December 23, 2009

Tahniah K Ngah





Saalam rindu buat K Ngah di Cairo, Mesir. semalam K Ngah gi jalan2 ke Piramid...bila nak upload gambar2 tu dalam Facebook.

Baba ucapkan tahniah pada K Ngah kerana keputusan cemerlang dalam PMR 2008. Baba baru jer balik dari majlis penyampaian slip PMR SM Islam Sri Aman. Tahniah kerana K Ngah adalah salah seorang dari 5 orang yg dapat 9A PMR dan 7A PMRI menjadikan jumlah keseluruhannya 16A.

Berikut adalah keputusan penuh K Ngah:
BM A
BI A
Math A
Scien A
Sej A
Geo A
KH Prt A
Pend I A
B Arab komunikasi A

PMRI (musleh)
Hadith A (86)
Feqah A (95)
Tauhid A (99)
Tafsir A (90)
Sirah A (98)
Hafazan A(100)
Tajwid A(94)

Ya Allah kau ramhatilah anakku ini...letakkanlah tanganMu diubun-ubunnya...jadikanlah dia anak-anak yang bakal mewarisi dakwah dan perjuangan menegakkan agamamu ini...Sesungguhnya dia adalah anugerah dariMu kepadaku, maka jadikanlah pula dia sebaik2 insan (kamil) yg akan memberikanya upaya utk membela agamaMu. Mudahkanlah bagiku untuk menjaga dan mendidik semua anak-anakku sebaik2 mungkin sebagai amanah dariMu ya Allah. Ampunilah aku atas semua kekurangan dan kealpaanku. Sesungguhnya segala sesuatu itu hanya datang dariMu. Dan kami adalah orang yg tidak berdaya apa-apa melainkan apa yg Kau anugerahkan...dengan kudratMu dan kehendakMu. Dan masukkanlah kami dari kalangan orang2 yang bersyukur dan menyerah diri.
Amin...

Keputusan keseluruhan PMR SMI Aman adalah:
9A 5 orang (4 orang 7A PMRI)
8A 2 orang
7A 3 orang
6A 1 orang
5A 3 orang

December 22, 2009

Baba Rindukan K Ngah




Pada hari ini..genaplah 21 hari K Ngah berada di Bumi Ambia, Cairo, Mesir. Bila lihat gambar2 K Ngah (dalam Face Book K Nagah)...tanpa disedari air mata baba tumpah...rupa2 pantas sekali masa berlalu...Baru semalam baba sambut kelahirah K Ngah(babalah orang pertama melihat wajah K Ngah lahir kedunia ini)..baru semalam K Ngah bertatih...baru semalam baba mandikan dan pakaikan K Ngah Jubah dan tudung (masa kecil dulu)...baru semalam baba hantarkan K Ngah Ke tadika..baru semalam baba dukong K Ngah, main2 anak dan kejar2 dgn K Ngah...hari ini K Ngah dah besar...dan pergi jauhhhhhhh dari baba dan umi...sunyi sekali rumah ini.

Tambahan along dan ACik tak der d rumah hampir seminggu pergi KL (tinggal adik2 yg kecil jer)...aLONG DAN aCIK Menyertai 1600 pelajar rangkaian sekolah kita Seluruh malaysia, 80 orang dari Indonesia dan rakan negara jiran yg lain dlam Perkhemahan Remaja Islam Antarabangsa. Semua mereka adalah pewaris2 dakwah ini dan agama allah ini...suatu hari nanti.

Sila lawati Utusan-online: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0104&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm

Esok keputusan PMR K Ngah akan keluar...baba dah tak sabar nak gi amik. Baru sat baba dapat SMS jemputan utk sesi penyerahan slip PMR esok..nnti baba akan bgi tau K Ngah...
InshyaAllah
Salam sayang...rindu dari Baba dan Umi serta adik2 di Malaysia

Kembali kepada kenyataan...virtual concious




Alhamdulillah...dapat kembali
dah lama tak sempat kembali kedalam alam virtual ini. Dah lama tak update blog ni.
Sepanjang musim cuti ini banyak istiwa penting telah berlaku
1.Awal cuti: 19 21 Nov, Mukhayyam Perdaana IPT
2.Lepas tu hari raya Haji
3.31 Nov Kak Ngah bertolak ke mesir
4.3-5 ke K Kangsar PPN/WN
5.17-19 Dis ESQ165
6.Banjirrrrr


InshyaAllah semua kenangan itu akan di upload gambar2nya nanti jika ada kesempatan..

November 16, 2009

Saya mintak bantuan pembaca. sila baca dan bantu saya!!!!


Suatu malam

Saya berborak2 dengan anak bongsu, Buraidah. Anak ini suka tanya yg pelik2 dan suka bergurau dan buat joke dengan babanya. Dia dengan kembarnya Muthsanna sama jer. Itulah buah hati ini. Kalau out-station mestilah 2,3 kali kena vodeo call..."katanya nak tengok muka baba".

Suatu hari semasa tengah main2 dengan buraidah dia ada tanya soalan. "baba bumi tu bulat kan?". Saya pun jawab yes!. Dia tanya lagi "kalau bumi tu bulat kenapa air laut tak jatuh bah?". masyaAllah, lepas tu aku rasa tercengang...rasa nak tergelak dan tak sangka dia tanya soalan macam tu.Tak terjawab soalan tu...aku cuba terangkan tapi dia tetap tak faham.sbb mana ada anak2 berumur 5 tahun tahu pasal teori graviti. So yg aku dapat buat hanyalah aku cium kedua2 pipinya dan dahinya dengan kasih sayang.

Lepastu dia tanya lagi, "bahhh...Allah tu dibuat dari pada apa?"...masyaAllah dalam hati ini hanya terdetik..."ya allah kau rahmatilah anakKu ini". Soalan ini pun aku tak dapat jawab dengan meyakinkan utk memuaskan hatinya.Aku cuba jelaskan walaupun guna teori yg mencipta takkan ciptakan sesuatu yg sama dengan pencipta. buraidah ini adalah seorang anak suka sangat tanya solan yg pelik2.(Dalam gambau atas blh kanan saya,tengah tu kembarnya Muthsanna dan kiri saya abangnyer Mursyidi(e-deen).

Sooo...kesempatan ini saya mintak bantuan semua pembaca yg singgah di blog saya ni untuk bantu saya jawab 2 soalan ini. bagaimana nak jawab untuk seorang anak yg baru berumur 5 tahun....Silakan beri pandangan!!!!

MOHON BANTUAN...PEMBACA

Diari Minggu Ini

Isnin hingga Rabu Minggu ni berada di INTEKMA RESORT, S Alam. Ada bengkel penulisan Jurnal. So ada di pejabat hanya Khamis hari terakhir sem ini. Hujung minggu (19-21 Nov) ni ada pgrm Mukhayyam IPT kel.Selamat bermukhayyam bagi anak IPT kel.
21 Nov 8.00 pg hingga 4 ptg...speaker kursus Induksi kepada KPLI dan PISMK_OUM

November 10, 2009

Tazkirah Minggu Ini

Dari MaliBox
Sambungan: Manisnya jadi wanita...

Suatu ketika dulu, ada seorang gadis mendatangi Seorang alim... Dia mengadu betapa susahnya menjadi perempuan. Katanya, pergerakan perempuan terbatas. Semua yang dilakukan oleh perempuan menjadi perhatian.

Susah menjadi gadis sebab dia akan mengalami kesakitan-kesakitan berjadual. Alangkah mudahnya jika dia menjadi lelaki, dia akan bebas ke mana-mana saja tanpa sekatan.

Gadis ini beriya-iya mengatakan hidupnya akan lebih bermakna sekiranya dia dilahirkan sebagai lelaki.

Lalu orang alim itu pun memberi contoh kehidupan rama-rama. Katanya.. rama-rama selalu menyangka kehidupannya payah. Dia dilahirkan dalam bentuk pulpa. Terpaksa tinggal lama dalam kepompong. Kemudian apabila keluar dari kepompong dia terpaksa menjalani hidup sebagai ulat. Tatkala begini dia terdedah pada bahaya disambar burung. Manusia pun geli melihat ulat. Tetapi tatkala dia sudah menjadi rama-rama dia akan menghiurkan penglihatan sesiapa saja. Tatkala dia mengembangkan sayapnya semua akan terpukau kagum.

Alangkah manisnya kitaran hidup rama-rama sebab dia dilahirkan untuk mewarnai alam. Alam menjadi ceria dengan kehadiran rama-rama. Hampir semua orang akan terpukau melihat rama-rama. Manusia seganas mana pun akan berasa lunak melihat rama-rama.

Demikianlah wanita, dia warna alam yang cukup berharga dan terhormat. Tanpanya, dunia tidak akan semeriah ini. Setiap insan lahir dari manusia bernama wanita. Alangkah manisnya menjadi wanita sebab dia unsur terpenting dalam kewujudan alam ini sedemikian rupa.

Kalau kita hendak melihat keburukan bukan satu yang akan kita jumpa, kalau kita hendak mencari kebaikan dan keindahan bukan satu dua juga yang akan kita temui. Apa pun, ingatlah, “Man laa yarham walaa yurham.” (Muslim). sila cari matan hadis ni!.

November 9, 2009

Diari Minggu Ini

Minggu ini berada diluar penuh. Isnin hingga jumaat di KL; ada Kursus Penanda Aras ICT kendalian BPG. rabu khamis lajak ke Ipoh sat kerana ada Seminar penyelidikan Peringkat Kebangsaan (Sekali lagi hadir sebagai Pembentang). Di Ipoh ni hanya gi bentang jer.

GENGAMAN WAKTU DAN KETIKA