January 4, 2010

Hari 110 Penuh Makna.



3 Jan adalah hari yg penuh makna. Si kembar kul 5 lagi dah mula bangun…sebelum subuh lagi Buraidah dah siap berpakaian tadika. Wahh…begitu girang sekali tampak pada wajahnya. Muthsanna mandi kemudian. Abang dan kakanya yang lain juga nampaknya sudah siap awal untuk kesekolah. Selepas solat berjemaah aku kena berangkat seawal jam 6 40 pg. Sebelum meninggalkan anak2 seperti biasa mesti bergurau senda dengan anak… terutamanya yg kecik2. Aku pergi kepada mereka satu demi satu…dengan ucapan semangat dan salam-ciuman sayang. Tahun ini Along diamanahkan sebagai Head Boy (Ketua pengawas). Allahhuakhbar…bangga sekali melihat along mengenakan pakaian kemas, baju kotnya…Aku cuim along sambil memberikan kata2 semangat untuknya. Ateh pun pengawas sekolah. Abang cik juga nampaknya kemas sekali memgenakan pakaina sekolah baru. Cuma pada pagi ini terasa lain seklai kerana…ada satu kekurangan. K Ngah tiada…soo aku tak dapat cium pipinya dan ucapkan kata untuknya seperti adik2nya yg lain, Kerana sekarang ini berada jauhhh di hujung dunia. Terasa sayu bila ingatkan K Ngah. Dalam perjalanan ke Kampus seperti biasa…aku membaca Al_Maathsurat. Menghayati maathsurat di pagi2 begini terasa indah sekali. Keindahan dan bahagia …dengan seluruh nikmat yg Allah berikan selama ini. Syukur dengan semua nikmat, kebaikan dan kemuliaan yg Allah kurniakan selama ini. Sesungguhnya semua itu adalah nikmat yang sepatutnya aku syukuri selayaknya…dengan kemahaan Zat dan sifatnya.
Disepanjang perjalanan ini…terbayang bebanan dan amanah yg bakal dipikul untuk tahun 2010 ini. Terbayang wajah2 anak2 Mizan…bersama debaran rindu untuk menatap wajah mereka (insan Istimewa bagiku) dan harapnya mereka juga adalah specials utk seluruh masyarakat Kampus Mizan ini. Mudah2an .

December 28, 2009

Menjala Penghargaan Nuraishya: Menyentuh dan Tersentuh....


Sungguh tersentuh hati ini bila membelek-belek blog ukhti Nuraishya...Dua cintabersujud. Wajah baru tetapi semangat imannya tambah girang sekali. Membelek2nya persis membiaskan angin lembut menyapa perasaan. Terasa teduh dan nyaman sekali jiwa baba saat menatapnya. Menitis embun dingin pada dinding hati ini. Allahhuakhbar..moga Allah sentiasa menjamah dan mengusap lembut hati dan jiwa kamu nak. Maafkan baba, kerana terdetik untuk membuat penghargaan langsung ini. Kolum ISK amat bermanafaat sekali...bagi yg ikuti Mukhayyam yg lepas pasti lebih faham dan segar kembali semangat kita dan Siapa Kita?. ISK...dakwah kita!!!!

Tahniah kepada anak2 yg lain juga...Semuanya ada kelebihan masing2, kurniaan Allah. Anak-anak, percayalah... Inilah dakwah, inilah Teknoda'ie.
teruskan perjuangan ini...

Tahniah Adik dapat 7A 1B PMR.Baba terharu juga membacanya.Tak masuk SBP ke?...K Ngah xnak...nak dok drumah jer katanya. Harap K Ngah dah tahu adik dapat 7A tu walaupun dia sekarang berada di Cairo,Mesir. Alhamdulillah Sekarang K Ngah bersma-sama akhawat di sana (ikut program).Sebab tu mintak K Ainon ikut sbgi printis jalan. so...bila Masuk Univ.. nani terus boleh jadi penggerak. Itulah harapan baba dan K Cah sebenarnya.

December 23, 2009

Tahniah K Ngah





Saalam rindu buat K Ngah di Cairo, Mesir. semalam K Ngah gi jalan2 ke Piramid...bila nak upload gambar2 tu dalam Facebook.

Baba ucapkan tahniah pada K Ngah kerana keputusan cemerlang dalam PMR 2008. Baba baru jer balik dari majlis penyampaian slip PMR SM Islam Sri Aman. Tahniah kerana K Ngah adalah salah seorang dari 5 orang yg dapat 9A PMR dan 7A PMRI menjadikan jumlah keseluruhannya 16A.

Berikut adalah keputusan penuh K Ngah:
BM A
BI A
Math A
Scien A
Sej A
Geo A
KH Prt A
Pend I A
B Arab komunikasi A

PMRI (musleh)
Hadith A (86)
Feqah A (95)
Tauhid A (99)
Tafsir A (90)
Sirah A (98)
Hafazan A(100)
Tajwid A(94)

Ya Allah kau ramhatilah anakku ini...letakkanlah tanganMu diubun-ubunnya...jadikanlah dia anak-anak yang bakal mewarisi dakwah dan perjuangan menegakkan agamamu ini...Sesungguhnya dia adalah anugerah dariMu kepadaku, maka jadikanlah pula dia sebaik2 insan (kamil) yg akan memberikanya upaya utk membela agamaMu. Mudahkanlah bagiku untuk menjaga dan mendidik semua anak-anakku sebaik2 mungkin sebagai amanah dariMu ya Allah. Ampunilah aku atas semua kekurangan dan kealpaanku. Sesungguhnya segala sesuatu itu hanya datang dariMu. Dan kami adalah orang yg tidak berdaya apa-apa melainkan apa yg Kau anugerahkan...dengan kudratMu dan kehendakMu. Dan masukkanlah kami dari kalangan orang2 yang bersyukur dan menyerah diri.
Amin...

Keputusan keseluruhan PMR SMI Aman adalah:
9A 5 orang (4 orang 7A PMRI)
8A 2 orang
7A 3 orang
6A 1 orang
5A 3 orang

December 22, 2009

Baba Rindukan K Ngah




Pada hari ini..genaplah 21 hari K Ngah berada di Bumi Ambia, Cairo, Mesir. Bila lihat gambar2 K Ngah (dalam Face Book K Nagah)...tanpa disedari air mata baba tumpah...rupa2 pantas sekali masa berlalu...Baru semalam baba sambut kelahirah K Ngah(babalah orang pertama melihat wajah K Ngah lahir kedunia ini)..baru semalam K Ngah bertatih...baru semalam baba mandikan dan pakaikan K Ngah Jubah dan tudung (masa kecil dulu)...baru semalam baba hantarkan K Ngah Ke tadika..baru semalam baba dukong K Ngah, main2 anak dan kejar2 dgn K Ngah...hari ini K Ngah dah besar...dan pergi jauhhhhhhh dari baba dan umi...sunyi sekali rumah ini.

Tambahan along dan ACik tak der d rumah hampir seminggu pergi KL (tinggal adik2 yg kecil jer)...aLONG DAN aCIK Menyertai 1600 pelajar rangkaian sekolah kita Seluruh malaysia, 80 orang dari Indonesia dan rakan negara jiran yg lain dlam Perkhemahan Remaja Islam Antarabangsa. Semua mereka adalah pewaris2 dakwah ini dan agama allah ini...suatu hari nanti.

Sila lawati Utusan-online: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0104&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm

Esok keputusan PMR K Ngah akan keluar...baba dah tak sabar nak gi amik. Baru sat baba dapat SMS jemputan utk sesi penyerahan slip PMR esok..nnti baba akan bgi tau K Ngah...
InshyaAllah
Salam sayang...rindu dari Baba dan Umi serta adik2 di Malaysia

Kembali kepada kenyataan...virtual concious




Alhamdulillah...dapat kembali
dah lama tak sempat kembali kedalam alam virtual ini. Dah lama tak update blog ni.
Sepanjang musim cuti ini banyak istiwa penting telah berlaku
1.Awal cuti: 19 21 Nov, Mukhayyam Perdaana IPT
2.Lepas tu hari raya Haji
3.31 Nov Kak Ngah bertolak ke mesir
4.3-5 ke K Kangsar PPN/WN
5.17-19 Dis ESQ165
6.Banjirrrrr


InshyaAllah semua kenangan itu akan di upload gambar2nya nanti jika ada kesempatan..

November 16, 2009

Saya mintak bantuan pembaca. sila baca dan bantu saya!!!!


Suatu malam

Saya berborak2 dengan anak bongsu, Buraidah. Anak ini suka tanya yg pelik2 dan suka bergurau dan buat joke dengan babanya. Dia dengan kembarnya Muthsanna sama jer. Itulah buah hati ini. Kalau out-station mestilah 2,3 kali kena vodeo call..."katanya nak tengok muka baba".

Suatu hari semasa tengah main2 dengan buraidah dia ada tanya soalan. "baba bumi tu bulat kan?". Saya pun jawab yes!. Dia tanya lagi "kalau bumi tu bulat kenapa air laut tak jatuh bah?". masyaAllah, lepas tu aku rasa tercengang...rasa nak tergelak dan tak sangka dia tanya soalan macam tu.Tak terjawab soalan tu...aku cuba terangkan tapi dia tetap tak faham.sbb mana ada anak2 berumur 5 tahun tahu pasal teori graviti. So yg aku dapat buat hanyalah aku cium kedua2 pipinya dan dahinya dengan kasih sayang.

Lepastu dia tanya lagi, "bahhh...Allah tu dibuat dari pada apa?"...masyaAllah dalam hati ini hanya terdetik..."ya allah kau rahmatilah anakKu ini". Soalan ini pun aku tak dapat jawab dengan meyakinkan utk memuaskan hatinya.Aku cuba jelaskan walaupun guna teori yg mencipta takkan ciptakan sesuatu yg sama dengan pencipta. buraidah ini adalah seorang anak suka sangat tanya solan yg pelik2.(Dalam gambau atas blh kanan saya,tengah tu kembarnya Muthsanna dan kiri saya abangnyer Mursyidi(e-deen).

Sooo...kesempatan ini saya mintak bantuan semua pembaca yg singgah di blog saya ni untuk bantu saya jawab 2 soalan ini. bagaimana nak jawab untuk seorang anak yg baru berumur 5 tahun....Silakan beri pandangan!!!!

MOHON BANTUAN...PEMBACA

Diari Minggu Ini

Isnin hingga Rabu Minggu ni berada di INTEKMA RESORT, S Alam. Ada bengkel penulisan Jurnal. So ada di pejabat hanya Khamis hari terakhir sem ini. Hujung minggu (19-21 Nov) ni ada pgrm Mukhayyam IPT kel.Selamat bermukhayyam bagi anak IPT kel.
21 Nov 8.00 pg hingga 4 ptg...speaker kursus Induksi kepada KPLI dan PISMK_OUM

GENGAMAN WAKTU DAN KETIKA