Untuk anak2 yg sedang menghadapi peperiksaan….“SEMALAT BERJUANG”
Jadilah mahasiswa yang berjiwa besar dan berpandangan jauh. Mereka2 yg sentiasa memikirkan perkara2 besar akan sentiasa merasakan kecilnya masalah remeh. Adakah masalah yg lebih besar daripada masalah Ummah, Dakwah dan Tarbiah dan mengIslahkan masyarakat yg sedang tenat ini. Bukankah ini kerja para nabi2 dan rasul2 yang mana inilah tujuan mereka dibangkitkan.!!!.
Sesungguhnya sesuatu fikrah itu hanya boleh berjaya bila mana terdapat pengikut-pengikut yang yakin penuh dengan ajarannya, yang benar-benar ikhlas dalam usaha menegakkannya, yang mempunyai semangat yang berkobar untuk mempertahankan kewujudannya, dan di samping itu ada kesediaan yang mendorong mereka kearah berkorban serta terus bertindak menjayakannya. Keempat-empat rukun tersebut; keyakinan, kejujuran, semangat dan tindakan adalah merupakan ciri-ciri utama yang ada mahasiswa. Kerana asas keimanan itu ialah hati yang cerdik; asas keikhlasan ialah sanubari yang jernih dan bersih, dan asas semangat insan ialah perasaan yang segar mekar; manakala asas bagi setiap tindakan pula ialah keazaman yang gagah lagi tabah. Itulah sebabnya pemuda (mahasiswa), sejak dahulu hingga sekarang, tetap merupakan tiang pasak bagi kebangkitan sesuatu umat. Mereka merupakan rahsia kekuatan mana-manah kebangkitan; malahan angkatan mahasiswa jugalah yang menjadi barisan penjulang panji-panji bagi sesuatu fikrah perjuangan.
Allah berfirman;
“Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman dengan Tuhan mereka; dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka.” (Al Kahfi:13)
Kesimpulan; inilah yg menjadikan antum akan menghadapi kewajipan yang bertambah banyak, tugas yang semakin besar, tuntutan-tuntutan umat yang kian berlipatganda; malah dari sinilah maka amanah yang dipikulkan ke atas bahu antum itu akan menjadi bertambah berat. Oleh itu sepatutnya anak2 berpandangan jauh dan bekerja keras, bahkan mestilah antum menentukan sikap untuk tampil ke hadapan demi menyelamatkan umat serta menunaikan hak-hak umat dengan sempurna.
Anak2ku,
Ada mahasiswa yang lahir serta membesar di tengah-tengah umat yang keadaannya senang lenang kerana kekuasaannya sudah kukuh dan kemakmuran hidupnya cukup mewah. Maka ia pun lebih banyak menumpukan tenaga untuk dirinya sendiri dari kepentingan umatnya, malah mungkin dia bermain-main dan berfoya dengan senang hati dan tidak berfikir apa-apa.
Di samping itu ada pula mahasiswa yang lahir membesar di tengah-tengah umat yang terpaksa berjuang dan bertindak kerana mereka dijajah dan dikuasai oleh musuh; oleh itu umat tersebut terpaksa berjuang sedaya upaya untuk mengembalikan hak mereka yang dirampas, hak mereka yang dijajah. Begitu juga segala kebebasan juga telah hilang.
Pada ketika itulah kewajipan utama lagi pertama bagi mahasiswa tersebut ialah supaya menumpukan segala perhatian demi untuk kepentingan umat lebih banyak dari faedah dirinya sendiri. Ketika bertindak sedemikian itu, mahasiswa tersebut akan memperolehi kemenangan dan pelbagai kebaikan serta mencapai ganjaran dari Allah dalam bentuk kebajikan dan pahala di akhirat kelak.
Anak2 yang berada di penjara menara gading hari ini, sunguh bertuah sebenarnya sebab anakanda termasuk ke dalam golongan yang kedua hingga terbukalah mata anakanda melihat umat yang terus menerus berjuang serta bertungkus lumus demi kebenaran dan risalah kenabian.
Oleh itu, bersedialah wahai pemuda pemuda dan serikandi; alangkah hampirnya kemenangan itu untuk orang-orang yang beriman, dan alangkah besarnya kejayaan yang akan dicapai oleh mahasiswa yang terus menerus bekerja dan bertindak mengislah diri dan rakan2 taulan. “’Islah nafsaka, udu ghairuka”. Perbaikilah dirimu dan serulah masyarakatmu.
Anak2ku,
Minggu peperiksaan ini adalah seranah perjuangan dan sebahagian Al jihad kecil dalam kebanyakan jidah dalam kehidupan antum. Kamu suka kecemerlangan,mak ayah suka kecemerlangan tetapi sebenarnya Allah lebih suka kepada pemuda2 yg cemerlang, pemuda2 yg mengabdikan seluruh kehidupannya hanya untuk Allah. Kecemerlangan hanya utk Allah dan kehebatan hanya untuk Islam. Alangkahnya rendahnya dan sia sia bagi mereka2 yg hanya belajar kerana Gaji, kerana sebuah kereta,sebuah rumah,kerana mak dan ayah apatah lagi kalau hanya utk seorang wanita/lelaki yg sering mendorongnya saban hari. Tetapi alangkah hebatnya,alangkah mulianya bagi mereka yg menghadiahkan kesungguhan dan kecemerlangan untuk Allah, untuk agamanya dan untuk seluruh umat ini yg sangat dhaif,jahil,hina dan dihinakan.
Wahai anak2ku; Wahai Pemuda2 Ashabukahfi ikhlaskan seluruhnya amal kamu. Sembahkanlah semu bakti kamu hanya untukNya. Kamu insan terpilih, antum umat terbaik yg dibangkitkan. Kamu insane yang telah difahamkan dan memahami erti dakwah dan tarbiah. Tolongkah agama Allah nescaya semua harapanmu akan Allah tunaikan. Percayalah pada janji janji Allah…jika kamu mengetahui. Kerana allah telah membuka pintu pintu faham kedalah hati kamu melalui tarbiah ini…
SELAMAT BERJUANG MENGHADAPI PEPERIKSAAN. MOGA ALLAH REDHA KAMU DAN KAMU MEREDHAINyA. NANTI BILA DIBANGKITKAN KELAK DAN DIKIRA AMAL KAMU…MUDAH MUDAHAN KAMU BUKAN TERMASUK DALAM GOLONGAN ORANG YANG MUFLIS ORANG YANG MERUGI.
NANTI BAKAL MENYUSUL “ BINGKISAN CUTI….”…hujan gerimis menemani perjalanan pulang
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Demi jiwaku yang ada di tangan-Nya, aku lebih suka berperang di jalan Allah dan mendapat syahid, dan dihidupkan kembali untuk mendapatkan syahid, dan dihidupkan kembali untuk mendapatkan syahid, dan dihidupkan kembali untuk mendapatkan syahid, dan dihidupkan kembali." (Riwayat al-Bukhari)
May 18, 2011
45 Tahun Penuh Makna

Setelah membaca berjilid naskhah buku takdir
menyemak kembali setiap helaian nafas
mencari ilustrasi bunga-bunga
serta ayat-ayat wangi
ahhh…Aku seperti rumput dan pepasir
cemburu pada burung-burung bernyanyi
yang hinggap pada setiap dahan kehidupanku.
coret duka dan gundah pada naskah
dititip pena dengan tinta rahmah
lakaran warna pelangi
pada semua lembaran takhdir
erti 45 tahun pada makna usua...
PAGI INI 11 MEI 2011
Pada pagi ini seperti biasa selepas bersihkan badan dan berpakaian kemas.. Ana solat subuh berssama anak selum pergi kerja. Selepas solat ana minta e-deen bacakan doa. Bacaan doanya bagu sekali. Katanya biasa kena jadi imam di sekolah untuk tahap 1. eden tahun tiga kenalah memimpin tahun 2 dan1 agaknya. Aku umi dan anak2 yg lain mengaminkannya. Selepas solat seperti biasa dapat ciuman manja dari anak2. Subhanallah…keharuman anak2 adalah bau syurga. Ana cium berulang kali utk setiap anak2. Teringat bahawa rasulullah sangat suka mencium anak, hingga rasulullah pernah berkata bau anak2 adalah bau syurga.
Sebentar kemudian Ana dapat ucapan selahat hari lahir hari semua anak2. Sekal lagi mereka cium pula pini ini. Tiba2 e-deen berlari dan datang bawa hadiah utk baba. “Ini hadiah dari e-deen dan Ateh utk hari jadi baba”, katanya. “Terimakasihhhh… baba sayang e-deen”. Aku peluk e-deen sambil mencium pipinya. Lepas itu ana dapat ucapan selamat hari lahir dari Umi. Beginilah rutin pagi kami sekeluarga.. sebelum melangkah keluar meninggalkan rumah utk pergi kerja dan anak2 pula akan kesekolah pula selepas itu.
HP hari ini pula bertalu2 terima SMS dari anak2 Mizan ucapkan Selamat Hari Lahir. Ada yg hantar tepat kul 12 malam tadi lagi. Pagi ni juga ramai yg ucapkan selamat!, selamat!..juga bila jumpa di Kampus. Tetapi, semasa solat zohot di masjid tgh hari ni, lain sekali ceritanya. Tengah solat…tiba2 , kedengaran tangisan rakan sebelah. Dadanya berombak2 kencang sekali . Dalam hati ni kenapalah ekkk…ada juga kes istimewa ni. Rupa2nya ada juga rakan2 pensyarah menangis amat semasa solat. Solat zohor pulak tu. Selapas solat ana pegang lututnya. “Kenapa syeikh…apa yg menimpa jiwa anta?...ana Tanya lembut. “Syukurlah allah masih panjangkan umur ku”… jabnya sebak sambil tangan menyapu air mata dimukanya. “Ooooo..hari lahir anta hari ni ke?”. Ana Tanya sunguh2. “Ya “ jawabnya. Anapun keluarkan IC tujukkan kepadanya bahawa Birth day ana pun hari ini juga. “Wahhh kita sama lah..tak sangka ek, sahutnya sambil keluarkan IC nya pula…Pensyarah ni ialah pensyarah jabatan IT kaki masjid dan selalu keluar makan pagi sama2 dengan ana.
Hmmm…begitulah peristiwa yg hanya berulang setahun sekali. Bagaimana waktu menghiburkan kita tentang makna kehidupan. Tidak sangka, tak diminta dan tanpa disedari…rupa2nya riben kehidupan bagi diri ini sudah 45 tahun hangus dan yang tinggal sudah semakin pendek sebenarnya . Begitu pantas masa memacu meninggalkan kita. Begitu singkat usia dan kecilnya waktu apabila ianya sudah berlalu. Begitu cemburu umur dengan kita ..pergi tanpa apa2 pesan bicara.
May 7, 2011
Kesibuksn Mengigit Kesempatan

Namapaknya minggu2 akhir sem ni kesibukan mulai mengmimpit kesempatan. ISO folder, MQA dan markah2 akhir kerja kursus pelajar nak disubmit. Disamping itu aktvt bukan rutin pejabat pun tambah banyak. Tambahan hujung minggu ni Ana balik ke Pahang kerana anak saudara (Aiman ridhwan) yg kami prgi ziarah di GH Kl 2 minggu lepas telah kembali kerahmatullah. Anak kcil umur sepuluh tahun mengidap kenser... Kematiannya malam jumaat dalam pukul 8 malam...pcik wan call yg membawa ana sendiri sebak, tersekat2 kelam suara ini. Bila cakap pada umi...ana lihat banjir deras yg melanda kelopak matanya. Ana faham Aiman ridhwan adalah anak susuan kami sebenarnya.
Ana sekelauarga semuanya balik Pekan Pahang. Jenazahnya di kebumikan di Kg Jambu, Syah Bandar, Pahang.
Pagi tadi dalam kereta semasa dalam perjalanan ke Office...air mata ini tumpahh...mencurah2 tak dapat ditahan lagi. Kerana mendengar Ustazah Hafizah yg menjadi tetamu Pian dan Siti dalam radio IKIM. Mereka sembang pasah hari ibu. Terkenangkan hidup ini yg banyak sekali nikmat ygAllah hadiahkan hingga saat ini. Terbias semua rencah kehidupan ini, tersimpul pada baris baris dalam memori yg telah mengolah insaf yg mendalam. subhanallah....
Teringatkan kesibukan kebelakangan ini...sudah 3 minggu tak sempat ziarah mak di KG. Kerana ketiga3 minggu ni berada diluar negeri (Kel). Beginilah kehidupan bila saat dimana Allah mentarbiah kita. Pengalaman adalah guru paling benar...Ilmu yg paling diyakini....selagi hati kita masih suci bersih dan dalam jagaan pelukan kerahmatan Allah sentiasa.
April 25, 2011
Antara "Buta Mata dan MataHati Buta"
CINTA itu BUTA.
Pada suatu hari ada seorang gadis buta berbicara. “Tuhan membencinya…tuhan tidak adil” itulah bisikan hatinya setiap hari. Dia sering terasakan dirinya hina dan membenci dirinya sendiri karena kebutaannya itu. Tidak hanya terhadap dirinya sendiri, tetapi dia juga membenci semua orang lain kecuali hanya seorang iaitu kekasihnya.
Kekasihnya selalu ada disampingnya untuk menemani dan menghiburnya. Dia berkata akan menikahi gadisnya itu kalau gadisnya itu sudah bisa melihat dunia.
Suatu hari, ada seseorang yang sudi mendermakan sepasang mata kepada gadis itu. Akhirnya dia bisa melihat semua keindahan alam inil, termasuk kekasihnya yang sering setia menemani kebutaannya setiap saat.
Bila tiba waktu sigadis sudah dapat melihat senula. Kekasihnya bertanya kepada gadis itu , ” Sayangggg … sekarang kamu sudah bisa melihat dunia. Apakah engkau mau kahwin denganku?”. Gadis itu terguncang saat melihat bahwa kekasihnya itu ternyata buta. Dan dia menolak untuk menikahi si kekasihnya itu yg selama ini sudah sangat setia sekali mendampingi hidupnya selama si gadis itu buta matanya.Dan akhirnya kekasihnya itu pergi dengan kesedihan. Sebelum meninggalkan gadis itu dia melafazkan kata akhir… “Sayang…walau apa pun, tolong engkau jaga baik-baik kedua2 mataku itu!!!!”
AWAS!!!!...
Kisah di atas memperlihatkan bagaimana pikiran manusia berubah saat status dalam hidupnya berubah. Hanya sedikit orang yang ingat bagaimana keadaan hidup sebelumnya dan lebih sedikit lagi yang ingat terhadap siapa harus berterima kasih kerana banyaknya nikmat yg sedang dinikmati pada saaat ini. Ramai manusia yg bahasanya berubah bila jadi bos dan dikurniakan kedudukan. Ada juga yang berbeza lagak apabila sudah jadi YB dan punya kuasa.
Ingatlah...dengan apa saja yg kita raih dalam gengaman kita pada saat ini...
$Hari ini sebelum engkau mengeluh tentang hidupmu, Ingatlah akan seseorang yang begitu cepat pergi ke alam kubur dengan masih menyertakan kemiskinannya.
$Sebelum engkau mengeluh tentang anak-anakmu Ingatlah akan seseorang yang begitu mengharapkan kehadiran seorang anak, tetapi tidak mendapatinya hingga keakhirnya.
$Dan ketika engkau lelah dan mengeluh tentang pekerjaanmu Ingatlah akan para penganguran, orang cacat dan mereka yang menginginkan pekerjaanmu.
$Dan ketika beban hidup tampaknya akan menjatuhkanmu, pasanglah senyuman di wajahmu dan berterima kasihlah pada Tuhan kerana engkau masih hidup dan ada di dunia ini.
$Hidup adalah anugerah, syukurilah, jalanilah, nikmatilah dan isilah hidup ini dengan sesuatu yg bermanfaat untuk umat manusia.
NIKMATILAH dan BERI YANG TERBAIK DI SETIAP DETIK DALAM HIDUPMU, KARANA ITU TIDAK AKAN BERULANG LAGI untuk waktumu selanjutnya !!!
Temuilah kebahagiaan yand Hakiki dengan memberi.

April 22, 2011
Dairi Hujung Minggu
Hmmm...hujung minggu ni ahli keluarga terpisah lagi. Baba ,umi dan anak2 yg kecik ke KL kerana ziaran anak saudara yg mengidap kenser. Sekarang dia tengah menerima rawatan di GH KL. Along dan Angah ke KL juga tetapi destinasi kami berlainan. Along ada daurah 2 hari (gabungan sekolah2 musleh) di Al Amin, Gombak. K Ngah pula ke Shah Alam berama 3 orang pelajar SMI mewakili kelantan ke pertandingan young Achiever Award (YAA). Abang Cik di rumah kerana sertai pertandingan Chess PPD Kota Bharu.
Semasa posting ini di buat baba berada di Rigency Hotel KL
Minggu depan pula 29/30 april, akan ke?????. Jaulah selama 2 hari, bermula pagi jumaat hingga petang sabtu. Bagi anak2 yg akan menyertai jaulah ini...jangan lupa cek point 1>Masjid Machang tepat Kul 9 Pagi(selepas tahyatul masjid dan dhuha), cek point>2 Lata Rex Kul 10 15...dan hinggalah cek point>7 Masjid Keroh pada 4 petang Sabtu 30 hb.
"Selamat merasai manisnya tarbiah"
Nota Tambahan:
Petang Semalam semasa ana di Kl, dapat call Mak saudara di Kg Meninggal. Petang Sabtu balik Kg ziarah keluarga mak saudara. Semasa di Kg dapat SMS pula dari sahabat@Rakan pensyarah En Ghazali Jabatan K Sosial yg mak dia pula meninggal di HKB. "Inna lillahi wainna ilahi rajiunn". Rasanya, dah tua diri ini, usia yg tinggal hanya sejengkal lagi. Riben kehidupan semakin pendek sebenarnya. kematian sebenarnya sangat dekat yg kita selalu rasakan sangat jauh...

April 11, 2011
Jendela Diri
"Bagaimanalah kita nak mengharapkan seseorang yang terluka lututnya berlari bersama kita?. Juga... bagaimana bisa kita mengajak seseorang yang takut air berenang bersama? Luka di lututnya dan ketakutan terhadap airlah yang mesti disembuhkan, bukan mencaci mereka karena mereka tidak mau berlari atau berenang bersama kita. Mereka tidak akan bilang bahwa "lutut" mereka luka atau mereka "takut air", mereka akan bilang bahwa mereka tidak suka berlari atau mereka akan kata berenang itu membosankan dll. Itulah cara mereka mempertahankan diri".
Seorang guru adalah murabbi sedang seorang murabbi adalah seorang dai'e
seorang dai'e adalah pembawa kerahmatan ibarat air hujan dari langit yang menuruni gunung dan lembah. Menabur rezki dan membawa kerahmatan disepanjang jalan dia mengalir.
seorang dai'e mewarisi sifat sabar, teduh akhlaknya, nyaman bicaranya,berpandangan jauh dan tabah.
Seorang dai'e bukannya penghukum, pencela, pengkritik dan bruruk sangka.
Seorang dai'e bukannya mudah kecewa, menyerah kalah, berpenyakit malas, lemah fikiran.
Dai'e adalah pewaris risalah kenabian

March 28, 2011
"Akan ku pimpin tanganmu menuju jalan ini...!"

Cerita mini:Sang Helang
Ada seekor helang sedang terbang merentasi sungai semasa musim sejuk. Ia memerhati satu bungkah ais terapung yang menghala hilir sungai. Helang itu terfikir utk singgah sebentar dan lepaskan lelah seketika di atas bungkah ais tersebut, walaupun dia tahu terdapat satu air terjun yang curam di hadapannya. Helang itu tahu ia mempunyai peluang dan masa untuk terbang sebelum ais itu melalui jeram tersebut.
Akan tetapi, ketika helang berdiri di atas ais tersebut, kakinya menjadi beku ditelan salji. Sementara bungkah ais tersebut semkain menghampiri air terjun, helang itu cuba sedaya upaya untuk terbang tetapi gagal. Akhirnya helang bersama bungkah ais menerjah arus air tejun yg ganas. Helang itu telah membiarkan masa berlalu utk santai hingga lupa untuk bertindak sewajarnya pada situasi itu. Berehat sejenak telah membahayakan dirinya sehingga tengelam bersama arus.
Dari cerita ini, kita boleh mempelajari bahawa KITA boleh berehat dan membuat alasan utk berpeluk tubuh dari dakwah, tetapi ingat akhirnya bila anda terasa nyaman dengan kerehatan akhirnya kita lupa matlamat kita yg sebenarnya. Sedangkan hati kita semakin selesa dengan kerehatan. Malang sekali jika kerehatan akhirnya memusnahkan diri kita sendiri.
IBARAT SUNGAI: Sungai yang mengalir sangat bermanafaat kepada manusia dengan membawa kerahmatan dan khabar gembira kepada sesiapa yg berada dipinggirannya disepanjang alirannya. Airnya boleh menyuburkan tanaman, membasuh pakaian,untuk mandi dan dijadikan minuman binatang dan manusia. TETAPI bayangkan bagaimana sungai yg berhenti aliranya disuatu selekoh sungai. Airnya tidak lagi menyertai arus perdana air sungai yg lain untuk mengalir hingga kemuara. Bukankah sifat2 air itu akan busuk lagi membusukkan. Ada daunan yg jaduh kedalamnya...binatang yg mati terjatuh tambah membusukkan. Air ini sifatnya bukan lagi tidak berguna malah busuk lagi membusukkan.Soo kalau pada mulanya air itu bermanafaat sekarang ia menjadi MUDARAT.
ANAK-ANAKKU; Seringkah kita bertanya pada diri kita sendiri soalan ini...
"SIAPAKAH DIRI KITA DALAM DAKWAH DAN TARBIAH INI????..."
sehari kita berhenti laksanakan dakwah...ingatlah dakwah yg merosakan diri dan umat ini tidak pernah berhenti...dan DIA(kesesatan itu)memasuki rumah2 kita setiap hari ,setiap saat melalui Radio,TV, KOMPUTER(INTERNET)melalui berita,majalah dan akhbar.
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Gengaman waktu dan ketika. 8-8-16. Gengaman terakhir saat melepaskan ayah tersenyum mengadap rabbnya... Kematian mengajar kita erti ...
-
Di suatu petang, seorang anak datang kepada ayahnya yg sedang asyik baca Quran… “Ayah, ayah” kata sang anak… “Ada apa nak?” tanya sang ayah…...
-
Cerita mini:Sang Helang Ada seekor helang sedang terbang merentasi sungai semasa musim sejuk. Ia memerhati satu bungkah ais terapung yang me...