Dalam kesibukan ini kadang2 waktu malam sebelum tidur baru dapat berbicara dengan umi,bermuhasabah hati-kehati...Al-kisah: Malam semalam, jamuan hari raya taman, baba n umi masuk rumah kul 1 pagi. Umi dengan kaum ibu kemaskan pingan/mangkuk dan makana yg tak habis diagihkan. Baba dan kaum bapa berkemas kerusi,khemah diluar dan peralatan kasar. Seharian sibuk dan kepenatan, bila dapat merebahkan badan, alangkah nikmatnya…Allahhu akhbar. Allahuakhbar. Ya Allah jadikan semuanya itu poahala kerana keranaMu dan kerana menunaikan hak tetanga dan hak sesama manusia.
Anak2 semuanya dah tidur barulah kami berkesempatan berborak@ muhasabah tentang hari itu. Maha suci allah yg menghadiahkan wanita mulia disisiku. Seperti biasa kepalanya yg mulia direbahkan pada lengan kananku dan kami bersembang panjang tentang peristiwa hari itu. Sungguh damai sekali, hingga sampai kepada satu cerita….pateng tadi semasa baba naik kerumah sekejap dari khemah jamuan Hari Raya Taman kerana utk ambil barang dalam stor. Kelihatan Aini,zulaikha dan rakan usrah mereka tengah makan kek. Mereka jemput baba makan sekali. So,,apa lagi baba jamahlah sedikit sambil berselorh, “Ooo sepatutnya baba yg belikan Kek ini utk hari jadi Izzati. Birth dah Izati kan khamis lepas”.
Buat Ukhti Atiqah dan Ainon…(suara adik2 di mizan)
Akak, kami ingat dan terus akan...
Dalam Liqa’ “taman-taman syurga”.
di sini…kita ketawa dalam cahaya…
gurauan senda diatas padang ukhuwah menghijau terbentang.
mekar bunga-bungaan bertaburan
kita berlarian berkejaran penuh kemesraan.
Kita duduk tersimpuh bersandingan…
dan bergandingan menyandarkan lelah dan resah.
Sungguh kami masih ingat…
Kau petik bunga cinta fiLlah dan kau selitkan di telingaan kami ini.
Dalam hati kami berkembang mekar
Harumannya menghunjam emosi…wangian syurga tersirat kedamaian.
Iman ku bergetar… taqwaku terdarjat
…terasa terpanggil... tuhan memanggil…kami jadi semkin rindu…
kepadaNya…cahayaNya dan dalan dakwah ini..
Dan…taman ini adalah milik kita kan?...landskapnya yg kita sama bina.
Akak…terimakasih kerana
Ditanganmu ada syurga
Pada wajahmu ada cahaya
… lelah kau berjuang mentarbiah kami
Mengajari kami erti sebuah kehidupan, kehambaan dan perjuangan
Kau gengam erat jari jemari ini
Kau telah hadiahkan buat kami… cinta abadi.
Kau pimpin kami diatas jejak langkahmu menyusur jalan lurus itu
Kau telah hadiahkan pada kami kunci pintu-pintu syurga…
...Nun disana…
jiwa kami menolehnya penuh rindu.
Akak…
Izinkan tanganmu kucium
Izinkan aku sujud di pangkuanmu
Agar kurasai kehangatan cintamu
Agar kudengar bisikan batinmu…
Agar kuingat doa yang kau titipkan
Buat perbekalan saat diri ini rapuh
Buat azimat bila diri ini rebah.
Seandainya kami terpaksa berdiri dimalam gelita
Seandainya nanti kami terpaksa berlari dibumi masa yg putus asa.
Aduhhh…
cemburunya masa dan ketika buat kita
Baru saja kau lamari hati ini dengan hidayah dan cinta
Baru saja semalam kau mandikan kami, sikat rambut kami, bedak...belai kami dengan sutera kasih mesra
…dan..
… Akak berikan kami suluh hidayah.
Baru kelmarin kita berlari-larian di tepian pantai… "bukit keluang ini"
Kuntuman bunga yg kita tanam di taman ini mulai mekar…
Lihatlah disana, ia sedang tumbuh…dan wangiannya mulai menusuk sukma.
Tiba-tiba..
Lapang hati ini akan kembali sesak
Rumah suka akan kembali tertancap duka
Kabus berarak belumpun senja tiba…
...seandainya kau melangkah pergi
Ingin kami bisikan kedalam hatimu kak!!!...
Bahawa… hati-hati ini belum sedia melepaskanmu pergi…
Hati ini sangat rindukan sentuhan tangan2 sucimu
kami belum puas lagi mengutip mutiara dari dalam dadamu
Jangan biarkan jiwa ini gersang kembali…
Jangan biarkan diri ini tercari2 lagi cahaya rabbani..
Jangan kau pergi
Jangan kau pergi
Jangan tinggalkan kami
Kerana kami disini masih memerlukanmu.
Adik-adik disini akan merinduimu…
seandainya kau pergi jua.!!!!

