Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak bernama Lim Wei Choon. Sana-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah. Selepas SPM, aku masuk ke Tingkatan 6manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat.
Kenangan sewaktu kanak-kanak hing...ga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama.
Setiap kali hari raya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumahku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali untuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim.
Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku. Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami. 20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya.
Hubungan aku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan.
Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya.
"He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago... Subhanallah!
Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku.
Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan...
Assalamu'alaikum... Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang.
Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.
'Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang" Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku. Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan.
Talha, kau kawan baik aku kan ? betul tak?
Memanglah... Kenapa kau tanya macam tu?
Kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?
Sorry Lim. Aku tak faham... diseksa? What do you mean?
Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house.
Tapi, mengapakah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni?
Dan mengapa aku di Islamkan oleh seorang bekas paderi kristian?
Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata. Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka?
Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati. Aku akan dakwa semua orang Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain. Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah denagn melahirkan kau didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.
Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu. Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah.
Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tidak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah? Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal... sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah.
Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.
Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar.
Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telah dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu. Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru.
Aku ingin berdakwah!
Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih dari 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?
Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam.
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Demi jiwaku yang ada di tangan-Nya, aku lebih suka berperang di jalan Allah dan mendapat syahid, dan dihidupkan kembali untuk mendapatkan syahid, dan dihidupkan kembali untuk mendapatkan syahid, dan dihidupkan kembali untuk mendapatkan syahid, dan dihidupkan kembali." (Riwayat al-Bukhari)
September 25, 2010
September 19, 2010
DOA KAMI SEMUA TETAP BERSAMAMU...

Misi Aqsa2Gaza VP5
Sehari dua ini debaran yg tak henti bagi jiwa ini dalam mengikuti lintas langsung dari media alternatif (media perdana jangan harap mereka melaporkan)tentang perjalanan misi bantuan ke Ghaza. Wakil malaysia:Misi ini adalam anisiatif utama Aqsa Syarif Malaysia bersama NGO dunia yg lain. Misi bantuan keamanan ini adalah siri ke-5 kepada saudara kita di sana. Seluruh umat Islam sepatutnya mendoakan kesejahteraan keatas mereka yg telahpun meninggalkan wasiat utk Isteri dan anak2 yg mereka tinggalkan.
Contoh:Petikan laporan...
Friday, 17 September 2010
Persiapan Kenderaan A2G VP5
Persiapan Kenderaan A2G VP5
17 Sept 2010. Hari ini peserta Konvoi telah menghabiskan seharian mendaftar dengan Viva Palestina UK dan mempersiapkan kenderaan yang akan digunakan sepanjang perjalan dari London ke Gaza.
Mereka telah memulakan hari dengan bersolat jamaah bersama-sama dan diikuti dengan bacaan ma’thurat di penginapan B&B Willesden. Seterusnya para pesertaberkongsi tazkirah yang telah disampaikan oleh Ameer MSM, Saudara Abdul Azim Ismail. Saudara Azim telah mengingatkan tentang pentingnya meluruskan niat sepanjang masa. Banyak ruang-ruang untuk tergelincir dari niat asal termasuk syubhat dan shahwat...bersambung
Anda yg ingin mengikuti dengan lebih terperinci bolehlah menggunakan akaun fb,twiter masing disamping melalui blog dibawah.
http://www.aqsa2gaza.blogspot.com/
Sekarang rombongan mereka berada di lyon, perancis konvoi dari London melalui tunnel. Ada beberapa web dari Perancis yg menggunakan bahasa perancis juga mengadakan kempen mereka. Seperti berikut; bagi sesiapa yg faham bahasa perancis jer lahh.
http://www.vivapalestina.org/francais.htm
http://www.pageshalal.fr/agenda/accueil_du_convoi_viva_palestina___5eme_halte_a_lyon-fr-511.html?symfony=4a3a88b9a9f46f881539702f912a97b1.
Wahai saudaraku di bumi malaysia tercinta ini...apakah yg telah kita buat utk saudara kita di Palestain?. Kita asyik bertelingkah perkara2 furuq'..kita asyik bermain dengan kucing dan arnab kesayangan, Kita asyik makan makanan yg enak2 sambil ketawa-ria dengan keluarga anak2 kita di restoran KFC dan MD. tahukah kita RM1 yg kita belanjakan mereka gunakan utk membunuh anak2 saudara kita di Ghazah,Palestain. Tak malukah kita...tiap2 tahun pergi haji, umrah dan melancong ke Korea?.. sedangkan anak2 saudara kita di sana hanya, makan sekali sehari selepas itu 4 hari mereka berpuasa. Pernahkah kita hulurkan apa2 bantuan utk mereka?...Adakah kita fikir kita tak disoal oleh mereka d depan Allah di akhirat nanti?...
Lalainya kita... Lupanya kita..."Bukan dari kalanganKu mereka2 yg tidak mengambil berat tentang saudaranya yg lain".
"bila lah diri ini berpeluang utk kesana?"
September 5, 2010
Mengejutkan: Berakhirnya Penghormatan Paran Saintis Kepada Stephen Hawking

LONDON: Did creation need a creator?
Dengan terbitnya buku ini membuktikan bahawa idea yg brilliant dan IQ yg tinggi telah meletakkan muka tuannya kelumpur apabila agama dan ketuhana telah dinafikan. "Alangkah baiknya kalau dapat baca sendiri bukunya yg bakal muncul itu nanti".
Berdasarkan dari laporan oleh yahoo semalam, pada saya Idea SH (seorang saintis yg pernah dilabekan sebagai allien) ini telah meletakkan dirinya berada di hujung Penghormatan. Idea yg diasaskan IQ dan fakta sains semata-mata, yg tidak berpandukan nilai ketuhanan tidak berdaya mempertahankan dirinya dari dikritik hebat selepas ini, terutamanya oleh cendikiawan Islan. Dunia sains tahu dia adalah seorang saintis yg hebat, beliau jugalah yg mengemukakan tentang "Big bang teori". Teori ini menerangkan bahawa Alam semesta ini diciptakan dalam enam masa. Beliau juga telah mengandaikan komposisi dan evolusi Alam Semesta bagi setiap 6 fasa itu yg telah bermula 4.5 billion tahun yg lalu. Sebenarnya Angka 6 masa ini jelas dipelajarinya dari Al-Quran dan dari Biblle sendiri.
Adalah sesuatu yang bodoh dan tak masuk akal bila beliau berkata demikian "Because there is a law such as gravity, the Universe can and will create itself from nothing,"
Tiada siapapun dan kuasa sains yg boleh jelaskan bagaimana alam ini diciptakan dan diurustadbir dengan sungguh sempurna dan harmoni. Kuasa apakah yg mampu utk menetapkan pusingan Bumi atas paksinya adalah 24 jam 66 saat. Siapakah yg boleh memastikan Kecondongan paksi Bumi pula adalah 23.5 darjah. Big question; "kenapa paksi bumi tidak tegak sahaja"?. Logiknya sesuatu yg dilemparkan tercampak dari satu letupan mana mungkin boleh ada grakan yg punya skalar ukuran yg tepat, maha detal tetap dan kukuh. Saya tanya lagi bagaimana keadaan kita jika bumi tiada paksi. bumi berpusing sesuka hatinya???.
Bulan mengelilingi bumi orbitnya pada garis kecondongannya tersendiri, maksudnya tidak pada garis selari dengan matahari dan bumi. kalau paksinya selari, kita bumi akan mengalami gerhana bulan dan matahari sebanyak 2 kali setiap sebulan. Selain beredar mengelilingi bumi, bulam juga berpusing atas paksinya pada kelajuan dimana sehingga kita hanya dapat melihat permukaan bulan yg sama sepanjang masa. maksudnya bulan hanya menunjukkan muka depannya sahaja kepada kita. Bahagian belakang kita takkan dapat melihatnya hinggalah hari kiamat.!!!. siapa yg suruh bulan berpusing atas paksinya dengan kelajuan yang tak masuk akal itu?.. Sungguh Ajaibkan?
Logicnya sesuatu yg terjadi sendiri dan dilemparkan hasil dari letupan sopernova macam mana boleh melekat tetap atas paksinya. Sungguh ajaib kuasa ajaib itu .
Subhanallah...bumi dan semua planet2 yg dilemparkan akan beredar sepatutnya berpusing sesuka hatinya. Analogi: seperti kita melemparkan segemgam anak guli dalam bakul. Logikkah;apabila tiba2 saja guli itu bergerak ada pattern, ada ada paksi dan kelajuan tertentu,waktu dan ada sistem pengaturcaraan gerakan yg canggih sehingga berada dalam keseimbangan dan harmoni. Adalah mustahil jika tidak ada "super power" penjagaNya setelah diciptakannya. Bagi orang yg punyai otak yg sihat adalah mustahil jika semua itu tiada TUAN yg mencipta dan MentahbirNya. Maka alangkah lemahnya fikiran seorang saintis mengatakan alam ini tak perlu kepadaa pencipta...?. Kalau tiada pencipta dan TUAN maka siapa pula yg mentadbir sistemnya yg tersusun indah ini?..
Hakikatnya SH tak mampu membaiki sistem badannya yg lumpuh itu...mengambarkan lemahnya dia dan manusia. Agaknya dia sudah kecewa dan benci kerana TUHAN alam ini menjadikannya lumpuh?.., sehingga dia mengelurkaa teori ini untuk menuduh tuhan itu lemah yg tidak bisa mengeluarkan dirinya dari penjara kelumpuhan itu?. ataukah dia sorang saintis yg kecewa dan tidak mensyukuri bahawa apa yg ada dalam otaknya sekarang ini sebenarnya adalah anugerah TUHAN YG MENCIPTAKAN SEMESTA INI yg dia sendiri tak pernah mintanya.
disini saya letakkan petikan laporan yahoo semalam.
British physicist and mathematician Stephen Hawking says no, arguing in his new book that there need not be a God behind the creation of the universe.
The concept is explored in "The Grand Design," excerpts of which were printed in the British newspaper The Times on Thursday. The book, written with fellow physicist Leonard Mlodinow, is scheduled to be published by Bantam Press on Sept. 9.
"The Grand Design," which the publishers call Hawking's first major work in nearly a decade, challenges Isaac Newton's theory God must have been involved in creation because our solar system couldn't have come out of chaos simply through nature.
But Hawking says it isn't that simple. To understand the universe, it's necessary to know both how and why it behaves the way it does, calling the pursuit "the Ultimate Question of Life, the Universe, and Everything."
"We shall attempt to answer it in this book," he wrote. "Unlike the answer given in 'The Hitchhiker's Guide to the Galaxy,' ours won't be simply '42.'"
The number 42 is the deliberately absurd answer to the "Ultimate Question" chosen by sci-fi author Douglas Adams.
But "The Grand Design" seems to step away from that, saying physics can explain things without the need for a "benevolent creator who made the Universe for our benefit."
"Because there is a law such as gravity, the Universe can and will create itself from nothing," the excerpt says. "Spontaneous creation is the reason there is something rather than nothing, why the Universe exists, why we exist. It is not necessary to invoke God to ... set the Universe going."
Hawking retired last year as the Lucasian Chair of Mathematics at Cambridge University after 30 years in the position. The position was once held by Newton.
August 25, 2010
Hari utk belajar "Mengurangkan Patah Perkataan..."
Lailatul Qadar
“Sesuatu agung hanya diraih oleh manusia yg mulia dan hebat”. Manusia yg hebat bermula dengan hati dan jiwanya yang hebat. Maka bulan ini adalah bulan bagi hati dan jiwa. Mari kita tanya diri kita beberapa soalan. Bersediakah hati kita sehingga terasa saratnya rindu dengan keagungan malam itu?. Sudah tergetarkah jiwa kita utk menanti saatnya malam itu tiba?. Sudahkah runduk seluruh perasaan dan emosi kita mengapai anugerah Allah yg tak bisa dibayar dengan emas seisi dunia?. Sudahkah mulai segar spiritual kita menanti malam turunnya hujan kasih sayang dan kerahmatan Allah yang melimpah ruah...memenuhi seluruh semesta?.Pada malam itu turunnya malaikat dari sidratul-mintaha dengan izin tuhanNya. Malam itu adalah malam yg menghubungkan antara alam tinggi (alam-malakut) dan Arash Allah dengan bumi dan seluruh hamba2ya. Hubungan itu bukannya makna fizik dan tetapi roh-dan jiwa. Hanya jiwa yg istimewa bisa merasakannya yg terbuka hijab dan pintu hikmahNya dari sisi Tuhan. Malam dipenuhi hakikat kesatuan wujud dan keesaan Zat dan sifatNya. Moga kita mendapat anugerahNya utk meliliki hati dan jiwa yg penuh dengan Imanan wahtisaban!!!.Moga kita diberi kunci...hingga terbukanya pintu cinta dan kasyaf pada malam itu. Suatu malam yang menjadi buruan para muqarrabin selama2nya hingga hari kiamat…
"sesungguhnya malam itu adalah malam yg tidak terungkapkan dengan kata dan ditulis dengan pena tetapi hanya hati yg bisa mersakannya….”
“Sesiapa yang menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Al-Qadr [3] Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
Al-Qadr [4] Pada Malam itu, turun malaikat dan Ruh (Jibril) dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);
Dan dari Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhu, ia berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:“Malam al-Qadar adalah malam yang indah penuh kelembutan, cerah, tidak panas dan tidak juga dingin. Manakala pada keesokan harinya sinar mataharinya kelihatan melemah kemerah-merahan.” (Hadis Riwayat ath-Thayalisi (394), Ibnu Khuzaimah (3/231), al-Bazzar (1/486) dan sanadnya hasan)
“Pagi hari (setelah) Lailatul Qadar, matahari terbit tidak menyilaukan (tanpa sinar), seakan-akan ia bejana sehinggalah ia meninggi.” (Hadis riwayat Muslim (762))
Setengah ulama mengatakan “Ruh” yang turun pada malam itu ialah Jibril berdasarkan ayat yang menyebut “RohulQudus” ialah malaikat Jibril.
Antara kelebihan Lailatul Qadar ialah malaikat yang berada di Sidratul Muntaha turun ke bumi dengan izin Allah pada malam itu. Muntaha ialah sempadan iaitu sempadan sebelah atas langit, selepas langit yang ke tujuh. Semasa peristiwa Isra’ Mikraj, malaikat Jibril hanya boleh menghantar Rasulullah s.a.w. hingga setakat ini sahaja.
An-Najm [13] Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi, [14] Di sisi “Sidratul-Muntaha”; [15] Yang di sisinya terletak Syurga “Jannatul-Makwa”.
Manakala setengah ulama lagi mengatakan ia adalah satu malaikat yang kakinya berada di bawah lapisan ke tujuh bumi dan kepalanya di Arasy, mempunyai 1,000 muka, dan setiap muka mempunyai 1,000 mulut, setiap mulut bertasbih (mengucapkan Subhanaalah) dalam bahasa yang berlainan. Apabila ia bertasbih, semua malaikat lain sujud kerana takutkan Allah. Dikatakan malaikat yang turun akan merayau-rayau seluruh dunia dan masuk ke rumah orang Islam serta memberi salam kecuali kepada 3 golongan:
• Orang Islam yang makan babi
• Orang Islam yang derhaka kepada ibubapa
• Orang Islam yang memutuskan silaturrahim
Pada malam itu malaikat turun bersama 4 panji-panji iaitu 4 bendera yang diletakkan di 4 tempat iaitu:
• Satu bendera diletakkan di atas Maqam nabi.
• Satu bendera diletakkan di Baitul Maqdis
• Satu bendera diletakkan di Baitullah
• Satu bendera diletakkan di Bukit Thur
Bilakah waktunya?
“Aku keluar untuk mengkhabarkan kepada kamu berkenaan Lailatul Qadar, tetapi ada dua orang sedang berselisih sehingga pengetahuan berkenaannya tidak diberikan. Mudah-mudahan ini lebih baik bagi kamu, carilah di malam 29, 27, 25 (dan dalam riwayat lain, pada malam ke tujuh, sembilan dan lima).” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/232))
Nabi s.a.w. menyuruh umatnya mencari Lailatulqadar pada 10 malam terakhir, terutamanya malam-malam ganjil. Allah suka pada yang ganjil (witir). Allah suka pada sembahyang yang ganjil bilangannya seperti sembahyang witir.
Sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud: Carilah Malam Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir. Dalam hadis yang lain yang telah diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari yang bermaksud: Carilah Malam Lailatul Qadar pada malam ganjil 10 hari yang terakhir.
Waktu lailatulqadar tidak sama antara satu tempat dengan tempat lain. Imam Ghazali mempunyai formula untuk mengira lailatulqadar berdasarkan hari mula puasa mengikut pengalamannya. (mungkin boleh dipakai di Malaysia kerana tempat beliau di Iran atau Iraq tidak jauh dari sini)
Jika Awal Ramadhan (1 Ramadhan) jatuh pada hari :
[1] Ahad atau Rabu – Malam Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malam ke-29 Ramadhan;
[2] Isnin – Malam Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malam ke-21 Ramadhan;
[3] Selasa atau Jumaat – Malam Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malam ke-27 Ramadhan;
[4] Khamis – Malam Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malam ke-25 Ramadhan;
[5] Sabtu – Malam Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malam ke-23 Ramadhan.
Cara Nabi mendapatkan lailatul qadar
Dari Aishah Radiallahu-Anha ia berkata :
Bahawasanya Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam beriktikaf pada sepuluh hari terakhir di bulan Ramadhan, sehinggalah baginda wafat, kemudian para isteri baginda meneruskan amalan beriktikaf selepas kewafatannya.
Kebiasaannya Nabi Muhammad s.a.w. beriktikaf dengan memasuki masjid pada petang 19 Ramdahan selepas waktu Asar. Iktikaf bererti berhenti di masjid, berhenti dari segala urusan dunia, disertai niat untuk berhenti di dalam masjid sambil melakukan amalan seperti membaca al-quran, bertasbih dan sembahyang. Isteri-isteri Baginda pula beriktikaf di rumah masing-masing iaitu di tempat yang biasanya mereka bersembahyang. Hukum iktikaf pada 10 akhir Ramadahan ialah fardu kifayah dalam mazhab Hanafi dan sunat muakkad dalam mazhab Syafie.
Nak buat apa pada malam itu?
Usaha, dapatkan dan carilah Lailatulqadar. Bangunlah kira-kira dalam pukul 2-3 pagi dan buatlah apa-apa ibadat pun seperti berzikir, sembahyang, membaca quran.
Nak minta apa jika bertemu malam itu?
Siti Aisyah r.a. juga bertanya kepada Nabi s.a.w. tentang doa apakah yang perlu diminta jika bertemu Lailatulqadar. Jawab baginda bacalah “Allahumma innaka ‘afuwwun karim, tuhibbull ‘afwa , fa’fu ‘anni, seperti yang selalu dibaca selepas sembahyang tarawikh.
Telah diriwayatkan dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha bahawa dia bertanya, “Ya Rasulullah, apa pendapatmu jika aku mendapat Lailatul Qadar (mengetahui terjadinya), apa yang mesti aku ucapkan?” Beliau menjawab,“Ucapkanlah, Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yang meminta ampunan, maka ampunilah aku.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi (3760), Ibnu Majah (3850) dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha. Sanadnya sahih)
KESIMPULANNYA
Jom...Kurangkan “patah perkatan” perbanyakkan “Zukrullah” dan “Tilawatul Quran” itulah orang yang “reti bahasa” dengan “Tuan Dia”.

August 24, 2010
Peristiwa Bersejarah Dibulan Ramadhan

Ramadhan merupakan bulan yang istimewa dan penuh berkah untuk umat manusia. Banyak peristiwa penting yang terjadi pada bulan Ramadhan. Berikut ini beberapa peristiwa yang terjadi pada bulan yang mulia ini:1.
1. Rasulullah menerima wahyu pertama. Ketika Rasululah SAW mendekati umur 40 tahun beliau selalu berpikir dan merenung serta berkeinginan kuat untuk mengasingkan diri (uzlah), akhirnya dengan mempersiapkan bekal makanan dan minuman beliau menuju gua Hira yang terdapat pada gunung Rahmah sebagai tempat beruzlah yang berjarak dua mil dari kota Mekkah. Uzlah ini dilakukan tiga tahun sebelum masa kerasulan selama satu bulan Ramadhan penuh. Tatkala datang Ramadhan pada tahun ketiga dari masa uzlah, bertepatan tanggal 10 Agustus 610 M dan usia beliau genap berumur 40 tahun Qamariyah lebih 6 bulan 21 hari turun kepada beliau Malaikat Jibril mewahyukan Surah Al-‘Alaq yang merupakan surah pertama yang diturunkan kepada Rasulullah.
2. Al-Qur’an diturunkan pada bulan Ramadhan. Allah SWT berfirman, “Bulan Ramadhan yang diturunkan di dalamnya Al-Qur’an, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan atas petunjuk itu, serta pemisah antara haq dan batil”. (QS. Al Baqarah [2]: 185). Ibnu Katsir mengatakan bahwa Allah SWT menyanjung bulan Ramadhan atas bulan-bulan yang lain, yaitu dengan memilihnya sebagai bulan dimana Al-Qur’an diturunkan di dalamnya.
3. Kitab-kitab suci diturunkan pada bulan Ramadhan. Rasulullah SAW bersabda,”Shuhuf Ibrahim turun pada awal malam pertama bulan Ramadhan, dan Taurat turun pada hari keenam bulan Ramadhan dan Injil pada hari ketiga belas dari Ramadhan.” (HR. Ahmad)
4. Perang Badar. Perang ini merupakan pertempuran pertama yang dilakukan kaum muslimin setelah mereka berhijrah ke Madinah melawan kaum Quraisy dari Mekkah. Pertempuran berakhir dengan kemenangan pihak muslimin yang berkekuatan 313 orang melawan sekitar 1000 orang dari Mekkah. Perang ini terjadi pada hari Jumat, 27 Ramadhan, tahun kedua setelah hijrah. Allah SWT berfirman: “Dan benar-benar Allah telah menolong kalian di Badar sedangkan kalian dalam keadaan terhina, maka takutlah kalian kepada Allah, semoga kalian bersyukur”. (QS. Ali ’Imran [3]: 123). Ibnu Abbas mengatakan bahwa saat itu hari Jumat, 27 Ramadhan, dan saat itu juga terbunuh Fir’aun dan Abu Jahal yang merupakan musuh terbesar kaum muslimin.
5. Fathu Makkah/ Mekah dikuasai pada bulan Ramadhan. Fathu Makkah merupakan peristiwa besar. Allah SWT berfirman, “Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata”. (QS. Al Fath [48]: 1). Sebagian ahli tafsir berpendapat bahwa yang dimaksud kemenangan di sini adalah peristiwa Fathu Makkah, walau ada sebagian ulama yang menafsirkannya sebagai perjanjian Hudaibiyah dan penaklukan negeri Rum. Peristiwa itu terjadi pada hari, tanggal 20 atau 21 Ramadhan, tahun kedelapan hijriyah.
6. Islam menyebar di Yaman pada bulan Ramadhan. Tahun kesepuluh hijriyah pada bulan Ramadhan Rasulullah SAW menunjuk Ali bin Abi Thalib menjadi pemimpin sejumlah pasukan untuk pergi ke penduduk Yaman dengan membawa surat yang berisi ajakan untuk memeluk Islam.
7. Sebagian peristiwa pada Perang Tabuk terjadi pada bulan Ramadhan. Ibnu Hisyam dalam Sirahnya menyebutkan bahwa persiapan Perang Tabuk dilakukan sejak bulan Rajab, tahun ke 9 hijriyah untuk mengadapi Rum. Saat itu adalah masa-masa sulit bagi kaum muslimin di Madinah, karena mereka sedang dilanda masa paceklik, serta cuaca panas yang sangat menyengat, sehingga ada beberapa orang yang merasa berat hati untuk ikut serta dalam peperangan, seperti Ka’ab bin Malik. Walaupun banyak hambatan, pada akhirnya kaum Muslimin pun berangkat ke Tabuk dengan jumlah yang cukup besar, yaitu sekitar 30.000 tentara. Namun setelah pasukan kaum Muslimin sampai di Syam yang saat itu berada dalam kekuasaan Rum, pasukan musuh berlindung di dalam benteng-benteng mereka dan enggan keluar. Sehingga Syam bisa dikuasai dengan mudah oleh pasukan Islam dan kewajiban membayar jizyah diberlakukan kepada penduduk Syam yang saat itu beragama Nasrani.
8. Andalus ditaklukkan pada bulan Ramadhan. Pada 27 Ramadhan tahun 92 H, pasukan Islam yang dipimpin oleh Thariq bin Ziyad berhasil memasuki Andalus dari arah pesisir, ini adalah hal yang diluar dugaan, sehingga Roderick, penguasa Visigoth Spanyol segera mempersiapkan pasukannya yang berjumlah 25.000. Setelah menguasai Jabal Thariq dan membakar kapal-kapal yang telah digunakannya, Thariq bin Ziyad berkhutbah di depan pasukannya:”Lautan dibelakang kalian! Musuh di depan kalian!…”. Lalu pecahlah pertempuran antara 12.000 pasukan Muslimin melawan 100.000 tentara Roderick. Yang berakhir dengan tercerai-berainya pasukan Visigoth dan tewasnya Roderick.
9. Pasukan Islam di Andalus mengalahkan Faranjah di bulan Ramadhan. Di pagi hari Jum’at 20 Ramadhan 479 H terjadi peristiwa Zalaqah (yaitu dataran dekat wilayah Portugis). Di mana pasukan Islam yang melakukan penjagaan di wilayah Andalus yang dipimpinan Yusuf bin Tasyifin berhasil mengalahkan pasukan Faranjah (Franks) yang berjumlah 80.000 tentara yang dipimpin oleh Alfons VI yang juga tewas dalam pertempuran itu.
10. Pasukan Monggol dihancurkan di Palestina pada bulan Ramadhan. Hari Jumat 15 Ramadhan 658 H pasukan Muslim yang dipimpin Saifuddin Qutuz, penguasa dinasti Mamalik di Mesir, berhasil menghancurkan 20.000 tentara Mongol yang dipimpin oleh Qitbuqa. Para sejarawan menganggap bahwa peristiwa ini amat penting dalam sejarah penaklukan bangsa Mongol di Asia Tengah, dimana pasukan Mongol mengalami kekalahan telak atas kaum Muslimin dan tidak mampu membalas kekalahan itu, sebagaimana yang biasa mereka alami, hingga panglima perangnya Qitbuqa berhasil dieksekusi. Peperangan ini terjadi di ‘Ain Jalut, yaitu sebuah desa yang terletak antara Bisan dan Nablus. Sehingga peperangan ini dikenal dengan peristiwa ‘Ain Jalut.
11. Penghancuran dan penguasaan kota Asqalan yang merupakan pintu masuk menuju kota Al-Quds. Penghancuran dan penguasaan kota ini dilakukan oleh Shalahuddin Al-Ayyubi sebagai strategi menahan laju kekuatan kaum salib (Nasrani) yang akan merebut kota Al-Quds. Pada hari penaklukannya Shalahuddin Al-Ayyubi berkata, " Demi Allah sesungguhnya penghancuran benteng di Asqalan lebih aku sukai walaupun aku harus kehilangan seluruh anakku, karena penguasaan Asqalan adalah demi kemaslahatan Islam dan kaum muslimin." Sekarang kota Asqalan dikenal dengan nama kota Asduud di Negara Palestina.
12. Pada bulan Ramadhan Sultan Murad II dari kekhalifahan Utsmaniyah mengadakan pengepungan kota Qostantiniyah dalam rangka menaklukan dan memasukannya dalam naungan Islam. Setelah sekian waktu peperangan berkecamuk dengan sangat dasyatnya dan beliau tidak mampu menaklukannya akhirnya beliau kembali kepusat pemerintahannya tanpa membawa hasil yang dicita-citakan.
13. Atas perintah Khalifah Fatimi panglima Jauhar Ash-Shiqili meletakan lokasi pertama bagi mendirikan Masjid Al-Azhar. Pada tahun 378 H fungsi masjid ditambah menjadi sebuah universitas dengan dilakukan pembentukan staf pengajar yang pembahasan utamanya adalah permasalahan hukum-hukum keislaman. Sepanjang masa Al-Azhar selalu menyambut gembira kedatangan para pelajar yang berkeinginan belajar di sana. Segala fasilitas disediakan seperti tempat tinggal, kebutuhan hidup, bahkan halaqah (kelompok belajar) ilmu-ilmu keislaman yang beragam sehingga para penuntut ilmu dapat memilih halaqah yang dikehendakinya.
14. Pengepungan 60 ribu pasukan Rusia digagalkan oleh 15 ribu pasukan Utsmani. 23Ramadhan 1270 H Pada hari ini kekuatan militer Rusia dibawah pimpinan Marsyal Bernes menghentikan kepungannya terhadap kota Selestriya yang terletak di wilayah Qorum, pengepungan yang terjadi selama 35 hari ini tidak membawa dampak yang berarti bagi kekuatan Khalifah Utsmaniyah,walaupun kekuatan militer Rusia mencapai 60 ribuan tentara berhadapan 15 ribu tentara Utsmaniyah yang kebanyakan berasal dari Mesir. Pelajaran yang dapat dipetik adalah kekuatan yang sedikit mampu mengalahkan kekuatan yang besar.
15. Mesir menghancurkan kekuatan Israel di Suez pada bulan Ramadhan. Pada tanggal 10 Ramadhan yang bertepatan dengan 6 Oktober 1973 tentara Mesir mampu menembus terusan Suez dan menghancurkan benteng Berlif serta menghancurkan kekuatan tentara Israel. Begitupula tentara Suriah mampu membebaskan beberapa wilayahnya dari tangan Israel. Semboyan pasukan pada peperangan tersebut adalah Allahu Akbar ( Allah Maha Besar). Rakyat Mesir mengenang peperangan ini dengan peristiwa Abour. Setelah peristiwa ini Israel mulai menyadari kekuatan Mesir dan dataran Sinai kembali ke pangkuan Mesir.
16. Pada bulan ini Khalid bin Walid meninggal, beliau salah seorang sahabat terkemuka yang terkenal dengan keberaniannya dan panglima perang dalam berbagai peperangan baik sebelum Islam atau sesudahnya meninggal dunia. Beliau masuk Islam setelah perjanjian Hudaibiyah pada tahun 7 H.Umar bin Khatab memimpin shalat jenazah. Khalid bin Walid dimakamkan di Hims dan ada pula yang mengatakan di Madinah.
17. Pada bulan ini Napoleon Bonaparte beserta pasukannya melakukan ekspansi ke Mesir tepatnya di kawasan Ghiza, usaha ini mengalami kegagalan sehingga pada tanggal 23 Ramadhan seluruh pasukan meninggalkan Mesir menuju wilayah Syam.
18. Kitab Ihya’ Ulumuddin diselesaikan oleh Imam Al-Ghazali pada bulan Ramadhan.
Mudah-mudahan segala kekuatan dapat kita upayakan demi menjadikan diri kita adalah Insan yang hebat disisi Allah dam sesam manusia.
“TERASA HEBATKAH HATI DAN JIWA KITA DENGAN BULAN RAMADHAN INI”?
Adaptasi perikan blog dari Seberang
August 9, 2010
NO ONE ALIVE TODAY WILL EVER SEE THIS AGAIN

MOHON MAAF...
Artikel ini banyak sekali orang melapurkan. Tetapi bila saya cek Menggunakan Software Stellarium...sebenarnya kedudukan marikh amat menyedihkan tidak seperti mana dilapurkan dalan banyak website dan email yg disebarkan...
Anda bole download free Stellarium.. boleh pergi ke address berikut:http://sourceforge.net/projects/stellarium/
The Red Planet is about to be spectacular!
This month and next, Earth is catching up with Mars in an encounter that will culminate in the closest approach between the two planets in recorded history. The next time Mars may come this close is in 2287. Due to the way Jupiter's gravity tugs on Mars and perturbs its orbit, astronomers can only be certain that Mars has not come this close to Earth in the Last 5,000 years, but it may be as long as 60,000 years before it happens again.
The encounter will culminate on August 27th when Mars comes to within 34,649,589 miles of Earth and will be (next to the moon) the brightest object in the night sky. It will attain a magnitude of -2.9 and will appear 25.11 arc seconds wide at a modest 75-power magnification.
Mars will look as large as the full moon to the naked eye.
Mars will be easy to spot. At the beginning of August it will rise in the east at 10p.m. and reach its azimuth at about 3 a.m.
By the end of August when the two planets are closest, Mars will rise at nightfall and reach its highest point in the sky at 12:30a.m. That's pretty convenient to see something that no human being has seen in recorded history. So, mark your calendar at the beginning of August to see Mars grow progressively brighter and brighter throughout the month.
Nota:
-27 ogos adalah bersamaan dengan 17 ramadhan almubarakh
-dipetik daripada:http://www.hoax-slayer.com/mars-earth-close.html
August 7, 2010
Aku Semakin Rindu Padamu...

Angin malam yg dingin mengoyang-goyang bunga orkid tergantung di pagola depan rumahku. Dari dinding kaca anjung hidayah ini aku melihat ke langit malam yang kelam. Hujan rintik2 masih turun dapat kulihat dikesamaran cahaya lampu jalan. Kilauan tetesan brkelipan membiaskan cahaya lampu..memukau anak mataku.
Tiba-tiba hatiku menyeruak terharu…beberapa hari lagi hati dan jiwa ini akan kembali berlarian dan dibelai dilangit bahagia. Akan tiba saat-saat indah, teduh dan bahagia dalam lautah rahmat. Aku sangat rindu saat itu dan dia pasti akan datang kembali sedang tanganku menadah dengan penuh harap. Malam-malam yang indah dalam munajat dan Al-Quran yg akan meniti lidah dan iramanya mengalir dalam darahku dan membelai setiap helaan nafasku. Yaa allah berikanlah kesempatan kepadaku… anugerahkan rasa cintaku dengan hadirnya nanti!!!.
Renunganku menjadi kelam sejenak...mataku berkaca-kaca memikirkan semua itu. Sekilas peristiwa demi peristiwa seperti film terlihat jelas di depan mataku. Kutahan sekuat mungkin runtuhnya air mata.Aku menghela nafas…rinduuuuu, ya aku rindu ritual itu menghidupkan spiritualku: menyiapkan juadah berbuka, sahur bersama isteri dan anak2, qiammullail, sholat taraweh , tadarus...
Subhanallah jantungku berdebur keras mengingat semua itu. Semakin hari hidup ini semakin bermakna…dengan hadirnya anak2 yg kian membesar dan mula mengerti tentang kehidupan. Mereka sudah memahami tentang tarbiah,dakwah dan perjuangan baba dan umi. Mereka sudah mula ittima’ dengan langkahku. Mereka mulai mengerti dan merasai indahnya baitiul-dakwah yg sedang mereka diami. Kadang-kadang mereka mendahului dalam banyak perkara amal fardhi, seperti tilawah,hafazan dan maathsurat. Semu itu mereka pelajari dari usrah2 dengan naqib/naqibah mereka.
Teringat juga waktu berbuka beramai-ramai rumah mak pada setiap petang jumaat. Rumah mak yg sempit itu bersesak2 dengan kami adik beradik dengan 20 anak masing2. Kegembiraan wajah mak terlukis bila semua cucunya datang memenuhi dan memeriahkan rumahnya yg using tu!!!. Bahagia tak terhingga seorang nenek bila cucu2nya menghabiskkan semua masakannya. Sedappp…jumat depan datang lagi. Tambahan bila cucu2nya memuji atau makan banyak.
Teringat juga dengan anak2 usrah. iA tahun ini baba akan jemput iftar dirumah pada 30 ogos. Sayuuu bila teringatkan antum semua datang menjamah juadah lantas memberi pahala yg banyak pada baba. Dalam masa yg sama ukhwahfillah menjadi semakin erat antara kita. Terkenangkan gurauan antum, ketawa kecil dalam rahmat ibarat bunga ukhwahfillah… juga itulah bunga2 kehidupan. Terasa indahnya kehangatan pelukan anak2 muda yg bakal mewarisi risalah kenabian ini. Semua itu sangat indah bila hati ini merasai dan jiwa yg memberi tanpa syarat.
Teringat juga kekhilafan yang penah aku lakukan terhadap sebahagian anak2, sahabatku dan rakan. Semua bagaikan bongkahan salju , sejuk dan keras menggedor hati dan jiwaku. Ada yang harus aku lakukan. Ini adalah saat yang tepat untuk merendahkan hasrat, menghulurkan silaturahim dan salam kemaafan atas kesalahan yang pernah terjadi. Maka bagi yg bembaca wakrah ini, wahai adiq,wahai teman,wahai anak2,wahai ukhti, wahai akhi…maafkan aku. Biarkan ramadhan ini menjadi milikku…dan janganlah ada hijabku dengan tuhanku akibat dari dosa2ku pada kalian. Maafkan aku saudaramu ini!!!.
Dan...
Buat semua teman-teman dunia mayaku semua , sempena menyambut bulan suci, Ramadhan kali ini aku mohon maaf yang setulus-tulusnya apabila tulisan aku dan kata-kata aku sempat membuat kalian tersinggung . Samada dengan kesengajaan atau tidak untuk itu…sebenarnya.
Marilah kita menyamput bulan suci Ramadhan karem ini dengan ketulusan hati , dan keihlasan jiwa. Marhaban Ya Ramadhan. Mohon Maaf Lahir dan Bathin. Semoga dibulan yang maha suci ini kita semua diberi keberkahan,kerahmatan,keampunan dan pembebasan dari api neraka oleh Allah SWT. Amien …..
Aku rindu ..
Aku rinduu ..
Aku rinduuu ..
Wangimu mulai kurasakan
Kusiapkan pintu hati dan jiwaku untuk menyambutmu
Selamat datang ya Ramadhan
Semoga semua ketulusan menyertai langkahku
Semoga semua kekhilafan termaafkan
Dengan keriangan yang tiada penghujungnya
Kupeluk dan kucium kedatangan mu
Melepaskan rindu sentuhan lamanya
Selamat datang bulan yang penuh dengan berkah…
Marhaban Ya Ramadhan …..
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Gengaman waktu dan ketika. 8-8-16. Gengaman terakhir saat melepaskan ayah tersenyum mengadap rabbnya... Kematian mengajar kita erti ...
-
Di suatu petang, seorang anak datang kepada ayahnya yg sedang asyik baca Quran… “Ayah, ayah” kata sang anak… “Ada apa nak?” tanya sang ayah…...
-
Cerita mini:Sang Helang Ada seekor helang sedang terbang merentasi sungai semasa musim sejuk. Ia memerhati satu bungkah ais terapung yang me...