February 2, 2010

Alhamdulillah…Telah berkumpul seluruh kebaikan bagiku


Minggu ini penuh makna. Khamis lepas;Iftar keluarga dan Iftar bersama anak2 Mizan. Kami bersahur bersama anak2 dirumah kerana sekolah mereka ada iftar gak. Cuma agak sayu kerana K Ngah takder bersama kami.K Ngah masih berada di Mesir. Anak2 yg Sk Men tak balik rumah petang khamis tu, mereka langsung iftar disekolah, qiam malamnya dan esoknya (Jumaat) ada program disekolah.

Babapun sama gak. Petang kmahis ada Iftar bersama anak2 Mizan. Malamnya baba bagi penyampaian didewan kuliah…”bagaimana berinteraksi dengan Al-Maathsurat”. Syukurrrr banyak… ramai sekali anak2 Mizan yg datang. Malamnya Qiamulail dimasjid kampus Mizan bermula kul 4 30 pg. Semasa qiam jamai’e kami bergilir2 jadi Imam, tadabbur Quran dimalam2 begini sungguh menyentuh jiwa. Bacaan anak2 Mizan bagus sekalai…"muutabar". Lepas solat subuh kami baca Al-maathsurat beramai2. Lepas tu riadhah jamai’e. Allahhuakhbar rasa seronok amat dapat bersama main bola dengan anak Mizan,diwaktu pelajar2 lain stengahnya masih tidur dan sambung tidur. Lepas tu, dalam kul 8 pg baba balik rumah dan ada beberapa akhawat tumpang kerana mereka akan menyertai rakan lain dalam pgrm khatibah thullab IPT: , IPK dan SH di Kota Bharu.

Hari Ahad adalh hari2 yg dinantikan kerana hari ini K Ngah akan sampai dari Cairo. Baba masuk kampus 7.45 pagi ada tutorial yg dibuat diMasjid.Semua tutee bersolat dhuha dan tilawah Quran/baba buat tazkiran dengan beberapa ayat akhir surah Al_forqan. Kul 9 pg call K Ngah…Tot ,tot…ada nada dering…ahhhh, allahhuakhbar…gembiranya hati ini dalam syukur bila dengar suara K Ngah. K Ngah dah sampai di KLIA. Gembira kerana K Ngah dah selamat sampai dari cairo..transit Dubai..KLIA. dapatlah cakap dengan K Ngah sekejap.

Habis kelas kul 12 tengahhari, baba terus balik rumah. Umi fly ke-Peneng kul 10 pg ni. Soo kami communicate melalui telefon. Umi jumpa K Ngah di KLIA. Makan tengah hari bersama-sama dengan K Ainon dan Aina sebelum Umi teruskan perjalanannya ke Penang. Balik tengah hari ambil semua anak2 disekolah utk ke AirPort KB. Mak ayah datang juga nak tatap wajah cucu kesayangannya tu. Kul 4 flight K Ngah landing di KB AirPort. Adik2 dah tak sabar sekali nak lihat wajah kakak mereka. Bila K Ngah keluar saja dari bilik ketibaan…kami berpelukan, salam-salam. Baba lihat Mata K Ngah dibasahi air mata kegembiraan…menahan sebak.

Isnin baba ke SK tangok, Bachok sekejap menyelia Praktikum j-QAF. Tengah hari bawa K Ngah pergi beli barngan keperluan sekolah K Ngah. Maalomlah kawan2 yg lain dah sebulan bersekolah tetapi bagi K Ngah esok adalah hari pertamanya. Lepas belikah keperluan K Ngah baba terus…meninggalkan KB untuk ke P Pinang…kerana menyertai Umi disana. Umi ada meting panel penilai gran penyelidikan di USM Peneng. Umi adalah salah seorang panel penilai gran penyelidikan USM. Kami menginap di Vistana Hotel.
Petang tadi baba selamat sampai dari P Pinang bersama Umi (Selasa: 2 Feb, waktu baba menulis artikel ini). Petang tadi juga baba sempait main badminton depan rumah bersama K Ngah dan adik. Along Cik main Ping pong dengan kawan2 lelakinya. Waktu maghrib macam biasa kami sekeluarga solat berjemaah. Bila habis solat hati ini terdetik dan terharu sekali bila toleh kebelakang…kerana sekarang semua anak2 dapat bersama kembali. Kembalinya K Ngah kepangkuan kami…seolah satu ruang kosong di hati ini selama ini telah terisi…menjadikan lengkaplah hawa jiwa ini.

Ya allah beginilah makna kehidupan bagiku yang telah engkau anugerahkan pd ku.
Jadikanlah seluruh perjalanan ariwayat hidupku adalah rehlah
Ya Allah jadikanlah seluruh hidupku ini ibadah
Ya Allah Inilah sempurnaan nikmatMu yg kau janjikan buatku.
Ya Allah…Kirniakanlah bagiku isteriku dan anak2 adalah penyejuk mata hati.
Ya Allah aku meresakan bahawa seolah pada hari ini telah kau sempurnakan seluruh nikmatMu kepadaku.
Maka...Janganlah Kau masukkan kami sebagai hambaMu yg tidak tahu bersyukur.
Amin…

Sang Pencetus Larangan Masjid Di Swiss Itu Kini Masuk Islam


e-mail dari seberang
Daniel Streich, politikus Swiss, yang tenar karena kampanye menentang pendirian masjid di negaranya, tanpa diduga-duga, memeluk Islam.
Streich merupakan seorang politikus terkenal, dan ia adalah orang pertama yang meluncurkan perihal larangan kubah masjid, dan bahkan mempunyai ide untuk menutup masjid-masjid di Swiss. Ia berasal dari Partai Rakyat Swiss (SVP). Deklarasi konversi Streich ke Islam membuat heboh Swiss.
Streich mempropagandakan anti-gerakan Islam begitu meluas ke seantero negeri. Ia menaburkan benih-benih kemarahan dan cemoohan bagi umat Islam di Negara itu, dan membuka jalan bagi opini publik terhadap mimbar dan kubah masjid.
Tapi sekarang Streich telah menjadi seorang pemeluk Islam. Tanpa diduganya sama sekali, pemikiran anti-Islam yang akhirnya membawanya begitu dekat dengan agama ini. Streich bahkan sekarang mempunyai keinginan untuk membangun masjid yang paling indah di Eropa di Swiss.
Yang paling menarik dalam hal ini adalah bahwa pada saat ini ada empat masjid di Swiss dan Streich ingin membuat masjid yang kelima. Ia mengakui ingin mencari “pengampunan dosanya” yang telah meracuni Islam. Sekarang adalah fakta bahwa larangan kubah masjid telah memperoleh status hukum.
Abdul Majid Aldai, presiden OPI, sebuah LSM, bekerja untuk kesejahteraan Muslim, mengatakan bahwa orang Eropa sebenarnya memiliki keinginan yang besar untuk mengetahui tentang Islam. Beberapa dari mereka ingin tahu tentang hubungan antara Islam dan terorisme; sama halnya dengan Streich. Ceritanya, ternyata selama konfrontasi, Streich mempelajari Alquran dan mulai memahami Islam.
Streich adalah seorang anggota penting Partai Rakyat Swiss (SVP). Ia mempunyai posisi penting dan pengaruhnya menentukan kebijakan partai. Selain petisinya tentang kubah masjid itu, ia juga pernah memenangkan militer di Swiss Army karena popularitasnya.
Lahir di sebuah keluarga Kristen, Streich melakukan studi komprehensif Islam semata-mata untuk memfitnah Islam, tapi ajaran Islam memiliki dampak yang mendalam pada dirinya. Akhirnya ia malah antipati terhadap pemikirannya sendiri dan dari kegiatan politiknya, dan dia memeluk Islam. Streich sendiri kemdian disebut oleh SVO sebagai setan.
Dulu, ia mengatakan bahwa ia sering meluangkan waktu membaca Alkitab dan sering pergi ke gereja, tapi sekarang ia membaca Alquran dan melakukan salat lima waktu setiap hari. Dia membatalkan keanggotaannya di partai dan membuat pernyataan publik tentang ia masuk Islam. Streich mengatakan bahwa ia telah menemukan kebenaran hidup dalam Islam, yang tidak dapat ia temukan dalam agama sebelumnya.

January 22, 2010

ESQ165(Alumni prof009/097) SOLAT: Ketetapan waktu dengan makna spiritualnya…

SIRI-2(Sila baca siri-1)
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.

AMARAN: Sila baca dua siri berikutnya(siri3 dan 4) untuk mengetahui pandangan saya sebenar!!!!

January 18, 2010

Impuls Jiwa


Semalan (Isnin) baba balik dari ejabat agak lewat.Kul 7 baru keluar dari kampus kerana ada Liqa’. Kebetulan ada rakan pensyarah yg tumpang ke KB. Kami makan nasi kerabu daging bakar/ayam bakar sama2 sesampainya di KB. Sooo…dalam kul 10 mlm baru sampai kerumah. Bila sampai rumah semua anak2 dah tido. Rasa sunyi sekali. Mata hati dah tercari2 sesuatu.. langsung .masuk bilik anak2: seperti biasalah mesti cium mereka dulu lepaskan rinduu. Masuk bilik zaujah tengah solat…dalam hati berkata..”wahh ni peluang!!!..dah lama tak sembang panjang. Jarang2 dapat peluang macam ni”.
Lepas mandi… badanpun mulai segar kembali dapatlah sembang2 dengan zaujah sambil baringan. Baba ceritakan kegembiraan baba hari ini…pasal pilihanraya, MPP..pasal anak di mizan pasa liqa’ hari ini. Umi ceritakan ttg anak2, sikembar tu!!!...semasa ambil mereka dari tadika, buraidah Tanya Umi “ummiii sekolah tu kan tempat orang mencari ilmu…betul kan?. ‘yaaa betul” jawab umi. Tapi ummi Tanya balik “sooo buraidah jumpa tak ilmu kat sekolah?”. “Tak jumpa pulak” Jawab buraidah. Ummi sambil nak gelak kata “kenapa tak jumpa?”. Buraidah pun Tanya balik “Ilmu tu apa umi?..”. Umi pun jelaskanlah apa itu Ilmu…bla bla…panjang kebar sampai buraidah faham. Lepas itu Buraidah bercerita semasa ditadika tadi…Muthsanna marah2kan buraidah kerena buat cepat2 kerja Mathematic…sedang dia lambat. waah ini adalah salah satu situasi yg mencetus gimic dan impuls jiwa bagi seorang ayah/ibu yg punyai anak2 “identical twins” dan “mirror Twins”…macam kami.
Itulah bunga kehidupan apabila memiliki anak2 yg baik. Itulah keindahan yg Allah hiasi dalam hati dan kehidupan ini. Dengannya Allah nak berikan ilmu kepada kami berdua. Subhanallahhh. Kadang anak2 berkata sesuatu perkara konsep..sedang dia sebenarnya tidak memahaminya. Dan apa yg anak faham selalunya tidak sama dengan apa yg kita faham…kadang2 kita memahami situasi tidak sama dengan orang yg mengalaminya atau membacanya sahaja. Ringkasnya manusia melihat pada perspektif nilai diri dan pengalaman masing2. Aanak2 sebenarnya mempunyai perspektif yg tersendiri dalam memahami sesuatu konsep. Memahami bagaimana tabiat kanak2 berfikir adalah satu kelebihan bagi ibubapa cemerlang.

ESQ165(alumni;prof-009;0097): SOLAT: Ketetapan Waktu dan Makna spiritual...


Mari kita hayati hakikat dari makna dari warna alam yg datang beriringan dengan waktu solat. Walaupun ini adalah penghayatan dalam pengamatan spiritual dan ilmu psikologi, namun mungkin ada kebenarannya…rahasia Allah didalam hakikat ilmunya yg maha luas.

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi...

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem pengh adam an. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

Bersambung…

January 15, 2010

Mari Kita Tanya Fatwa Hati Sendiri...!

Sekali lagi saya rasa terpanggil untuk peduli kepada masalah palestain. Walaupun biasanya blog serapuh ini akan mengundang objection oleh hackers yg anti Islam. Biarlah saya mengambil risiko sedikit dengan mebicarakan isu yg sensitif ini. Utk pengetahuan pembaca, blog saya pernak "dijahanamkan" oleh "musuh" pada tahun 2007. Namun Jan 08 saya bangunkan semula seperti yg anda dapat lihat ini. Untuk kali ini saya petik tulisan sebuah e-mail yg ditulis oleh Dzulfikar Mashoor

Marilah kita berfatwa siapakah yg benar...siapakah Ulama' yg benar dan dibenarkan oleh seluruh kaum Muslimin. yang manakah dikatakan Ulama' warisn nabi???. "Tepuk dada tanya iman". "Dimana bumi dipijak disitu Syariat Allah kita junung..."

KUALA LUMPUR, 14 Jan: Keputusan kerajaan Mesir menanam tembok logam di sepanjang jalur geografi Gaza demi memisahkan Mesir dan bumi bergolak Palestin mengakibatkan berlaku perselisihan pandangan dalam kalangan cendekiawan Muslim di Mesir dan Palestin.
Suatu media antarabangsa melaporkan bahawa perselisihan pandangan agama tersebut membabitkan Rabithoh Ulama’ Filasthin (Ikatan Ulama Palestin) dan Majma’ al-Buhut al-Islamiyyah (Himpunan Perbahasan tentang Islamiah).
Mewakili cendekiawan dari Universiti al-Azhar, Sheikh Muhammad Sayyid Thanthowi berfatwa, tindakan kerajaaan Mesir tersebut merupakan sesuatu yang diharuskan, sah dan halal mengikut syarak.
Muhammad yang dikenali sebagai Sheikhul Azhar berfatwa, setiap negara berhak melakukan apa sahaja demi memastikan wilayah kekuasaannya dijamin keamanan, termasuk membina benteng dari wilayah perbatasan Mesir-Gaza.
Ekoran itu, fatwa Muhammad disifatkan sebagai ‘fatwa berbayar’ dan ‘sama sekali bukanlah fatwa yang berlandaskan kemuliaan bagi mereka yang memiliki hati, nurani dan pendengaran’ oleh cendekiawan muslim Palestin.
Cendekiawan dari Rabithoh Ulama’ Filasthin turut berfatwa, tindakan kerajaan Mesir membangunkan tembok logam tersebut merupakan sesuatu yang haram di sisi syarak.
Selain dipertikai Palestin, beberapa media tempatan di Mesir melaporkan, fatwa Muhammad itu turut ditentang hebat oleh Jabhah Ulama al-Azhar (Front Ulama al-Azhar), iaitu suatu badan cendekiawan muslim di Universiti al-Azhar sendiri.
Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan Mesir dilaporkan menanam tembok sedalam 13 meter dan sepanjang lima kilometer tersebut sebelum al-Azhar mengeluarkan fatwa kontroversi tersebut.
Manakala, fatwa yang dikeluarkan oleh Ikatan Ulama Palestin pula dilihat sejajar dengan Majmak Fiqh al-Islami al-‘Alami (Ikatan Ulama Muslim Antarabangsa) yang dipengerusikan oleh Sheikhul Islami al-Imam Dr. Yusof bin Abdullah al-Qurowdhowi, Dewan Ulama AlJazaair, Ikatan Ulama Syariah di Teluk Arab dan sebagainya.
Peperangan fatwa antara Mesir dan Palestin tersebut dijangkakan menggamit perbahasan awam oleh cendekiawan muslim di peringkat dunia serta pertubuhan antarabangsa yang mengikuti isu kekejaman Zionis-Israel ke atas bumi bergolak Palestin tidak lama lagi.

Sekian.

January 13, 2010

Tazkirah Minggu Ini...

Berapalah Harga Syukur Kita Saat Ini?

Harta sama ada sedikit atau banyak adalah ujian daripada Allah untuk Allah melihat siapakah hamba-Nya yang sabar dan bersyukur. Harta atau rezeki yang kita perolehi walaupun sedikit atau banyak, hendaklah kita bersyukur kerananya kepada-Nya

Firman Allah swt bermaksud:
“Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: “Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun”. Mereka itulah yang mendapat keberkahan yang sempurna dan rahmat dari Rabb mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk. (QS. al-Baqarah: 155-157),

Selalunya kita tidak dapati kesemua yang diimpikan, walaupun telah banyak berusaha untuk mendapatkannya. Ini adalah kerana Allah masih menyayangi seseorang itu. Allah lebih mengetahui keadaan seseorang itu, di mana jika Allah memberikan kesemua yang dikehendakinya, orang itu pasti akan bertindak melampaui batas.

Firman Allah swt bermaksud:
"Dan jikalau Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hamba-Nya tentulah mereka akan melampaui batas di muka bumi, tetapi Allah menurunkan apa yang dikehendaki-Nya dengan ukuran. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui (keadaan) hamba-hamba- Nya Lagi Maha Melihat." (Surah Asy-Syura, ayat 27)

Mendapat kurniaan harta atau rezeki yang banyak adalah ujian dari Allah, di mana Allah ingin melihat sejauh manakah ia bersyukur dengan nikmat harta tersebut.
Firman Allah swt maksudnya: “Dan ketahuilah, bahawa hartamu dan anakmu itu hanya sebagai cubaan dan sesungguhnya pada sisi Allahlah pahala yang besar.” (Surah al-Anfal: ayat 28)

Kita dikurniakan harta kekayaan, sebagai tanda bersyukur kepada Allah, sepatutnya ia menggunakan harta tersebut pada perkara-perkara yang berkebajikan, seperti menolong dan membantu fakir miskin, mengeluarkan derma untuk membangun masjid atau sekolah, menolong anak-anak yatim dan orang miskin, memberi belanja atau nafkah tanggungan-tanggungan yang wajib ditunaikannya dan sebagainya. Orang yang bersyukur juga, semakin rajin mendirikan solat, dan lidahnya sentiasa menyebut nama Allah kerana berterima kasih kepada-Nya.
Firman Allah swt:
“Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak. Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah.” (Surah al-Kauthar, ayat 1-2)
Rasulullah dalam kehidupannya tidak pernah meninggalkan solat malam kerana bersyukur kepada nikmat Allah, sehingga telapak kaki baginda bengkak-bengkak. Saat 'Aisyah ra bertanya, “
Bukankah dosa engkau yang telah lalu dan yang akan datang telah diampuni oleh Allah?" Maka Rasulullah saw menjawab, "Tidakkah aku menjadi seorang hamba yang banyak bersyukur?" (HR Muslim).
Walau bagaimanapun, jumlah bilangan mereka yang bersyukur dan pemurah adalah terhad, kebanyakannya apabila semakin banyak harta, semakin bakhil dan kedekut, semakin jauh dari masjid dan semakin jauh dari mengingati Allah.
Sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Al-Imam At-Tirmidzi yang bermaksud :
"Sesungguhnya bagi setiap umat itu mempunyai ujian dan ujian bagi umatku adalah harta kekayaan."
Sabda Nabi saw yang diriwayatkan oleh Al-Imam Bukhari yang bermaksud :
"Akan datang suatu zaman atas umatku, bahawa mereka sangat sukakan lima perkara dan melupakan lima perkara yang berlainan dengannya, iaitu mereka yang sukakan penghidupan, lalu melupakan mati, mereka sukakan dunia dan melupakan akhirat, mereka sukakan harta kekayaan dan melupakan hari penghitungan, mereka sukakan rumah besar dan melupakan kubur serta mereka sukakan manusia dan melupakan tuhan Penciptanya."
Dalam al-Quran, Allah memperingatkan kita supaya tidak lalai dengan nikmat harta yang diberikan-Nya.
Firman Allah swt maksudnya: ”Hai orang beriman, janganlah hartamu dan anakmu melalaikan kamu daripada mengingat Allah. Barang siapa yang berbuat demikian, maka mereka itulah orang yang rugi.” (Surah al-Munafiqun: ayat 9)
Ingatlah, orang yang tidak bersyukur atau lalai dengan harta kekayaan atau kedudukannya yang diperolehinya, sehingga ia semakin jauh dari Allah akan mendapat azab dari Allah sama ada di dunia atau di akhirat, misalnya apa yang berlaku ke atas Qarun. Apabila Qarun ditanya oleh kaumnya tentang kejayaannya, dengan penuh 'ujub, sombong dan takabbur ia berkata, "Semua ini aku dapatkan semata-mata karena ilmu pengetahuanku" (Al-Qashash: 78). Karena itulah ia diazab oleh Allah, dengan dirinya, harta dan istananya ditenggelamkan ke dalam bumi.
Oleh itu, bersyukurlah dengan apa yang Allah anugerahkan kepada kita, lebih-lebih lagi jika mendapat rezeki / harta yang lebih.
Firman Allah swt: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pastiKami akan menambah (ni'mat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku) maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." ( Ibrahim: 7).

"Ya Allah masukkanlah Aku sebagai hambaMu yang bersyukur dengan seluruh nikmatMu...jadikanlah aku hambaMu yang menginfaqkan seluruh masa, harta dan hidupkuku sebagai mahar syukurku dengan nikmatMu.

GENGAMAN WAKTU DAN KETIKA