Innalilah hiwainna Ilahirrajiunn...
Rabu ana kemalangan. Hujan lebat...waktu nak ke Kampus Mizan. Kereta Satria Neo ana terbabas dan berpusing2 beberapa kali sebelum singah di sebatag pokon. Alhamdulillah ana tak paper.. Semuanya itu milik Allah. Soo... rabu dan khamis masa hihabiskan utk uruskan Claim Insyuran.
Hari Khamis semua pelajar balik beruti. Ana Clock out kup 6 45 petang kerana uruskan kemalangan. Tetapi semasa nak clock out, melalui pejabat HEP utk sambil jenguk pigeon Hole kot ada surat/memo mustahak. Terserempak dengan staff, Hardi berada di HEP tengah ambil data pelajar kemalangan...Ana dapat tahu ada kemalangan maut melibatkan students Mizan yg balik kg. Kereta yg mereka pandu terlibat dlam kemalangan di Grik. Dua dari mereka maut dtempat kejadian, satu parah dan khabarnya meninggal dan seorang lagi cedera parah juga. Seorang unit Sains dan 3 dari unit TESL. Bila tengok gabar rupa2nya pelajar Unit Sains tuu baru pagi tadi Ana joke dengan dia "Bila balik". Rupa2nya dia balik buat selama2nya.
Khamis petang berada dilapangan Mukhayyam IPT Kel. Serentak dengan ISK. 90 peserta dari berbagai IPT menyertainya.Diiringi lebih 10 Murabbi2 mereka.
Petang sabtu ni baru boleh releks....
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Demi jiwaku yang ada di tangan-Nya, aku lebih suka berperang di jalan Allah dan mendapat syahid, dan dihidupkan kembali untuk mendapatkan syahid, dan dihidupkan kembali untuk mendapatkan syahid, dan dihidupkan kembali untuk mendapatkan syahid, dan dihidupkan kembali." (Riwayat al-Bukhari)
March 12, 2011
March 6, 2011
wahai pemuda...
Di suatu petang, seorang anak datang kepada ayahnya yg sedang asyik baca Quran… “Ayah, ayah” kata sang anak…
“Ada apa nak?” tanya sang ayah…..
“aku penat, sangat penatlah … karena aku belajar mati matian untuk mendapat markah bagus sedang temanku bisa dapat nilai bagus dengan meniru…aku mau meniru saja! aku penat… sangat sakit…”
“aku penat .. karena aku juga harus membantu ibu membersihkan rumah, sedang temanku punya pembantu, aku ingin kita punya pembantu saja! … aku penat, sangat penat ayah …”
“Aku susah karena aku harus kumpul duit, sedang temanku bisa terus berbelanja tanpa harus menabung…aku ingin berbelanja terus juga! …”
“aku , sangat penat karena aku harus menjaga lisanku untuk tidak menyakiti, sedang temanku enak saja berbicara sampai aku sakit hati…”
“aku susah, sangat penat karena aku harus menjaga sikapku untuk menghormati teman teman ku, sedang teman temanku sesukanya saja bersikap curang kepada ku…”
“aku siksalah ayah, aku penatlah kena menahan diri…aku ingin seperti mereka…mereka terlihat senang, aku ingin bersikap seperti mereka ayah ! ..” sang anak mulai menangis dan kesal.
Lantas si ayah yg cemerlang hanya tersenyum dan mengusap kepala anaknya sambil berkata ” anakku jom ikut ayah, ayah akan menunjukkan sesuatu kepadamu”, lalu sang ayah menarik tangan si anak kemudian mereka menyusuri sebuah jalan yang sangat sulit, banyak duri, serangga, lumpur, dan lalang… lalu sang anak pun mulai mengeluh ” ayah nak kemana kita?? aku tidak suka jalan ini, lihat kasutku jadi kotor, kakiku luka karena tertusuk duri. badanku dikelilingi oleh serangga, berjalanpun susah krn ada banyak lalang… nahh aku benci jalan ini ayah” … sang ayah hanya diam.
Setelah hamper putus asa akhirnya mereka sampai pada sebuah tasik yang sangat indah, airnya sangat segar, ada banyak kupu kupu, bunga bunga yang cantik, dan pepohonan yang rindang…pemandangan memukau pandangan.
“Wwaaaah… tempat apa ini ayah? aku suka! aku suka tempat ini!” sang ayah hanya diam dan kemudian duduk di bawah pohon yang rindang beralaskan rerumputan hijau.
“Kemarilah anakku, mari duduk di samping ayah” ujar sang ayah, lalu si anak pun ikut duduk di samping ayahnya.
” Anakku, tahukah kau mengapa di sini begitu sepi? padahal tempat ini begitu indah…?”
” Tidak tahu ayah, jadi sebenarnya kenapa?”
” Itu karena orang orang tidak mau menyusuri jalan yang perit tadi, padahal mereka tau ada tasik yg indah di sini, tetapi mereka tidak bisa bersabar dalam menyusuri jalan itu”
” Ooh… berarti kita orang yang sabar ya yah? alhamdulillah”
” Nah, akhirnya kau faham nak…Alhamdulillah syukurlah”
” Mengerti apa? aku tidak mengerti”
” Anakku, perlu kesabaran dalam perjuangan, butuh kesabaran dalam bersikap baik, butuh kesabaran dalam kujujuran, butuh kesabaran dalam setiap kebaikan agar kita mendapat kemenangan, seperti jalan yang tadi… bukankah kau harus sabar saat ada duri melukai kakimu, kau harus sabar saat lumpur mengotori sepatumu, kau harus sabar melawati lalang dan kau pun harus sabar saat dikelilingi serangga… dan akhirnya semuanya terbayar kan? ada tasik yang sangat indah,nyaman dan menyegarkan..dihujung denai ini. Seandainya kau tidak sabar, apa yang kau dapat? kau tidak akan mendapat apa apa anakku, oleh karena itu bersabarlah anakku”
” Tapi ayah, tidak mudah untuk bersabar ”
” Aku tau, oleh karena itu ada ayah yang menggenggam tanganmu agar kau tetap kuat … begitu pula hidup, ada ayah dan ibu yang akan terus berada di sampingmu agar saat kau jatuh, kami bisa mengangkatmu, tapi… ingatlah anakku… ayah dan ibu tidak selamanya bisa mengangkatmu saat kau jatuh, suatu saat nanti, kau harus bisa berdiri sendiri… maka jangan pernah kau gantungkan hidupmu pada orang lain, jadilah dirimu sendiri… jadilah seorang pemuda muslim yang kuat, yang tetap tabah dan istiqomah karena ia tahu ada Allah di sampingnya… maka kau akan dapati dirimu tetap berjalan menyusuri kehidupan saat orang lain memutuskan untuk berhenti dan pulang… maka kau tau akhirnya kan?”
” Ya ayah, aku tau.. aku akan dapat surga yang indah yang lebih indah dari tasik ini sekarang. Aku mengerti, terima kasih ayah , aku akan istiqamah dan iltizam saat yang lain terlempar ”. Sang ayah hanya tersenyum sambil menatap wajah anak kesayangannya.
Wahai anak anakku; begitulah juga dalam dakwah dan tarbiah ianya menuntut 1000 ksabaran, sejuta penderitaan,pengorbanan dan keperitan kerana syurga allah itu sangat mahal harganya. Takkan ditegakkan hak2 allah tanpa ada hamba2nya yg terpilih yg sentiasa berjuang.
Wahai anak2ku, kemanisan iman hanya milik orang2 yg berjuang. Hari ini kalau kau jatuh tersungkur ada tangan tangan yg menyanbutnya dan mengangkat kembali dan kita terus berjalan dan berlari. Tapi ingatlah ianya tak kekal…kalau hari ini kau tidak belajar utk jadi dirimu sendiri..jadi muslim yg kuat, ingatlah nanti kamu tidak bias selamat utk meredah samudera yg ganas dan melalaikan ini…Dunia ini sudah rosak umat ini sangat tenat…kalau kamu tidak laksanakan dakwah pasti kamu akan didakwahkan kepada kesesatan dan kehancuran….Sekian
Jangan lupa Mukhayam Tarbawi IPT 10,11,12. Serentak dengan ISK bagi yang baru. Video dibawah itu adalah sebahagian module ISK. So ana harap jangan ada yang ketinggalan…hanya setahun sekali.Sila tonton video ini: http://www.youtube.com/watch?v=0USGhvAru4U&feature=related
February 21, 2011
February 9, 2011
Masih Ada Yang Sayang....

Petang tadi saya bergegas balik dari pejabat untuk 'mensempatkan' diri sampai di Hospital KB pukul 6 ptg. Perjalanan dari besut yang memakan masa 1 jam lebih tu menjadi rutin setiap hari, tetapi hari ini ada agenda penting untuk ziarah seorang student yg tak sihat telah di tahan dalam WAD. Hari isnin lepas pelajar ini mintak nasihat untuk bertanding YDP MPP...pada masa tu saya sudah perasan dia tak berapa sihat dah. Biasalah saya mengiakan sajalah kehendaknya itu. Yang paling saya ingat ialah dia memangil saya "baba". Semasa dia masuk hospita tahun lepas pun saya adalah antara orang yg menguruskannya bersama pelajar2 lain. Ingat lagi pelajar2 rakannya tidur di ruangtamu rumah saya beramai ramai. kalau tak silap dalah 10 orang termasuk keluarganya dari johor yg datang utk menjemputnya balik.
Petang tadi semasa saya sampai di "wad" kelihatan ada 5 urang pelajar rakan sekolej sedang menungu untuk ziarah. Keluarganya baru bertolak petang tadi dari Johor dan disangka sampai ke sini pagi esok. Setelah berjumpa dengan pegawai penjaga wad kami tak dibenarkan masuk kerana keadaannya agak "kritikal". Lama juga pujuk punya pujuk HA tu barulah kami dibenarkan lihat itupun dari jauh. Walaupun hanya melalui celah grail besi Saya nampak rakan mereka ber5 ni terharu sekali. Mereka saling melambai tangan...sambil mengungkapkan "kami sayang along...kuatkan semangat along, along kena makan ubat, along kuat". Pada masa yg sama saya lihat semu pelajar berkenaan menitiskan airmata kesedihan. Semua mereka sebak...matanya bukan saja kemerahan tetapi genangan membanjiri, membasahi hingga kepipi. Sebenarnya sayapun turut sebak...saja saya tahankan. Sesekala saya alihkan pandangan dgn saja buat joke.
Selepas 15 minit kami diberikan peluang melihat dari jauh, saya meninggalkan wad sambil berbual bual dengan mereka. Sebenarnya saya baru faham bahawa mereka sayangkan Hafiz...mereka yg melayan hafiz...merekalah yg menghiburkan Hafiz...mereka yang bawa Haiz jalan2 jika diperlukan. Bila ada rakan siswa yg menghina mengatakan hafiz ...dengan sindiran merekalah yang mula mula terasa.
Sayapun rasa terharu juga...selepas itu saya menitiskan air mata sendirian. Rupa rupanya masih ada yang sayang kepada Hafiz...rupa2nya masih ada yang sudi memahami perasaan Hafiz...rupa2nya masih ada bakal guru yg punyai empati dan simpati yg tinggi. tahniah hafiz dan lagilah tahniah kepada mereka ber5 tu.
Ingatlah orang yang memberikan sayang dan rahmat kepada orang lain dia akan diayangi Allah. Belajarlah memberikan hati kita kepada orang lain iA...orang lain akan berikan hatinya kepada kita. Tidak rugi jika kita memiliki rasa sayang kepada manusia walaupun kepada seorang pengemis jalanan dan "...".
Hafiz!!.. baba juga sayang kamu. Hafiz!.. percayalah, masih ada yang sayang dengan kamu!!!..."Alangkah baiknya jika kamu oleh kembali lagi". Doa kami tetap bersama kamu sentiasa.
Pindah....
Untuk makluman semua pelajar yang belum lagi tahu bahawa saya telahpun pindah bilik baru di bilik Kawalan Kualiti (MQA). Aras satu atas Makmal Bio. Bilik saya bukan lagi bukan lagi di Jabatan R&D. Dalam bulan Januari lalu saya banyak mengambil masa utk pindah barang dan mengemas tempat baru. InshyaAllah bilik baru ni lebih luas dan selesa. Bagi pelajar yang ingin bertemu dengan saya silalah ke bilik baru saya...walaupun pintu luar sentiasa tertutup. Harap maalom.
Bilik baru tiada access internet, wireless pun sangat lemah,Broadband pun saya dah terminatekan kerana sudah ada wireless stremyx di rumah. So bagi aplikasi e-consultasi bagi pelajar praktikum yang dibawah seliaan saya mungkin akan menghadapi masalah kelewatan dan kelambatan. Harap maalom maaf.
February 2, 2011
Apabila pemerasan dan Penindasan Sebagai Eset Kekuasaan...
Apabila kezaliman dan penindasan adalah asas kekuasaan, rakyat yg dizalimi akhirnya berada dihujung had kesabaran. Rentetan kemenangan Edrogan di Turki, kejatuhan regim memeras rakyat di Tunisia dan hari ini berlaku di Mesir. Semalam Jordan merombak parlimen dan Syria Presidennya mengisytiharkan akan menarik diri dalam pilihanraya akan datang. Dalam Al-jazera,CNN anda boleh lihat secara live peristiwa di Mesir ini. Menurut CNN; Obama mendesak Mubarak melepaskan jawatan. Mubarak pula mengatakan beliau akan berundur selepas pilihanraya september ini. Pembrontak pula memberi tempoh hingga jumaat 4 feb ini utk Mubarak berundur. Live dalam Al-Jazera dan CNN pagi ni..pertempuran sengit antara kompulan yg pro-Mubarak dibantu polis bertempur dengan Protester...Semu ini penuh mistri, muslihat, tipudaya dan misi tersembunyi masing2 pihak bertelagah.
Mesir disebut sebagai "Negera Penjara" kerana sebahagian rakyatnya dipenjarakan tanpa dibicarakan atau atas kesalahan yg diadakan atau ditangkap dan hilang. Hmapir setengah abad rakyatnya berada dibawah regim diktator yg menjadi talibarut Amerika. Regim yg sama menandatangani perjanjian damai dengan Israil. Perjanjian "Kem Davis" telah ditandatangani oleh Gamal Ab Nasir yang telah memperbodohkan rakyatnya dan seluruh dumia Islam. Gamal Ab Nasir telah disambut dengan hamparan permaidani merah oleh Israel sewaktu dijemput ke Parlimen Israel selepas menandakan perjanjian itu. Tak cukup dengan itu beliau telah dianugerahkan "nobel price" keamanan Asia Barat oleh PPB selepas itu. Tandatangan itu sebenarnya telah menjerat Mesir dan dunia Islam seluruhnya. Mesir terjerat dengan terikat dengan perjanjian yang saya sifatkan paling bodoh dalam sejarah manusia zaman ini yg turut ditandatangani PLO. Satu contoh mantijah busuk bagi dunia islam dengan termatri perjanjian itu ialah Mesir terpaksa menutup sempadannya dengan Ghaza utk bantuan kemanusiaan oleh NGO baru baru ini. Kita janganlah hairan kerana Mesir adalah satu-satunya negara arab yg mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.
Situasi hari ini sesuatu diluar jangkaan dan penuh tipu muslihat apabila Amerika seolah-olah mendesak Mubarak "step down". Dimata dunia Amerika nampak baik dn menyebelahi protester. Tetapi saya percaya Amerika dan Israil mempunyai Skrip Rahsia tersendiri. Biasalah...Yahudi penipu sepanjang zaman yg dirakam dalam al-Quran. Saya harap dunia Islam tidak mudah ditipu.
Mubarak memberi jaminan akan diadakan pilihantara bebas September ini juga merupakan helah pada hemah saya. Saya percaya Mubarak mempunyai plan kintinjensi tersendiri. Jaminan supaya protester berundur dengan janji2 kosong sebenarnya utk memberi nafas kepada Mubarak merangka strategi bagi memastikan dia boleh terus berkuasa dalam pilihanraya yg penuh penipuan nanti. Pada hemah saya Protester hanya mempunyai 2 pilihan iaitu samada Mubarak keluar dari Bumi Mesir dgn membawa bersama aset peribadi yg dianggarkan 50 billion utk hidup senang-lenang walaupun dalam buangan UTAU selepas ini mereka akan disumbat beramai-ramai dalam penjara. Dalam masa yg sama Israil dan Amerika pasti tidak akan membenarkan protester berkuasa kerana yang bakal dimonan dikalangan pemberontak adalah kumpulan yg mereka gelar sebagai "muslim brotherhood". Dalam Yahoo, CNN melapurkan kebimbangan mereka setiap hari. Jika kumpulan "muslim brotherhood" berkuasa sekarang bermakna Israel akan berjiran dengan musuh yang pasti membantu penduduk Ghaza. Sempadan Mesir-Ghaza akan terbuka luas dan menyukarkan Israel utk menindas dan mengepung bumi Ghaza yg hanya seluas 40 km sepanjang pantai dan 7km lebar.
Maka saya menjangkakan protester akan mengalami situasi yg lebih buruk dari yg kita sangkakan. Sama samalah kita lihat nanti. Semoga Allah memelihara pihak yg benar dan melapangkan dada mereka walaupun lemas dihimpit derita.
January 16, 2011
TINTA AL_WAHID: Muqaddimah 2011
Assalamualaikum kepada semua. Awal qalam untuk 2011 ini nampaknya kena ada sedikit perubahan. Maksud saya gaya persembahan, Isi dan makna. Langkah awal utk 2011 ini semacam sedikit perlahan, sebabnya saya tengah menyiapkan sebuah laman web peribadi yg lebih tekal dan kebolehgunaan termasuk untuk tujuan dakwah dan bisness. Saya menggunakan server sendiri dan domainnya abuuwais.net. TUNGGULAH..akan muncul dikhalayak seketika nanti, saya berdoa agar Allah mempermudahkan dan lapangkan masa untuk saya membangunkannya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Gengaman waktu dan ketika. 8-8-16. Gengaman terakhir saat melepaskan ayah tersenyum mengadap rabbnya... Kematian mengajar kita erti ...
-
Di suatu petang, seorang anak datang kepada ayahnya yg sedang asyik baca Quran… “Ayah, ayah” kata sang anak… “Ada apa nak?” tanya sang ayah…...
-
Cerita mini:Sang Helang Ada seekor helang sedang terbang merentasi sungai semasa musim sejuk. Ia memerhati satu bungkah ais terapung yang me...