June 14, 2010

“Menghayati Sungai …Menifestasi arus Dakwah”


(Pendahuluan: Artikel ini ana susun-tulis semula dari tazkirah yg ana sampaikan di “cek Point-2” Air terjun Lata rex, Kuala krai, dalam Mukhayyam akhawat ITP yg lepas. Semoga dapat dimanafaatkan juga oleh ikhwah/akhawat yang tidak menyertai Mukhayyam ini. Kepada mereka yg hadir dan dapat merasai secara LIVE sambil menghayati kebesaran dan keindahan ciptaan Allah ini (Lata rex), dapat baca semula utk memantapkan lagi kefahaman dan ingatan antum kepada modul Mukhayyam yg diperuntukan utk hadam. Bagi mereka yg tidak berpeluang untuk hadir, ana harap cuba-cuba lah menghayatinya…moga Allah merahmati antum. Amin.)

Segala puji hanya bagi Allah yg memelihara hati dan jiwa kami, yg membulak-balikkan hati kami, yg yg menghidupkan jiwa kami dan umat ini dengan dakwah.Maha suci Allah…maka peliharalah diri kami dari futur dan berasa lemah. Ya Allah muliakan kami dengan dakwah. Selwat dan salam kepada nabiMu dengan selawat yg berkekalan hingga hari kiamat.

Sungai (air terjun) yg cantik dan Indah ini Allah menciptakannya 4 billion tahun yg lalu. Bayangkan bagaimana dalam masa yg begitu lama Allah sempurnakan kejadianNya. Tak jemukah Allah?.Sedangkan boleh saja Allah menggunakan Kun-fayakun. Bosankah Allah atau sia-sia saja Allah ciptakan semua ini…untuk main2. Anda tentu boleh hitungkan jika 63 tahun dibandingkan 4.5 billoin tahun. 63 tahun dimensi masa yg Allah kurniakan kepada setiap umat Muhammad (s.a.w) ini adalah sangat singkat dan tiada makna. Jika dibahagikan 63 tahun dengan 4.5 billion sama dengan 0.0000000014 hari atau 0.000000504 tahun. Itu pun kalau 63 tahun adalah kita gunakan utk ibadah.

Kalau hanya 10 % darinya kita gunakan untk ibadah bayangkan berapakah asset masa yg Allah kurniakan kepada kita. Itulah modal yg Allah bekalkan kepada kita utk berjual beli yg mana untungnya kita akan kutip di akhirat. Banyangkan masa sesingkat itu kita nak kena gunakannya utk melaksanakan amal, yg dengan amal itu kita nak bayar syurga Allah seluas langit dan bumi…masyaAllah alangkah bodohnya kita ini jika masih belum mengerti tentang masa.Banyak kali Allah bersumpah dengannya dalan al-Qquran. Kerana itu Allah tidak pandang dunia ini…yg saban hari kita kejarkannya sampai tak sudah-sudah…Jangan tertipu wahai para dai’e.

Kembali kita pada sungai yg berada didepan kita ini. Mari kita selidiki sifat-sifat sungai ini.

-Bermanafaat pada manusia; utk mandi, sumber air minuman dan menyirami tanaman
-Berliku-liku; semain dekat muara semakin berliku
-Banyak cabang; sedang sungai mengalirkan air yg sama dan akhirnya sampai kemuara yang sama
-Ada arus perdana yg mengalir deras dan ada yg tersisih terhenti mengalir.
-Jernih dihulu dan semakin keruh dimuara apabila semakin berliku
-Ada batu yg menghalangnya ia berhenti…hingga terkumpul kekuatan dia akan mengalir jua meruntuhkan benteng2 yg menghalang jalannya…atau dia akan mengelak membina arus sungai yg baru.

Amal merupakan natijah yang tidak dapat dipisahkan dari iman. Imam Hasan Albasri menegaskan bahwa iman bukanlah angan-angan dan harapan hampa, akan tetapi ia adalah keyakinan yang mantap dalam hati dan dibuktikan dengan amal yang nyata. Bermulanya urusan dakwah ini adalah tabiat dari Iman yang ‘amiq yg menghunjam dalan hati. Sbenarnya amal dakwah ini adalah buah dari iman yang sempurna.

Aktivis dakwah yang konsisten berharakah ibarat air sungai yang sentiasa mengalir dengan baik , membekalkan air yang sihat untuk hidupan-hidupan yang memerlukannya. Dimana saja dia melaluinya akan meratalah kerahmatan dan kebutuhan tumbuh-tumbuhan. Aliran sungai itu takkan berhenti hinggalah menemui muaranya.
Begitu juga dai’e kemana dia pergi yg dibawanya adalah kerahmatan dan hidayah pada manusia. Ingatlah daie’ bukannya penghukum tetapi pembawa kerahmatan dan cahaya Nubuwah kepada umat ini. Kejahilan dan kejahatan umat ini idak dapat dibasuh dengan cemuhan dan kebencian para daie’. Ingatkah kita kepada kemaafan nabi kepada penduduk thaif. Ingatkah kita kepada sifat rahmah Nabi semasa memaafkan hindun “ sipemakan hati”. Ingatkah kita kepada Seorang wanita tua,miskin lagi buta disuapi nabi setiap pagi. Sedang kerjanya Wanita yahudi itu hanyalah memukul2 sebatang kayu sambil memaki hamun nabi di salah satu penjuru Bandar madinah. Ingatlah Akhlak seorang dai’e adalah mewarisi akhlak kenabian. Seorang daie itu tidak akan berhenti melaksanakan amal dakwahnya sehinga tertegaknya daulah yg dijanjikan itu, perumpamaan arus sungai yg akan terus mengalir hingga menemui muaranya.

Aktivis dakwah yang mukhlis bersama dalam harakah dakwah adalah untuk memberi dan bukan untuk meminta, sudah semestinya kita mengurangi beban dan bukan menjadi beban dan bahkan menjadi kewajiban kita memberikan seluruh potensi yang kita miliki untuk da’wah dan bukan mencari keuntungan dari da’wah.

Ingatlah, sesungguhnya orientasi kita dalam harakah dakwah ini adalah orientasi amal dan hanya amal lah yang dapat mengangkat derajat kita di sisi Allah subhanahu wa ta'ala serta membuat Allah mengakui kita sebagai aktivis da’wah. Allah berfirman:

“Dan berbuatlah kamu, maka Allah, Rasul dan orang-orang yang beriman akan melihat amal kalian, dan kalian akan dikembalikan kepada Allah yang Maha Mengetahui yang ghaib dan yang nyata. “ (At-taubah :105)

Sebab itu seorang dai’e itu hiduplah untuk orang lain bukanlah hanya utk diri sendiri. Orang yg hidup utk dirinya sendiri bila mati akan terhentinya amalnya. Tetapi dalam jemaah dan dakwah yg tersusun tanzimnya membolehkan kita hidup utk orang lain. Percayalah dakwah ini tidak akan terhenti hingga hari kiamat walaupun kita sudah mati. Ini janji Allah dan sunnatulah. Amal kita hidup dengan orang lain sebagai penyambungnya. Amal dakwah adalah seperti lari berganti-ganti. Syukurlah…denga nikmat iman, Islam, dakwah dan jemaah ini. Kita berpeluang memberi kerana Allah allah pasti memberi jua… kalau tidak dibalasi didunia ini diakhirat Allah tetap akan dibalasiNya. Orang yang meletakkan keutamaan hidupnya dengan dakwah ia pasti akan dapat manafaat dakwah. Dakwah mendarah daging dalam dirinya…mengalir hangat dalam darahnya. Jangan macam Haiwan. Haiwan kena paksa uzurnya…makan, ninum, tidur dan sex. Dakwah taqdimulhayah. Didik anak2 kita dan anak orang lain dengan dakwah…kita didik anak orang lain nanti orang lain akan didik anak2 kita. Anak2 kita akan cinta dakwah bila lihat kita mencintai dakwah dan hidup/mati adalah diatas jalan dakwah yg mulia ini. Muliakanlah diri kita dengan dakwah.

-Sungai yg tersisih tidak mengalir bukan saja tidak bermanafaat pada orang lain malah Akan busuk dan rosak lagi merosakan orang lain yg. Air mesti bergerak dan terus mengalir. Seperti matahari kelihatan cantik pada alam ini kerana dia bergerak. Kalau dia diam binasa dunia ini. Ranting yg memutuskan dirinya sendiri akan reput tetapi dahan pokok akan bertunas dan akan tumbuh dahan yg lain. Begitulah umpamanya mereka yg menyisihkan diri dali arus dakwah. perumpamaan aktivis dakwah yang mun'athofaat yang mana potensinya membusuk menjadi negatif kerana lemahnya iltizam dan konsisten berharakah dengan dakwah ini ….(bersambung)

June 7, 2010

Dairi Jun (cuti semester)

Cuti Semester Kali ini agak subuk juga.

3 June: Konvo IPG Kampu Sultan Mizan
-Semua pensyarah terlibat
-Dapat jumpa dan ucapkan tahniah kepada xstudent yg telah posting
4-6 June: Mukhayyam IPT
-Fiq Aulawiat (Pak fahri)
-Manusia dan kebenaran (Akhi Saidi)
-perjalan misteri-tentang sungai dan dakwah
-Orang asli (komunikasi dan dakwah)
-bee farm (Madu dan Al-Quran)

7-9 June: Grand Continental Hotel, K Terengganu bersama k cah.
10 June balik rumah sat ambil anak bersiap utk balik kampung (pahang).
11 June: Mukhayyam Pusat Pend Aman (PPA)di Lata Belatan
-Semua guru SRI dan SMI terlibat
-Baba kena buat pengisian slot ESQ-"Kembalilah"
11-14 june: balik Pahang bersama anak2.
15-16 June: Masuk Pejabat sat: bagi lecture utk Kursus Induksi
19-20 june: ke KL majlis pelancaran IM

Minggu akhir cuti datang pejabat untuk persiapan sem julai 2010 dan minggu orientasi pelaajr baru program persediaa Ijazah,Iajzah Sarjanamuda Pend. Dan KPLI

June 1, 2010

Kenyatan Ulama' Dunia



Segala puji bagi Allah, Penolong orang-orang yang beriman, Yang menurunkan kehinaan ke atas orang-orang yang sombong, Yang menundukkan orang-orang yang angkuh dan ganas. Selawat Allah dan barakah-Nya ke atas Imam pembawa hidayah dan islah, Sayyidina Muhammad, juga ke atas ahli keluarganya serta semua sahabat-sahabatnya.

Sesungguhnya barisan ulamak yang menurunkan tandatangan pada kenyataan ini sangat terkejut dengan apa yang dilakukan oleh komando-komando zionis terhadap sukarelawan yang datang dari pelbagai Negara di dunia untuk memecahkan kepungan yang tidak berperi kemanusiaan ke atas Semenanjung Gaza. Para ulamak beserta majority umat mengikuti dengan penuh rasa duka dan keciwa jenayah yang sungguh kejam dilakukan zionis yang diketuai oleh askar penjajah yang telah menyebabkan puluhan nyawa yang tidak berdosa terkorban dan puluhan yang lain tercedera.

Barisan ulamak juga mengikuti dengan penuh kagum dan hormat di atas keberanian, keikhlasan serta kesungguhan yang ditunjukkan oleh semua peserta konvoi serta kesediaan mereka untuk menghadapi sebarang tindakan jahat pihak zionis. Tidak lupa setinggi-tinggi ucapan penghargaan ke atas para syuhada’ dan mereka yang cedera, yang darah mereka mengalir demi mempertahankan orang-orang yang dizalimi dan terkepung di Gaza, kepada tawanan yang terus bertekad untuk membantu orang yang tertindas sekalipun diugut dengan berbagai-bagai ancaman oleh pihak zionis.
Justeru, barisan ulamak menyeru seluruh umat Arab, Islam dan dunia seluruhnya agar segera bertindak untuk membebaskan tawanan secepat mungkin. Dengan ini barisan ulamak mengeluarkan kenyataan yang ditujukan kepada seluruh umat sama ada rakyat atau kerajaan agar memainkan peranan masing-masing demi keselamatan para tawanan yang berada di bawah kepungan zionis, melindungi hak saudara kita di Palestin, menolong para mujahidin di bumi yang diberkati.

Serangan jahat yang dilakukan oleh zionis yang menyebabkan berlaku kematian, luka parah dan tertawannya peserta konvoi yang tidak berdosa dan tidak bersenjata yang berada di dalam kapal kebebasan yang menggabungkan peserta yang terdiri dari lebih daripada 40 buah Negara di waktu fajar hari Isnin 18 Jamadil-Akhir 1431 bersamaan 31 May 2010 memberi gambaran bahawa zionis berada dalam keadaan selamat daripada tentangan Negara Islam, kutukan Amerika dan bantahan antara bangsa terhadap keganasan dan kekejaman mereka.

Maka kami menyeru semua ilmuan umat, pertubuhan-pertubuhan, institusi-institusi, rakyat yang beragama Islam yang berbangsa Arab dan bukan Arab, bangsa-bangsa yang merdeka di seluruh dunia agar bangkit dan bergerak menentang kumpulan zionis yang jahat dan keji ini.

Sesungguhnya dengan ini kami ingin menegaskan perkara-perkara berikut:

Pertama: Sesungguhnya telah menjadi suatu hakikat, suatu reality yang terang nyata bahawa Bani Israel adalah golongan yang suka menumpahkan darah, membunuh manusia yang tidak berdosa sebagaimana dinyatakan di dalam firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
“Maka patutkah, tiap-tiap kali datang kepada kamu seorang Rasul membawa sesuatu (kebenaran) yang tidak disukai oleh hawa nafsu kamu, kamu (dengan) sombong takbur (menolaknya), sehingga sebahagian dari Rasul-rasul itu kamu dustakan dan sebahagian yang lain pula kamu membunuhnya?” (Al-Baqarah:87)
Mereka tidak pernah bertanggungjawab dan berpegang kepada janji dengan orang yang beriman. Mereka tidak berintima’ kepada agama yang dibawa oleh Nabi Allah Musa a.s. sama ada secara dekat atau jauh. Dan Nabi Allah Musa tiada kaitan dengan mereka. Mereka adalah golongan terbuang, lanun-lanun di zaman moden dan talibarut zionis antara bangsa. Semua agama tiada kena mengena dengan mereka termasuk agama Nabi Musa a.s.

Kedua: Kami menyeru kerajan Arab dan Islam agar menukar sikap mereka yang negative sehingga menampakkan lebih dekat kepada bekerjasama dengan zionis dalam serangan mereka yang berulang-ulang. Kami menyeru agar segera diadakan persidangan tergempar yang menggariskan langkah-langkah yang wajib diambil dan dilaksanakan, sama ada dari segi politik, ekonomi, media dan ketenteraan demi menyekat kebiadapan musuh zionis dari terus sombong dengan tindakan ganasnya. Perkara pertama yang wajib dilakukan ialah hentikan usaha rundingan damai sepenuhnya. Hentikan sebarang bentuk rundingan baik secara terang atau senyap dengan mereka. Gunakan segala kekuatan dan keupayaan yang ada pada umat Arab dan Islam, suburkan hubungan dengan semua Negara di dunia bagi mewujudkan tekanan yang mengesankan ke atas rejim zionis yang telah merampas Palestin dengan cara haram dan tidak sah. Langkah ini wajib diambil demi membebaskan al-Aqsa dan Palestin, menyokong perjuangan yang diterajui oleh rakyat Palestin baik secara material, moral dan media, mengukuhkan kekuatan mereka, memudahkan hubungan rasmi dan sya’bi dengan mereka. Kami juga menyeru kerajaan Mesir dan kerajaan-kerajaan Arab yang lain semuanya agar membuka sempadan Rafah dan meruntuhkan tembok kepungan ini. Mengapa kita harus menghormati perjanjian dan undang-undang antara-bangsa dengan Zionis sedangkan mereka tidak pernah mengambil peduli terhadap sebarang nilai akhlak, moral, uruf dan perjanjian antara-bangsa?

Ketiga: Kami menyeru rakyat Palestin agar segera berdamai dan bersatu. Lupakan perbezaan pandangan politik kepartian. Bersatu di atas landasan perjuangan menentang seteru yang sebenar. Kami menyeru pihak berkuasa Palestin agar berhenti sepenuhnya dari memburu mujahidin. Isytiharkan dengan segera pemberhentian rundingan damai secara total dengan musuh. Tiada lagi sebarang usaha ke arahnya baik secara langsung atau tidak langsung. Batalkan sebarang pertemuan dengan pemimpin rejim penjajah zionis. Sesungguhnya pertemuan itu tidak sejajar dengan perinsip akhlak dan undang-undang kerana mereka telah melakukan kezaliman demi kezaliman.

Keempat: Kami menyanjung tinggi dan memohon keberkatan di atas usaha murni yang dilakukan oleh rakyat Turki, pertubuhan-pertubuhan serta kerajaannya. Kami mengakui bahawa pengorbanan paling besar adalah datangnya daripada rakyat Turki. Kami menyeru umat Islam dan semua umat yang merdeka di seluruh dunia agar menghargai dan menjejaki peranan kemanusiaan Turki yang berani.

Kelima: Kami menyeru seluruh pertubuhan dan institusi hak asasi manusia dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Negara Arab, Negara Islam dan semua Negara di dunia supaya bergerak dan menggerakkan seluruh rakyat dengan kadar segera untuk menentang jenayah zionis di semua peringkat dan semua lapangan, dengan menggunakan undang-undang bagi mengenakan tindakan yang tegas ke atas penjenayah perang yang telah menyerang secara terang-terangan. Mereka mesti didakwa di hadapan semua mahkamah di Eropah dan di peringkat antara-bangsa. Semua pemimpin mereka mesti diheret dan dibicarakan. Tiada seorangpun dari kalangan mereka yang boleh dilepaskan atau diberi keampunan.

Keenam: Kami menyeru media massa Arab dan Islam agar memberi sepenuh keutamaan dalam mendedahkan kejahatan rejim Zionis yang merampas bumi Palestin serta keganasan-keganasan yang mereka lakukan. Dedahkan segala usaha mereka memalsukan dokumen rasmi kedutaan beberapa buah Negara. Dedahkan identity mereka dan usir mereka dari semua Negara, dedahkan keadaan genting yang dialami oleh penduduk Gaza dan semua kawasan yang terletak di bawah jajahan mereka di Palestin dan akhir sekali penyembelihan konvoi keamanan Mavi Marmara.

Ketujuh: Berhadapan dengan ancaman musuh zionis ini, semua bangsa yang merdeka di seluruh dunia, bukan hanya penduduk Gaza sahaja, wajib menghidupkan ruh keimanan dan membangkitkan semangat juang menentang kezaliman serta menolak sebarang usaha rundingan damai dengan zionis. Jihad adalah satu-satunya jalan untuk menggerunkan penjajah itu dan membebaskan masjid al-Aqsa dan Palestin.
Oleh kerana ulamak dan para ilmuan merupakan minda yang sedar di kalangan ummah, hati yang sentiasa berdenyut dengan keinsafan, lidah yang mampu menuturkan kebenaran, melakarkan cita-cita dan harapan; mereka adalah ibarat kepala kepada badan ummah, jantung yang menentukan kesihatan perjalanannya, maka kami menyeru para ulamak dan ilmuan agar memainkan peranan memegang teraju utama dalam menyatakan kebenaran dan mendedahkan hakikat zionis yang sebenarnya sejak dahulu hingga sekarang. Ulamak dan para ilmuan mesti memainkan peranan menjelaskan kepada ummah apa yang mereka perlu sediakan untuk menghadapi zionis durjana ini, membebaskan tawanan-tawanan dan masjid al-Aqsa, membela mereka yang terluka, cedera dan terbunuh serta mengembalikan kemuliaan ummah seluruhnya.

Allahu Akbar! Kemenangan untuk Islam dan muslimin!

May 31, 2010

Kami Bersamamu...



Bantahan dimana2...di Jordan dan Turki rusuhan besar2an...dan di Amerika dan Britain sendiri.
Negara kita...hanya ini yg termampu...dan Ana hanya mampu berdoa...
"Doa Rabitah kami tetap bersama..."

Ghazah: Kau Dekat Dihatiku

Hari ini rasa sedih,sayu dan marah menyelubungi perasan ini. Sedih dan sayu mengenangkan saudaraku di Ghazah dihimpit derita sedang bantuan luar diserang dan rakan Arab diam 1000 bahasa. Marah kerana Israil Laknatullah mezalimi dan mengesahkan merek adalah pengganas sebenarnya...tetapi dunia bisu dan keliru. Setiapa detik-detik cemas aku ikuti dari pagi melalui internet. Tengah hari, aku sempat menggunakan masjid Mizan untuk memberi ceramah utk semua pensyarah dan pelajar yg hadir berjemaah. Hanya itu yg aku termampu lakukan agar mereka rasai apa yg saudara kita rasasi disana.

31 Mei: (12.30 tengah hari waktu Malaysia) – Israel dilaporkan telah merampas kapal-kapal konvoi Freedom Flotilla. Dilaporkan jumlah kematian meningkat kepada 16 orang dan lebih dari 30 orang cedera ketika pasukan Israel menyerang kapal-kapal Freedom Flotilla pada Isnin (31/5) pagi, menurut laporan dari Radio Tentera Darat Israel.
Konvoi kemanusiaan itu diserang ketika menghampiri 65km dari pantai Gaza. Mereka juga berkata kapal-kapal itu sekarang sedang ditarik ke bandar Haifa Israel, bukan ke Asdod untuk mengelakkan wartawan menunggu di sana.
Wartawan Al Jazeera, Elshayyal Jamal yang berada dalam kapal Mavi Marmara, mengatakan bahawa tentera Israel telah menggunakan peluru hidup saat mereka memasuki dan merampas kapal.
Menurut wartawan Ayman Mohyeldin dari Al Jazeera yang melaporkan dari Baitulmuqaddis, berkata tindakan Israel itu mengejutkan.
“Semua gambar yang dipaparkan dari para aktivis di kapal-kapal menunjukkan dengan jelas bahawa mereka adalah warga awam dan bertujuan membawa misi kemanusiaan dengan bekalan perubatan di atas kapal. Tindakan Israel ini pasti akan mengejutkan masyarakat antarabangsa atas apa yang telah mereka lakukan.” katanya.
Saat ini ribuan masyarakat Turki mengadakan demonstrasi aman di hadapan kedutaan Israel.
Untuk makluman, seramai 8 orang wakil sukarelawan dari Malaysia berada dalam konvoi kemanusiaan tersebut di atas kapal Mavi Marmara yang diketuai oleh Sdr Noorazman Shamsudin dari HALUANPalestin bersama 4 orang lagi juga dari HALUANPalestin dan baki dari Yayasan Amal Malaysia, Jamaah Islah Malaysia (JIM) dan Muslim Care. Pihak Sekretariat Pengurusan Krisis-Lifeline4Gaz a (CMT-LL4G) Malaysia masih belum menerima sebarang berita akan situasi dan keadaan mereka di sana memandangkan jalur perhubungan dengan pihak kapal telah terputus.

terkenangkan sajak Dr. Qardhawi

Demi Allah! Kezaliman tidak mungkin mengalahkan dakwah walaupun sehari
Sejarah membuktikan benarnya sumpahku ini
Ikatlah tanganku dengan besi berduri
Pukullah tulangku dengan tongkat dan tali
Tetaklah tengkukku dengan pisau belati
Tidak mungkin mereka berjaya membelenggu fikrahku wakaupun sedetik
Atau mencabut imanku dan memadam cahaya keyakinanku
Cahaya itu berada di dalam qalbuku
Dan qalbuku berada di dalam genggaman Tuhanku
Tuhanku penolongku dan pembantuku
Aku akan terus hidup bergantung pada tali imanku
Dan mati dengan senyuman
Demi dinku hidup dan berkembang

"Doa rabithah dan qunut nazilah utk sahabatku disana"

May 26, 2010

Istiwa Matahari Atas Kaabah


JOM.. Tentukan arah kiblat dengan mudah dan paling tepat.

Sekali lagi matahari dan bumi berada pada kedudukan yang cukup unik, dan sudut yang cukup tepat dan sesuai bagi umat Islam untuk menyemak kembali arah kiblat kita.Pada jam 5.16 PM , 28 Mei 2010 nanti (Jumaat ini), Matahari berada tegak di atas Kabaah di Masjidilharam Mekah.
Fenomena yang dikenali sebagai istiwa matahari ini merupakan satu anugerah Allah SWT yang diberikan kepada manusia di Bumi untuk kembali mengingati kebesaran dan kekuasaanNya mentadbir pergerakan apa yang ada di langi dan bumi untuk kegunaan manusia umumnya.
"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan penggantian siang dan malam terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang berakal""(iaitu) orang yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk dan dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), "Wahai Tuhan Kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia; Mahasuci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka"(Surah Al-Imran: Ayat 190-191).

Ada yang bertanya, mengapa bersusah-payah berjemur tengah panas mencari kedudukan kiblat, lebih baik guna kompas.Jawapan agak mudah. Kompas berfungsi berdasarkan medan magnet bumi. Namun, jika ada sumber medan magnet yang berdekatan (seperti besi, tv dll) , penunjuknya akan terpesong dan menunjuk ke arah lain. Jika kita tidak berhati-hati ia akan memberi kesan kepada arah yang hendak dicari.Objek-objek di angkasa merupakan sebaik-baik petunjuk arah kerana ia tidak terpesong walau sedikit pun.Jaminan Allah SWT yang telah diberikan dalam ayat Quran di bawah:
“Dan Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Masing-masing dari kedua-duanya itu beredar (yasbahun) dalam falaknya.” (Surah al-Anbiya: 33)
“Dan bukan matahari mendahului bulan dan bukan juga malam mendahului siang. Mereka beredar (yasbahun) dalam falak sendiri.” (Surah Yaasin: 40)

Maka itu, buanglah perasaan ragu-ragu anda. Kaedah falak tradisional ini lebih 'mesra pengguna', dan mudah untuk dipraktikkan. Malah kaedah istiwa matahari ini telah diketahui lebih 3000 tahun dahulu!

Kembali kepada fenomena yang akan berlaku Jumaat ini, tepat pada jam 5.16 PM, matahari akan bergerak dan berada pada kedudukan tepat di atas Kaabah. Jika kita berpeluang berada di Masjidilharam ketika itu, kita akan lihat Kaabah (serta apa yang berdiri tegak di persekitarannya, seolah-olah tidak ada bayang-bayang.Ketika itu, waktu di Mekah ialah 12.16 tengahari.Oleh itu, pada saat itu, jika kita di Malaysia pandang ke arah matahari, bermakna kita sedang menghadap tepat ke arah kiblat.

Cara untuk menentukan kedudukan ini ialah dengan menggunakan bayang-bayang tiang atau dinding bangunan atau apa-apa yang tegak 90 darjah sebagai panduan. Atau anda boleh ambil seketul batu dan digantingkan dengan tali/benang. Garisan bayang-bayang yang terhasil akan terarah tepat ke Mekah.

Oleh itu, jangan berlengah lagi. Jom kita periksa sekali lagi arah kiblat pada 28 Mei ini.
NOTA: Fenomena yang sama akan berulang pada 16 Julai 2010, jam 5.28 PM.Wallahualam

May 25, 2010

Meraba Cinta....



(posting terpanjang dengan isu kontravesi-jangan jemu baca)

Tajuk posting kali ini sedemikian rupa kerana dalam minggu ini ada cerita mini yg datang bertimpa. Tiba2 datang pengaduan dari insan terdekat dan anak2 dimizan. Juga Utk kes-kes berubat: ada yg jauh dan yg dekat. Yg jauh tu pakai remote SMS sajerlah. Telefon kadang2 sampai panas telinga sebab lama. Apa nak dikatakan bila sebahagian diri dan masa kita sudah jadi milik orang. Yg menariknya kebanyakan kes-kes minggu ini adalah melibatkan kounseling.

Kes ganguan makhluk halus: Ada satu kes dimana sekeluarga yg tinggal berjiran adik beradik telah dikhianati. Lima saudara sekali tak sedarkan diri. Yg mengkhianati mereka saudara terdekat juga. Keluarga ini di sihir kerana engan menarik balik laporan polis terhadap seorang saudara mereka yg telah merogol 2 orang anak saudara simangsa ini. MasyaAllah bukannya ana nak cerita pasal konflik keluarga ni tetapi…cerita ini punya pengajaran yg banyak. Ini menunjukkan manusia jahil jahil sanggup mengkhianati saudara sendiri dengan mengambil hiblis sebagai alat sembahan. suDah lah buat syirik tetapi yg nak dikhianati tu adik beradik sendiri. Alangkah jauhnyanya menyimpang masyarakat kita hari ini. Tidak dapat bezakan antara laknat syirik dan hak sesama muslim terutamanya hak2 sesama saudara sendiri. Dendam kesumat, nafsu meraja lela, kejahilan membuta, syirik adalah amalan biasa, ambil syaitan sebagai sembahan utk berbuat khianat sesama saudara sendiri.Pelik betul, Kadang susah nak di percayai bila berdepan dgn kes2 macam ini. Tetapi itulah hakikatnya; sesatnya masyarakat kita, jahilnya mereka dan tenatnya kefahaman agama. Makanya masih banyak lagi t/jawab para daie’ utk mengubah masyarakat yg jahil-murakab ini. Kesempatan menyeru kebaikan (dakwah) ana gunakan bila berinteraksi dengan mereka

Utk kes ke2: Kes kounseling minggu ini tak kurang menariknya: melibatkan tema yg paling berpengaroh kepada sepsis homosapien ini, iaitu masalah “CINTA”. Memang kehidupan manusia sangat dipengaruhi cinta ini. Taj Mahal dibina atas nama cinta. Istana Agra tersergam indah atas bukit menghadap laut mediteranien di Turki juga dibina atas nama cinta ini. Tertegaknya Islam di bumi ini juga kerana ada umat yg memiliki cinta ini…cinta kepada Allah. Tetapi runtuhnya satu dinasti di china juga akibat dari cinta juga. Hmmm hebatnya cinta ini. Dengan cinta manusia dipersilakan masuk dalam syurga dengan payung kerahmatan Allah. “Kembalinya jiwa yg penuh dengan cinta kepada cinta dan dicintai… dalam redha dan meredhai”

Ana dah minta izin dengan ampunya respondant cerita cinta ini. Kerana pad ana banyak sekali pengajaran yg kita boleh pelajari darinya kasus cerita ini.

Ana petik SMS Hamba allah ini S (bukan nama sebenar). SMS ini adalah antara banyak SMS yg ana terima. ”Kembara mencari AKU, persis sedekad yg pergi, kembara abid dlam perjalanan yg panjang ini tertewas jua. Abid bukan mencemuh diri…namun abid tewas…takut dan akhirnya semua yg abid harapkan tersungkur hanya dalam beberapa detik sahaja. Kecewa abid tidak terhenti disitu saja kerana dalam dirinya ada persimpangan yang yg panjang. Setiap satunya abid dibayangi kekesalan. Abid seharusnya menjauhi dari ruang ketakutan dengan benteng iman seteguh karang walau ombak ganas membadai perasaan. Kini abid pasrah kerana cinta itu kian hilang dlam dirinya…Abid lemah. Abid tak pasti dimana abid saat ini. Terumbang-ambing lemas.. hanyut ditengah lautan dipukul ombak yg kencang dan ganas. Abid tak berdaya lagi..langkah kakiku sangat lemah…dilautan tangan abid terkapai-kapai mencari pautan namun abid terus tengelam… Dia pergi jua, walau sedetikpun abid tak pernah impikan. Sekelip mata abid ditinggalkan. Walaupun hari hari sebelumnya kemesraannya jelas terpancar. Abid cuba melangkah dengan separuh kegagahan, namun sebelum menapak abid jatuh lagi… Benar, abid benar lemah. Abid pun tahu abid adalah segala-galanya bagi dirinya, tetapi dia tewan dlam ruang lingkup yg bukan sekadar mendesak malah menghimpit kuat emosi dirinya.Apa yg mampu nyatakan…Ya Allah andai dia cahaya hidupku…andai dia adalah bagi ku rahmatilah kami berdua.”

Begitulah salah satu SMS terpanjang yg pernah ana terima selama ini. Terkejut juga bila terima sms dari..S Berkali-kali dia call...tapi ana tak punya masa utk mendengarnya.. hingga 1 pagi semalam sempatlah ana luangkan masa lama sikit utk melayan luahan perasaannya. Suaranya yg tersekat2 membayangkan kekecewaan yg menusuk, kegoncangan hatinya amat dasyat, persis tangisan yg dipendam. Wahhh lemah juga hati lelaki ini bila terjebak dalam soal cinta.Ish...ish.. Rapuhnya jiwa sang lelaki yg tengah menyiapkan theses PhDnya. Rasa tak sangka jugak pada mulanya sebab ana kenal rapat dengan S yg sangat kuat agamanya. Tetapi inilah bahananya yg dikatakan CINTA ini. Bisa meruntuhkan jiwa dan juga membangunkan jiwa sekelip mata. Kami berbual hampir sejam . Perbualan ini seperti antara adik dengan abang. Nasihat yg ana berikan pun seperti menasihati diri sendiri. Keesokan harinya banyak lagi SMS menyusul diantaranya.

“Ya Allah kurniakan kepada ku kesabaran dalam menempuh ujian dariMU, ya Allah kurniakan kebaikan isteri dan anak2ku dan kepada mereka yg pernah bersamaku… Ya Allah ikhlaskanlah aku dalam beramal dan jangnlaj masukan aku dalamgol org2 yg menzalimi orang lain. Ampunkanlah mereka yg pernah menzalimi hidupku dan bahagiakanlah mereka…Amin.” Dan “Ya allah kau telah mencampakkan kedukaan kedalam hatiku…justru hanya kau yang mampu menyembuhkan kedukaan itu…amin”

Malam kedua (malam tadi)Ana terima pangilan lagi dari S. Kali ini perubahan jiwanya drastic sekali. Keresahannya telah bertukar kepada keriangan, syukur dan Nampak arah sedar yg jelas dalam meletakkan cintanya. Alhamdulillah…bukannya berkat nasihat ana kepadanya tetapi memang pintu kefahaman sudah tersedia dalam dirinya…Cuma semasa badai melanda pintu itu tertutup rapat sementara emosinya tak ternmpak utk di buka. Senentar tadi ana terima lagi SMS darinya menunjukkan dirinya telah kembali waras.
“Bukan mudah menongkah arus apatah lagi tiada tebing utk berpaut…badai menghentam dari kiri dan kanan. Kekuatan bermula dari kefahaman dan kefahaman dipoandu oleh iman. Bukan takbur tapi aku bersyukur Berjaya Berjaya menempuhi badai itu. Terimakasih tuhan kerana menunjukkan jalan. Engkau member dan mengambilnya semula. Kerana itu hak mutlakMu. Aku diuju dengan secebis duka, tetapi aku dikurnia dengan segunung permata. Apakah aku tidak bersyukur pada nikmatMu..”.
dan SMS terakhir sebentar tadi.
…” Bangkitlah jiwaku dari lara yg panjang kerana perjalanan jasadmu masih jauh.Hilangkah dukamu dengan sabar seorang sufi. Munajatlah aku disepertiga malam utk mengenali diri, aku dan keakuan. Menghitung dosa dan banyaknya balasan. ..duhai aku yg berkelana, sedarlah semuanya dari tuhan; Haruskah aku member alasan".

Ya Allah setitis airmata tidak kurela menitis kerana manusia...biarku titiskan dalam bicaraku ketika bersamamu, biar aku dipeluk oleh rahmatmu, biarku lena dalam dakapan kasihmu, biar aku dibuai oleh indahnya syurgamu. Biarku menangis kerana takutkan dosaku...ampunkanku ya Allah


Utk adiq S
Selamat jalan pulang ke utara
Drive baik2 tau…
Pulanglah…melabuhkan cintamu
Sesungguhnya muara cintamu ada di sana
Isteri dan anak2mu pasti sangat merindukanmu…
Aku tahu… musafirmu pulang digenangi air mata
...air matamu adalah air mataku jua
Resahmu resahku jua
Nafasmu lelah mimpiku juga payah
Jangan kerana cinta manusia
Kau campak kemanusiaa dan kehambaan
kau sesat dalam diri...siapa AKU?
Sesungguhnya isteri dan anakmu sangat sayangkanmu
Dalam darah mereka mengalir darahmu
Dalam tubuh anak2 mu melekat darah dagingmu

Hmmmm…PhD;
kadang terpisah dari isteri bahananya diuji
Perkara biasa lah tu diq…
Marilah kita mengukir senyum pada mentari hari esok…
Nahhh… di timur seberang bukit sana dia pasti terbit
Mari kita sapu awan yg memberikan hujan semalam
Sore petang ini biarkanlah ia pergi.
Kau meraba-raba cinta…akhirnya ketemu jua kan!
Sujudlah…syukurlah….sembahlah….dengan
Seluruh jiwa dan ragamu kepadaNya
Nanti ketemui CINTA…NYA
Biarkanlah dia pergi…jangan menangis lagi. Ok…
Tak sangka kan..insan hebat hampir tersungkur ditangga rumah cinta...
Ish...Ish...ish..hampir diperbodohkannya.
Kalau konvo PhD th depan tu…ingat-ingatlah ana niii…
Doakan semoga ana berjaya dapat PhD gak…
Bestkan buat PhD!!!!?

3.48 ptg
Jabatan R&D
IPGM Kampus Sultan
Mizan Besut, Terengganu.

Ana akan huraikan pengajaran dari kisah ini dalam posting akan datang

GENGAMAN WAKTU DAN KETIKA