Semalam sempatku sms untuk anak-anak usrah agar mereka berpuasa pada dua hari Asyura. Mereka beriftar di Masjid Kampus. Baba dirumah bersama anak-anak pun perpuasa. Suasana syahur amat meriah sekali. Sebenarnya orang orang yahudi pun berpuasa pada hari Asyura. Tetapi nabi menyuruh sahabat berpuasa dua hari untuk mengelakkan persamaan.
Masa berbuka semalam Along tanya kenapa orang yahudi juga berpuasa..Umi menerangkan Agama yahudi juga adalah agama langit sama dengan kita Cuma rahib2 mereka menyeleweng dan memerangi nabi. Umi terus mentarbiah anak .. kita berpuasa dalam suasana Saudara kita di Palastin sedang dikepung penderitaan, menghadapi kezaliman Zionis Yahudi itu. Dalam masa yang sama Presiden Mesir menutup pintu jalan bantuan makana termasuk ubatan. Mereka yang cedera tak dapat dirawat. Malah dihalang para doktor sukarelawan dari Mesir dan dunia islam lain yang nak masuk melalui Gaza untuk membantu saudara seIslam mereka. Hisbullah kata mereka tak suruh mesir rawat Cuma berikalah jalan utk mereka keluar melalui Gaza. Mesir juga terus menutup laman Blog2 yang menyokong Hamas malah beberapa Ulamak Ikhwan yang menyokong Hamas turut ditangkap. Pintu laut semua dikuasai yahudi…terowong bawah tanah telah di bom. Dunia arab disekitar telok semacam gembira melihat kabilah arab Hamas yang mempertahankan tempat suci islam dan bumi Israk Mikraj. Itulah pengecutnya assobiah arab ni!!!.... Betapa dasyatnya penderitaan saudaraku itu...
Dalam Radio IKim ada seorang pendengar telefon…”katanya Kenapa kita nak tolong Hamas kerana menyokong Syiah…”. MasyaAllah jahilnya masyarakat kita ini….tak tahu cerita sebenar…kenapa orang islam sendiri tak faham situasi sebenar adlah kerana media masa dikuasi mereka atau kuncu-kuncu mereka.
Aku lihat ummi terhenti sejenak….Aku faham hatinya sebak…. Aku memang dah lama diam menahan sebak… bercampur marah dan geram.
Kami berbuka dengan suasana gembira bercampur sedih dan seolah berpuasa untuk mengingati saudara kami yang menderita di Palastain… Mereka teramat dekat dihati ini.
Ya Allah “Rahmatilah mereka-mereka yang berjuang atas jalanMU mempertahankan rumahMu, berilah kekuataan saudara-saudaraku itu dan hilangkan penderitaan mereka dan angkatlah rasa takut dan gementar dalam hati mereka dalam menghaapi Zionis laknatullah…dan aku amat yakin dengan janji NabiMu bahawa mereka (satu golongan) di sekitar BaitulMaqdis akan tatap berjuang dan berjihad hingga datangnya Imam mahdi memerangi dajjal… hari kiamat”... semua adalah orang-orang yang dijanjikan Syahid oleh Nabi.
Wahai saudaraku yang membaca artikel ini...lawatilah laman web yang boleh menjernihkan salahfaham anda terhadap isu palastain. Cth Aman Palastin...atau laman web Hamas sendiri
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Demi jiwaku yang ada di tangan-Nya, aku lebih suka berperang di jalan Allah dan mendapat syahid, dan dihidupkan kembali untuk mendapatkan syahid, dan dihidupkan kembali untuk mendapatkan syahid, dan dihidupkan kembali untuk mendapatkan syahid, dan dihidupkan kembali." (Riwayat al-Bukhari)
January 6, 2009
Terubatlah sudah rindu...
Hari pertama semester ini memang dinanti-nantikan
Keresahan dan kerinduan yang payah terlerai sudah
Walaupun hanya sebulan terpisah geografinya, namun ianya terasa amat lama …
…sedangkan hubungan antara hati-hati kami sangat intim sekali...
Amat terasa.. bila malam-malam (cuti) kita habiskan dgn berpesta tahajud …
Setiap malam baba dapat sms salam tahajjud… dari anak2
MasyaAllah…syukur yang tak terhingga dan cintaku bersujud…
Doaku yang tak sudah-sudah dalam tahajudku untuk anak2…moga Allah sentiasa merahmati seluruh hidupmu.
Hari pertama aku dapat jumpa hampir semua anak anak usrah
Bersalaman dan berpelukan dengan mereka…
Kekadang selapas berpelukan…aku pegang tangan dan kutatapi matanya..kulihat kelopak matanya berkaca, jernih sejernih memancarkan 1000 keikhlasa yang mengungkapkan pancaran rasa hatinya… Melukiskan kerinduan...hatinya yang terharu dan teduh bila dapat bersua dan bertanya khabar…
Inilah kenikmatan dan keindahan Ukhwahfillah
Ianya anugerah Allah untuk hamba hambanya yang berjuang
Inilah hadiah Allah untuk rijal-rijalNya yang telah mengikhlaskan amalnya
Hanya mereka yang melaluinya saja dapat merasainya…
Hanya mereka yang Allah pilih saja mendapatinya…
“Ya Allah kurniakanlah kepada kami naunganMu dihari Mahsyar kelak…ketika semua Manusia yang dibangkitkan dalam keperitan, derita dan kepayahan dan benar-benar mengharapkan naunganMu pada hari itu”…
Ya Muhammad nabiku, berilah syafaatmu kepada kami pada hari itu…dimana kamilah penyanbung lidahmu dan perjuanganmu...menyeru manusia kepada agama Allah …Selawat dan salam kami buatmu dengan selawat yang berpanjangan dann berkekalan hingga hari kiamat.
January 2, 2009
Satria NEO...kemaafan dan Musafir
22 Dis 08. Tinggal beberapa hari saja lagi 2008 bakal pergi buat selama-lamanya. Hari2 yg masih tersisa ini baba habiskan dengan membuat flash kepada buku yang ada dalam simpanan. Setengahnya dah lama beli Cuma sekarang baru berkesempatan membacanya dan setengahnya memang baru beli. Diantara buku2 tersebut ialah: Indahnya saat bersama-Mu,panduan praktikal Qiamullail karangan Ustz. Zahazan ; 100 tokoh wanita terbilang..”Mi’ah Awwa’il Minna Nisaa’”,karangan Sy Ahmad Semait; Aisyah Ummul Mukminun..Keanggunan sebenar, Karangan Sulaiman An-Nadwi; Kepahlawanan Generasi Sahabat rasulullah, karangan AbdulRhman Ra’afat Basya; Diatas Sajadah Cinta,karangan Habuburrahman El-Shirazi penulis novel best seller Ayat Ayat Cinta; Pesona Cinta dan Laa Tahzan karangan Dr ‘Aidh Abdullah Al-Qarni; Dibawah naungan cinta, karangan Ibnu Hazam El-Andalusi dan yang Terakhir ialah TIP-TIP CEMERLANG DARIPADA QURAN karangan Dr. Daniel…
MasyaAllah bila baca buku terakhir ini terasa jahilnya diri ini…menyesal kerana telah setahun (PPN 07 USM Transkrian) baba beli buku ini tetapi hanya simpan dalam bonet kereta jer. Kerana pada mulanya ingatkan buku orang2 kita ni taklah hebat sangat…rasa nak baca buku2 yang hebat macam ihya’ Ulumuddin yang penuh maklumat, ditulis dengan hati maka tulisannya hidup dan bisa menghidupkan hati …Rupa rupanya buku ini mempunyai ciri-ciri tersebut sehinggakan setiap perkataannya tiada yang bermaksud sis-sia…mempunyai makna. Buku ini adalah sama hebatnya dengan buku 12 ciri-ciri IbadurRahman karangan Dr Yosuf Qaradhawi.
Buku ini mengandungi semua tip-tip penuh makna yang patut ada pada semua individu muslim yg ingin cemerlang dan sandaran hujjah hadis, Al-Quran yang sangat kuat dan bersesuaian. Tak perlu lagi baca buku staphen covey dsb.
Dalam mukasurat 179 aku sangat tertarik dengan Tips tentang member maaf: “Golongan yang suka member maaf ialah orang yang berjiwa besar. Ketenangan dan kedamaian akan meliputi hati mereka sebagai anugerah dari tuhan. Dengan itu mereka dapat memberikan tumpuan kepada perkara penting untuk cemerlang dalam hidup. Justru apabila kita berdendam dengan seseorang pujuklah diri dengan berkata, “aku memaafkannya kerana Allah.” Ulangilah kalimat ‘kerana Allah’ kerana itulah kekuatan yang akan memampuankan kita untuk memaafkan orang lain. Kemaafan yang diberikan kerana Tuhan tidak merugi. Dalam surah asy-syura ayat 37, Tuhan memuji beberapa golongan. Antaranya, “mereka yang apabila marah mereka member maaf”…sebelumnya diceritakan berkenaan kawalan emosi.
Apabila sampai disini teringat aku kepada kisah nabi dengan perempuan tua yahudi semasa di Madinah, teringat kemaafan Nabi semasa menyeru satu kaumnya di Thaif, dilemparkan dengan batu hingga berdarah kakinya yang mulia. Malaikat dating minta dihempapkan kaum itu…tetapi nabi memaafkan. Dan teringat juga bagaimana nabi memaafkan Hindon (si pemakan hati hamzah) semasa Fathul makkah. Teringat juga bagaimana Nabi memaafkan seorang quraisy yang nak membunuhnya semasa sedang tidur. Memang benar orang yang berjiwa besar dan bahagia didunia ini suka sekali memaafkan orang lain. … DAN teringat pula… apabila aku baru saja melontarkan kata kata kesat memalui SMS kepada salah seorang Anakku, yang aku pasti hatinya terguris…walaupun pada saat itu aku terpaksa melontar tohmahan itu dan aku tidak punya pilihan. Maafkan baba nak…maafkan. Dan sebenarnya Ana memaafkanmu.
Sebenarnya semasa baba menulis ini,baba sedang diruang tamu sambil menunggu kedatangan Ubai dan Izat pinjam satria Neo utk ke KL. Mereka ada program nasional di S Alam. Mereka akan ke kedah ambil Fadzli dan Nabil di Perak dan terus Ke KL. Dengarnya Hafiz dah ada di KL dan Akh Rauhan dari melaka. Teringat masa baba di UKM dulu, indahnya berprogram sana-sini bersama Ikh…bermusafir bersama dan berkelana di bumi Allah ini. Baba dulu pun pinjam kereta pensyarah macam inilah juga…Disana terpancar kemanisan Imaan, keagungan dakwah dan keindahan Ukhwahfillah. Sesungguhnya semua ini terlalu mahal harganya utk dibayar. Tetapi semua itu akan hanya tinggal kenangan yg takkan dilupakan utk selama-lamanya…
Semoga Allah merahmatimu nak…atas jalan dakwah ini. Baba bekalkan utk kalian doa yang berkekalan dan berpanjangan. Moga misi kalian Berjaya dan nanti kita akan kungsikan pengalaman antum dalam Liqa’ sem depan. Dan jangan lupa tulis dalam blog..
December 10, 2008
9 zulhijjah..Musim Cintaku Kembali....
Zulhijjah menjenguk lagi...
Arafah... ibarat berkumpulnya seluruh cintaku....bersujud
Al-haramain adalah catatan indah...dalam berjilid memoriku...
Ianya masih hidup....
Kaabah dan kubah Hijau...masih subur kenikmatan memandang
dan hati ini telah bangun dan segar dengan keaslian fitrahnya...
dakapan rahmat yang penuh nikmat...
yaa aku masih ingat...
lalu...rindukupun sarat kembali...
Tuhan... kau mengusap mesra lagi hati ini...
dan kumohon kau usaplah selama lamanya...
kerana aku sangat merinduiNya
hamparan bumi ini adalah sejadah cintaku bersujud...
yang takkan pudar
..Dikala aku adalah pencinta malam..
maka gelasku memancarkan cahaya...menyilau seluruh pandangan batin ini ...
lalu cinta bersemi..
Tangisan batinku memekik kembali...
...zulhijjah menjengok lagi...
setiap detik detik memoriku semasa disisiMU...(walau setahun telah berlalu)
..menyimbah mata batinku
menjadikan hangatnya CINTA...
yang tak terungkapkan kata-kata atau bicara...
mataku berkaca...hati kudus... syahdu mengenangkanMu
Aku akan segera datang kepadamu...ingin terbang mendapatkanMU
yaa...aku akan segera datang lagi kepadaMU...
Moga CINTAku bersujud kembali disisiMU...
Yaa Allah... Jemputlah hambaMu yang hina ini sekali
kerana rinduku tidak tertahan lagi...
......... utk bertandang!!!!...???
Arafah... ibarat berkumpulnya seluruh cintaku....bersujud
Al-haramain adalah catatan indah...dalam berjilid memoriku...
Ianya masih hidup....
Kaabah dan kubah Hijau...masih subur kenikmatan memandang
dan hati ini telah bangun dan segar dengan keaslian fitrahnya...
dakapan rahmat yang penuh nikmat...
yaa aku masih ingat...
lalu...rindukupun sarat kembali...
Tuhan... kau mengusap mesra lagi hati ini...
dan kumohon kau usaplah selama lamanya...
kerana aku sangat merinduiNya
hamparan bumi ini adalah sejadah cintaku bersujud...
yang takkan pudar
..Dikala aku adalah pencinta malam..
maka gelasku memancarkan cahaya...menyilau seluruh pandangan batin ini ...
lalu cinta bersemi..
Tangisan batinku memekik kembali...
...zulhijjah menjengok lagi...
setiap detik detik memoriku semasa disisiMU...(walau setahun telah berlalu)
..menyimbah mata batinku
menjadikan hangatnya CINTA...
yang tak terungkapkan kata-kata atau bicara...
mataku berkaca...hati kudus... syahdu mengenangkanMu
Aku akan segera datang kepadamu...ingin terbang mendapatkanMU
yaa...aku akan segera datang lagi kepadaMU...
Moga CINTAku bersujud kembali disisiMU...
Yaa Allah... Jemputlah hambaMu yang hina ini sekali
kerana rinduku tidak tertahan lagi...
......... utk bertandang!!!!...???
December 8, 2008
ESQ:KBM staff bukan akademik
30 Nov.08: Ketika aku menulis artikel ini,aku sedang berada di Mayangsari Hotel Dungun, Terengganu. 28-30 Nov adalah tiga hari yang penuh makna kerana Pengarah mahukan aku mengendalikan kursus ESQ utk semua staff bukan di Hotel Sutera Inn, KB. Kursus ini adlah atas kehendak pengarah sendiri selepas melihat kesan kursus serupa yang aku telah berikan kepada semua pelajar sem4 2 minggu lepas. Cabaran untuk kali ini ialah hampir semua staff bukan akademik menyertai kurus ini termasuk executive dan pejabat pengarah sendiri. Dan ianya juga merupakan percubaan mengadaptasi bahan dan hasil kajian yang mendalam dalam menyiapkan module khusus utk mereka. Kesesuaian bahan sisipan seperti artikel, video dan tugasan yang harus disesuaikan dengan matlamat kursus sepertimana dikehendaki oleh pengarah. Pengarah mengharapkan kursus ini dapat meningkatkan EQ dan SQ seterusnya menikgkatkan keikhlasan, motivasi dan mutu kerja berpasukan berpaksikan hati-nurani yang bersih lagi jernih.
Dari pengamatanku: dengan bahan2 yang diberikan dan assignment kerja kumpulan amat membantu meningkatan EQ dan SQ mereka. Seperti biasa tangisan sebahagian peserta mengiringi setiap aktiviti teman sejati, Demi matahari,bingkai kehidupan dan Riben kehidupan. Ucapan terimakasih yang mereka ucapkan selepas selesai kursus membayangkan semua ini.
Fasilitator (pelajar sem 1 dan 3)juga amat menyentuh hatiku. Mereka sanggup mengambil tiket dan meninggalkan keluarga dan masa cuti untuk bersama-sama dalam kursus ini. Keindahan Bersamamu amat menyentuh hatiku. Rasa ukhuwah fillah sesame kalian jelas kelihatan. Semoga Allah merahmatimu wahai anak-anakku. Semoga allah kuatkan hatimu dan kakimu utk istiqamah atas jalan dakwah ini. Tatapilah videoclip d-Ufuk Ukhwah!!!!. terimakasih Fadzli dan Izat sebagai videoman, Hafidz, Ghafar, Mursyidah, Aini,Zulaika dan Hazimah
Petangnya aku kena berangkat ke Hotel Mayangsari,Dungun sambil hantar 5 orang fasi dari K Terengganu kerumah mereka masing2. Sambil musafir kami baca maathsurat, solat maghrib dan makan malam bersama-sama. Musafir ini juga telah membantuku mengenali lebih mendalam mereka semua dan ada yang aku sempat singgah dan minum dirumah mereka lantas bersua muka dengan keluarga mereka. Sesungguhnya kenangan ini amat manis sekali.
November 30, 2008
Borobodor suatu penyaksian tauhid.
26 Nov.2008: Pd pagi ini aku check out seawal jam 7 pg. Maknanya kami takan kembali lagi ke hotel ini. Lepas B’1st aku terus menaiki bas untuk menyertai rombongan ke Borobodor tample selepas itu bas akan hantar kami terus kami ke Air Port
Architecture borobodor hamper sama sahaja dengan Parambanan tample, cumanya keluasan dan saiz tamplenya lebih besar. So..tiada apa yg menyentuh. Ukiran2 di dindingnya pun serupa. Daripada penerangan tourist guide chandi ini dibina pada abad ke8 dan ianya dijumpai penjajah belanda. Semasa ditemui sebahagian besar chandi ini telah musnah yang terdapat hanyalah runtuhan yang sebahagiannya telah hancur menyembah bumi. Dan seluruh kawasan ini telah ditinggalkan dan hutan sudah memenuhi kawasan ini. Gambar2 di papan tanda yang diletakkan disekeliling jelas membuktikan warta sejarah ini.
Persoalan biasa yang menjadi tanda tanya ialah kenapa kegemilangan sesuatu peradaban atau tamadun manusia boleh lenyap dan terus tanpa sisa. Ada orang mengatakan tamadun borobodor lenyap kerana berlaku letusan gunung berapi hinggakan menghancurkan semua penghuni kotanya. Berbagai teori dan andaian telah dibuat. Aku sungguh yakin bahawa mereka semuanya tidak lenyap, bangsa mereka tidak pupus tetapi yang hilang ialah kepercayaa mereka dan peradaban mereka bersama hilangnya kemegahan borobodor. Apakah yang melanda dan mengantikannya?...aku sungguh yankin cahaya keimanan, cahaya nubuwah yang telah melanda setiap hati dan jiwa mereka mengantikan budhism. Allah lah yang mengilhamkan jalan kefasikan dan jalan ketaqwaan. Buktinya, pribumi tetap ada disekeliling kota berhala itu tetapi masjid bertaburan disekitarnya. Dan bangsa itu adalah bangsa yang sama mewarisi tanah pusaka nenek moyang mereka. Cuma yang berubahnya ialah wajah diri mereka yang sudah diganti dengan warna keimanan dan ketauhidan. Tetapi siapa yang memusnahkan borobodor?. jawapannya ialah tangan-tangan mereka sendiri kalau tidakpun mereka hanya membiarkannya. Seperti sejarah nabi Ibrahim dan sejarah pembukaan kota makkah. Ketuhanan telah mengantikan keberhalaan dan kota borobodor ini telah membuktikan suatu penyaksian tauhid ini dan ke-esaan rabb.
Dan aku amat senang sekali berada disini dan sungguh terharu melihat wajah wajah masyarakat yang diwarnai cahaya keimanan. Suasana mereka hamper sama saja dengan suasana masyarakat tempat kelahirku, Kelantan. Seolah-oleh peradaban ini telah lama mendarah daging dalam kehidupan masyarakat di sini. Cuma yang mentanda-tanyakan dibenak hatiku ialah siapakah mereka yang telah membawa cahaya itu dan bagaimanakah method mereka?.
Inilah sunnatullah bahawa:Apakah yang bisa mengantikan kepercayaan yg rosak selain dari keyakinan yang jernih. Kalau kekafiran yang mewarnai hati sesuatu umat maka cahaya ketuhana@rabbani yang bisa menyelamatkannya. Sepertimana kegelapan jahiliah yg mengelilingi kaabah maka kesucian tauhid yang membasuh seluruh kokotorannya. Ibarat cinta: kalau cinta adalah punca sengketa maka hanya cintalah yang bias mencegahnya. Memang benar kata-kata Dr. Yusof qaradhawi, punca masalah umat ini tarbiah (pendidikan) maka dengan tarbiah jua lah yg menyelamatkannya.
November 25, 2008
HARI KE-2 D JOGJA
24 Nov 08:Hari ini sengaja aku lepak di hotel untuk siapkan bahan utk KBM staff 28 hb (jumaat ni). Lepas zohor aku cuba jalan2 bandar Jogja. Dengan teksi punya Mas Suprianto, gitu namanya. Sangat mesra orangnya. Aku pusing2 dan singgah makan nasi Padang. Sedap gak, tapi agak pedas. Lepas tu aku pergi ke (tample)Chandi parambunan. Chandi yg ke2 besar di Jogja setelah 30 mnit menyusuri jalanan sambil memerhati persekitaran dan budaya masyarakat. Rupa2nya di sekitar chandi ini masih ada masyarakat disini yg beragama Hindu, Majoritinya sudah beragama Island dan Kristian. Ada juga chandi2 kecil lain di sekitar Jogja ini tetapi tidak di lawati. Untuk masuk ke dalam kena bayar 8000 rp. Keluasan Chandi ini agak2nyalah 2KM persegi. Mngambarkan kekuatan pemerintahan dan kekuatan agama hindu pd suatu masa dahulu. Penat juga kalau nak habiskan semuanya.
Dari arah chandi ini kelihatan jelas sekali Gunong Merapi yg ketinggiannya 2300k. Tetapi puncaknya sentiasa diselaputi awan. Pd tahun 2006 kali terakhir aktif dan dari arah chandi ini lahar gunong berapi boleh dilihat dengan jelas. Pada tahun itu juga ia tidak meletus tetapi sebaliknya berlaku gempa bumi yg berukuran 5.7 skalar richter yang telah mengegarkan seluruh Bandar Jogja ini dan banyak runtuhan bangunan yg mengorbankan lebih 600 orang. Tidak terkecuali juga chandi ini yg ranap hamper separuh…dan ada yg condong dan sekarang ini masih di bina semula kerana Chandi ini telah diwartakan sebagai salah satu warisan dunia.
Aku sempat mengambil berpuluh gambar termasuk lukisan2 yg diukur pada batu yg mengambarkan kehidupan masyarakat pd masa itu. Terdetik dihati ini bahawa memang kuat pegangan masyarakat disini dengan agama Hindu. Semasa sedang asyik dan tertarik dengan binaannya, Azan asar kedengaran. Bukan satu masjid tetapi lebih dari 10 dari sekeliling chandi ini, bersahut- sahutan dan kedengaran seolah2 menyelubungi dan menerangi seluruh kesesatan yg pernah mewarnai daerah ini suatu masa dulu. Ternyata suara azan itu pasti amat ganjil jika didengari oleh masyarakat disini semasa kegemilangan Chandi2 ini dahulu. Terbayang dihati ini siapakah yang telah mebawa cahaya keimana kepada masyarakat in dan methodology apakah yg digunakan sehingga Berjaya menawan hamper seluruh hati masyarakat disini yg gelap, pekat dan mendarah-daging dengan hinduism. Hebat sungguh pendakwah2 itu…tentu sekali pahala yg berpanjangan adalah milik mereka. Kalaulah aku adalah mereka itu?...
Lawatan kesini telah membari pengajaran yg banyak dihati ini dalam meneruskan perjuangan sebagai daie’….maka adakah dakwah itu hanya berceramah saja. Atau adakah ianya bererti mendidik dan menabur cahaya keimanan dalam hati manusia dan juga tentunya pendakwah itu telah mendarah-daging islam dalam diri mereka terlebih dahulu dan telah melakukan daya usaha dan seluruh pengorbanannya bagi memastikan manusia mengamalkan Islam dalam kehidupan mereka sehingga agama adalah hidup dalam kehidupan mereka!!!. …Dengan kata lain seorang daie’ tentunya memaknakan Islam dalam kehidupan mereka terlebih dahulu sebelum mencetak insan lain. Esok aku akan ke chandi Borobodor…pastinya lebih hebat.
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Gengaman waktu dan ketika. 8-8-16. Gengaman terakhir saat melepaskan ayah tersenyum mengadap rabbnya... Kematian mengajar kita erti ...
-
Di suatu petang, seorang anak datang kepada ayahnya yg sedang asyik baca Quran… “Ayah, ayah” kata sang anak… “Ada apa nak?” tanya sang ayah…...
-
Cerita mini:Sang Helang Ada seekor helang sedang terbang merentasi sungai semasa musim sejuk. Ia memerhati satu bungkah ais terapung yang me...