June 11, 2009

UHUD: Maqam Syuhada…bertaburan bunga2 CINTA…

Siri 6:Siri sirah tauladan untuk anak2ku.
Dalam siri 6 ini baba akan ceritakan tentang keberanian Seorang Serikandi, Mijahidah (Muslimah). Walaupun dia tidak Syahid di Uhud, tetapi keberaniannya di medan Uhud ini adalah sama mahalnya dengan mereka yg sedang bersemadi di Maqam Syuhada’. Pelajarilah betapa cintanya kepada Nabi (s.a.w) dan yang yg paling benar ialah kerinduannya kepad syurga dan betapa inginnya dia bersama2 Rasulullah dalam syurga. Manakah harapan/cita2 yang lebih besar bagi manusia selain dari apa yg dicintai Muslimat ini. Maka seharusnya para akhawat dan anak2 yg dikasihi, ambillah iktibar dengan semangat jihad seorang sahabat bernama Nusaibah atau gelarannya Ummu ‘Umara.

Umm ‘Umara telah dirahmati dengan pelbagai kehormatan, antaranya adalah kehadiran beliau di Uhud, al-Hudaibiyyah, Khaibar, Hunain dan Peperangan Yamama. Namun peranan beliau yang paling mulia adalah ketika Peperangan Uhud. Umm ‘Umara telah menyertai peperangan tersebut bersama suaminya, Ghaziya, berserta dua orang anak lelaki beliau. Tugas yang dipertanggungjawabkan ke atas beliau adalah untuk memberi air kepada para Mujahid yang cedera. Akan tetapi Allah SWT telah menetapkan satu peranan yang lebih besar dan mulia untuk beliau.

Maka beliau pun mengatur langkah bersama-sama dengan keluarga beliau dengan sebuah bekas kulit buat mengisi air. Mereka tiba di medan perang pada awal pagi hari. Tentera Islam, ketika itu, sedang menguasai peperangan dan beliau telah pergi melihat keadaan Rasulullah SAW. Pada masa yang sama sebilangan Tentera Islam telah membuat satu kesilapan yang teramat besar - melihatkan tentera Quraish berundur, mereka mula berkejaran mendapatkan harta-benda rampasan perang, melanggar arahan Rasulullah SAW supaya tetap di posisi mereka di atas bukit. Khalib bin Walid, (yang ketika itu belum lagi memeluk Islam), apabila melihat benteng pertahanan yang telah terbuka itu lantas mengepalai serangan-balas ke atas Tentera Islam. Penguasaan peperangan beralih kepada pihak Quraish. Dalam suasana kelam-kabut itu, ramai dari kalangan Tentera Islam panik dan berundur, meninggalkan Rasulullah SAW bersama-sama sekumpulan kecil para Sahabat RA. Di kalangan mereka ini termasuklah Umm ‘Umara.
Melihatkan ramai dari kalangan Tentera Islam yang berundur, Umm ‘Umara lantas berlari ke arah Rasulullah SAW dan mengangkat senjata demi mempertahankan baginda SAW, bersama-sama dengan suami dan kedua anak lelakinya. Rasulullah SAW menyedari yang Umm ‘Umara tidak mempunyai perisai lantas baginda SAW mengarahkan salah seorang daripada mereka yang sedang berundur supaya memberikan perisainya kepada Umm ‘Umara yang sedang bertarung. Setelah mendapat perisai tersebut, Umm ‘Umara mempertahankan Rasulullah SAW menggunakannya bersama-sama dengan busur, anak panah dan juga pedang. Umm ‘Umara diserang oleh tentera berkuda tetapi beliau tidak sekalipun gentar atau berasa gerun. Beliau kemudiannya telah berkata, “Sekiranya mereka itu tidak berkuda seperti kami, nescaya telah kami hancurkan mereka, insha-Allah.”
Abdullah ibn Zayed, anak lelaki beliau, telah mengalami kecederaan ketika peperaang tersebut. Lukanya itu berdarah dengan banyak sekali. Ibunya berlari kepadanya dan membalut lukanya itu. Kemudian Umm ‘Umara memerintahkan anak lelakinya itu, “Maralah dan perangi mereka, anakku!” Rasulullah SAW mengagumi semangat pengorbanan beliau dan telah memuji beliau, “Siapakah yang boleh menanggung apa yang kamu mampu tanggung, Umm ‘Umara!”
Tiba-tiba lelaki yang telah mencederakan anak lelakinya mara dan Rasulullah SAW berkata kepada beliau bahawa inilah lelaki yang mencederakan anaknya. Umm ‘Umara dengan berani mencabar lelaki tersebut, yang menurut anak Umm ‘Umara sendiri, adalah seperti perdu pokok yang besar. Umm ‘Umara mencederakan kaki musuhnya itu, menjatuhkannya sehingga berlutut. Rasulullah SAW tersenyum sehingga menampakkan gigi baginda SAW dan berkata, “Kamu telah membalasnya, Umm ‘Umara!” Setelah lelaki tersebut ditewaskan, Rasulullah SAW kemudiannya berkata “Segala puji bagi Allah yang telah memberikan kamu kemenangan dan menggembirakan kamu atas musuh kamu dan membolehkan kamu menuntut bela.”
Pada satu ketika, Rasulullah SAW telah keseorangan. Melihat peluang keemasan itu, pihak musuh, Ibn Qumay’a segera menyerang Rasulullah SAW sambil menjerit “Tunjukkan Muhammad padaku! Aku takkan selamat sekiranya dia diselamatkan!”. Lantas Mus’ab ibn ‘Umayr, bersama-sama dengan beberapa orang sahabat yang lain, bergegas mempertahankan Rasulullah SAW. Umm ‘Umara yang turut bersama-sama dengan mereka terus menetak musuh Allah itu, walaupun dia memakai dua lapis baju besi. Ibn Qumay’a berjaya menetakkan bahagian leher Umm ‘Umara, meninggalkan luka yang teruk. Rasulullah SAW terus memanggil anak lelaki Umm ‘Umara, mengarahkannya membalut luka ibunya sambil mendoakan kerahmatan dan kesejahteraan ke atas mereka dan menyatakan kemuliaan mereka. Umm ‘Umara, bila menyedari yang Rasulullah SAW menyukai kesungguhan dan keberanian beliau, lantas meminta Rasulullah SAW supaya berdoa agar mereka dijadikan Allah di kalangan sahabat-sahabat Rasulullah SAW di syurga nanti. Selepas Rasulullah SAW berdoa, Umm ‘Umara lantas berkata, “Aku tidak pedulikan apa sahaja yang menimpaku di dunia ini!”
Pada hari tersebut, Umm ‘Umara menerima tiga belas luka dan luka di lehernya terpaksa dirawat selama setahun. Beliau kemudiannya juga menyertai Peperangan Yamama, di mana beliau menerima sebelas luka dan kehilangan tangan.
Keberanian Umm ‘Umara menyebabkan semua para Sahabat RA mennghormati beliau, terutamanya para Khalifah yang akan menziarahi beliau dan sentiasa mengambil berat tentang keadaan beliau. Umar ibn Khattab RA telah menerima kain-kain sutera yang sangat bagus buatannya. Salah seorang yang berada di situ berkata bahawa kain tersebut sangat mahal dan Umar RA patut memberikannya kepada isteri Abdullah ibn Umar, Safiyya bint Abu ‘Ubayd. Umar RA walaubagaimanapun tidak mahu memberikan kain yang sedemikian kepada menantunya. “Ini adalah sesuatu yang tidak akan kuberikan kepada ibn Umar. Aku akan berikannya kepada seseorang yang lebih berhak keatasnya - Umm ‘Umara Nusayba bint Ka’b.” Umar r.a kemudian menceritakan bagaimana ketika Peperangan Uhud, beliau mendengar Rasulullah berkata bahawa apabila baginda SAW melihat ke kiri mahupun ke kanan, baginda nampak Umm ‘Umara sedang bertarung di hadapan baginda SAW.
Inilah kehidupan Umm ‘Umara, pejuang yang tetap berdiri apabila ramai yang berundur, yang mengarahkan anaknya yang cedera parah kembali menyertai peperangan yang sengit, dan yang bersedia menggadaikan nyawanya demi menyelamatkan Rasulullah SAW. Sebagai balasan, beliau menerima doa agar dijadikan di kalangan sahabat Rasulullah SAW di syurga.
Moga Allah SWT merahmati para akhawat kita hari ini dengan keberanian, semangat pengorbanan dan istiqamah yang sedemikian. Maka adakah gelangang akhawat itu hanyalah dirumah dengan menghayun buaian sahaja? Sedangkan diluar sana masyarakat sedang tenat, maksiat berleluasa, kezaliman melata, kejahilan mencengkam umat manusia. Maka apakah sepantasnya peranan dan posisi seharusnya diisi oleh akhawat2?...Lalu apakah persiapan2 yg perlu sebagai perbekalan dan persiapan…yg mana dalam konteks ini membuka ruang perbincangan yg panjang.
Satu perkara yg menarik dalam kisah ini ialah bagaimana Khalifah Umar r.a memuliakan sahabiah yg pernah dimuliakan Nabi semasa hayat baginda. Jelas disini bahawa, dengan jawatan Umar sebagai Khalifa, tidak terdetik Umar r.a utk memuliakan anaknya sendiri, malah dia lebih suka utk memuliakan wanita yg dimuliakan Allah dan rasulNya. Itulah anak2, maka marilah kita merasa senang dan cinta kepada apa2 yg dicintai Allah, walaupun kadang ianya berada pada orang lain/kumpulan selain dari kita. Inilah yang payahnya bagi kita utk meletakkan kiblat hati kita pada perspektif yg betul sebagaimana kehendak Allah. Berilah cahaya kepada Cinta yg ada dalam lubuk hati kita kepada haknya. Mudah2 Allah menjernihkan hati dan kefahaman kita atas jalan dakwah ini…selalam-lamanya. InshyaAllah.

June 6, 2009

Beijing Flash Back

Beijing: Day 3

(Terlebih dahulu; Maaf lagu latar VIDEO di atas menggunakan lagu China. Ingat masa kecil2 dulu memang minat lagu China. Tok nenek dulu pun asal dari sana dan belah ayah dari Pakistan. He. he. acah jer tu)

Hari ini dapat tourist guide. Jumpa semasa melawat gerai Kaligrafi China di forbidden city semalam. Rain Namanya. Bayar 200 yuen utk seorang utk ke Great wall, copper craft, jade factory and Silk factory. Bayaran tu termasuk utk kenderaan, makan tengah hari (tak halal-walaupun katanya dia halal) dan massage reflexology dan teh ceremony. Perjalanan hari ini sungguh memenatkan keluar kul 8 balik kul 8 malm ke hotel. Ingat tu jangan terkejut,di China waktu subuh 3 45 pg dan maghrib kul 8…isyak kul 10 mlm. Musim panas, siang sangat panjang…He he pelik kan…

Great Wall memang mengkagumkan. Tapi bahagian yg dilawati jer yg cantik. Bhg jauh atas puncak bukit tu..tak tahulah ada ke tak…sebab tak siapa yg larat nak naik. Sampai stage 3 pun macam nak mati…gayat dan udara nipis..dan kering. Kononnya 6400 KM panjang…rasa macam tak percaya jer…sebab china ni memang suka buat gimic. Teh ceremony pun… gimic…konon2nya…mereka terlalu percaya pada PHENGSUEI. Nasib dan macam2. Jade ada kaitan nasib…teh pun nasib, …kononnya maharaja yg minum. Naga berkaitan maharaja je, rakyat biasa takleh guna. Yg paling kami rasa xpercaya ialah masa massage…reflexsology. Cerita macam2 oleh chifu…macam bagus;dan mereka selalu sebut professor… semasa massage tu mereka bawa “professor reflexology” dari Tibet…tilik punya tilik, prof tu buat diagnostik penyakit dengan tengok tangan dan kaki dan mata. Kawan sebelah kena 26000 yuen, aku lak kena 4000 Yuen. Herb Teratment katanya. Maka akupun kata maaflah kami adalah Medical doctor dari Malaysia both...Univ. lecturer… dan nmpak dia mula nak marah…kerana kami tak percaya dan tak jadi beli herb mereka…Yg dok urut kaki tu bukannya urut kaki…tapi dok main tepuk betis dan kaki, bukan urut tapak kaki. Kebetulan aku dirumah ada mesen urut kaki OGAWA dan kerusi urut …Anda lihat sajalah sukan Olympic macam mana mereka buat gimic…memang pakar dan professional. So aku rasa great wall yg katanya 6400KM tu rasanya tak ada…he he …andaian jer.

Seperkara lagi…semua tempat yg dilawati … kilang tembaga, jade dan teh dll…adalah milik kerajaan. Mereka berkerja dengan kerjaan. Sesab tu tokleh nak tawar harga, kerajaan punya katanya. Aku Tanya gaji mereka kata rahsia. Sebenarnya ladang padi/gandum disepanjang perjalanan pun milik kerajaan.

Jade dan tembaga memang cantik tatapi sangat mahal bagi kami. Kalau gelang jade yg boleh didapati di pasar malam atau di billion KB dengan harga RM 20 di sana ada sampai 200 yuen dan ada harganya 8000 yuen. Memang harganya mahal atau memang aku tak tahu menilainya. wallahuA’llam. Tetapi memang tak minat pun. Teh pun mahal…harganya. Sampai 300 sepeket… tapi beli gak 2 3 pekat utki buat hadiah org di Malaysia. Minyak urut 200 yuen…he he ..bagus kot bagi kat mak yg selalu sakit lutut. Maalomlah dah tua. Nampak suka sekali mak bila cakap ubat dari Cina…dan mahal pulak tu…raja raja cina yg pakai. Tapi minyak urut tahan sakit tu memang bagus sungguh utk hilangkan sakit.

Ok lah…bagi yg nak jalan-jalan…boleh lah gi ke China. Takyah amik pakej pelancongan…Book Air asia goo Holiday pun boleh… sama jer murah sikit adalah kot. Kami gi 3 200 siap tiket flight dan b1st.

Hari akhir: Kami balik ke Malaysia ambil train dari Beijing ke Tianjin. Pada mulanya rasa risau takut tersesat/tak sempat sampai seblum flight kul 3 ptg maalomlah masalah komunikasi dan tak tahu selok belok Negara orang. Kami amik teksi dari hotel utk ke Beijing Sauth Railways Station. Memang mudah macam di KL central. Malah system dan mesen auto ticketnya lebih canggih lagi. Train sangat laju dan selesa mencecah 324 KM/j. Setengah jam jer kamupun sampai di Tianjin. Dari stesyen kami terus amik teksi ke Air Port. Tapi bagi siapa yg baru sampai jangan amik teksi ULAT…Sapu. Amik Teksi proper. Memang ULAT penuh keliling pinggang bila turun dari Train… Tapi awas dengan ulat2 ni!!!.

So akhirnya kami terbang pulang keMalaysia Kul 4 Ptg waktu China…Selamat tinggal China…Selamat Tinggal Great Wall dan selamat tinggal 1000 kenangan…yg tak dapat dilupakan. Selamat tinggal rakan2 muslim yg sempat kami jumpa disana...Moga jumpa lagi.

Beijing: Day 2

Kul 3 30 bangun…utk solat isyak…semalam tak sempat solat Isyak sebab penat sangat tertidur. Tapi sat lagi dah nak subuh. Tunggu jer solat subuh kul 4 pg…pah tu tidur semula Kul 7 pg ambi b1st. Makan di hotel ni memang masalah biasalah, soal Halal. So kami dah sedia bawa bekal sambal goreng dan ikan pekasam goreng dan Sambal Daging. So..kami amik nasi putih dan buah2an. Memang menyelerakan. Puas rasanya…

1 Jun bermulalah hari2 utk berjalan2 di bumi China ini. Mudah jer kami amik teksi depan hotel…tunjuk jer pada driver teksi gambar Olympic Park, dia hantar.Soal bayaran senang jer pakai meter… komunikasi… sepatah haram tak faham bahasa Inggeris. Guna bahas isyarat. Olympic Park ini memang mengkagumkan binaannya, Cube Ice dan skrin besar di bangunan sebelah. Masa kami sampai memang ramai pelancong yg datang melawat. Bayarannya 60 yuen (RM 30). Memang rasanya menguntungkan kerajaan China binanya. Lepas tu kami pergi ke Tian’namen Square. Amik teksi 50 yuen jer. TS terletak di tengah2 kotaraya Beijing. Disekeliling Dataran TS ini terdapat 4 tarikan utama. Muzium, Hall,Old Park dan yg paling menarik ialah Forbidden City. Disinilah terdapatnya Istana Dinasty Ming. Yg mempunyai 5000 gundik dan 9999 buah rumah dalam kota yang masih utuh sampai hari ini. Kota 3 lapis pintu setinggi 20 kaki. Macam dalam filem china tu. Memang mengkagumkan tetapi pada hari ini hanya tinggal sejarah untuk dikenang di lawati sahaja.
Ada sesuatu yg menjadi kenangan kami disini. Masa kami jalan2 dalam forbidden city ini adalah satu couple yg memang fasih berbahasa Inggeris. So banyaklah kami berbual dengannya dan tahu semua maklumat tentang sejarah forbidden city ini. Mereka ajak kami pergi ke Old garden, katanya memang menarik. So kami gi ikut dia…memang rumah dalam kota tu masih dikekalkan sampai hari ini. So si lelaki tu menyapa. “saya bawa u dan jadi macam tourist guide takkanlah tak belanja minum kot”. Aku terus jawab ok jer… Sayugia kami berempat pun berada di depan restoran yg memang dah dia rancangkan. Pada mulanya aku tak perasan. So kami masuk jer dlm kedai yg penuh istiadat china…” Teh Ceremony”…konon nya. Ruang Sempit..aircond danberlatar lagu tradesi China. Kami mula dengar aturan minum the dan lihat cara2 gadis china tu menyediakan teh cina penuh istiadat. So kami minum penuh istiadat…He he ..lepas satu…satu…lepas satu…satu… sampai kami rimas dan macam nak mintak diri lah…tapi kira punya kira kami kena bayar 750 yuen. Astaga…memang menyumpah dalam hati…kena tipu lah tu… Kami mintak kurang dapat 500 yuen. Lega bila boleh keluar. Bagi yg ke tempat ini…hati2 dngan sesiapa yg berlaku baik dan fasih berbahasa inggeris. Memang mereka bagus EQ tetapi tiada SQ. Muka Nampak baik sekali…tapi awas menipu.

Masalah internet: Memang boleh access ke site tertentu shj, kerajaan China sangat controls. Blog semuanta takleh masuk. So…kami tak dapat upload pengalaman ini kedalam blog, melainkan setelah balik ke Malaysia.

June 4, 2009

Tembok Besar China…Antara sempadan Iman…

31 Mei 09.Cuti Semester kali ini aku ke Beijing…Perbaharui Cinta.

11 30 Malam. Penerbangan Air Asia dari KB Ke KL. Dellay…so kul 12 30 malam baru sampai di LCCT KL. Sementara tunggu flight ke Tianjin (Bandar selatan Beijing) kul 8 30 pg esok, aku cuba cari tempat lepak. Pada mulanya ke Tune Hotel..tapi full house. Kerana semua hotel di sekitar habis, so aku mengambil keputusan utk lepak atas kerusi di LCCT jer . Allah saja yg tahu penatnyer nak tunggu pagi esok. Tak tidurlah jawabnya.

Kul 8: 30 1 Jun akhirnya bermulalah penerbangan ke China. Perjalanan 6 jam atas kapal terbang yang tidak dapat banyak bergerak adalah sangat menyiksakan. “Sit” Airbus milik air asia ini agak sempit. Teringat masa ke Sydney dulu…walaupun 7 jam penerbangan tidaklah sepenat ini. Itulah bezanya MAS dengan Air Asia…antara murah dengan mahal. Kira2 kul 3 petang sampailah kami di Tianjin Air Port. Hati rasa teruja sekali, maalomlah negeri China menjadi impian sejak Kecil dengan pelbagai mercutanda dan tamadun di tulis sejarah. Bila sampai satu masalah yg takterjangkakan ialah bagaimana nak ke Beijing. Hotel kami letaknya disana. Kami gi sendiri jer, bukan guna pakej pelancongan. Semuanya booking melalui internet. Kira2 adventure sungguh perjalanan kali ini. Sebelum kami ke China ni… ingatkan senang nak dapatkan teksi Air Port, macam di KLIA. Rupa2nya tidak seperti yg dijangkakan. Tambahan pula semua mereka tidak tahu berbahasa Inggeris. Kami dah tak tahan lagi kerana dah semalaman tak tidur kepenatan mula mencengkam. Akhirnya kami bayar jer teksi 450 Yuen (RM230) untuk hantar kami ke Hotel di Beijing. Setelah hamper 2 jam perjalanan sampailah kami ke Beijing. Satu masalah lagi timbul ialah driver teksi tu tak tak tahu langsung berbahasa Inggeris dahlah tak biasa pula dengan Bandar Beijing…puas bertanya dengan kami guna bahasa inyarat jer ..akhirnya sampai juga ke hotel Long DingHua yg letaknya ditengah2 kota raya Beijing. Masa tu dah nak kuk 8 malam..dan nak masuk maghrib. Tak sempat mandi aku solat dulu takut terlepas solat jamak zohor/asar. Yang ni pelik sikit…diChina maghrib kul 8 mlm isyak kul 10…dan subuh kul 3 45 pg…he he…pendeknya malam.
Lepas solat maghrib aku mandi dan terus rebahkan badan….Allah huakhbar…sedapnya dapat tidur setelah 24 jam yg lalu tak tidur dan kepenatan dgn perjalanan hamper ¼ dunia.
Bersambung...

May 23, 2009

UHUD: Maqam Syuhada…bertaburan bunga2 CINTA…

(Siri 5: Sirah Tauladan Untuk Anak2ku)
Saat Kritikal Dalam Kehidupan Rasulullah.... semasa di UHUD.

Pada saat genting dimana sebahagian tentera Muslimin lari bertempiaran akibat serangan hendap kaum musyrikin. Tentera Muslimin menghampiri kekalahan teruk…Baginda tinggal bersama 2 orang muhajirin didalam Ash-shahihain. Pada saat getir itu tidak ada sahabat bersama Rasulullah selain Talhah bin Ubaidillah dan Saad bin Abi Waqash. Itulah saat yang paling kritikal dalah hidup Rasulullah. Namun ianya juga merupakan saat cemas bagi tentera musyrikin. Padahal sebelum peperangan bermula serangan mereka ditujukan kepada baginda…memang meraka berhasrat benar utk membunuh Rasulullh.

Pada saat cemas dan amat kritikal itu Utbah bin abu Waqash telah melemparkan baginda dengan batu sehingga mengenai punggungnya…sehingga gigi seri yg berdekatan dengan gigi taring bawah sebelah kanan melukai bibir bawah baginda. Abdullah bin syihab Az-zuhry mendekati memukul hingga melukai kening baginda. Selepas itu datang pula seorang penunggang kuda yg tangkas iaitu Abdullah bin Qami’ah menebas bahu baginda dengan pukulan yg keras sekali. Sehinga kesakita dirasai hingga sebulan selepas itu, walaubagaimanapun tebasan itu tidak menembusi/merosakan baju besi baginda. Lalu ia memukul pula bahagian tulang pipi sehingga 2 keping lingkaran rantai topi baginda tercabut mengenai kening baginda. Sambil beliau beteriak “Nah ambil ini untukmu..Aku adalah Ibnu Qami’ah”. Sambil mengusap darahnya yg mulia Baginda bersabda “Aqma’akallah”…yg bermaksud semoga Allah menghinakan dirimu.

Dalam As-sahih menyebut gigi seri sebelah gigi taring baginda pecah dan kepala baginda terluka. Sambil mengusap darah yg mengalir Baginda bersabda”Bagaimana satu kaum mendapai keuntungan jika mereka memukul wajah rasulnya dan memecahkan gigi serinya padahal dia mendoakan mereka kepad Allah. Lalu allah berfirman

“Tidak ada sedikitpun campur tanganmu dalam urusan mereka itu atau Allah menerima taubat mereka atau mengazab mereka, kerana sesungguhnya mereka itu adalah orang2 yg zalim.” (Ali Imran:128)

Dari riwayat Ath-Thabary disebutkan baginda bersabda ketika itu, “Amat besar kemarahan Allah terhadap suatu kaum yg membuatkan wajah rasul-Nya berdarah”. Setelah diam sejenak baginda bersabda lagi, “Ya allah, ampunilah kaumku, kerana sesungguhnya mereka tidak mengetahui”. Dalam riwayat lain baginda bersabda, “Ya Allah maafkanlah kaumku, kerana sesungguhnya mereka tidak mengetahui”.
Sememangnya kaum musyrikin benar2 ingin membunuh baginda dan sebagai balas dengan kekalahan mereka mereka dalam perang Badar. Pada ketika itu terserlahlah keberanian dan kecintaan dua sahabat muhajir itu: Sa’ad dan Talhah. Mereka adalah wira pemanah yg tidak memberikan ruang untuk tentera Musyrikin mendekati jasad baginda. Mereka berdua terus memanah dan Baginda sendiri membantu mengeluarkan busur dari tabungnya seraya bersabda “ Panahlah terus demi Ayah dan Ibuku sebagai tebusan” . Hal ini membuktikan kedua mereka berusaha bermati-matian sehingga baginda menjadikan ayah dan ibunya sebagai tebusan.

Nah…kali ini tercatat indah kisah cinta para sahabat kepada baginda. Siapakah yang lebih beruntung selain dari mereka yang berada bersama Rasulullah dan mempertahankannya pada saat getir seperti itu. Kisah ini bukan sahaja mengambarkan cinta sahabat kepada baginda, tetapi yang lebih hebat dan mulia ialah betapa cintanya Nabi kepada umatnya. Dalam keadaan getir seperti itu Rasulullah masih melemparkan kerahmatan, sayang dan cintanya kepada umatnya…memaafka umatnya...meminta Allah memaafkan umatnya...sesungguhnya umatnya tidak tahu…Sebenarnya kita hari ini pun sama juga dengan mereka jika kita yang berjuang menyambung lidah nabi adalah mereka yg di berikan faham dan jiwa yg terang, manakala mereka yg menentang atau tidak menghiraukannya adalah golongan yg tak tahu…jahil. Apalagi jika kita meninggalkan jalan dakwah ini…malah lebih hina lagi jika kita menghalangi jalan dakwah. Anak2 sedarlah kalaulah kita tidak mampu mencintai Muhammad, ketahuilah Muhammad itu sangat mencintai Kita. Banyak sekali baginda menumpahkan air matanya kerana kasihkan umatnya. Alangkah bodohnya dan jauhnya kita dari hidayah Allah jika kita membenci jalan dakwah dan meninggalkan jalan ini. Alangkah hina dan lalainya hati2 kita ini bila menemui cinta-Nafsu (wanita-lelaki) maka merasakan seolah2 kita adalah orang yg bertuah dan paling beruntung...saban hari, hanya sidia lah yg hidup dalam zikir dan fikir kita...sedangkankan sebenarnya kita menempah jurang kecelakaan. Mahasuci Allah yang menerangi hati2 kita dengan memahami sirah nabiNya…Maha suci allah yg mencampakkan rasa CINTA kedalam hati2 kita walaupun kita tidak pernah bertemu dengannya...maha suci Allah yang yang menghidupkan hati ini dengan mengenali “INI SEJARAH KITA” yang seharusnya menjadi Idola..selama-lamanya dalam mencari erti CINTA yg hakiki dan abadi. Maha suci Allah yg telah menetapkan kaki ini atas jalan dakwah.
"Ya Allah kalaulah aku adalah Talhah atau Said abi Waqash pada hari itu???...Kerana aku juga mencintai nabiMu...seperti mereka"

GENGAMAN WAKTU DAN KETIKA