Gengaman waktu dan ketika. 8-8-16. Gengaman terakhir saat melepaskan ayah tersenyum mengadap rabbnya...
Kematian mengajar kita erti "Antara semalam dan hari ini". Kematian adalah didalam gengaman waktu dan ketika. Kematian juga merupakan jalan mati kepada lorong sehala kehidupan ini. Namun kematian pula adalah pintu kepada suatu lorong lagi yg mesti dilalui insan dalam perjalanan jauh menuju tuannya. Tetapi apabila kita berkesempatam menghantar insan tersayang dihujung kehidupannya...Ibrahnya: betapa singkatnya kehidupan ini. 50 tahun dibelai nafas kita seolah-olah sebentar cuma. 50 tahun kehidupan berkumpul didepan mata kita. Tiada yg terlebih mahal pada waktu dan ketika ini selain rasa cinta pada zat dan sifat yang dariNya kita datang. "Ya Allah tambahkanlah rasa CINTA ini..supaya aku terasa mutmainnah saat Kau jemput aku pulang. Agar aku bisa tersenyum bila sampai waktu dan ketikanya aku datang kepadaMu".Amin Ya Rabb..
PETIKAN DARI POSTING FB-PADA 8-8-16
Tahun ini usiaku genaplah 50 tahun. 50 tahun bagaikan semalam bahkan sedetik cuma. Pada angka 50 Allah mentarbiah diri ini makna sepi, sesepian, sendirian, keseorangan. Allah ajari ku saat apabila kita kembali. Saat bilamana lorong kehidupan ini hampir kepenghujungnya...maka kesepian semakin terasa mengigit.
Pada angka 50 ini banyak makna. Allah anugerahkan ahli baru datang dan yang lama Allah panggil pulang. Angka 50 cucu datang tetapi Ayah allah panggil pulang. Tiga bulan selepas Ayah sempat menatap cicitnya ayah memejam matanya buat selama2nya. Subhanallah..semuanya dalam gengamanNya.
Seminggu lagi Hari Raya Haji. Jiwa ini mulai terasa sunyi...seolah dunia ini hilang warnanya. Rasa hati semakin tandus dan sepi. Tidak pernah terduga mindaku bahawa akan pasti akan sampai saat ini. Ternyata saat ini sudah tiba. Samada balik Pahang utk beraya atau stay di Kelantan sama saja. Tiada lagi kedua2 orang tua kedua-dua belah. Ya Allah inikah makna usia tua...ataukah makna hujung usia. ataukah ini surat dariMu yang sering aku lalai.."BUMI TERASING"
Dua wajah yang datang dan pergi tetap segar dalam ingatan. Dua wajah yang darahnya mengalir hangat dalam darahku dan dagingnya melekat pada tubuhku. Wajah Mak Dan Ayah...kubur mereka juga bersebelahan...
e-deen
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Demi jiwaku yang ada di tangan-Nya, aku lebih suka berperang di jalan Allah dan mendapat syahid, dan dihidupkan kembali untuk mendapatkan syahid, dan dihidupkan kembali untuk mendapatkan syahid, dan dihidupkan kembali untuk mendapatkan syahid, dan dihidupkan kembali." (Riwayat al-Bukhari)
August 29, 2016
November 8, 2015
Nyaman di Mehwar Ini...!
Utk Liqa' Usari kali ini Ana pinjam tulisan Ustaz Aadtif dari majalah JOM.
Ibarat rumah kita yang cantik,nyaman dan selesa. Sesungguhnya ia menjadi kecintaan bagi hati. Begitu juga dakwah marhalah taksis merupakan keselesaan dalam dairi para daie'. Siapa yang tak berasa seronok bekerja di mehwar taksis? Aman, tiada halangan yang nyata, tiada fitnah-fitnah khariji, kita mampu bergerak ke mana-mana sahaja tanpa dipantau, tiada sangka-sangkaan orang.
Sekarang, pandangan masyarakat perlu diambil kira. Amal qawiyy & amal dhaif perlu dikaji lebih mendalam setiap masa. Tidak jumud. Tak semestinya yang dikatakan dhaif pada satu-satu masa, menjadi dhaif setiap masa. Begitu juga sebaliknya. Tidak dikatakan afdhal sesuatu perkara disuatu masa akan afdhal di suatu masa yang lain.
Perlunya ada satu kefahaman yang jelas dan pemikiran yang matang dalam meletakkan priority antara aktiviti tarbiyah dan aktiviti mengembangkan dakwah.
Kita masih lagi selesa dengan takwin centric. Tetapi takwin centric bukan bermaksud meletakkan SEMUA amal takrif adalah amal dhaif apabila bertembung dengan amal takwin pada setiap masa. Juga tidak bermaksud apabila sudah berlakunya perubahan mehwar, kerja-kerja takwin sudah bukan lagi priority no 1.
Kalau ingin diikutkan ke”selesa”an, pastinya ingin ku terus bergerak seperti di mehwar taksis pada setiap masa. Hampir keseluruhan masaku bergelumang dengan mereka yang menyerahkan diri pada tarbiyah.
Tapi dakwah akan terus menderu laju…
Sehingga kita terpaksa berhadapan dengan perkara yang cukup melelahkan. Mencabar kemampuan kita sedia ada. Memaksa kita meningkatkan kemampuan diri untuk menanggung tanggungjawab yang semakin bertambah, medan yang semakin meluas serta mad’u yang ramai dan pelbagai.
Pastinya keputusan yang diambil telah dibincangkan setelah sekian lama. Mungkin tenaga yang ada masih tidak mencukupi pada zahirnya, tetapi ada golongan yang terpaksa berkorban menanggung bebanan lebih disebabkan tuntutan dakwah pada masa kini. Akan berlaku perahan tenaga yang berpusat pada golongan tertentu di dalam jemaah. Mungkin…
Lalu sudah menjadi tanggungjawab kita meningkatkan isti’ab kita dan binaan kita. Isti’ab nazhori, isti’ab maknawi, isti’ab amali. Kerana bebanan dakwah ini perlu dikongsi bersama, bukan ditimpakan pada golongan-golongan tertentu manakala sebahagian yang lain sekadar berbangga dengan output golongan tersebut.
Setiap dari kita perlu kreatif dalam mengaplikasikan manhaj. Bukan mengikut sahaja apa yang diterima, menunggu-nunggu arahan sebelum bertindak, tidak mampu mengeluarkan inisiatif sendiri untuk bergerak mengikut acuan jemaah.
Tidak lupa juga, jangan terlalu izzah dengan nama. Sehinggakan izzah pada nama itu mengatasi izzah kita pada islam, izzah kita pada al-Quran dan hadis sebagai petunjuk kita.
Izzahlah pada amal kita. Bukan riya’ pada manusia, tetapi sebagai bukti jelas yang ALLAH itu satu-satunya tujuan kita, Rasulullah itu qudwah ikutan kita, Al-Quran undang-undang kita, jihad adalah satu-satunya jalan kita dan syahid adalah cita-cita kita yang utama.
Hayati semula 10 Muasafat Tarbiah
Justeru, amal-amal kitalah yang akan menampakkan siapa kita yang sebenarnya. Nama hanya sekadar nama. Amal yang terlebih dahulu terpampang jelas sebelum namanya.
Seorang syeikh menggambarkan kewujudan kita ini bukan sekadar mengelola aktiviti-aktiviti tertentu, ataupun memberi sumbangan tertentu kepada masyarakat dan negara. Bahkan kita adalah ruh baru yang meresap dan mengalir ke dalam tubuh umat ini…
“Wahai saudaraku! Kamu bukan persatuan kebajikan, bukan parti politik, bukan badan yang ditubuhkan untuk sesuatu tujuan yang terhad objektifnya. Akan tetapi sebenarnya kamu adalah ruh baru yang mengalir di dalam tubuh umat ini lalu ia menghidupkannya dengan Al-Quran!
Kamu adalah cahaya baru yang menyinar lalu dengan cahaya Allah kamu menghapuskan kegelapan kebendaan. Kamu adalah suara yang berkumandang tinggi, melaungkan dakwah Rasulullah saw.
Adalah suatu hakikat yang tidak keterlaluan jika kamu merasakan bahawa kamu menanggung tugasan berat ini dikala manusia lain lari dari bersusah payah kerananya. Jika dikatakan kepada kamu, “Kearah mana kamu berdakwah?”.
Kamu katakan kepadanya, “Kami menyeru kepada Islam yang didatangkan oleh Muhammad saw. Kerajaan adalah salah satu bahagian darinya. Kebebasan adalah salah satu kefardhuan di dalamnya”. Jika dikatakan kepada kamu, “Ini dah masuk bab politik!”. Kamu katakan, “Ini adalah Islam. Kami tidak tahu pecahan-pecahan yang anda katakan itu”.
February 11, 2015
Agak lama tidak menukil sesuatu dalam "BUKU CATATAN KLASIK" ini. Walau apa pun sangkaan kalian buku ini tetap menjadi koleksi sejarah penting dalan hidup ana. Beberapa hari lalu ada yg bertanya kenapa sudah tidak berkarya lagi?... Terkejut juga. Rupa-rupanya ada insan yg masih setia membaca tulisan ana ini yg tidaklah seberapa.
Tak mengapalah. Posting ini adalah bahan yang akan dibincangkan dalam "bulatan Gembira" esok. Harap semua anak-anak membacanya sebelum melangkah kedalam bulatan. Petikan dari buku "AL-MUNTALAK".
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:“Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).” (Al-Taubah: 24)
Mungkin kamu menganggap bahawa kamu perlu berbincang lebih lanjut bersama golongan yang lalai ini. Tetapi Yusuf al-Qardhawi telah lebih dahulu berdebat, berhujah dan mengalahkan hujah mereka dengan kata-kata yang indah dan mendalam. Itupun rasanya sudah cukup:
Kata mereka:
Kebahagiaan terletak pada sikap berdiam diri
pada malu dan kebekuan hidup di bersama ahli keluarga,
bukan hidup orang berhijrah dan terusir
Dengan berjalan di belakang kenderaan
dalam ketenangan dan langkah yang longlai
dengan kamu katakan apa yang dikatakannya
tanpa tentangan dan penolakan terhadapmu
Dengan mengikuti sekumpulan kambing
kamu dipimpin, bukan memimpin
Dengan berteriak untuk setiap penguasa: Hidup kamu…..
Aku berkata:
Hidup ini mesti bergerak,
bukan diam dan bukannya beku
hidup adalah perjuangan
Akan berjuangkah orang yang duduk berpeluk tubuh?
Hidup adalah menikmati kelazatan susah,
bukan bersedap-sedap dengan tidur nyenyak.
Ia adalah membela hak,
orang merdeka mana tidak membela haknya?
Ia adalah anda merasakan kehinaan itu laksana meminum air nanah.
Ia adalah hidup sebagai khalifah di bumi laksana seorang pemimpin
boleh berkata ‘NO’ dan ‘YES’, apabila anda mahu
dengan pandangan yang tajam....
Demi Allah, sesungguhnya dakwah ini adalah kerja rijal sejati. Ia menghimpunkan lelaki yang gagah perkasa di dalam barisan mereka. Orangorang yang takut menghadapi risiko dan halangan, pertarungan dan pertembungan, maka ia adalah layak dengan angkatan berjiwa kecil. Bagi rijal, yang ditakuti hanyalah kelalaian ”al-ghaflah”. Sebagaimana yang dikatakan oleh al-Umari yang zuhud: “Sesungguhnya antara tanda kamu telah lalai terhadap diri kamu dan berpaling dari Allah ialah apabila kamu melihat sesuatu yang dimurkai Allah lalu kamu tidak mempedulikannya. Kamu tidak menyuruh dan tidak melarang lantaran takut kepada orang walhal orang-orang ini tidak boleh membahayakan ataupun memberi faedah kepada dirimu.”182
Lantaran itu Ibnu Taimiyah mengkritik orang-orang soleh yang penakut. Berulang-ulang kali dia menerangkan: “Meskipun mereka telah meninggalkan kejahatan, mereka bukanlah mujahidin tulen yang berjuang menghapuskan kejahatan sehingga tiada lagi fitnah dan rintangan yang menghalang manusia dari jalan dan agama Allah. Hingga jadilah agama seluruhnya untuk Allah. Fikirkanlah! Kebanyakan manusia jarang sekali berkumpul padanya dua sifat ini: Pertama: Benci pada kekufuran dan kejahatan serta orang yang melakukannya. Kedua: Suka melarang mereka dari kekufuran dan kejahatan.

January 19, 2014
Darahmu mengalirkan dakwah...lelahmu memikirkan ummah.
Anak-anak yg dikasihi. Nampaknya sem baru 2014 baru saja bermula. Cuti sepatutnya tidak melengahkan kamu daripada memikirkan soal dahkwah. Bahawa seluruh hidup kita ini sebenarnya dakwah. Kalimah syahadah yg kita lafazkan berkali2 setiap hari sebenarnya tersimpul makna dakwah. Dalam derasnya mengalir darah kita seolah terasa deru seruan dakwah. Lelah nafas kita adalah kerana memacu dakwah. Alangkah manisnya hidup kita dan alangkah mahalnya harga diri kita adalah kerana mendarah-dagingnya dakwah. Kerana kita menjadikan dakwah dan tarbiah adalah hadaf hidup kita. Dan kerana dakwah juga nabi-nabi diutuskan. Namun janji Allah, bahawa tiada lagi nabi selepas ini...maka siapakah yang Allah amanahkan untuk mewarisi urusan dakwah ini, selain kita?.
Kenapa Dakwah?
1. Sebesar-besar nikmat Allah : [a’dhomu niamillah]
"Dan orang-orang Yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi Penolong bagi setengahnya Yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. [ Taubah 71]"Katakanlah (Wahai Muhammad) “kedatangan Al-Quran itu adalah semata-mata Dengan limpah kurnia Allah dan kasih sayangNya, maka Dengan isi kandungan Al-Quran itulah hendaknya mereka bersukacita (bukan Dengan Yang lainnya), kerana ia lebih baik daripada apa Yang mereka himpunkan dari Segala benda dan perkara Yang tidak kekal)”. [Yunus : 58]
Mereka yg dimatikan Allah hatinya akan merasakan bahawa pangkat, harta, wanita dan kesenangan dunia adalah barang yang dikejar. Seluruh hidupnya dihabiskan hanya utk membina kehidupan yang dianggap sudah mencapai success. Dalam hatinya tidak pernah terpanggil dan merasai bahawa nikmat mengajak manusia kepada Allah. Dakwah?...bukannya nikmat malah kesakitan, siksa dan penuh lelah. Inilah yg dikatakan oleh kebanyakan orang. Kalau demikian kenapa urusan dakwah ini adalah kemestian kepada semua nabi-nabi. Sesungguhnya Allah mencampakkan rasa nikmat kedalam jiwa mereka2 yg bergelumang di medan ini, rahsianya hanya dapat dirasai oleh mereka yg berada di dalamnya sahaja. Sehingga ada mereka2 yg mengungkapkan "aku tidak akan meninggalkan jalan ini, sehingga aku syahid dengannya". Mereka yang ikhlas melafazkannya, istiqamah dengannya Allah akan membenarkan apa yg mereka ucapkan.
2. Sebaik-baik amal [ ahsanu amala]
"Dan tidak ada Yang lebih baik perkataannya daripada orang Yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal Yang soleh, sambil berkata: “Sesungguhnya Aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!”[Fussilat :3]
Allah menangkan nabi2nya dalam menjalankan dakwah. Allah menjadikan wasilah dakwah ini pula utk memenangkan agamanya. Maka, kalaulah agamaNya ini tegak kerana adanya dakwah...maka apakah amal yg lebih baik dari dakwah ini. Maka urusan dakwah ini adalah urusan yang maha besar. Mereka yg berada didalamnya berfikiran besar dan berpandangan jauh...jauh hingga akhirat.
3. Sebaik-baik manusia [ ahsanu naas]
"Kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat Yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik dan melarang daripada Segala perkara Yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). dan kalaulah ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana Yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada Yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang Yang fasik. [Ali Imran 110].
Jom kitalah sebaik-baik manusia yang akan melahirkan sebaik-baik ummah. Yang akan kembali untuk kali ke-2 nya di akhir zaman ini. Kerana itu kita harus berbangga dengannya. Kitalah daie' ilallah. Bukannya ilal-selainnya.
4. Tugas para rasul [ muhimmatur rasul ]
"Wahai ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Kami (Muhammad, s.a.w) Yang menerangkan kepada kamu (akan syariat Islam) ketika terputusnya (kedatangan) Rasul-rasul (yang diutus), supaya kamu tidak (berdalih) Dengan berkata (pada hari kiamat): “Tidak datang kepada Kami seorang (Rasul) pun pembawa berita gembira dan juga pembawa amaran (yang mengingatkan kami)”. kerana Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang (Rasul) pembawa berita gembira dan juga pembawa amaran. dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. [Al-Maidah : 19]
Oleh kerana tiada lagi rasul yang akan dibangkitkan Allah sehingga hari kiamat, maka siapakah yang akan memelihara,menjaga dan benjernihkan agama Allah ini...?. Maka beruntunglah mereka yang mewarisi urusan kenabian ini. Beruntunglah mereka yang dipilih Allah untuk memelihara dan membela agamaNya ini!. Bagaimanakah kita?. Sabda Rasulullah SAW : “ Para ulama adalah pewaris nabi SAW ”. Termasuk di dalam ini ialah mereka yang menyeru ke jalan Allah dengan kefahaman dan ilmu yang mereka ada .
5. Saksi kepada manusia :[syuhadak a’la annaas]
"Dan Demikianlah
(sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan Yang lurus), Kami jadikan kamu
(Wahai umat Muhammad) satu umat Yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak
menjadi orang Yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang Yang benar
dan Yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang Yang
menerangkan kebenaran perbuatan kamu. [Baqorah 143].
Sesungguhnya para daie' membawa keterangan kepada umat ini. Menerangi kegelapan dan kejahilan umat ini. Jemaah yg tersusun dengan Manhaj cemerlang akan mempersiapka ahlinya dengan perbekalah secukupnya. Mana mungkin para daie' yang terjun dalam masyarakat direlakan bergelumang di medan tanpa perbekalan seutuhnya. Maka manhaj yg tersusun dan wasilah tarbiah yang mantap menjadi syarat wajib maka setiap ahlinya mesti mengikutinya walaupun kadang2 ianya melelahkan dan menuntut pengorbanan harta, tenaga,masa dan kehidupan. Langkah pertama para ahlinya ialah "Allocate masa kamu utk dakwah bukannya ciri-curi masa lebih utk diinfaqkan kepada dakwah".
Bersambung....

November 4, 2013
Hari-hari dalam hidupku
Ucapan sempena Farewell pelajar sem 8 yang akan grad 15 Nov ini.
(Dewan Al-Kindi)
Pelangi Kehidupan MAHA-SISWA
(Dewan Al-Kindi)
Pelangi Kehidupan MAHA-SISWA
Manisnya bergelar MAHASISWA dengan spektrum warnanya yang
memukau kalbu. Dengan sopan mereka oportunis, dalam diam mereka bercita menjadi
kaum yang manipulatif dalam memimpin. Semuanya gara-gara mahu success dan nyaman dalam hidup dengan
aroma sekeping ijazah. Mereka ingat dengan segulung ijazah adalah tiket untuk
success. Kelak nanti mereka buntu temui makna kehidupan yang aman dan nyaman walaupun
segulung ijazah disandang itu seolah-olah bererti sebuah kematangan. Mereka terlupa pada hakikatnya kehidupan
selepas bergelar sebagai guru atau
doktor atau arkitek atau profesional...nanti adalah lebih pedih dan lelah sebenarnya. Kenapa
tidaknya...kejernihan hidup yg boleh di label sebagai professional itu
sebenarnya bisa dikeruhkan dengan lingkungan yg merosakkan. Kita boleh menjaga
anak2 kita dan keluarga tetapi sebenarnya mereka hidup dalam bi’ah yg rosak dan
merosakkan. Itulah sebenarnya menuntut
kita hidup lebih lelah daripada yg dijangkakan. Inilah realiti yang kehidupan bagi mereka yg punya
sedar, punya visi, berpandangan jauh dan tidak hanya berpeluk tubuh nanti...
Betapa bumi menangisi kerana terpaksa mengendong ahli maksiat diatasnya. Kalaulah bumi boleh teriak, sudah lama ia akan menjerit menangis kehidupan manusia yang menumpang di atas pundaknya. Para juhalak bermarajalela, para pemimpin rakus menghirup dunia, para ulamak bak syaitan bisu, orang kaya menindas si miskin, mereka yg berkata benar dipenjara...pembela al-haq di pandang dusta.
Saya cabar kamu wahai mahasiswa!...
Sindrom
3K yg membelengu kamu selama lima tahun di kampus ini telah membutakan hati dan
iman kamu. Apa 3 K itu?. Itulah katil, kafe dan kuliah. Kamu diulit mimpi indah
sebagai mahasiswa.
Kamu tidak lagi cakna apa yang berlaku kepada umat ini. Tidak giur ambil tahu situasi semasa.
Cita-cita anak muda menjadi mahasiswa yang terpimpin, bukan mahasiswa yang terkongkong. Anak muda sebagai generasi yang akan memimpin masa hadapan perlu melihat lebih jauh terkehadapan dengan keadaan sekeliling, jangan hanya tunggu dan terus menerima, kita mesti memberi masa,buah fikir,keringat dan kehidupan kamu untuk Allah dan umat. Cuba ingat kembali untuk apa allah utuskan nabi?...maka apakah kita yg punya Intelek dan minda yg sempurna ini untuk apa pula?

Jangan kamu tertipu, jangan kamu terpedaya dan jangan kamu
diperbodohkan.!.
Kamu adalah pemuda yang berjiwa besiwaja. Mari kita buka buku sejarah awal baginda menyemai cahaya Islam dulu. Mereka di bantu oleh para pemuda-pemuda. Mereka sama umur seperti kita. Pemuda itulah yang menyelamatkan Nabi Muhammad SAW daripada dibunuh oleh kafir Quraisy. Pemuda itulah yang memimpin bala tentera ketika Nabi kegeringan. Pemuda itulah yang membuka Kota Constantinople. Adakah kamu anak muda hanya sekadar berpeluk tubuh yang memakai topeng kehinaan di hati umat ini?...atau kamu adalah pemuda-pemuda kebanggaan islam?. Yang akan menjadi batu asas kepada kegemilangan umat ini untuk kali kedua.
Saya ingin meminjam daripada kata-kata Sayid Abu Al-A’la Al Maududi ketika memberi ucapan di majlis konvokesyen salah sebuah Universiti di Karachi suatu masa dahulu.
"Wahai pelajar! kamu telah melabur sekian lama masa kamu di
universiti ini untuk mendapat ilmu. Kamu telah lama menunggu saat di mana kamu
akan menuai hasil usaha kamu itu dalam bentuk segulung jiazah. Aku tahu, betapakamu
semua akan berkecil hati denganku hari ini dalam majlis gilang-gemilang seperti ini. Maka menjadi satu kesukaran buat aku
berterus terang kepada kamu saat ini.
Walaubagaimanapun aku perlu berlaku jujur bahawa dalam menilai tempat
kau dididik ini, malah kesemua tempat pendidikan yang bernama universiti ini
tidak ubah seperti tempat penyembelihan berbanding tempat pendidikan.
Ijazah yang dihulurkan tidak ubah seperti sijil kematian, diberikan
apabila si pembunuh sudah berpuas hati kerana telah berjaya menyempurnakan
penyembelihannya. Alangkah bertuahnya kepada mereka yang telah berjaya
melarikan diri daripada penyembelihan terancang ini dengan sedikit cahaya
kehidupan.
Aku tidak hadir ke sini untuk mengucapkan tahniah kepada kamu kerana telah menerima sijil kematian tersebut. Malah sebaliknya, aku berasa teramat sedih melihat kamu semua dalam keadaan teruk. Aku seperti seseorang yang sedang mencari manusia yang masih hidup dalam timbunan mayat disini."

Saya akan mengulangi ungkapan ini saban tahun walaupun saya tahu
setiap ada orang yang membencinya. Ada orang-orang yang tidak mahu melihat
jiwa-jiwa kamu celik dan bangun menyalakan obor buat umat ini. Benarlah satu ungkapan “Havard produce
genius but not soul”. Graduan hidup di dalam jasad, tapi mati hatinya.
Tidak ubah seperti robot yang diprogramkan. Tidak ubah seperti mayat yang hidup
tanpa jiwa.
Wahai anak-anakku yg sangat dekat dihatiku ini...fahamkah kamu bahawa tangungjawab kamu lebih banyak dari masa yang kamu ada.
Wahai anak-anakku yg sangat dekat dihatiku ini...fahamkah kamu bahawa tangungjawab kamu lebih banyak dari masa yang kamu ada.
Kamu adalah ruh baru yang mengalir dalam hati umat ini dan
menghidupkan umat ini dengan Al-Quran. Kamu adalah nur baru yang bersinar
menghapuskan kegelapan materialisme ke arah ma’rifah Allah s.w.t. Kamu adalah
suara yang berkumandang dan bergema melaungkan dakwah Rasulullah s.a.w.”.
Allah
s.w.t. telah berfirman yang bermaksud: ‘Katakanlah (wahai Muhammad):” Inilah jalanku, aku dan
orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah dengan
berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha
Suci Allah (dari segala i’tiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari
golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain”.
28 (
وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا كَافَّةً لِلنَّاسِ بَشِيرًا وَنَذِيرًا وَلَكِنَّ
أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ) سبأ
‘Dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan untuk
umat manusia seluruhnya, sebagai Rasul pembawa berita gembira (kepada
orang-orang yang beriman), dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar),
akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu)’.
‘Sesungguhnya orang yang paling mulia di kalangan kamu di sisi
Allah ialah yang paling bertaqwa’.
Kemenangan sebenar adalah kemenangan mempertahankan yang benar itu
benar dan yang salah itu tetap salah dalam apa juga keadaan dan situasi,
walaupun dalam nilaian manusianya kita kalah.
(صِبْغَةَ اللَّهِ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ
اللَّهِ صِبْغَةً وَنَحْنُ لَهُ عَابِدُونَ) . البقرة 13
‘Celupan Allah, dan siapakah yang lebih baik celupannya
selain Allah s.w.t. dan kami menjadi hamba yang menyembah kepadaNya’.
Selamat menerima segulong ijazah,selamat menyahut seribu amanah
dan selamat meneruskan kehidupan yang
lebih lelah dan memenatkan.
Ingatkah lagi
bekalan disepanjang jalan dakwah ini?
October 13, 2013
Erti Tarbiah Dari Hari Arafah
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
Arafah Sebaik-Baik Hari
Wukuf di Arafah ialah rukun haji yang terpenting, tanpanya tidak sah ibadah haji. Arafah iaitu hari yang mana hati secara fitrah mengagungkan Allah SWT, Tuhan semesta alam. Hari Arafah juga sebaik-baik hari yang pernah matahari terbit, hari makrifah, hari pengampunan, hari yang diturunkan rahmat dari Tuhan Pencipta bumi dan langit.
.
“Daku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah; Tiada sekutu bagiNya, dan daku naik saksi bahawa Muhammad adalah hamba Allah dan utusanNya; Dan pilihan-Nya dari sekalian makhluk dan kekasih-Nya yang telah memuliakan hari Wuquf di Arafat dan mengagungkan dengan begitu jelas dan terang tentang kemuliaan dan keutamaan hari ini. Ya Allah! Berilah selawat, salam dan keberkatan ke atas penghulu sekalian makhluk dan kekasih Allah dengan salam sebanyak-banyaknya.”
.
A. Kelebihan Hari Arafah
Hari Arafah adalah hari pertemuan dan perjumpaan besar antara hamba yang merdeka dan Tuhannya yang Maha Menerima Taubat lagi Maha Mengasihani, kerana hari Arafah adalah hari makrifah, hari kebebasan, hari doa, hari kesempurnaan agama dan nikmat dan hari perpisahan.
.
Terlalu banyak keistimewaan dan kelebihan Hari Arafah di antara ialah:
.
1. Hari Kemuliaan
Di antara kemuliaan hari ini ialah Allah SWT telah bersumpah dengan hari Arafah.
Firman Allah SWT:
وَالسَّمَاءِ ذَاتِ الْبُرُوجِ ﴿١﴾ وَالْيَوْمِ الْمَوْعُودِ ﴿٢﴾ وَشَاهِدٍ وَمَشْهُودٍ ﴿٣
“Demi langit yang mempunyai tempat-tempat peredaran bintang-bintang; Dan hari (pembalasan) yang dijanjikan; Dan makhluk-makhluk yang hadir menyaksikan hari itu, serta segala keadaan yang disaksikan.” (Surah Al-Buruj: 1-3)
.
Rasulullah SAW bersabda: “Makhluk-makhluk yang hadir menyaksikan hari itu ialah hari Jumaat, dan segala keadaan yang disaksikan ialah hari Arafah, Jumaat adalah yang terbaik daripada Allah kepada kita.” (Ad-Dur al-Mantsur: 8/463 dan At-Tabary).
.
Begitu juga Allah SWT telah bersumpah dengan kebesaran hari mulia ini. FirmanNya:
وَالْفَجْرِ ﴿١﴾ وَلَيَالٍ عَشْرٍ ﴿٢
“Demi waktu Fajar; Dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah).” (Surah Al-Fajr: 1-2)
.
Menurut Abdullah bin Zubair: “Dari 1 Zulhijjah hingga Hari Korban adalah termasuk hari Arafah.” (At-Tabary).
.
2. Hari Disempurnakan Agama-Nya
Hari Arafah adalah hari yang agung kerana hari ini Allah telah menyempurnakan agama-Nya, dan melengkapkan nikmat-Nya:
الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا ۚ
“Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agamamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.” (Al-Maidah: 3).
3. Hari Bulan Suci
Hari Arafah adalah termasuk satu hari dalam bulan-bulan suci di mana Allah SWT berfirman:
إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِندَ اللَّـهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي كِتَابِ اللَّـهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ۚ ذَٰلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ ۚ فَلَا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنفُسَكُمْ ۚ
“Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah ugama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya).”
(Surah At-Taubah: 36).
4. Hari Beramal Soleh
Hari Arafah adalah salah satu hari dari hari-hari sepuluh yang dilebihkan untuk melakukan amal soleh seperti yang dikhabarkan oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya:
“Tiadalah hari untuk beramal soleh yang paling disukai Allah dari hari-hari ini, iaitu hari-hari sepuluh (10 hari pertama Zulhijjah). Para sahabat bertanya; Wahai Rasulullah..Bukan jihad fi sabillah? Jawab nabi; Ya, Jihad fi sabillah tidak dapat mengatasinya, kecuali seseorang yang keluar berjihad dengan jiwa dan hartanya kemudian dia tidak pulang membawa sedikitpun daripada jiwa dan hartanya itu (menemui syahid).” (Ahmad, al-Bukhari, Abu Daud dan Ibn Majah) “..
5. Hari Pembebasan
Hari Arafah adalah hari pembebasan. Rasulullah SAW telah bersabda:
“Tidak ada satu hari pun yang di hari itu Allah lebih banyak membebaskan hamba-Nya dari api neraka daripada hari ‘Arafah, sebab pada hari itu Dia turun kemudian membangga-banggakan mereka di depan para malaikat seraya berfirman: ‘Apa yang mereka inginkan? ‘” (Sahih Muslim 3275).
Hari Arafah adalah hari yang utama di mana Allah Ta’ala membebaskan hamba-hambaNya dari api neraka dan Allah membangga-banggakan orang-orang di Arafah di depan para malaikat.
.
6. Hari Permohonan Doa
Hari Arafah adalah hari doa dan hari perjumpaan antara hamba yang merdeka dan Tuhannya yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Mengasihani. Pada hari pengampunan yang agung ini betapa banyak kebimbangan telah dilepaskan, dan berapa kesedihan telah diredakan dan berapa banyak keperluan telah ditunaikan. Oleh sebab itu Rasulullah SAW menggesa supaya membanyakkan berdoa pada hari yang agung ini. Baginda SAW bersabda:
“Sebaik-baik doa ialah doa pada hari ‘Arafah. Sebaik-baik ucapan yang pernah aku dan rasul sebelumku ungkapkan ialah tiada tuhan melainkan Allah …” (Riwayat at-Timizi).
.
B. Pengajaran Daripada Hari Arafah.
1. Hari Peringatan
Pada hari ini mengingatkan kita kepada suatu urusan yang agung dan besar, yang menambahkan keimanan dan menguatkan hubungan dengan Pemilik Agama. Iaitu mengingatkan tentang hari kiamat dan melengkapkan persediaan dan bekalan untuk hari itu kerana pada hari itu perasaan tidak terkata dan nurani tidak tertulis, tetapi hanya dapat dinikmati bagi siapa yang melaksanakannya, seperti mana ada bijak pandai pernah mengatakan: “Siapa yang merasa dia tentu tahu.”
Ini adalah hari seumpama hari Perhimpunan terbesar seperti dalam FirmanNya:
إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَةً لِّمَنْ خَافَ عَذَابَ الْآخِرَةِ ۚ ذَٰلِكَ يَوْمٌ مَّجْمُوعٌ لَّهُ النَّاسُ وَذَٰلِكَ يَوْمٌ مَّشْهُودٌ ﴿١٠٣﴾
“Iaitu hari yang dihimpunkan manusia padanya. Dan hari yang demikian ialah hari yang dihadiri oleh sekalian makhluk.” (Surah Al-Hud: 103).
.
Oleh itu, hari Arafah adalah gambaran kecil dari keadaan sebenar hari kiamat. Demi Allah, sekiranya para jemaah haji memerhatikan pemandangan ini dan bagi yang bukan jemaah haji boleh melihat melalui skrin, tentulah akan mengubah keadaan sedia ada kepada keadaan yang lebih baik dan menjadi hati yang tunduk patuh kepada Tuhan. Semua orang yang menyaksikan pemandangan ini dan perhimpunan orang ramai yang sangat besar di Arafat dan mendengar suara, pekikan dan jeritan, dia akan serta-merta berkata: Maha suci bagi Allah, Maha Suci bagi yang mengetahui bahasa mereka, Maha Suci bagi mampu membezakan suara mereka dan Maha Suci bagi yang tertunai hajat mereka.
.
2. Rahmat Tanpa Sempadan
Di Arafat terbuka penutup dan pintu syurga. Oleh itu, para jemaah menuju kepada Tuhan dengan hati yang bersih daripada kegelapan syahwat dan hawa nafsu, dan memancarkan cahaya sehingga menerangi dunia dan semua yang ada termasuklah yang sekecil zarah pun.
Di Arafah terjunjung semangat kemanusiaan tanpa kenal sempadan, antara tuan dan kuli, tua dan muda, kaya dan miskin, raja dan rakyat, mulia atau keji. Di tempat ini satu pelajaran agung iaitu tentang persamaan, di mana tidak ada orang yang boleh membezakan antara kaya dan miskin, tidak juga di antara yang kuat dan lemah, dan tidak juga di antara berkedudukan dan berpangkat dan tidak berkedudukan dan berpangkat.
3. Menyaksikan Penyatuan Umat
Perhimpunan umat Islam di Arafah pada hari yang mulia ini memberi peluang besar untuk menyaksikan manfaat Haji seperti yang dikehendaki dan disebut oleh Allah SWT:
وَإِذْ بَوَّأْنَا لِإِبْرَاهِيمَ مَكَانَ الْبَيْتِ أَن لَّا تُشْرِكْ بِي شَيْئًا وَطَهِّرْ بَيْتِيَ لِلطَّائِفِينَ وَالْقَائِمِينَ وَالرُّكَّعِ السُّجُودِ ﴿٢٦﴾ وَأَذِّن فِي النَّاسِ بِالْحَجِّ يَأْتُوكَ رِجَالًا وَعَلَىٰ كُلِّ ضَامِرٍ يَأْتِينَ مِن كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍ ﴿٢٧﴾ لِّيَشْهَدُوا مَنَافِعَ لَهُمْ
“Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh. Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka.” (Surah Al-Hajj: 27-28)
.
Manfaat yang paling penting dan menjadi kewajipan yang tidak dapat dielakkan kepada umat Islam: Keperluan untuk kerjasama antara negara-negara Arab dan Islam. Perjumpaan di Arafah ini adalah peluang besar untuk menghapuskan jurang dan memikirkan tentang keadaan dunia Islam.
Di antara faktor yang membantu untuk mencapai kerjasama ini tercapai ialah; umat Islam adalah satu umat yang menggunakan bahasa yang satu, sejarah masa lalu yang satu, objektif yang satu, penyakit yang satu. Mereka di Arafat menuju kepada Tuhan yang satu , memakai pakaian yang satu, pada masa yang satu dan dengan laungan yang satu “Labbaikallah humma labbaik….” Semua ini membantu untuk mencapai kerjasama yang membuahkan kemajuan, kemakmuran,kecintaan dan keintiman, dan menggemblingkan tindakan yang memuaskan hati rakyat negara Arab.
..
4. Pesanan Terakhir Rasulullah SAW
Inilah hari agung yang mengingatkan kita kepada makhluk yang paling agung yang pernah dijadikan Allah, mengingatkan kita dengan perhimpunan perpisahan di dalam haji Wida’. Tiada masa yang paling hebat dan tiada perhimpunan yang paling indah, melainkan di saat pertemuan antara utusan Allah yang membawa rahmat kepada seluruh alam bersama dengan orang ramai yang khusyuk dan merendak diri di hadapan Allah, Semua mereka memiliki hati yang sedar dan telinga yang mendengar untuk melihat perpisahan dan kata-kata perpisahan, iaitu kata-kata dari Rasulullah SAW yang tidak berkata-kata menurut hawa nafsunya.
.
Seluruh dunia telah mendengar kata-kata Rasulullah SAW yang telah mengumumkan prinsip-prinsip dan nilai-nilai hidup. Antara prinsip-prinsip yang paling penting ialah:
- Menghormati nyawa, harta dan kehormatan.
- Larangan riba.
- Keadilan iaitu satu ciri Islam yang utama
- Melindungi dan menjaga nyawa.
- Larangan mempersendakan agama Allah.
- Hak lelaki ke atas wanita, hak wanita ke atas lelaki.
- Ikatan utama umat Islam adalah ikatan akidah dan Islam. Ikatan ini yang membawa mereka kepada prinsip persamaan dan kerjasama dalam perlaksanaan undang-undang Islam.
.
Pada hari ini, Rasulullah SAW merumuskan untuk umat bahkan semua manusia tentang prinsip-prinsip kemanusiaan dan belas kasihan, dan meletakkan mereka kepada asas-asas keamanan dan kedamaian. Antara pesanan lain dari Rasulullah SAW untuk umatnya: Berpegang teguh kepada kitab Allah dan Sunnah Rasulullah SAW. Rasulullah telah menentukan secara tegas bahawa langkah dan cara terbaik untuk menyelesaikan masalah-masalah yang melanda umat Islam ialah untuk merujuk kepada Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW.
..
5. Pembebasan
Sepatutnya umat Islam, yang berada di Arafat dan lain-lain tempat-tempat suci, terutamanya Rumah Allah, jangan melupakan kiblat pertama umat Islam pertama: Al-Aqsa, yang mesti dikembalikan ke pangkuan umat Islam dan membebaskan dari cengkaman bangsa Yahudi. Ini adalah amanah dan tanggungjawab yang akan ditanya oleh Allah kepada kita pada hari kiamat nanti.
Kita memohon agar Allah menjadikan kita pada hari Arafah tergolong orang-orang yang diterima amalnya, orang-orang yang diberikan kemenangan dan orang-orang yang Allah bebaskan dari api neraka.
Penutup
Segala puji bagi Allah, Maha Suci Tuhan yang menerima hamba-hambaNya pada hari Arafah dengan kemurahan hatiNya dan melimpah kurniaNya kepada mereka, kerana memberikan mereka yang terbaik berbanding yang diberikan kepada orang-orang yang meminta lainnya. Allah SWT akan mengampuni segala dosa, menyembunyikan kecacatan dan melepaskan segala kesusahan mereka di akhirat nanti. Wahai para sahabat yang disayangi, bertakarublah kepada Allah SWT dengan ketakwaan sebenarnya:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّـهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ ﴿١٠٢
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.” (Al-Imran: 102).
October 9, 2013
Hari-hari Dalam Hidupku
Sebungkus Nasi Beriani di Awanan Biru
Sungguh asyik pagi ini. Allah telah menerbangkan aku jauh
dari rutin biasa seharian, sebagai ayah kepada anak yg baik-baik, sebagai suami kepada
isteri yg solehah dan sebagai pensyarah
kepada pelajar2 yg cemerlang. Fly dengan
Air asia ke Putra Jaya kerana ada urusan 4 hari disana. Pejabat PPK yg uruskan tiket. Siti booking “hot
seat” untukku. Selama ini, kalau aku sendiri yang ambil tiket tak pernah pun duduk di hot
seat ni. Rupa2nya, ada sedikit istimewa berbanding seat biasa dibelakang. Macam
MAS ada
business class. Dan pagi ini rupa2nya hanya aku sorang sahaja duduk di
baris depan ni,sendirian. So, baris depan hanya 1
set sahaja berpenghuni.
Cuaca pagi ini sangat cemerlang. Berpagi-pagi dengan berada diawan nanbiru sangat menyentuh. Zikir Maathsurat mulai meniti bibir. Hamparan daratan mulai terpampang indah
selepas flight membuat “take off”. Beberapa minit kemudian keadaan
pesawat mula stabil dan mendatar dan daratan mulai samar-samar. Tiba
peramugari menyapa sambil menyebut namaku utk kepastian...beberapa bungkusan
makanan dihidangkan. Aku tak tahu pun bahawa semua makanan ini ditempah.Alhamdulillahhhh...ada b1st rupanya. Staf BPK tempah sebab mereka yang ambil tiket. itulah di
katakan rezki itu milik Allah. Rezki yg tidak disangka-sangka. Dalam hati ini tiba-tiba terdetik, "semuanya milik Allah yg dianugerehkan kepada ku ini". lantas terasakan
seolah “tangan allah” telah datang utk
menyuap rezki kemulut ku pada pagi ini. subhanallahh.
Terasakan seolah-olah Allah sedang mengusap-usap jiwa ini.
menghadiahkan kehidupan yg baik, kerja yg baik, menaiki pesawat yg sedikit
istimewa berbanding dgn mereka yg dibelakang. Pergi ke putera Jaya atas urusan negara dan pendidikan bangsa. Sesekala terfikir juga, siapalah diri
ini? yang tak punya apa2. sangat daif, sekadar budak kampung suatu masa dulu yg
tidak diletakkan apa harapan. Apalagi utk
menyumbang satu yg bermakna kepada
pendidikan anak2 bangsa.
Aku buka kotak makanan itu, salah satunya berisi nasi beriani. Wahhh..baunya mulai menjamah hidung. Aku santap perlahan-lahan sebab agak panas juga. Sambil menikmati nasi
beriani itu, aku menoleh keluar jendela. Sungguh takjub memandang bagaimana Allah
hiasi langit. Gumpalan awan yang bermacam bentuk dan jenis. Ada yang bergerak kencang dan ada yang kelihatan diam.Tergantung kukuh pada tingkat2 ketinggian
masing-masing. Walaupun dia hanya asap dan gas tetapi nampak sangat kukuh dan kuat. Walaupun ianya selembut angin tapi bisa mengegarkan besi pesawat yg aku sedang terapung2 diatasnya sekarang ini.
Jiwa ini dapat merasakan bahawa awan itu hidup. Ada tangan2
maha agung yg menjalin dan menjadikannya kelihatan sangat cantik. Seperti
pintalan kapas puteh nanbersih. Anyaman yang indah sesayup mata merentas langit. Kilauannya membias sinaran mentari,silau pandangan kerananya. Sesayup
pandangan kelihatan kusyuk seperti tunduk dan sujud kepada sang maha pencipta.
“Dan Dialah yang meniupkan angin sebagai pembawa berita
gembira sebelum kedatangan rahmat-Nya (hujan); hingga apabila angin itu telah
membawa awan mendung, kami halau ke suatu daerah yang tandus.…” (QS.
Al-A’raf: 57).
Ya aku sungguh pasti
dia ada tuannya. Aawan itu ada tugas dan amanah tuannya yg dia bawa. Begitu
juga aku. Maka aku dan awan itu sama-sama ada tugas sebagai makhluak yg
diciptakan.
“Apakah kamu tidak memperhatikan, bahwa sesungguhnya
Allah menurunkan air dari langit, maka diaturnya menjadi sumber-sumber air di
bumi kemudian ditumbuhkan-Nya dengan air itu tanam-tanaman yang bermacam-macam
warnanya...” (QS. Az-Zumar: 21).
Ya Allah kerdilnya diri ini yang sering lalai dan curang
padaMu. Bagaimana akan kutebus semua alpa ini. Dengan apakah aku bisa bayar semua nikmat yang Kau anugerahkan
selama ini dan juga pada saat ini pula
kau datang menyuapku dengan makanan ini. Akulah insan yg sering lupa utk melafazkan sukur kepadaMu. akulah insan yg sering menzalimi
diri sendiri. Ya Allah, sebenarnya seluruh hidupku ini adalah milikMu. Demi
nyawaku ditanganMu, maka kau peliharalah diriku ini. Janganlah kau masukkan
diri ini kedalam golongan orang-orang yang lalai, janganlah kau biarkan aku
hanyut dan temgelam dalam semua nakmatMu yang maha lauas ini.
Lamunan aku agak lama, awanan puteh diluar itu kelihatan tersenyum. Aku jadi terhibur.
Manik2 yg tiba tumpah dari kelopak mataku ini, sempat aku sapu dengan tisu diberikan
bersama makanan tadi. Makanan yg masih banyak lagi tu aku jamah perlahan-lahan.
Tiba-tiba peramugari menegur...”En..dah sudah ke?...
Belumpun makanan itu sempat aku habiskan, pilot mengumumkan
bahawa kita akan mendarat. Bila aku
toleh keluar kelihatan dengan jelas di
celah-celah awan kompleks “Genting highland”. Ya Allah cepatnya perjalanan hari
ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Utk Liqa' Usari kali ini Ana pinjam tulisan Ustaz Aadtif dari majalah JOM. Ibarat rumah kita yang cantik,nyaman dan selesa. Ses...
-
JOM…Susuri jalan yang damai Anak2ku dan sahabat tercinta… Kalaulah jalan dakwah ini dipenuhi hamparan permaidani INDAH sudah pas...
-
Di suatu petang, seorang anak datang kepada ayahnya yg sedang asyik baca Quran… “Ayah, ayah” kata sang anak… “Ada apa nak?” tanya sang ayah…...