February 11, 2009

Kerinduan yg mengigit perasaan

Anak-anakku: Selama beberapa hari dikejauhan ini telah mengajar baba erti sebenar Ukhwahfillah. Ketiadan antum disisi amat terasa sekali kehilangan. Samalah dengan anak dan isteri dirumah. Malam sungguh indah dengan tahajjud…memang setiap hari bila baba sampai kesurau masih gelap lagi. Teringat masa baba belajar di UKM dan UiTM (master)dulu. Kekadang baba lihat kembali video yang izat buat tu..kadang tanpa disedari baba tersenyum sendiri tetapi mata ini berkaca…..melihat telatah kalian. Macam tak betul ke baba ni.???...wallahhi.. Allahuakhbar. Hanya Allah sahaja yang tahu….Walaupun begitu setiap hari sebahagian dari antum sentiasa berhubung dgn baba melalui SMS. Kakau takpun baba akan bertanya kabar kalian. Lihatlah video-video yg baba letak dibawah tu. Nak download tu silakan. Lepas tu baba akan buangkan…Utk mengelakkan blog ini berat bila nak access masuk…

February 8, 2009

coretan dari Indra Kayangan..

Hari-hari semester jan 09 terasa amatlah pantas berlalu. Baru 2 artikel sempat upload dalam blog ini. Hari ini baba terpaksa terasing jauh ke utara tanah air. Baru 4 minggu bermula, baba kini kena meninggalkan kampus IPSM selama 3 bulan kerana menghadiri Cuti Sabatikal Penyelidikan 12 utk pensyarah IPG, foundation 4 PhD…So baba kena meninggalkan IPSM dan seluruh isinya selama 3 bulan: 2 Mei baru balik, pada masa tu semua pelajar dah nak exam final sem. Terasa banyak sekali ilmu dan amanah yg belum sempat dicurahkan,benih yang disemai baru menampakkan hasil,,,daun daun menghijau sedang subur dan tumbuh menyejukkan pandangan hati ini.. Bibit buah yang manis mula terasakan; mengolah pintu batin. Dinding hati mengalirkan embun kemesraan dan kemanisan ukhwah fillah yang teramat payah untuk ditinggalkan@berpisah. Tapi wahai anak2…pada mulanya berat nak meninggalkan kalian…tetapi baba telah istikharah, memang Allah memilih baba pergi sedang hati ini amat pasrah dengan janjiNya. Keyakinan ini amat kuat sekali…banyak hikmahNya nanti…
Begitulah kehidupan yg Allah telah susun utk diri ini…Tinggalah IPGM… tinggalah rakan dan anak2 dirumah dan diMizan bersama rindu dan sendu-sedan, bersama doa dan harapan, dengan api cinta yang pasti tak kunjung padam.
Pg ini PDA baba mengejutkan kul 5 pg. Tiupan angin sepoi2 dari sawah padi terssa dingin sekali. Kesejukan menusuk tulang hitam. Kepenatan semalam seharian treveling semacam tercabut sudah. Pg subuh ini kesegaran jasmani dan rohani terasa teduh sekali:mandi dan tahajjud smbil berdoa sambil membayangkan isteri dan anak2 dirumah dan di Mizan. MasyaAllah… masa itu amat mencemburuikuuuu rupanyaaaaa….sudah 42 tahun berlalu sedang kehidupan ini masih begini…kosong tiada erti. Hatiku berbisik sambil mataku menerawang keluar dari tingkap tingkat 3 rumah tamu IPP. Mataku berkaca lagi…menginsafi diri….kelam…

Aku pergi awal ke surau. Dalam 5 40 pg. Sama keadaannya dengan Mizan. Masih gelap rupanya rumah allah ini, belum ada insanpun yang memuji rabbNya di rumah ini pada saat ini…Aku mendahuluinya denga solat hajat dan duduk termangu…rupa-rupanya golongan yang sedikit yg dijanjikan nabi memang sedikitpun. Fenomena ini bukan disini, diMizan dan dimana-manapun. Beruntunglah mereka2 yang termasuk dalam golongan sedikit ini….

Wahai Ummu rumaisa’ dan wahai anak2 semua…kehebatanMu adalah pada tahajjud. Kemuliaanmu adalah apabila allah memuliakanmu.kebahagiaanmu ada dalah tangisanmu yang titisannya Allah pasti menadah. Kebahgiaan dan sakinah itu ada dalam hatimu yg kusyuk dan bersujud dalam CINTAMU KEPADANYA….DAN DIA MEREDHAIMU….SELAMA LAMANYA….

Kenangan KBM

Tazkirah Minggu ini

January 19, 2009

PALASTAIN: Betulkan istilah...teruskan tadabbur Al-Quran

inilah masanya utk kita mesrakan dan menghayati kalimah2 jihad yang disebut dalam Al-Quran. Dan masa inilah allah mudahkan kita memahaminya. Marilah kita terus mendampingi Al-Quran dan menghidupkan ruhNya dalam setiap diri kita...

Bacakan ayat-ayat quran ttg jihad.
"wahai orang yang beriman. diwajibkan ke atas kamu berperang, meski kamu membencinya".
"Wahai Nabi! serulah orang-orang yg beriman utk berperang" "Jangan
kamu sangka mereka yg syahid itu mati, bahkan mereka hidup sedang kamu
tdk mengetahui'. "wahai orang yg beriman, sukakah kamu suatu
perniagaan....yang boleh menyelamatkan kamu dari Azab..."

"barangsiapa yg tdk pernah berjihad, tiada niat utk berjihad, matinya
mati jahiliyah". "barangsiapa membekalkan mujahidin bererti dia juga
berjihad." "bersegeralah kamu kpd keampunan Allah dan syurga nya yg
luas disediakan utk orang yg bertaqwa, iaitu mereka yg infaq dlm
keaddan mewah dan susah.."

don't leave the muslims in doubt that the only way out of this
humiliation is jihad fi sabilillah.

Dan betulkan KONSEP, persepsi dan lidah Anda...
Rindukah kita akan Syahid dan syurga Allah...?sebagaimana para sahabat2 terdahulu.

1. 640 syahid - bukan terbunuh
2. infaq atau jihad mal - bukab sedekah
3. jihad qital - bukan perang
4. mujahidin - bukan pejuang apatah lagi militan
5. mujahadah - bukan pengorbanan
6. jannah, bidadari syurga sebagai imbalan perlu disebut, diulang-ulang
7. ikhwah. jangan malu-malu, tdk teringinkah anda dikahwinkan dgn 70
bidadari. baca syair perang sabil aceh-ainul mardhiah.
8. tak teringinkah memberi syafaat kpd ibu-bapa, isteri, anak dan 70
orang tersayang.

January 6, 2009

Hari Asyura dan Kekejaman Yahudi

Semalam sempatku sms untuk anak-anak usrah agar mereka berpuasa pada dua hari Asyura. Mereka beriftar di Masjid Kampus. Baba dirumah bersama anak-anak pun perpuasa. Suasana syahur amat meriah sekali. Sebenarnya orang orang yahudi pun berpuasa pada hari Asyura. Tetapi nabi menyuruh sahabat berpuasa dua hari untuk mengelakkan persamaan.

Masa berbuka semalam Along tanya kenapa orang yahudi juga berpuasa..Umi menerangkan Agama yahudi juga adalah agama langit sama dengan kita Cuma rahib2 mereka menyeleweng dan memerangi nabi. Umi terus mentarbiah anak .. kita berpuasa dalam suasana Saudara kita di Palastin sedang dikepung penderitaan, menghadapi kezaliman Zionis Yahudi itu. Dalam masa yang sama Presiden Mesir menutup pintu jalan bantuan makana termasuk ubatan. Mereka yang cedera tak dapat dirawat. Malah dihalang para doktor sukarelawan dari Mesir dan dunia islam lain yang nak masuk melalui Gaza untuk membantu saudara seIslam mereka. Hisbullah kata mereka tak suruh mesir rawat Cuma berikalah jalan utk mereka keluar melalui Gaza. Mesir juga terus menutup laman Blog2 yang menyokong Hamas malah beberapa Ulamak Ikhwan yang menyokong Hamas turut ditangkap. Pintu laut semua dikuasai yahudi…terowong bawah tanah telah di bom. Dunia arab disekitar telok semacam gembira melihat kabilah arab Hamas yang mempertahankan tempat suci islam dan bumi Israk Mikraj. Itulah pengecutnya assobiah arab ni!!!.... Betapa dasyatnya penderitaan saudaraku itu...

Dalam Radio IKim ada seorang pendengar telefon…”katanya Kenapa kita nak tolong Hamas kerana menyokong Syiah…”. MasyaAllah jahilnya masyarakat kita ini….tak tahu cerita sebenar…kenapa orang islam sendiri tak faham situasi sebenar adlah kerana media masa dikuasi mereka atau kuncu-kuncu mereka.
Aku lihat ummi terhenti sejenak….Aku faham hatinya sebak…. Aku memang dah lama diam menahan sebak… bercampur marah dan geram.
Kami berbuka dengan suasana gembira bercampur sedih dan seolah berpuasa untuk mengingati saudara kami yang menderita di Palastain… Mereka teramat dekat dihati ini.

Ya Allah “Rahmatilah mereka-mereka yang berjuang atas jalanMU mempertahankan rumahMu, berilah kekuataan saudara-saudaraku itu dan hilangkan penderitaan mereka dan angkatlah rasa takut dan gementar dalam hati mereka dalam menghaapi Zionis laknatullah…dan aku amat yakin dengan janji NabiMu bahawa mereka (satu golongan) di sekitar BaitulMaqdis akan tatap berjuang dan berjihad hingga datangnya Imam mahdi memerangi dajjal… hari kiamat”... semua adalah orang-orang yang dijanjikan Syahid oleh Nabi.

Wahai saudaraku yang membaca artikel ini...lawatilah laman web yang boleh menjernihkan salahfaham anda terhadap isu palastain. Cth Aman Palastin...atau laman web Hamas sendiri

GENGAMAN WAKTU DAN KETIKA