kes-kes berubat: ada yg jauh dan yg dekat. Yg jauh tu pakai remote SMS sajerlah. Telefon kadang2 sampai panas telinga sebab lama. Apa nak dikatakan bila sebahagian diri dan masa kita sudah jadi milik orang. Yg menariknya kebanyakan kes-kes minggu ini adalah melibatkan kounseling.

Kes ganguan makhluk halus: Ada satu kes dimana sekeluarga yg tinggal berjiran adik beradik telah dikhianati. Lima saudara sekali tak sedarkan diri. Yg mengkhianati mereka saudara terdekat juga. Keluarga ini di sihir kerana engan menarik balik laporan polis terhadap seorang saudara mereka yg telah merogol 2 orang anak saudara simangsa ini. MasyaAllah bukannya ana nak cerita pasal konflik keluarga ni tetapi…cerita ini punya pengajaran yg banyak. Ini menunjukkan manusia jahil jahil sanggup mengkhianati saudara sendiri dengan mengambil hiblis sebagai alat sembahan. suDah lah buat syirik tetapi yg nak dikhianati tu adik beradik sendiri. Alangkah jauhnyanya menyimpang masyarakat kita hari ini. Tidak dapat bezakan antara laknat syirik dan hak sesama muslim terutamanya hak2 sesama saudara sendiri. Dendam kesumat, nafsu meraja lela, kejahilan membuta, syirik adalah amalan biasa, ambil syaitan sebagai sembahan utk berbuat khianat sesama saudara sendiri.Pelik betul, Kadang susah nak di percayai bila berdepan dgn kes2 macam ini. Tetapi itulah hakikatnya; sesatnya masyarakat kita, jahilnya mereka dan tenatnya kefahaman agama. Makanya masih banyak lagi t/jawab para daie’ utk mengubah masyarakat yg jahil-murakab ini. Kesempatan menyeru kebaikan (dakwah) ana gunakan bila berinteraksi dengan mereka

Utk kes ke2: Kes kounseling minggu ini tak kurang menariknya: melibatkan tema yg paling berpengaroh kepada sepsis homosapien ini, iaitu masalah “CINTA”. Memang kehidupan manusia sangat dipengaruhi cinta ini. Taj Mahal dibina atas nama cinta. Istana Agra tersergam indah atas bukit menghadap laut mediteranien di Turki juga dibina atas nama cinta ini. Tertegaknya Islam di bumi ini juga kerana ada umat yg memiliki cinta ini…cinta kepada Allah. Tetapi runtuhnya satu dinasti di china juga akibat dari cinta juga. Hmmm hebatnya cinta ini. Dengan cinta manusia dipersilakan masuk dalam syurga dengan payung kerahmatan Allah. “Kembalinya jiwa yg penuh dengan cinta kepada cinta dan dicintai… dalam redha dan meredhai”

Ana dah minta izin dengan ampunya respondant cerita cinta ini. Kerana pad ana banyak sekali pengajaran yg kita boleh pelajari darinya kasus cerita ini.

Ana petik SMS Hamba allah ini S (bukan nama sebenar). SMS ini adalah antara banyak SMS yg ana terima. ”Kembara mencari AKU, persis sedekad yg pergi, kembara abid dlam perjalanan yg panjang ini tertewas jua. Abid bukan mencemuh diri…namun abid tewas…takut dan akhirnya semua yg abid harapkan tersungkur hanya dalam beberapa detik sahaja. Kecewa abid tidak terhenti disitu saja kerana dalam dirinya ada persimpangan yang yg panjang. Setiap satunya abid dibayangi kekesalan. Abid seharusnya menjauhi dari ruang ketakutan dengan benteng iman seteguh karang walau ombak ganas membadai perasaan. Kini abid pasrah kerana cinta itu kian hilang dlam dirinya…Abid lemah. Abid tak pasti dimana abid saat ini. Terumbang-ambing lemas.. hanyut ditengah lautan dipukul ombak yg kencang dan ganas. Abid tak berdaya lagi..langkah kakiku sangat lemah…dilautan tangan abid terkapai-kapai mencari pautan namun abid terus tengelam… Dia pergi jua, walau sedetikpun abid tak pernah impikan. Sekelip mata abid ditinggalkan. Walaupun hari hari sebelumnya kemesraannya jelas terpancar. Abid cuba melangkah dengan separuh kegagahan, namun sebelum menapak abid jatuh lagi… Benar, abid benar lemah. Abid pun tahu abid adalah segala-galanya bagi dirinya, tetapi dia tewan dlam ruang lingkup yg bukan sekadar mendesak malah menghimpit kuat emosi dirinya.Apa yg mampu nyatakan…Ya Allah andai dia cahaya hidupku…andai dia adalah bagi ku rahmatilah kami berdua.”

Begitulah salah satu SMS terpanjang yg pernah ana terima selama ini. Terkejut juga bila terima sms dari..S Berkali-kali dia call...tapi ana tak punya masa utk mendengarnya.. hingga 1 pagi semalam sempatlah ana luangkan masa lama sikit utk melayan luahan perasaannya. Suaranya yg tersekat2 membayangkan kekecewaan yg menusuk, kegoncangan hatinya amat dasyat, persis tangisan yg dipendam. Wahhh lemah juga hati lelaki ini bila terjebak dalam soal cinta.Ish...ish.. Rapuhnya jiwa sang lelaki yg tengah menyiapkan theses PhDnya. Rasa tak sangka jugak pada mulanya sebab ana kenal rapat dengan S yg sangat kuat agamanya. Tetapi inilah bahananya yg dikatakan CINTA ini. Bisa meruntuhkan jiwa dan juga membangunkan jiwa sekelip mata. Kami berbual hampir sejam . Perbualan ini seperti antara adik dengan abang. Nasihat yg ana berikan pun seperti menasihati diri sendiri. Keesokan harinya banyak lagi SMS menyusul diantaranya.

“Ya Allah kurniakan kepada ku kesabaran dalam menempuh ujian dariMU, ya Allah kurniakan kebaikan isteri dan anak2ku dan kepada mereka yg pernah bersamaku… Ya Allah ikhlaskanlah aku dalam beramal dan jangnlaj masukan aku dalamgol org2 yg menzalimi orang lain. Ampunkanlah mereka yg pernah menzalimi hidupku dan bahagiakanlah mereka…Amin.” Dan “Ya allah kau telah mencampakkan kedukaan kedalam hatiku…justru hanya kau yang mampu menyembuhkan kedukaan itu…amin”

Malam kedua (malam tadi)Ana terima pangilan lagi dari S. Kali ini perubahan jiwanya drastic sekali. Keresahannya telah bertukar kepada keriangan, syukur dan Nampak arah sedar yg jelas dalam meletakkan cintanya. Alhamdulillah…bukannya berkat nasihat ana kepadanya tetapi memang pintu kefahaman sudah tersedia dalam dirinya…Cuma semasa badai melanda pintu itu tertutup rapat sementara emosinya tak ternmpak utk di buka. Senentar tadi ana terima lagi SMS darinya menunjukkan dirinya telah kembali waras.
“Bukan mudah menongkah arus apatah lagi tiada tebing utk berpaut…badai menghentam dari kiri dan kanan. Kekuatan bermula dari kefahaman dan kefahaman dipoandu oleh iman. Bukan takbur tapi aku bersyukur Berjaya Berjaya menempuhi badai itu. Terimakasih tuhan kerana menunjukkan jalan. Engkau member dan mengambilnya semula. Kerana itu hak mutlakMu. Aku diuju dengan secebis duka, tetapi aku dikurnia dengan segunung permata. Apakah aku tidak bersyukur pada nikmatMu..”.
dan SMS terakhir sebentar tadi.
…” Bangkitlah jiwaku dari lara yg panjang kerana perjalanan jasadmu masih jauh.Hilangkah dukamu dengan sabar seorang sufi. Munajatlah aku disepertiga malam utk mengenali diri, aku dan keakuan. Menghitung dosa dan banyaknya balasan. ..duhai aku yg berkelana, sedarlah semuanya dari tuhan; Haruskah aku member alasan".

Ya Allah setitis airmata tidak kurela menitis kerana manusia...biarku titiskan dalam bicaraku ketika bersamamu, biar aku dipeluk oleh rahmatmu, biarku lena dalam dakapan kasihmu, biar aku dibuai oleh indahnya syurgamu. Biarku menangis kerana takutkan dosaku...ampunkanku ya Allah


Utk adiq S
Selamat jalan pulang ke utara
Drive baik2 tau…
Pulanglah…melabuhkan cintamu
Sesungguhnya muara cintamu ada di sana
Isteri dan anak2mu pasti sangat merindukanmu…
Aku tahu… musafirmu pulang digenangi air mata
...air matamu adalah air mataku jua
Resahmu resahku jua
Nafasmu lelah mimpiku juga payah
Jangan kerana cinta manusia
Kau campak kemanusiaa dan kehambaan
kau sesat dalam diri...siapa AKU?
Sesungguhnya isteri dan anakmu sangat sayangkanmu
Dalam darah mereka mengalir darahmu
Dalam tubuh anak2 mu melekat darah dagingmu

Hmmmm…PhD;
kadang terpisah dari isteri bahananya diuji
Perkara biasa lah tu diq…
Marilah kita mengukir senyum pada mentari hari esok…
Nahhh… di timur seberang bukit sana dia pasti terbit
Mari kita sapu awan yg memberikan hujan semalam
Sore petang ini biarkanlah ia pergi.
Kau meraba-raba cinta…akhirnya ketemu jua kan!
Sujudlah…syukurlah….sembahlah….dengan
Seluruh jiwa dan ragamu kepadaNya
Nanti ketemui CINTA…NYA
Biarkanlah dia pergi…jangan menangis lagi. Ok…
Tak sangka kan..insan hebat hampir tersungkur ditangga rumah cinta...
Ish...Ish...ish..hampir diperbodohkannya.
Kalau konvo PhD th depan tu…ingat-ingatlah ana niii…
Doakan semoga ana berjaya dapat PhD gak…
Bestkan buat PhD!!!!?

3.48 ptg
Jabatan R&D
IPGM Kampus Sultan
Mizan Besut, Terengganu.

Ana akan huraikan pengajaran dari kisah ini dalam posting akan datang

May 24, 2010

Peperiksaan Akhir Sementer

Minggu ini adalah minggu peperiksan bagi semua students. Kuliah sudah tiada lagi. Bilik2 kuliah kembali sunyi sepi, kampus sudah mulai berubah suasana. Seminggu lagi kampong halaman mulai menggamit para pelajar. Pahit jerih perjuangan selama 1 semester akan dicurah semuanya kedalam skrip jawapan peperiksan akhir ini. Hujung minggu depan mereka akan pulang ke kampong halaman melabuhkan cinta dan rindu kepada mak/ayah dikampung.

Tahniah kepada mereka yg telah tunaikan semua amanah dan berusaha keras sepanjang semeater. Kepada anak2, baba mendoakan kejayaan yg cemerlang utk antum. Kerana salah satu dari 10 muasafat yg hendak dicapai melalui terbiah ialah penguasaan dan memiliki Ilmu yang mantap. Maka belajar kerana dakwah dan hadaf yg jelas akan menjanjikannya pahala jihad. “Ya allah berikanlah kelapangan dan ketenangan kepada semua anak2ku untuk menjawab soalan peperiksaan. Mudahkanlah urusan mereka, terangkanlah hati mereka dan Ikhlaskanlah amal mereka. Masukanlah mereka sebagai hamba-hambaMu yg soleh lagi musleh. Bangkitkanlah mereka sebagai guru yg akan menghidupkan jiwa-jiwa anak pewaris bangsa ini dengan nur al-Quran. Jadikanlah mereka sebagai qudwah terbaik bagi umat ini”. Amin

May 18, 2010

Perginya Seorang Ukh....

“Dah selesai utk nya syeikh…Allah dah lepaskannya…Allah dah bebaskannya” itulah bisikanku sambil bahuny aku peluk, pipi kami saling bersentuhan. Bisikan ini yg sempat aku luahkan ditelinganya mudah-mudahanan tertulis dalam hatinya. Akh…ini ialah seorang yg aku sangat kenal dengannya. Lebih 10 tahun kami bersama2 dalam menguruskan SRI Aman. Kamai saling mengharungi duri dalam membangunkan SRI dan SMI Aman. Zaujahnya telah DIJEMPUT ilahi petang tadi setelah 3 tahun bergelut dengan makhluk bernama kenser. Seluruh tubuhnya seolah2 rosak dan tidak berfungsi pada saat akhir ini.

Ziarah:Aku sampai lepas maghrib di rumahnya..selepas bergegas pulang dari pejabat. Dalam suasana suram seluruh ahli keluarga dan rakan terdekat sibuk menguruskan persiapan terakhir sebelum Isterinya diusung menuju CintaNya. Umi telah datang petang tadi semasa arwah dimandikan dan dipakaikan Jubah. Katanya wajah ukhti sungguh berseri2…senyumnya. Cerita Umi...nampak macam kelam umi semasa menngungkapkannya. Aku lantas menyahut “orang mati begitu, Allah sudah ampunkan semua dosa dia”…Syahid…dengan sakitnya Allah nak ampunkan semua dosa-dosanya”. Kami sembang bersama anak2 pasal itu. Selepas maghrib anak ikut semuanya pergi ziarah keluarganya. “Anak2...kita pergi ziarah tu bukannya utk melihat si mati tetapi untuk kita jumpa anak yg ditinggalkannya. Kita ziarah untuk menghiburkannya”.

Solat jenazah dibuat di masjid telipot. Para jemaah memenuhi masjid sampai ke saf belakang..masyaAllah ramainya. Semua Ikh jauh dan dekat datang utk berikan penghormatan terakhir…Selepas solat aku berpeluang bertemu semua Ikhwah. Kalau tidak jarang2 boleh jumpa macamni… selepastu mereka semua ke Kubur Telipot untuk tunaikan hak terhadap simati.
“Setiap umat itu ada batas waktunya. Apabila datangnya ajal tidak akan didahului dan ditangguh walau sesat”.

BUKANKAH MATI ADALAH PENASIHAT BAGI KITA.
JADIKANLAH MATI ADALAH MUSUH ANGAN-ANGAN KITA!!!.
WAHAI DIRI...WAHAI JIWA...WAHAI MANUSIA YG SERING LUPA...

May 11, 2010

Riben kehidupan


11 Mei adalah antara hari-hari yang bermakna. Dari pagi terima SMS dari anka-anak. Petangnya Liqa’…dua orang ahli tak dapat datang, dua lagi datang lewat sedikit, so yg dapat hadir hanya 7 orang sahaja. Rupa2nya yang datang lewat tu ada sesuatu…rupa2nya mereka buat suprise. Tiba2 mereka datang dengan ucapan “happy birth day to U”…sambil bawa kek. Wahhh rasa terharu amat masa tu… Terimakasih anak2…moga Allah merahmati antum dan mengikat hati2 kita dengan Ukhwah fillah. Petang itu kami liqa’ sambil makan kek bersama. Terimakasih nak…

Riben Kehidupan; Menginsafi angka 44…

Di gurun kehidupan maha luas
Terlalu banyak yang dicari fikiran…
Rambut dibelah, tak jumpa benang pengikat
Dalam pikiran ratusan matahari terbit
Namun rahsia sebutir zarrah
Tak kunjung tersingkap…


Terimakasih tuhan… kerana memelukku dengan Cinta,
Menjadikan aku lena dalam fana…
kasturi membelai dada
Terimakasih Yaa Rabbi…
kerana anugerahMu… "rasa kehambaan"
mata batinku memandang sejuta kebesaran…keagunganMu ada dimana-mana
Muhammad (saw)
…wajahmu menerbitkan purnama dalam jiwa
Aku menjadi sangat rindu kepadamu…
aku masih ingat ketika aku menziarahimu.
..Hujan ribut memukul sebak dadaku waktu itu…
engkau bersaksikanlah wahai kekasih…
Terimakasih wahai ibu dan ayah
kerana telah berikan aku nama
Hingga aku memiliki kesabaran seorang nabi bernama Zulkefle
Terimakasih Isteriku tercinta…
setiamu dengan cinta menjadikanku gagah perkasa
Ittiba’ seiringan langkahku yg penuh ranjau..banyak duri ini…
Kau bebat luka yg berdarah…kau berikan ubat pada nafasku yang lelah
Nanti kita bertelekang atas dipang-dipang…dihari yg tiada siang dan malam
Terimakasih anak2…
engkaulah bunga kehidupan
duka-sendamu adalah sarimadu dari alya
Meriba harap dan hasrat penyambung zuriat…
pewaris perjuangan, risalah kenabian
Anak2… pada dirimu melekat darah-dagingku…
Terimakasih teman-teman seperjuangan…
Antum adalah penasihat setia…cermin dijiwa tersemat pada dinding harap.
Doa Rabitah menjadikan kita satu jiwa satu wadah dan satu hadaf…
Terimakasih pada dunia…
Sekolah hidup yang menjanjikanku kedewasaan
Terimakasih pada bumi masa yang mencatat usia…
Kini 44 tahun menjadi sesaat terkumpul didepan ingat
…namun pengajarannya berjilid memori
yang akan tersimpan sebagai kenangan
Yang akan kubawa sebagai perbekalan…
Terimakasih adiq…
kerana telah memetik sekuntum bunga dari pohon kehidupanku
Simpanlah dalam dompet memorimu.
...kerana kami tetap sayangkanmu


Rumah Bukit
2pg..12 mei 2010

May 9, 2010

SIR_Terimakasih Cikgu..

HUJUNG minggu ini sungguh bermakna sebagai seorang ayah. Kejayaan anak2 adalah impian semua ayah dan IBU. Bermula khamis Enam pelajar SMI Aman terpilih mewakili PPD K Bharu Selatan dalam pertandingan catur keperingkat Negeri. ALONG,ANGAH DAN ABG CIK adalah 3 dari enam yg telah terpilih. Dalam masa yg sama Angah dan Ab Cik terpilih mewakili sekolah dalam SIR (Spell It Right) anjuran RHB dan NST. K Ngah dan cik berada dalam ranking top 4 pertandingan peringkat sekolah. Dalam masa yg sama K Ngah juga terpilih mewakili kelantan keperingkat kebangsaan dalam Program YAA(Young Aceiver Aword) di KL. Walaupun tiket penerbangan telahpun diambil oleh pihak penaja tetapi k ngah lebih berminat utk menyertai SIR. So...tiket tu kena bayar balik separuh. Maka Along menyertai Catur peringkat negeri dan K Ngah dan abg cik menyertai SIR yang diadakan di KB Moll. Kota Bharu. Kesimpulannya 3 program serentak bertembung pada hujung munggu yg sama.

Tahniah kepada Anak2. Kerana antum membanggakan baba/Umi dan semua muallim dam muallimah di SRI dan SMI Aman.

Di Pasir Puteh: Catur peringkat negeri Kelantan, Along gagal pada perlawanan terakhir...kalau tidak along dapat mewakili kelantan ke peringkat kebangsaan. Tak mengapalah baba bangga dengan kesungguhan along bersama adik2 berlatih. K Ngah dan Cik sepatutnya menyertai Along tetapi mereka menyertai SIR kerana itu pilihan terbaik. Baba bangga dengan k ngah kerana semasa pusingan kalah mati utk ke final, k ngah telah berkorban utk beri laluan kepada adik (abg cik). Peraturan pertandingan 4 pelajar yg mewakili sekolah berada dalam kumpulan yg sama...maka hanya seorang sahaja yg layak kepusingan akhir.

AWAL2 LAGI K ngah datang adalah untuk beri semangat dan protact abg cik. Baba faham sayangnya k ngah pada cik. selalu beri dorongan pada cik...k ngah telah menjalankan t/jawab sebaiknya sebagai kakak. Baba sayang k Ngah. Tahniah abg cik dapat RM2000. Nak buat apa duit tu?...

Kepada semua muallim dan mualimah SRI dan SMI Aman Ana mengucapkan jutaan terimakasih kerana mendidik anak2 kami sebaik2nya. Moga Allah saja yg dapat membalas amal ikhlas antum semua. Menjaga anak2 kami sebagaimana anak2 sendir. Itulah rahmatnya bila berkerja dengan amal jamai'e seperti ini. Terimakasih sekali lagi. DAN tahniah kepada Sir Rosdi yang gigih melatih pelajar SMI dan SRI (yang menjadi johan dan akan mewakili Kelantan keperingkat kebangsaan nanti).

May 8, 2010

Spell It Right. National Challange


Tahniah SRI dan SMI kerana telah mengharumkan nama ISLAM, SMI dan SRI Aman.
Tahniah K Ngah dan Abg Cik. Walaupun hanya tempat ketiga tetapi ianya percubaan yg baik kerana Abg Cik baru Form2. Masih berpeluang 3 tahun lagi. Abang Cik telah berjaya mengatasi abag2 form4/5 dari sekolah hebat seperti MRSM, SM T. faris, Falahiah, Maahad Muhammadi dll. Moga Abg Cik Membanggakan Muallim dan Muallimah. Terimakasih kepada semua muallim dan muallimah terutamanya Sir Rosdi yg telah melatih anak SMI dan SRI(Johan/mewakili kelantan ke pringkat kebangsaan). Moga Allah saja yg dapat membalas jasa kalian.

Abg Cik di temuramah oleh TV3

Lima Finalis Abang Cik berjaya mengharungi cabaran yg mendebarkan.
pasukan SMI Aman

Anda boleh baca NST on line berikut:
http://nst.com.my/Current_News/NST/articles/25spelt-2/Article/index_html dan
http://www.nst.com.my/Current_News/NST/articles/15rhb/Article/index_html

GENGAMAN WAKTU DAN KETIKA