November 9, 2011

"MAKNA 11.11.11 kepada keluarga kami".

"GRATISAN CINTA DARI Ilahi...".

Andai hidup ibarat dua Sisi duit syling, siapakah yg bisa menentukan hitam puteh hidup kita?....Siapakah sebenarnya yg berhak menghina dan memuliakan diri kita selain Allah.
Sesungguhnya seluruh nikmat dan rahmat adalah hanya milik Dia yg memiliki seluruh alam ini. Seluruh Kebesaran dan darjat adalah kepunyaanNya. Maka setiap inci panca indera deria dan setiap saat helaan nafas kita saat ini sebenarnya dalam gemgamanNya. Semua anugerah itu adalah hakikat gratisan Cinta dari tuhan pemilik diri,hati dan jiwa kita ini. Kerana tuhan sayang kita: bila diberikan nikmat yg kita sering cepat melafazkan syukur dan apabila dicampakkan musibah yg membolehkan bibir kita menuturkan sabar dan jauh dalam hati membenih redha yg mendamaikan.

Buat UMI; baba dan anak2 ucapkan Selamt Hari Lahir yg ke 44 Tanggal 11/11/11. Tambah seri dan maknanya sambutan tahun ini dengan anugerah Pingat Darjah Ketiga Setia Mahkota Yang Amat Terbilang (PSK) sempena Keputeraan Sultan Kelantan hari ini. Moga kami lebih berbangga dengan Umi...selama ini dan selamanya. InshyaAllah. Umi adalah insan hebat walaupun bibir ini tidak sering melafazkannya. "Kami Sayang Umi"

Secawan Kopi Sepinggan Nasi Berlauk Pagi ini!!!!...

Assalamualaikum semua...
Minggu ni Kampus sunyi sepi. Sutdents semuanya tengah struggle study dan ada yg tengah exam final. Tapi pensyarah yg tak ada kerja tu...berduyun2lah keluar cari makan pagi.

Semalan (rabu) baru masuk office sebab hari selasa masih cuti, Qurban lembu di SMI Aman. 2 ekor. Semalam juga berduyun2 menerima tetamu dbilik dari kalangan pelajar dan rakan pensyarah. Kalau pelajar tu ada yg berubat dan ada yg datang utk minta "syafaat". Minta halal segala ilmu dan minta doakan utk kejayaan final exam ni.

Alhamdulillah pagi hari ada geng yg tunggu utk makan pagi. Makan tu perkara biasalahkan...tapi yg boleh dikungsikan disini ialah antara topik perbualan aku dengan En Yusof ialah cerita ttg Bob Loqman (artist). Bob lokman kata masa dia jadi artis dulu majlis agama takder nak tegur, tapi bila dia sudah nak belajar jadi baik, aikkk ada banyak pulak salahnya .Majlis agama yg kata dia salah. kan aneh tu?. itu kata rakan saya pensyarah En Yusof lahhh. Kami sama sama gelak jer. Aku pun kata kat dia "oooh maknanya jadi artis tu lebih baiklah dan lebih soleh lah ek dari jadi ustaz..itulah restu majlis agama?." Dia pun gelak pula. aku sambung lagi dengan sinis (agaknyalah), Betullah ekkk pepatah melayu "Buat baik ber pada pada, buat jahat jangan sekali". dia pun gelak pula, kah kah. sambil mengulas..."Oooo kalu nak buat baik tuu janganlah banyak banyak, berpada pada lah, tapi buat jahat jangan sekali...tapi kena berkali kali baru tak pa"....kah kah kami sama gelak...Aku pun tanya kena betulkan semula pepatah melayu ni!. Tak releven dah zaman loo ni atau orang tua kita dulu tu silap.

Apa pandangan anda?...he he

November 1, 2011

KEUTAMAAN 10 HARI PERTAMA BULAN ZULHIJJAH

Ramai dari kita yang telah maklum kelebihan 10 Malam-malam Terakhir Ramadhan. Tetapi adakah ramai dikalangan umat kita yang maklum kelebihan 10 Hari-hari Pertama dalam bulan Zulhijjah? Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda, Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu 10 hari Zulhijjah. Para sahabat baginda bertanya, ‘Tidak juga Jihad pada jalan Allah (mengatasi kelebihan Hari-hari tersebut)? Ujar Baginda, Tidak juga Jihad di jalan Allah kecuali seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun (kerana habis disumbangkan untuk memenangkan agama Allah).
Imam Ahmad r.a. dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah).
Ibnu Hibban di dam kitab Sahihnya meriwayatkan dari Jabir r.a. bahawa baginda s.a.w bersabda, “Seutama-utama hari adalah hari Arafah”.
Amalan yang dianjurkan padanya
1. Menunaikan ibadah haji dan umrah yang merupakan sebaik-baik amalan. Banyak hadis menyatakan kelebihan ibadah ini di antaranya : Sabda Nabi s.a.w.: “Satu umrah ke umrah yang lain menghapuskan (dosa) yang dilakukan di antara keduanya dan haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan syurga”.
2. Berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuannya – terutamanya pada hari Arafah. Tidak dinafikan bahawa puasa adalah di antara amalan yang terbaik dan ia adalah pilihan Allah seperti yang dinyatakan di dalam sebuah hadis qudsi, “Puasa itu adalah bagiKu dan Akulah yang membalasinya, dia meninggalkan keinginan nafsunya, makanan dan minumannya semata-mata keranaKu”.
Imam Muslim meriwayatkan dari Abi Qatadah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, Puasa pada hari Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang.
3. Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir padanya, firman Allah s.w.t yang bermaksud, (Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum), hari-hari tersebut dijelaskan sebagai 10 hari di bulan Zulhijjah. Sebab itulah para ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadis Ibnu Umar r.a. yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, di antaranya, “Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdulillah)”.
4. Bertaubat dan meninggalkan segala maksiat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana maksiat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya.
5. Memperbanyakkan amalan soleh terutama amalan sunat tambahan seperti solat sunat, berjihad, membaca al-Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana semuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut.
Amalan yang dikerjakan ketika itu walaupun kecil tetapi ia lebih disukai oleh Allah dibandingkan pada hari-hari lain. Begitu juga amalan yang besar seperti berjihad di jalan Allah yang dikategorikan di antara amalan yang terbaik, tidaklah mendapat kehebatan pahala pada hari-hari itu melainkan apabila kuda (kenderaan) yang ditungganginya terbunuh (binasa) dan darahnya keluar (dia cedera atau mati syahid).
6. Disyariatkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjemaah.
Bagi mereka yang tidak menunaikan ibadah haji, takbir bermula dari waktu subuh hari Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya takbir bermula pada waktu Zuhur hari raya haji (10 Zulhijjah), semuanya berakhir sehingga waktu Asar pada hari ke-13 Zulhijjah.
7. Disyariatkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Ia merupakan sunah Nabi Ibrahim a.s. setelah Allah s.w.t mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih.
8. Imam Muslim meriwayatkan dari Ummu Salamah r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda, Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang ingin berkorban (sembelih haiwan ternakan), hendaklah dia menahan dirinya dari (memotong) rambut dan kukunya, dan di dalam riwayat lain : “Maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah dia berkorban.
Perintah (sunat) ini berkemungkinan ada persamaan dengan hukum bagi mereka yang membawa haiwan ternakan (ketika mengerjakan haji) dari kampung mereka yang telah dijelaskan oleh Allah, maksudnya, (Dan janganlah kamu mencukur rambut kamu sehinggalah haiwan ternakan (yang dibawa untuk dihadiahkan dagingnya kepada penduduk Mekah) itu sampai ke tempatnya).
Larangan (memotong rambut dan kuku) ini pada zahirnya adalah khusus kepada pemunya haiwan korban tersebut sahaja dan tidak termasuk isteri dan anak-anaknya melainkan mereka juga mempunyai haiwan seumpamanya, dan tidak mengapa jika yang berkenaan membasuh dan menggosok kepalanya kemudian terjatuh beberapa helai rambutnya.
9. Setiap muslim hendaklah berusaha menunaikan solat hari raya secara berjemaah, mendengar khutbah oleh imam selepas solat tersebut supaya mendapat pengajaran daripadanya.
Sepatutnyalah kita mengetahui hikmat di sebalik perayaan ini. Ia merupakan hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan. Janganlah pula dilakukan padanya perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah dengan mengerjakan maksiat, kesombongan, pertengkaran dan sebagainya yang boleh menjadi sebab kepada terhapusnya amalan kebaikan yang dikerjakannya sebelum itu.
10. Penuhilah hari-hari berkenaan dengan ketaatan kepada Allah, berzikir, bersyukur, menunaikan perintah-Nya, menjauhi larangan-Nya, mendekatkan diri kepada-Nya semoga mendapat rahmat dan keampunan-Nya.
(Petikan dari blog Ust Halim abdullah)

GENGAMAN WAKTU DAN KETIKA