February 9, 2011

Masih Ada Yang Sayang....



Petang tadi saya bergegas balik dari pejabat untuk 'mensempatkan' diri sampai di Hospital KB pukul 6 ptg. Perjalanan dari besut yang memakan masa 1 jam lebih tu menjadi rutin setiap hari, tetapi hari ini ada agenda penting untuk ziarah seorang student yg tak sihat telah di tahan dalam WAD. Hari isnin lepas pelajar ini mintak nasihat untuk bertanding YDP MPP...pada masa tu saya sudah perasan dia tak berapa sihat dah. Biasalah saya mengiakan sajalah kehendaknya itu. Yang paling saya ingat ialah dia memangil saya "baba". Semasa dia masuk hospita tahun lepas pun saya adalah antara orang yg menguruskannya bersama pelajar2 lain. Ingat lagi pelajar2 rakannya tidur di ruangtamu rumah saya beramai ramai. kalau tak silap dalah 10 orang termasuk keluarganya dari johor yg datang utk menjemputnya balik.

Petang tadi semasa saya sampai di "wad" kelihatan ada 5 urang pelajar rakan sekolej sedang menungu untuk ziarah. Keluarganya baru bertolak petang tadi dari Johor dan disangka sampai ke sini pagi esok. Setelah berjumpa dengan pegawai penjaga wad kami tak dibenarkan masuk kerana keadaannya agak "kritikal". Lama juga pujuk punya pujuk HA tu barulah kami dibenarkan lihat itupun dari jauh. Walaupun hanya melalui celah grail besi Saya nampak rakan mereka ber5 ni terharu sekali. Mereka saling melambai tangan...sambil mengungkapkan "kami sayang along...kuatkan semangat along, along kena makan ubat, along kuat". Pada masa yg sama saya lihat semu pelajar berkenaan menitiskan airmata kesedihan. Semua mereka sebak...matanya bukan saja kemerahan tetapi genangan membanjiri, membasahi hingga kepipi. Sebenarnya sayapun turut sebak...saja saya tahankan. Sesekala saya alihkan pandangan dgn saja buat joke.

Selepas 15 minit kami diberikan peluang melihat dari jauh, saya meninggalkan wad sambil berbual bual dengan mereka. Sebenarnya saya baru faham bahawa mereka sayangkan Hafiz...mereka yg melayan hafiz...merekalah yg menghiburkan Hafiz...mereka yang bawa Haiz jalan2 jika diperlukan. Bila ada rakan siswa yg menghina mengatakan hafiz ...dengan sindiran merekalah yang mula mula terasa.

Sayapun rasa terharu juga...selepas itu saya menitiskan air mata sendirian. Rupa rupanya masih ada yang sayang kepada Hafiz...rupa2nya masih ada yang sudi memahami perasaan Hafiz...rupa2nya masih ada bakal guru yg punyai empati dan simpati yg tinggi. tahniah hafiz dan lagilah tahniah kepada mereka ber5 tu.

Ingatlah orang yang memberikan sayang dan rahmat kepada orang lain dia akan diayangi Allah. Belajarlah memberikan hati kita kepada orang lain iA...orang lain akan berikan hatinya kepada kita. Tidak rugi jika kita memiliki rasa sayang kepada manusia walaupun kepada seorang pengemis jalanan dan "...".

Hafiz!!.. baba juga sayang kamu. Hafiz!.. percayalah, masih ada yang sayang dengan kamu!!!..."Alangkah baiknya jika kamu oleh kembali lagi". Doa kami tetap bersama kamu sentiasa.

Pindah....


Untuk makluman semua pelajar yang belum lagi tahu bahawa saya telahpun pindah bilik baru di bilik Kawalan Kualiti (MQA). Aras satu atas Makmal Bio. Bilik saya bukan lagi bukan lagi di Jabatan R&D. Dalam bulan Januari lalu saya banyak mengambil masa utk pindah barang dan mengemas tempat baru. InshyaAllah bilik baru ni lebih luas dan selesa. Bagi pelajar yang ingin bertemu dengan saya silalah ke bilik baru saya...walaupun pintu luar sentiasa tertutup. Harap maalom.

Bilik baru tiada access internet, wireless pun sangat lemah,Broadband pun saya dah terminatekan kerana sudah ada wireless stremyx di rumah. So bagi aplikasi e-consultasi bagi pelajar praktikum yang dibawah seliaan saya mungkin akan menghadapi masalah kelewatan dan kelambatan. Harap maalom maaf.

February 2, 2011

Apabila pemerasan dan Penindasan Sebagai Eset Kekuasaan...



Apabila kezaliman dan penindasan adalah asas kekuasaan, rakyat yg dizalimi akhirnya berada dihujung had kesabaran. Rentetan kemenangan Edrogan di Turki, kejatuhan regim memeras rakyat di Tunisia dan hari ini berlaku di Mesir. Semalam Jordan merombak parlimen dan Syria Presidennya mengisytiharkan akan menarik diri dalam pilihanraya akan datang. Dalam Al-jazera,CNN anda boleh lihat secara live peristiwa di Mesir ini. Menurut CNN; Obama mendesak Mubarak melepaskan jawatan. Mubarak pula mengatakan beliau akan berundur selepas pilihanraya september ini. Pembrontak pula memberi tempoh hingga jumaat 4 feb ini utk Mubarak berundur. Live dalam Al-Jazera dan CNN pagi ni..pertempuran sengit antara kompulan yg pro-Mubarak dibantu polis bertempur dengan Protester...Semu ini penuh mistri, muslihat, tipudaya dan misi tersembunyi masing2 pihak bertelagah.

Mesir disebut sebagai "Negera Penjara" kerana sebahagian rakyatnya dipenjarakan tanpa dibicarakan atau atas kesalahan yg diadakan atau ditangkap dan hilang. Hmapir setengah abad rakyatnya berada dibawah regim diktator yg menjadi talibarut Amerika. Regim yg sama menandatangani perjanjian damai dengan Israil. Perjanjian "Kem Davis" telah ditandatangani oleh Gamal Ab Nasir yang telah memperbodohkan rakyatnya dan seluruh dumia Islam. Gamal Ab Nasir telah disambut dengan hamparan permaidani merah oleh Israel sewaktu dijemput ke Parlimen Israel selepas menandakan perjanjian itu. Tak cukup dengan itu beliau telah dianugerahkan "nobel price" keamanan Asia Barat oleh PPB selepas itu. Tandatangan itu sebenarnya telah menjerat Mesir dan dunia Islam seluruhnya. Mesir terjerat dengan terikat dengan perjanjian yang saya sifatkan paling bodoh dalam sejarah manusia zaman ini yg turut ditandatangani PLO. Satu contoh mantijah busuk bagi dunia islam dengan termatri perjanjian itu ialah Mesir terpaksa menutup sempadannya dengan Ghaza utk bantuan kemanusiaan oleh NGO baru baru ini. Kita janganlah hairan kerana Mesir adalah satu-satunya negara arab yg mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.

Situasi hari ini sesuatu diluar jangkaan dan penuh tipu muslihat apabila Amerika seolah-olah mendesak Mubarak "step down". Dimata dunia Amerika nampak baik dn menyebelahi protester. Tetapi saya percaya Amerika dan Israil mempunyai Skrip Rahsia tersendiri. Biasalah...Yahudi penipu sepanjang zaman yg dirakam dalam al-Quran. Saya harap dunia Islam tidak mudah ditipu.

Mubarak memberi jaminan akan diadakan pilihantara bebas September ini juga merupakan helah pada hemah saya. Saya percaya Mubarak mempunyai plan kintinjensi tersendiri. Jaminan supaya protester berundur dengan janji2 kosong sebenarnya utk memberi nafas kepada Mubarak merangka strategi bagi memastikan dia boleh terus berkuasa dalam pilihanraya yg penuh penipuan nanti. Pada hemah saya Protester hanya mempunyai 2 pilihan iaitu samada Mubarak keluar dari Bumi Mesir dgn membawa bersama aset peribadi yg dianggarkan 50 billion utk hidup senang-lenang walaupun dalam buangan UTAU selepas ini mereka akan disumbat beramai-ramai dalam penjara. Dalam masa yg sama Israil dan Amerika pasti tidak akan membenarkan protester berkuasa kerana yang bakal dimonan dikalangan pemberontak adalah kumpulan yg mereka gelar sebagai "muslim brotherhood". Dalam Yahoo, CNN melapurkan kebimbangan mereka setiap hari. Jika kumpulan "muslim brotherhood" berkuasa sekarang bermakna Israel akan berjiran dengan musuh yang pasti membantu penduduk Ghaza. Sempadan Mesir-Ghaza akan terbuka luas dan menyukarkan Israel utk menindas dan mengepung bumi Ghaza yg hanya seluas 40 km sepanjang pantai dan 7km lebar.

Maka saya menjangkakan protester akan mengalami situasi yg lebih buruk dari yg kita sangkakan. Sama samalah kita lihat nanti. Semoga Allah memelihara pihak yg benar dan melapangkan dada mereka walaupun lemas dihimpit derita.

January 16, 2011

TINTA AL_WAHID: Muqaddimah 2011

Assalamualaikum kepada semua. Awal qalam untuk 2011 ini nampaknya kena ada sedikit perubahan. Maksud saya gaya persembahan, Isi dan makna. Langkah awal utk 2011 ini semacam sedikit perlahan, sebabnya saya tengah menyiapkan sebuah laman web peribadi yg lebih tekal dan kebolehgunaan termasuk untuk tujuan dakwah dan bisness. Saya menggunakan server sendiri dan domainnya abuuwais.net. TUNGGULAH..akan muncul dikhalayak seketika nanti, saya berdoa agar Allah mempermudahkan dan lapangkan masa untuk saya membangunkannya.

December 28, 2010

Hujan Memukul Kenangan...



Mala mini 28 Disembar 2010. Bermakna kurang-lebih 40 tahun memori semasa kecilku terpanggil kembali. Pada usia yang kian sempit dan dadaku kian membuncah. Emosi melolong sengit. Penaku lelah menorah pelangi yang kian pudar ini.

Dari kaca jendela anjung hidayah ini kelihatan hujan lebat diluar sana, air sudah memenuhi jalan. Aku masih terpaku disini menghayati suasana malam yg asyik ini sambil menanti bilakah hujan akan berhenti...bilakah deruan yg asyik ini akan berlalu.

Bola mataku terpesona memandang hujan lebat yang menyirami bunga orkid di pagola diluar sana. Rintik-rintik itu mengukir gelombang di setiap rintik yang dibuatnya. Tak lepa aku memandangi dengan penuh erti setiap tetesan itu, Tetesan air hujan yang di setiap datangnya selalu membawa romantisme tersendiri. Memanggil-manggil kenangan masa masa lalu yang hampir lesu dibelai waktu. Yaa.. sewaktu kecilku dimusim hujan ini.

Inilah catatan dairi seorang yang bertema “Kampung boy”. Anak mak, anak ayah, anak seorang petani yang miskin tinggal di sebuah rumah kayu beratap zing dihujung sebuah kampung.“Jommm berteduh di bawah pokok”, jeritku ada rakan2 bila tetesan hujan mulai menderu. Rintik-rintik... menjadi lebat, akhirnya basah kuyup juga. Esoknya main-main gigi air sampai betis, kuis-kuis dengan selipar dan hujung kaki…akhirnya basah kuyup juga. Lusa, pakai payung main hujan…akhirnya basah semuanya. Ish..ish..nakal betul. Bila balik rumah, mak marah..”basah lagi…dah habis semuanya baju kering. Nak pakai baju mana lagi!!!”. Itu bahasa musim ini. Itulah leteran mak yang melekat sampai hari ini.

Setiap kali hujan memutih kelihatan dari jauh… membawa berita tentang tengkujuh akan tiba. Hati ini tercalit suka, melompat gebira. Hujan itu juga membawa berita bahawa sebulam penuh cuti sekolah ini kampungku akan digenangi air bah. Yahooo…Musin pesta air datang lagi setelah setahun dia pergi. Wahhh nyamannya hati..musim dingin,musim sejuk, musim hujan. “aku suka hujan!, aku suka main hujan!, aku suka tangkap ikan!, aku suka bila air bah memenuhi bendang tu!, aku suka bila air bah sampai ketangga rumah mak ni!, aku suka berenang-renang!, aku suka main kejar-kejar dengan kawan sambil menyelam, aku suka main perahu, aku suka… aku suka…aku suka. Begitulah teriak hati anak kecil sinonim dengan hujan.

Best…best..best. Walaupun dalam keadaan basah kuyup dan mengigil kesejukan, rutin setiap hari adalah cari daun kayu untuk makanan kambing, Cari rumput untuk lembu, Gali ubi yang mak tanam dulu, untuk bekalan hidangan musim hujan ini. Cari itik-itik mak yang dihanyut air bah. Tangkap belalang dihujung rumput dan pokok padi. lastik burung yang kesejukan, pada waktu malamnya suluh burung, tangkap ikan, tahan jarring. Itulah diari setiap hari musim begini…”musim tengkujuh”.

Namun hari ini, semua itu hanya terselit dalam lipatan memori sinonim baris baris hujan di luar sana. Bila saat saat seperti inilah ia mengalir deras melimpahi neuron. Inilah memori yg tak pernah dimengertikan oleh anak2. Malah istilah perkataan pun mereka mungkin tak memahaminya, Kerana dunia Mereka tidak sama dengan dunia babanya… lantaran zaman mereka zaman baru.

Lamunanku masih memacak sesat di kelam malam...tiba tiba ingatanku tersentak kembali. Kembali kepada rintik rintik hujan yang sudah mulai reda.

Mala mini bermakna musim cuit ini hamper melabuhkan tirainya, walaupun tenkujuh masih belun ada tanda tanda akan berheneti. 3 hari lagi sekolah buka, 3 hari lagi akan kembali kepada rutin semula; berpagi2 pergi kerja dan hantar anak2 kesekolah. Semua keperluan sekolah mereka sudah disiapkan. RM 4000 tentu kena sedia maalomlah semuanya sekolah swasta. Baju, kasut,buku,yuran dan keperluan2 lain. Tahun ini enam anak akan bersekolah termasuk kembar yg dah pun masuk tahun satu..(Gambar atas: Muthsanna, buraidah kiri).Hari2 asyik tanya bila nak sekolah. Hari hari hitung duit belanja.

Cuti kali ini bukanlah cuti sangat. Kesibukan macam biasa juga. Hampir setiap minggu berada di "luar negeri". Ke Penang sekeluarga, Cameron highland, Ke Terengganu skeluarga dan minggu lepas ke KL bersama keluarga.

Namun ada suatu hasrat tersurat, ada suatu rindu yg tak kesampaian ada rasa yg sarat. Apanya?. Apa lagi kalau tidak anak2 di Mizan. Sebulan terlalu lama rasanya...kehausan kepingin menatap wajah mereka. Wajah2 manis,ceria dan wajah yg punya obor buat umat ini. Sesungghnya mereka sangat intimewa dihati ini. Baba sayang kalian. “Ya Allah ikatkanlah hati2 kami kerana mencintaiMu, eratkanlah dengan doa rabithah yg tak berkesudahan…jadikanlah mereka sebagai rijal2 yang mendapat naunganMu dipadang mahsyar nanti”. Amin.

“SELAMAT BERTEMU KEMBALI MINGGU DEPAN, TAHUN BARU, SEMESTER BARU”

November 21, 2010

SPM 2010

Esok (23 Nov)semua pelajar tingkatan 5 akan menghadapi SPM. Sek Men Islam Aman (SMI Aman) juga tidak ketinggalan dimana 18 orang pelajarnya akan menduduiki peperiksaan yg penting ini. Saya sebagai Pengerusi Lembaga Pengurusan SMI Aman ingin mengucapkan selamat menempoh peperiksaan dengan jayanya. Saya juga mendoakan moga Allah lapangkan dada, diluaskan kefahaman dan dimudahkan segala-galanya. Moga semuanya mendapat kecemerlangan yg setinggi2nya demi mengangkatkan nama SMI dan nana Islam juga.


Barisan Mualimah; Terimakasih kerana telah memberi segala-galanya demi anak2 kami dan demi kecemerlangan masa depan mereka bersama Islam. Moga Allah akan memberikan pahala akan berkekalan kepada antum.

Utk Along...setiap hari lepas solat,tahajjud dan dhuha baba mendoakan kejayaan Along. Semasa mula memegang jawatan 'head boy' dulu baba/umi percaya Along boleh 'perfom', walaupun pada masa itu nampak along tidak berkeyakinan. Tetapi sekarang semuanya telah terbukti Along telah berjaya melakukannya dan menjadikan anak dan remaja yg matang dan membanggakan Baba dan Umi.

GENGAMAN WAKTU DAN KETIKA