October 13, 2010

Sabar dan Redha...Antara musibah dan anugerah


Ada dua (maqam) sifat hati dan tingkatan sikap seorang hamba apabila ia ditimpa sesuatu ujian dan musibah; yakni redha dan sabar.Redha merupakan keutamaan yang dianjurkan. Sabar adalah kewajipan mutlak yang perlu dilakukan oleh seorang mukmin. Insan yg sabar atas sesuatu musibah akan memanggil kepedihan memukul perasaannya. Lagi lama seseorang itu sabar atas sesuatu musibah semakin menebal kepedihan memenuhi hatinya kecuali dengan memiliki sikap redha. Redha ibarat air yg menyejukkan bara api yg sedang menyala.

Orang yang redha, ketika ditimpa musibah, ia akan mencari hikmah ALLAH yang terkandung disebalik ujian itu. Sebenarnya ALLAH telah memilihnya sebagai orang yang tiba giliran utk menerima ujian itu. Dia memahami bahawa ujian adalah jalan Allah untuk menaikan darjat hamba2nya yg DIA sayang,disamping mengugurkan dosa2nya.

Redha adalah ibarat pujukan Allah dengan ilmu dan kefahaman bahawa inilah dari rahmat Allah yg merupakan anugerah pada hamba2nya yg DIA sayang. DIA sekali-kali tidak bermaksud mantijah keburukan dengan ujian yg ditimpa keatas makhlukNYA itu. Orang yang redha, semakin bertambah semangatnya,nikmat dan teduh hatinya untuk taqarrub-ilaLLAH , menenggelamkan diri dalam muayashah dan bermusyahadah denganNYA, dan inilah kenikmatan bagi hati yg dipenuhi dengan rasa CINTA dekatnya Allah dengannya dalam denyutan nadi dan fikirannya. Sehingga tiada terasa sakit dari musibah itu. Orang yang sudah mencapai tingkat ini adalah mereka yang sudah memiliki makrifat dan mahabbahtullah yang tinggi. Mereka merasakan nikmatnya musibah tersebut, kerana melihat sebagai sesuatu yang berasal dari KEKASIH yang amat mereka cintai. Sehingga Allah menaikan darjat hambaNya itu disiNya.

Inilah makna apa yg nabi kata "ajaibnya orang mukmin Apabila diberikan nikmat diasyukur dan apabila mendapat musibah dia bersabar".

Perbezaan antara redha dan sabar; bahawa sabar adalah menahan nafsu
dan mengekangnya dari kebencian (sekalipun menyakitkan) dan mengharapkan akan segera berlalunya musibah. Sedangkan redha ialah kelapangan jiwa dalam menerima takdir ALLAH dengan tidak mengharapkan hilangnya musibah itu tetapi menjadikan redha sebagai penawarnya. Sebab di dalam hatinya telah tertanam keyakinan dan makrifat
terhadap KEKASIH. Dan apabila redha ini telah berakar umbi dalam sanubari,
maka dapat menghilangkan semua rasa sakit itu. Hassan Al Bashri berkata “ Barangsiapa yang redha terhadap apa yang menjadi suratan hidupnya, maka jiwanya akan menjadi tenang. Menerima hal itu, dan ALLAH pun akan memberkatinya. Tetapi barangsiapa yang tidak redha, maka pandangannya menjadi sempit dan ALLAH
juga tidak memberkatinya”.

Bagi yang faham makna ntara sabar dan redha.. hakikat musibah dan anugerah ini sepatutnya berasas malu kepada Allah utk mengeluh terhadap apa ujian yg Allah timpa mepadanya.

AWAS:" Orang yg tidak dapat memiliki sabar dan redha ini apabila ditimpa musibah ditakuti ditimpa penyakit buruk sangka dengan Allah. Malahan boleh membawa kepada fasiq.. wai'yazubillah"

October 12, 2010

Laa Tahzan...kalaulah and wanita

Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali, Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh, Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat, 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil, Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.


Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada sianghari. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Janganlah asyik bersedih...kerana dikhautiri kita dihingapi penyakit buruk sangka kepada Allah. Walaupun kita sering berkata kita adalah seorang yg tabah dan sabar. Orang yg asyik mengadu pada manusia itu hilangnya hemah dan sifat kehambaan.

September 30, 2010

Open House 2010: Malam...

Open House Hari Raya 2010



Anda boleh lawati face book untuk gambar2 lain!!!!
zulkefleabraham

Antara Air Mata dan Seulas Senyum


Catatan perjalanan...khas utk insan yg taak pernah seiringan bergandingan
(dari Vistana Hotel, P Pinang ke Anjung Hidayah PT856)
Hujan mengiringi disepanjang perjalananku pulang

Akan kubayar dengan derita demi kebahagiaan manusia.
Dan akan aku tumpahkan kesedihan
yang mengalir dari bahagia manusia
...berubah menjadi tawa.

Diriku tetap setitis air mata dan seulas senyuman.
Setitis airmata yang menyucikan batinku
memberiku faham rahsia kehidupan dan hakikat sebuah perjungan
kerana setitis airmata menyatukanku dengan jiwa-jiwa sesat melarat

Seulas senyuman memanggilku dekat kepada manusia...dan DIA
lalu, aku terasakan lebih dekat..
seulas senyum menjadi metafora bahagia dalam kewujudan.

Perjuanganku menjadi lebih indah dari kerinduan pada hasrat yang hampa...
...pada setitis embun di pagi dunia
...apalagi pada bumi rasa yang putus asa.
Aku seperti kehausan tinta untuk mengungkap catatan CINTA
keindahan jiwaku santuni manusia dengan manja
...kerana telah kudengar keluhan mereka dalam kemelaratan hasrat
tangis mereka bagiku lebih asyik dari melodi nan indah.

Malam ini,
bunga menguncupkan kelopak dan tidur
... aku merangkul kerinduan padaNya.
tatkala dini pagi mampiri.. ia membuka bibirnya...
...aku kucup mesra dalam pelukan tahajjud...
sebak tangisku memukul belantara rasa...
sambil menanti matahari menerbitkan fajar
buat umat ini

Aku tetap akan melangkah...

"Menuju samudera cinta dan keindahan bersamaMU – Tuhan"


"Anjung hidayah"
3 pg 1 OKT 2010

September 27, 2010

Kau Pendorong Perjuangan Ummah Ini...


Petikan dari Misi A2G VP5
http://aqsa2gaza.blogspot.com

Siapakah kami sebenarnya berbanding kamu wahai saudaraku.
Tidak kupunya apa kecuali meminjam semangat darimu.
Tidak ku kenal erti perjuangan kecuali ku saksikan dari realiti yang kau terus hadapi saban hari.
Tidak kupunya harapan, kecuali harapan mengunung yang kau telah bentangkan di dalam perjuanganmu yang masih belum berakhir, walaupun telah mengorbankan jiwa-jiwa syuhada'.
Tidak ku dapat perlihatkan kepada generasi pelapisku, kecuali di layar-layar mengenai realiti hempas pulas hidup dan mati hari-hari perjalanan hidupmu.
Tidak ku dapat ungkapkan erti pengorbanan, kecuali jerit pekik mu bersama takbir yang menyusul dari titisan darah para pejuangmu dari semua yang rela menjadi perisai ummah ini.
Tidak ku mengerti janji-janji Allah kecuali keyakinanmu yang kau buktikan dalam setiap degup jantungmu sehingga kau rela dimamah peluru zionis durjana.

Kini kami pingin menjenguk dimedan mu ...
Kini kami mahu belajar dari guru yang telah terbukti ilmunya.

Tapi mungkinkah aku mampu berguru darumu ?

Namun ... kau izinkan ku melangkah dibumimu ... walaupun sekedar untuk melihat wajah-wajahmu para kekasih Allah rabul alamin.

A2G
0105 am
Alexandrapoulis, Greece.

Diari Pak Lang (Keindahan BersamaMu)

SUATU KISAH YG BOLEH DIJADIKAN RENUNG-FIKIR PARA DAI'e
Siapa yg pernah ikuti program KBM tentu kenal dengan Pak Lang

Masih aku teringat dalam satu program di Bandar Johor Bahru , seperti biasa aku menjadi pengendali program. Namun pada hari tersebut kami kekurangan fasilitator, jadi terpaksalah aku menjadi fasilitator bagi satu kumpulan pelajar.

Setelah berinteraksi selama 2 jam sebagai pengendali, rasanya cukup untuk aku selesa sebagai fasilitator kumpulan pelajar ini, sejumlah enam orang pelajar lelaki. Aku bersembang dengan memperkenalkan diri ku dengan lebih terperinci. Setelah mesra dan selesa, kami duduk dalam kumpulan dengan lebih rapat, lebih akrab… sehingga aku mampu mengajukan sembang bertanya tentang solat mereka, siapa yang merokok, siapa yang tuang kelas, apakah dosa paling besar yg pernah dilakukan. Lanjutan dari itu aku terus bersembang.
Pak Lang: Siapa dari kalangan kalian yang pernah berzina?

Pelajar : Pernah; Pernah; Tidak; Pernah; Pernah; Tidak; …. (4 daripada 6 pernah berzina). (Dalam hati terasa sedih melihat wajah wajah ini, ada antara mereka wajah nya kelihatan begitu baik pekerti dan akhlak nya)

Pak Lang : Emak dan Ayah tahu tak apa yang korang dah buat ni

Pelajar : Tak; Tak; Tak; Ayah saya dah tak ada Pak Lang, emak tak tahu; Tak; Tak

Pak Lang : Apa perasaan korang SEKARANG bila korang kenangkan dosa dosa kalian tu… ada apa apa yg korang nak share apa perasaan korang sekarang
Keenam enam ni bercerita seorang demi seorang dalam keadaan kami duduk semakin rapat… seorang demi seorang menyuarakan kekesalan mereka. Air mata mereka mula menitis dan menitis dengan nada yang semakin sebak. Aku tertarik dengan kata kata seorang pelajar. “Pak Lang, kami ni bukan tak mahu jadi orang baik. Kami ni nak juga jadi orang baik tapi tak de orang yang nak cakap dan nasihat kami macam pak Lang buat ni.” Dengan nada perli dan marah terus dia menyebut “Yang selalu bercakap dengan kami hanya si gondong kat sekolah tu saja” (Si gondong yang dimaksudkan adalah guru disiplin di sekolah mereka)

Kami duduk semakin rapat. Aku mengajak mereka saling memeluk bahu dalam bulatan, dengan memberi pesanan pesanan. Aku terus menadah tangan berdoa di tengah bulatan pelukan kami dalam kumpulan, satu demi satu aku sebut nama mereka bahawa “ ya Allah, hamba mu mengaku segala dosa dan ingin bertaubat, nak kembali kepada mu.” Dapat aku rasakan tangan yang ku tadah untuk berdoa disirami air mata anak anak muda ini… dapat aku rasa vest yang ku pakai semakin basah. Hati semakin sebak. Habis berdoa aku minta mereka peluk sesama mereka dan beri kata semangat antara mereka. Salah seorang yang ketiadaan ayah lantas memeluk aku … “Pak lang, pak lang jadi lah ayah saya, nasihat kan saya selalu”. Ya Allah ampunkan dosa ku seandainya aku tidak mampu memenuhi harapan anak muda ini.

Pengajaran

Mereka yang bergelumang dengan maksiat ni sebenarnya bukan tidak mahu kepada kebaikan. Mereka perlu didampingi, ditemui, dinasihati. Mereka pun nak kembali kepada fitrah jadi orang baik. Berdakwahlah dengan penuh kasih sayang.

Keadaan masyarakat dan adakala nya di sekolah keadaan itu tidak membantu malah boleh menjauhkan mereka dari kebaikan dan kebenaran.

GENGAMAN WAKTU DAN KETIKA