January 9, 2012

JENDELA 2012

MUHASABAH; “Lorong Sehala kehidupan”.

Tahun adalah rambatan waktu, tahun adalah kehidupan, tahun adalah pengalaman dan tahun demi tahun adalah diri kita yang sepatutnya “Epi lemi-lemi patola pitola toltil latido toldo...Epi lemi-lemi patola pitola toltil latido toldo...”. Melalui tahun demi tahun ibarat menerobos pintu pintu kehidupan yang tak mungkin bisa undur walaupun sesaat. Hanya yang kita diberi kesempatan ialah menoleh kebelakang, kiri dan kanan sebagai sarana pandu arah untuk kita maju kehadapan. Lorong kehidupan ini sebenarnya kita dipaksakan menyusurinya sehinggalah menemui kepintu kematian. Itu lah hakikat kejadian/takhdir yang telah tersimpulkan bagi kita sebagai hamba.

Maka tahun demi tahun itu ibarat parit parit waktu yg kita langkahinya apabila tiba masanya. Biasanya bila sampai sempada antara keduanya kita sering ditanya tentang azam baru. Maka pada setiap “pintu sehala ini” kita selalu menilai pencapaian lalu dan menanam harapan baru.Tahun demi tahun kita rencanakan harapan dan hidupkan impian baru yang kesimpulannya tak serupa. Tidak ada manusia yang mencatitnya untuk disimpan sebagai tugu pringatan. Biasaannya harapan yang menjadi impian setiap tahun itu sirna ditelan waktu.

Bagi ana penghujung tahun ini adalah antara pintu tahun yg banyak makna apabila meneliti peristiwa demi peristiwa sepanjang tahun 2011. Biasanya perkembangan dan kejayaan anak2 yg mewarnai sendi kehidupan orang dewasa macam kami. Tahun demi tahun membesarkan anak dengan seluruh upaya yg ada bagi memastikan perkembangan mereka materi cemerlang.


Hujung tahun ni kami tangguhkan pergi haji kerana dua anak menduduki peperiksaan. Peperiksaan penting bagi masa depan anak2. Angah amik SPM dan Abang Cik PMR. Berita keputusan penting bagi mereka berlaku hampir serentak. Abang Cik baru saha mendapat keputusan PMR. Dalam masa yg sama, K Ngah dapat masuk Darul Quran. DQ ialah program persijilan Tahfiz Al quran UIA/JAKIM. Keputusan kemasukan K Ngah ke DQ serentak dengan keputusan PMR Abang Cik. Kami amat terharu dengan kejayaan Cik walaupun hanya dapat 6A 2B tetapi ada sesuatu LAIN yg membanggakan baba...DOA baba selama ini Allah maqbulkan. Sesungguhnya itu adalah anugerah dariNya yg tidak ternilai.

4 Jan minggu lepas baba/umi hantar K Ngah ke kampus Darul Quran di Kuala Kubu Baru, Selangor. MasyaAllah...seronoknya lihat rakan2 baru K Ngah di DQ. Kakak2 senior yg menyambut kehadiran kami. Sambutan penuh ceria dan kemesraan dilatari indahnya akhlak dan sopan santun. Wajah2 yg ceria, bercahaya dengan akhlak kenabian, wajah Hafizah ahli Syurga. Alhamdulillah K Ngah termasuk insan terpilih dari 2500 yg menghadiri interview seluruh Malaysia hanya 71 banat yg terpilih. Moga Allah sentiasa bersama K Ngah, memelihara dan menganugerahkan al Quran kedalam dada K Ngah. Moga Al Quran menjadi hujjah, pintu hidayah dan rumah kebaikan,penghias akhlak dan penyeri kehidupan, penunjuk sepanjang jalan. "Ya allah...anaku ini adalah Syafaat bagiku di Mahsyar nanti. Kau sayangilah dia sebagaimana kami sangat menyayangiNya"


Hujung tahun semestinyalah sibuk menguruskan keperluan anak bagi memulakan sesi persekolahan baru 2012 dan K Ngah yg akan memulakan penghidupan baru di DQ. Menyekolahkan anak2 yg semunya di sekolah swasta memerlukan pelaburan kewangan yg bukan sedikit . Tujuh orang anak semuanya termasuk di IPTA tanpa PTPTN memerlukan buku, pakaian dan kelengkapan sekolah serta yuran tahunan. Alhamdulillah dengan izin Allah semuanya tertunai…demi anak2 utk mendapat hak pentarbiahan sebaik baiknya untuk mesa depan mereka.

DEDIKASI KHAS BUAT Kak NGAH DAN Abg CIK

January 2, 2012

Lambaian Kampus

Esok akan berkumpul kembali semua warga Iinstitut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, Besut setelah bercuti lebih sebulan. Kampus yg diisi buat sementara oleh pelajar jQAF dan PGSR sepanjang cuti persekolahan penghujung 2011, akan di penuhi semula oleh penghuni regular iaitu para Pelajar Program Sarjanamuda Pendidikan dan KPLI.

Sayu dek hilangan menjadi perkara lumrah apabila bermula Semester Januari kerana sebahagian pelajar akan meninggalkan kampus buat selama lamanya apabila telah graduate dengan sah dianugerehkan Sarjanamuda Pendidikan (SR) dengan kepujian. Tetapi pada kali ini lebih terasa lagi kerana kampus Mizan kehilangan lebih dari 10 orang pensyarah yg terpaksa berpindah kerana kenaikan pangkat termasuklah ke Sabah dan Serawak.

hmmm...begitulah hukum alam, yang datang dan pergi silih berganti. Begitulah alam mengajari kita tentang erti kegembiran dan kesedihan, antara pertemuan dan perpisahan, antara pemberian dan penghargaan, antara senyum ketawa dan air mata kesedihan, antara semalam dan hari ini, antara keriangan bersama dan kerinduan bersendirian.

Bagi diri ini; lebih terasa kali ini kerana ada nama nama indah yg sering terucap dalam doa dan munajjat telahpun meninggalkan dikampus ini. Pemergian mereka seolah olah telah membawa bersama separuh kemeriahan yg sering menghiasi jiwa ini. Nama mereka itu ialah izzat, ubai, ghafar, hafiz,afiq dan nabil. Minta izin utk ana rakamkan nama2 antum dalam blog ini kerana nama2 ini sangat besar maknanya bagi hati ini. Hanya iringan doa rabitah kami disini mengiringi pemergian antum....moga ikhuwahFillah tetap tersemat dalam lipatan hati kita. Pertemuan singkat antara kita sungguh berkmakna hanya hanya kerana Allah dan Allah yg memahami hati ini...bahawa liqa,mukhayyam, rehlah, jaulah menjadi saksi dengan kepingan gambar kenangan serta berjilid memori yg sebahagiannya terakan utuh dalam blog ini...demi Allah aku mencintai kalian keranaNya.

Maafkan ana kerana banyak kekurangan dalam mentarbiah kalian...
dan bagi anak2 yg masih tinggal sisa pejuangan di kampus ini dengan amanah berat tersandang dibahu, sesungguhnya 1000 pengorbanan menanti pada langkah kita kehadapan nanti...teruskan melangkah kerana Allah bersama orang2 yg bersungguh dan bersabar atas jalanNya.

Selamat bertemu kembali...rinduuuu.

GENGAMAN WAKTU DAN KETIKA