July 16, 2011

Diari Minggu Ini.


Hari Sabtu;Hujung minggu ni menghabiskan masa melayan anak2. Kebetulan Umi tak sihat, masih menerima rawatan dan tak dibolehkan involve dengan anak.



Petang tadi ana kena merasmikan Majlis Perasmian Penutup Mukhayyam Tarbawi< KRAS MUSLEH pelajar2 sekolah Rendah Islam Aman. di Pantai Ru Datuk Tok bali. Semasa interaksi/berikan ucapan ana rasa sebak didepan anak2. Semasa ana berkata kepada mereka "Wahai anak tahukah antum bahawa sahabat, rakan anda, anak2 di palestain tak dapat bermukhayyam seperti ini sambil2 santai tepi pantai. Mereka bukan 3 hari 2 malam dalam khemah tetapi sepanjang hayat mereka besar dan membesarkan anak dalam khemah. Bersekolah seperti kita hari ini jauh sekali. Mereka bersekolah dibawah bawah pokok dan dibawah runtuhan bangunan dan dalam ketakutan. Mereka yatim kerana ayah mereka telah syahid.....dibunuh Yahudi laknatullah"..

200 pelajar tahun 3 dan 4 menyertai mukhayyam ini. yang paling membanggakan bila ana kata "siapa yang nak membela ISLAM?" semuanya angkat tangan...AllahuAkhbar dalam hati ini bangga sekali. Seronok sekali dapat interaksi dengan anak yang masih bersih jiwa dia. Mereka bakala mewarisi Islam yang maha tinggi ini. Mereka adalah benteng ummah hari esok. Mudah2han mereka membesar mewarisi generasi al quran ini.



Sebelah malamnya pula ana menerima kunjungan pelajar2 IPT yg balik bercuti ke kelantan. Ada dari UIA kuantan,UPM dab UMT..mereka semuanya dari daerah P puteh/bacok. Kerana progran perjumpaan 2 minggu lepas mereka tak dapat hadir. seronok dapat bertukar nasihat dengan para remaja IPT.

July 8, 2011

Mahasiswa dulu dan kini....



Minggu ni ana dijemput utk memberikan kuliah maghrib di minggu orientasi Kolej Kejururawatan USM K Kerian. Tajuk yg diberikan adalah T/jawab mahasiswa. Ana kungsikan disini muqadimmah ceramah ana itu. Kisah ini ana telah baca semasa era kami berada di UKM 20 tahun dahulu... hampir 20 th berlalu. Kisah dimana seorang Ulamak terkenal Pakistan bernama Syeikh Al Maududi. Ana rasa antum semua kenal dengan ulamak yg hidupnya hampir sezaman dengan Al Banna dan Syd Qutub di mesir. Ana ingat lagi buku bertajuk surat2 Mariam Jamela kepada Al Maududi, sehingga Mariam Jamela mendapat hidayah dan memeluk agama agung ini,Islam.

Pada satu hari Al Maududi diberi penghormatan/dijemput untuk memberi ucapUtama dalam Majlis Konvokesyen di salah sebuah Universiti di Karachi. Ana petik ini kerana sangat sesuai dengan pelajar yg baru memasuki Kampus dan bergelar mahasiswa. Kalau dlm majlis konvo hari ini takdak maknanya nasihat ini kerana pelajar dah nak grad. Ana harap pelajar2 di Mizan juga dapat mengambil pengajaran dari ungkapan Al Maududi ini.

"Saya tahu Kkamu telah lama menunggu saat di mana kamu akan menuai hasil usaha kamu itu dalam bentuk segulung ijazah. 1000 kepayahan telah kau redah, masa, tenaga, wang dan keringat yg ditumpahkan akan dibayar pada hari ini"

"Aku merasai betapa tersentuhnya jiwa kamu dalam majlis sebegini, maka menjadi satu kesukaran buat aku berterus-terang kepada kamu pada saat ini.

Walaubagaimanapun aku perlu berlaku jujur, bahawa dalam menilai tempat kau dididik ini, malah kesemua tempat pendidikan yang bernama universiti ini tidak ubah seperti tempat penyembelihan berbanding tempat pendidikan.

Ijazah yang dihulurkan tidak ubah seperti sijil kematian, diberikan apabila si 'pembunuh' sudah berpuas hati kerana telah berjaya menyempurnakan penyembelihannya; alangkah bertuahnya kepada mereka yang telah berjaya melarikan diri daripada penyembelihan terancang ini dengan sedikit cahaya kehidupan.

Aku tidak hadir ke sini untuk mengucapkan tahniah kepada kamu kerana telah menerima sijil kematian tersebut.

Malah sebaliknya, aku berasa teramat sedih melihat kamu semua dalam keadaan yang teruk dan mati. Aku seperti seseorang yang sedang mencari manusia yang masih hidup dalam timbunan mayat di sini."

Wahaii anak2; ungkapan Al Maududi ini telah mengejutkan semua masiswa. Tetapi sindiran ini telah mengejutkan mereka dari kejahilan jahiliah akibat dijajah begitu lama oleh british.

Maka janganlah kamu mewarisi kejahilan dan kerosakan. Kerana antum adalah bakal jadi pendidik yg akan membina generasi pewaris nanti. Kematian yg dimaksudkan Al maududi ini ialah jiwa2 kamu yg mati,akhlak yg rosak dan merosakan. Maka kejahilan kami ibarat pembunuhan kerana ditangan antumlah bakal dididik anak2 ini.

June 25, 2011

Antara Hukum Kebetulan dan Bukti Kekuasaan Pemikil Alam...


PETIKAN DARI LAMAN WEB SEBERANG....

Apabila kita secara mudah dapat memahami bahawa sesuatu kejadian yang berlaku secara kebetulan atau tanpa sengaja itu akan semakin mengecil kemungkinannya apabila ianya berulang-ulang, malah akan menjunam ke tahap mustahil akhirnya, maka kita menjadi mudah memahami hakikat alam ini tidak mungkin berlaku dan terjadi secara kebetulan. Ia mesti dengan satu kehendak yang sengaja, berniat dan bermotif.

Kita misalkan lagi, seorang buta yang tidak pernah menembak, tiba-tiba menembak tepat ke sasaran dari jarak 100 meter, walaupun sukar dipercayai, tetapi ‘hukum kebetulan’ akan membenarkan. Tetapi bolehkah dibenarkan jika tembakan tepat itu berulang-ulang sampai 10 atau 100, apatah 1000 kali? Sudah tentu mustahil. Kecuali dia seorang buta yang luar biasa atau buta yang celik!

Sekarang mari kita lihat kepada alam semesta. Anda akan dapati ‘hukum kebetulan’ adalah mustahil secara mutlak. Contoh si buta tadi, walaupun dikira mustahil, tetapi dia adalah manusia yang tetap berakal, berfikir dan berusaha untuk menembak dengan tepat. Adapun alam ini, adakah ‘hukum kebetulan’ itu adalah pemikir? Ia berfikir untuk mencipta dan mentadbir alam ini?
Lihat unsur-unsur gas yang begitu banyak di alam ini, samada di bumi atau di langit, yang terbentuk daripada kesebatian di antara zarah-zarah yang membentuk atom dan molekul, bagaimana dibayangkan satu sistem tetap tak berubah yang membolehkan hidrogen yang paling ringan misalnya, tidak bertukar menjadi uranium yang menakutkan sekali kekuatannya melalui tergelincirnya jumlah dan komposisi elektron, proton dan neutron daripada hukum dan sunnahnya, tanpa kita akur bahawa ia mustahil berlaku tanpa satu kuasa agung yang memperakukan dan menjamin satu hukum pasti padanya? Jika perubahan-perubahan kimia di dunia ini keluar sedikit sahaja daripada hukumnya, nescaya tiada kehidupan apapun yang boleh hidup di dalamnya. Dengan erti, mustahil sistem dan sunnah ini terjadi secara kebetulan. Ini mesti ada akal, kehendak, kesengajaan dan kekuatan yang menguruskannya. Adakah kekuatan itu namanya ‘kebetulan’ atau namanya Allah?

Kemudian, sistem suria ini, dengan bilangan bebola gergasinya yang tak terhitung jumlahnya, bagaimana dibayangkan harmoninya pergerakan mereka di orbit masing-masing tanpa pertembungan sesama sendiri yang jika terjadi, pasti membentuk kiamat ngeri buat kehidupan, adalah tersusun tanpa tangan, kehendak dan kemahuan yang memaksakan hukum ke atasnya? Sedangkan sebuah bandar manusia yang sesak kenderaan yang dialirkan di jalan-jalan raya yang telah ditulis pakai undang-undangnya oleh polis, Jabatan Pengangkutan Jalan dan perancang bandar, hari-harinya adalah cerita kemalangan dan malapetaka! Adakah alam semesta ini telah terbentuk melalui hukum tak sengaja atau kebetulan?!

Bagaimana pula dibayangkan teraturnya kejadian siang dan malam, pertukaran musim, hubungan intim bumi dan bulan, angin dan hujan, lautan dan darat, gas-gas yang beracun dan berkuasa tinggi, hukum graviti dan pelbagai rahsia alam lagi, adakah semuanya itu berlaku secara kebetulan? Maha suci Allah yang menunjuki zatNya melalui penciptaanNya yang menakjubkan.

3) Fenomena kehidupan
Selepas kita memahami bukti pertama dan kedua melalui fenomena barunya alam ini dan fenomena wujudnya satu kehendak ke atas kejadian alam ini, maka mari kita melihat kepada fenomena ketiga yang tersaksi di dalam kehidupan ini yang membuktikan kewujudan dan keesaan Allah. Fenomena tersebut adalah fenomena wujudnya kehidupan atau hayat. Kewujudan ini adalah lautan benda atau material. Tetapi, di dalamnya wujud suatu unsur yang lebih menakjubkan iaitu kehidupan. Manusia hari ini dek kerana terlalu menakjubi kehidupan, telah sampai bermati-matian untuk mengesan kewujudan makhluk kehidupan di luar bumi. Tanpa kehidupan, kewujudan benda adalah gersang dan tanpa seri.

Apakah kehidupan? Mereka yang enggan kecuali bertuhankan material dan akal kontang pernah berkata, kehidupan itu berasal usul daripada satu sel yang halus. Daripadanya berlakulah pembiakan, evolusi dan seterusnya lahirlah bilionan kehidupan sebagaimana hari ini!

Manusia itu penuh nafsu dan kedegilan. Semasa perang dunia kedua, perang ideologi juga beriringan. Kerajaan Rusia telah memperuntukkan sejumlah besar kewangan buat saintisnya melakukan kajian untuk suatu yang tidak terfikir oleh manusia sebelumnya, mampukan manusia mencipta kehidupan? Selepas hampir 20 tahun kajian makmal, mereka keluar dengan satu rumusan rasmi yang disiarkan di seluruh dunia, bahawa sesungguhnya ilmu kimia tidak mungkin mampu mencipta kehidupan! Ilmu manusia tiada kekuasaan selain perihal material. Kehidupan bukanlah material. Kehidupan adalah keajaiban yang sukar difahami.

Manusia terus degil. Apabila ditanya, apakah tindak balas kimia dan perubahannya mungkin mencetuskan kehidupan? Mereka menjawab, ya, tetapi ia hanya boleh berlaku di planet lain selain planet bumi! Akhirnya mereka berkonklusi, kehidupan sebenarnya bermula dari satu mikro halus di planet asing terbang melayang di mana-mana dan menemui kesesuaiannya di bumi! Malangnya, kekeliruan semakin sengit dan bertimpa-timpa. Bagaimana ia mampu datang dalam dominan sistem cakerawala yang begitu membunuh kehidupan dan bagaimana pula daripadanya boleh tercipta bilionan kehidupan pula di bumi?

Katakan, mereka terus menjawab, tetapi soalan akhir adalah soalan pertama dan asal, siapakah pula yang menciptakan kehidupan pertama bagi mikro halus di planet asing tersebut? Soalan berulang-ulang yang membingungkan otak manusia yang tidak pernah mahu beriman kepada kekuasaan ilahiyah!

Hakikatnya, apapun benda atau material yang wujud, ia tiada akal untuk memikirkan hukum ke atas dirinya sendiri. Zarah-zarah halus yang menjadi asal pembentukan benda hanya mampu tunduk kepada hukum tindak balas kimia, graviti, haba dan sebagainya di sekitarnya. Adapun kehidupan, ia adalah berbeza yang kelainannya adalah menakjubkan.
Daripada kehidupan parasit mikro seperti ameba, tumbuhan, haiwan dan seterusnya raja alam ini iaitu manusia, kehidupan memiliki apa yang tidak dimiliki oleh benda dan material. Tanah adalah material, tetapi di dalam segenggam tanah ada jutaan kehidupan yang merayap yang berilmu, berkehendak dan berkuasa untuk bertindak! Mereka memiliki sifat-sifat tersebut walaupun pada kadar dan kapasiti yang berbeza-beza sekali.
Kemuncaknya adalah manusia yang memiliki segala kekuasaan ke atas semua kejadian di bumi. Ia adalah kejadian yang diberi kesempurnaan untuk menguasai dan merajai kehidupan. Manusia berupaya untuk menambah ilmu, merumusnya, berkehendak, memilih dan menentukan, seterusnya berkuasa melaksanakan. Kemudian manusia juga memiliki suatu yang sungguh seni. Kita namakannya perasaan! Adakah ini tercipta dari zarah, sel dan bentuk-bentuk yang material dan kebumian sifatnya. Tidak mungkin bukan?
Islam menamakannya sebagai ruh. Mereka terus bertanya, apakah itu ruh? Katakanlah, itu urusan Allah. Kita tiada diberi maklumat mengenainya kecuali terlalu sedikit. Kita hanya mengesani kewujudan dan kehadirannya. Kehidupannya? Allahlah pencipta yang mengetahui segala-galanya.

Sekarang anda telah melihat betapa fenomena kehidupan yang wujud di alam ini adalah sesempurna dalil untuk membuktikan kewujudan dan kekuasaan Allah, tuhan pencipta segala. Maha suci Allah daripada sebarang kekurangan.

June 13, 2011

Cuti oh Cuti: Antara cuti dan barakahnya waktu

Nampaknya cuti sekolah 2 minggu dah habis. Pagi ini Isnin rutin biasa bermula kembali. Anak2 sudah mula bersekolah semula. Seronoknya dapat solat berjemaah dengan anak2 yg sudah siap mandi dan pakaipakaian skolah. Cuma bezanya minggu ini IPG masih cuti lagi,Xtra seminggu (macam biasalah). Semalam sepatutnya bersekolah tetapi Mnteri Besar dah bagi cuti utk kelantan sempena final piala FA.

Apapun cuti ini banyak maknanya juga. Biasalah dapat rehat dan kosongkan minda dan dapat bersama anak2 sepenuhnya. Disamping selesaikan beberapa perkara mustahak dan kendiri sana sini.

Kepada anak2 kampus Mizan: cuti yg tinggal beberapa hari saja lagi, gunakanlah sepenuhnya masa yg tersisa utk berbakti pada kedua2 mak/ayah/penjaga dan adik2/kakak/abang.

Masa sangak cemburui kita. Sering kali kita tertewas dengan waktu. bukannya kita telah terkalahkan oleh waktu tetapi sebenarnya waktu ternyata lebih kuat dari kita. Hanya yg ada ialah bagaimana kita megenal waktu dan berinteraksi dengannya dgn semua daya kita. iA...

Selamat kembali ke kampus...19 Jun nanti...

May 22, 2011

18 tahun berkumpul memenuhi bola mataku...


ISNIN 22 Mei 2011.

Sepertinya langit tiada lagi dipagari bintang
pilu hatiku seluas lautan mataku melihat
sedar olehku bahawa pinjaman itu sudah tamat tempohnya
namun kejora itu masih bersinar
semua helaian kenangan
terkumpul di depan mataku
sambil hati dan akal merewang-rewang entah ke mana
ku sambut pemergian ini
dengan serubu kalungan doa


Petang ini seperti biasa aku meninggalkan pejabat slepas solat asar utk pulang kerumah. Suasana petang pantai Bisikan Bayu, Tok Bali dan pantai Irama disepanjang pantai mewarnai perjalanan pulang yg menjadi rutin hampir setiap hari. Biru Laut Cina Selatan menjanjikan seribu kedamaian dan ketenangan. Sambil menikmati suasana ptang ini kekadang terkuak gurauan anak2, bermain2 dengan merka dihalaman rumah pada waktu petang. Lambaian mereka menjadi aroma jiwa seolah2 mmanggilku untuk pulang cepat setiap hari. Main badminton, Ping Pong dan kekadang basuh kereta dan sirami bunga2an di pagola. Bersama anak bagaikan menatap kuntuman bunga yg sedang mekar dilaman jiwa ini.

Tetapi, pada petang ini hiba perasaan ini terasa cengeng sekali. Kepulangan yg selalunya sangat mengujakan, solah olah diranggut dari hati ini. Persis kembali kerumah kosong tak berpenghuni. Kepulanganku seolah2 sudah tidak dipanggil lagi. Seperti aku menuju destinasi yang sangat jauh dari kesampaian. Jiwa menjadi sayu seperti ada sesuatu yang hilang dan kekosongan batin. Perjalananku pulang kerumah petang ini menjadi kelam dan mundur. Dalam diam kelopak mataku tak dapat lagi menahan banjir yg melimpah… aku membiarkan saja kerana asyik. Kereta NAZA Ria yg aku pandu terus memeblah bayu petang. Kelihatan awan hitam mengendong air yg sarat tanda hari akan hujan. Laut membiru dihiasi ombak memutih melambai lambai dari kejauhan. hmmm mndamaikan.

Yaa.. memang kehilangan seorang anak; setalah 18 tahun aku membesarkannya merupakan asakan jiwa yg kepalang. Bermula dari saat aku azankan dan iqamat ditelinganya saat dilahirkan; setiap tahun, minggu,setiap hari dan seetiap saat aku mengikuti perkembangannya. Hari ini dia mula mengatur langkah kaki pergi. Setalah 18 tahun ditatang kami telah memberi segalanya untuk membesarkan dia dalam suasana yg terbaik. Tetapi pada hari ini masa,kesempatan dan hukum alam telah merampasnya dariku. Maka selpas ini kurang 1 makmum solat berjemaah dirumahku. Selepas ini tiada lagi sahutan “ Alonggg ajak adik2 ..jom solat”. Slepas ini tiada lagi sahutan…”Along jom solat di masjid bersama adik2”.

Along…! banyak membuatkan baba menangis bila terkenagkan sejarah hitam 1998, kemalangan yg hampir meragut nyawa Along, yg sering membuatkan baba mengigil saat terkenangkannya. Syukurlah Along sihat 100%, Allah tidak menguji kita ujian yg tak sanggup dihadapi. Baba sangat sayangkan Along, Along sangat halus jiwanya, jujur dan ikhlas sesuai dengan nama Uwais (AlQarni). Baba percaya masa depan Along akan ada khidupan yg cerah. "slow learner" dalam khidupan yang sangat jujur akan sntiasa dalam rahmat Allah.
semasa meletakkannya nama Along dulu baba sangat mencintai seorang sahabat Nabi (tak pernah berjumpa dengan nabi) yang tidak terkenal dibumi tetapi terkenal dilangit. Sirah sahabat ini telah menjadi inspirasi baba semasa belajar di UKM.

18 tahun rasanya sudah terisi semuanya dalam dada Along,walaupun masih banyak yg kurang. Pengalaman sebagai Head boy,sebagai Naqib usrah, Staff Sarjan KRS Musleh, Program pewaris MUSLEH dan IKRAMteen menjadi belakan berharga utk Along meneruskan kehidupan sebagai Mahasiswa. Harapan baba semoga Along dapat mewarisi perjuangan Baba dan Ummi. Sebagai daie',sebagai pewaris risalah kenabian dan sebagai penyambung dakwah dan tarbiah ini. Baba sungguh bangga dengan perkembangan Along, sudah bisa memahami dan brjalan seiringan bergandingan dengan baba dan Umi.

Sebenarnya kepulangan petang terasa sayu kerana pada pagi tadi aku dan umi baru saja hantarkan Along ke UiTM Machang. Along dapat masuk UiTM Machang, course Computer Science. Mulai hari ini Along mula melangkah kaki keluar dari rumah dan semakin menjauh dari baba,umi dan adik2 yg lain. Mulai hari ini juga bermakna sudah tiba masanya untuk along belajar berdiri atas kaki sendiri. Mulai hari ini Along sedang menuju kedewasaan. Mulai hari ini Along kena belajar erti peritnya kehidupan. Mulai hari ini Along harus belajar membina kehidupan sendiri. Berdiri dan berjalan atas kaki sendiri.

Teringat pula semasa aku mulai meninggalkan kampong kerana dapat memijak menara gading UKM pada Julai 1986. Barulah aku faham prasaan seorang mak/ayah yg kehilangan anak. Tangisan mak/ayah semasa menghantarku di stesyen bas KB. Begitulah hukum kehidupan. Dan begitulah bagaimana alam menghiburkan kita tentang kehidupan.

May 18, 2011

TERJAH MINGGU PEPERIKSAAN...

Untuk anak2 yg sedang menghadapi peperiksaan….“SEMALAT BERJUANG”

Jadilah mahasiswa yang berjiwa besar dan berpandangan jauh. Mereka2 yg sentiasa memikirkan perkara2 besar akan sentiasa merasakan kecilnya masalah remeh. Adakah masalah yg lebih besar daripada masalah Ummah, Dakwah dan Tarbiah dan mengIslahkan masyarakat yg sedang tenat ini. Bukankah ini kerja para nabi2 dan rasul2 yang mana inilah tujuan mereka dibangkitkan.!!!.

Sesungguhnya sesuatu fikrah itu hanya boleh berjaya bila mana terdapat pengikut-pengikut yang yakin penuh dengan ajarannya, yang benar-benar ikhlas dalam usaha menegakkannya, yang mempunyai semangat yang berkobar untuk mempertahankan kewujudannya, dan di samping itu ada kesediaan yang mendorong mereka kearah berkorban serta terus bertindak menjayakannya. Keempat-empat rukun tersebut; keyakinan, kejujuran, semangat dan tindakan adalah merupakan ciri-ciri utama yang ada mahasiswa. Kerana asas keimanan itu ialah hati yang cerdik; asas keikhlasan ialah sanubari yang jernih dan bersih, dan asas semangat insan ialah perasaan yang segar mekar; manakala asas bagi setiap tindakan pula ialah keazaman yang gagah lagi tabah. Itulah sebabnya pemuda (mahasiswa), sejak dahulu hingga sekarang, tetap merupakan tiang pasak bagi kebangkitan sesuatu umat. Mereka merupakan rahsia kekuatan mana-manah kebangkitan; malahan angkatan mahasiswa jugalah yang menjadi barisan penjulang panji-panji bagi sesuatu fikrah perjuangan.

Allah berfirman;
“Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman dengan Tuhan mereka; dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka.” (Al Kahfi:13)

Kesimpulan; inilah yg menjadikan antum akan menghadapi kewajipan yang bertambah banyak, tugas yang semakin besar, tuntutan-tuntutan umat yang kian berlipatganda; malah dari sinilah maka amanah yang dipikulkan ke atas bahu antum itu akan menjadi bertambah berat. Oleh itu sepatutnya anak2 berpandangan jauh dan bekerja keras, bahkan mestilah antum menentukan sikap untuk tampil ke hadapan demi menyelamatkan umat serta menunaikan hak-hak umat dengan sempurna.

Anak2ku,
Ada mahasiswa yang lahir serta membesar di tengah-tengah umat yang keadaannya senang lenang kerana kekuasaannya sudah kukuh dan kemakmuran hidupnya cukup mewah. Maka ia pun lebih banyak menumpukan tenaga untuk dirinya sendiri dari kepentingan umatnya, malah mungkin dia bermain-main dan berfoya dengan senang hati dan tidak berfikir apa-apa.

Di samping itu ada pula mahasiswa yang lahir membesar di tengah-tengah umat yang terpaksa berjuang dan bertindak kerana mereka dijajah dan dikuasai oleh musuh; oleh itu umat tersebut terpaksa berjuang sedaya upaya untuk mengembalikan hak mereka yang dirampas, hak mereka yang dijajah. Begitu juga segala kebebasan juga telah hilang.
Pada ketika itulah kewajipan utama lagi pertama bagi mahasiswa tersebut ialah supaya menumpukan segala perhatian demi untuk kepentingan umat lebih banyak dari faedah dirinya sendiri. Ketika bertindak sedemikian itu, mahasiswa tersebut akan memperolehi kemenangan dan pelbagai kebaikan serta mencapai ganjaran dari Allah dalam bentuk kebajikan dan pahala di akhirat kelak.

Anak2 yang berada di penjara menara gading hari ini, sunguh bertuah sebenarnya sebab anakanda termasuk ke dalam golongan yang kedua hingga terbukalah mata anakanda melihat umat yang terus menerus berjuang serta bertungkus lumus demi kebenaran dan risalah kenabian.

Oleh itu, bersedialah wahai pemuda pemuda dan serikandi; alangkah hampirnya kemenangan itu untuk orang-orang yang beriman, dan alangkah besarnya kejayaan yang akan dicapai oleh mahasiswa yang terus menerus bekerja dan bertindak mengislah diri dan rakan2 taulan. “’Islah nafsaka, udu ghairuka”. Perbaikilah dirimu dan serulah masyarakatmu.

Anak2ku,
Minggu peperiksaan ini adalah seranah perjuangan dan sebahagian Al jihad kecil dalam kebanyakan jidah dalam kehidupan antum. Kamu suka kecemerlangan,mak ayah suka kecemerlangan tetapi sebenarnya Allah lebih suka kepada pemuda2 yg cemerlang, pemuda2 yg mengabdikan seluruh kehidupannya hanya untuk Allah. Kecemerlangan hanya utk Allah dan kehebatan hanya untuk Islam. Alangkahnya rendahnya dan sia sia bagi mereka2 yg hanya belajar kerana Gaji, kerana sebuah kereta,sebuah rumah,kerana mak dan ayah apatah lagi kalau hanya utk seorang wanita/lelaki yg sering mendorongnya saban hari. Tetapi alangkah hebatnya,alangkah mulianya bagi mereka yg menghadiahkan kesungguhan dan kecemerlangan untuk Allah, untuk agamanya dan untuk seluruh umat ini yg sangat dhaif,jahil,hina dan dihinakan.

Wahai anak2ku; Wahai Pemuda2 Ashabukahfi ikhlaskan seluruhnya amal kamu. Sembahkanlah semu bakti kamu hanya untukNya. Kamu insan terpilih, antum umat terbaik yg dibangkitkan. Kamu insane yang telah difahamkan dan memahami erti dakwah dan tarbiah. Tolongkah agama Allah nescaya semua harapanmu akan Allah tunaikan. Percayalah pada janji janji Allah…jika kamu mengetahui. Kerana allah telah membuka pintu pintu faham kedalah hati kamu melalui tarbiah ini…

SELAMAT BERJUANG MENGHADAPI PEPERIKSAAN. MOGA ALLAH REDHA KAMU DAN KAMU MEREDHAINyA. NANTI BILA DIBANGKITKAN KELAK DAN DIKIRA AMAL KAMU…MUDAH MUDAHAN KAMU BUKAN TERMASUK DALAM GOLONGAN ORANG YANG MUFLIS ORANG YANG MERUGI.


NANTI BAKAL MENYUSUL “ BINGKISAN CUTI….”…hujan gerimis menemani perjalanan pulang

45 Tahun Penuh Makna


Setelah membaca berjilid naskhah buku takdir
menyemak kembali setiap helaian nafas
mencari ilustrasi bunga-bunga
serta ayat-ayat wangi
ahhh…Aku seperti rumput dan pepasir
cemburu pada burung-burung bernyanyi
yang hinggap pada setiap dahan kehidupanku.
coret duka dan gundah pada naskah
dititip pena dengan tinta rahmah
lakaran warna pelangi
pada semua lembaran takhdir
erti 45 tahun pada makna usua...

PAGI INI 11 MEI 2011

Pada pagi ini seperti biasa selepas bersihkan badan dan berpakaian kemas.. Ana solat subuh berssama anak selum pergi kerja. Selepas solat ana minta e-deen bacakan doa. Bacaan doanya bagu sekali. Katanya biasa kena jadi imam di sekolah untuk tahap 1. eden tahun tiga kenalah memimpin tahun 2 dan1 agaknya. Aku umi dan anak2 yg lain mengaminkannya. Selepas solat seperti biasa dapat ciuman manja dari anak2. Subhanallah…keharuman anak2 adalah bau syurga. Ana cium berulang kali utk setiap anak2. Teringat bahawa rasulullah sangat suka mencium anak, hingga rasulullah pernah berkata bau anak2 adalah bau syurga.

Sebentar kemudian Ana dapat ucapan selahat hari lahir hari semua anak2. Sekal lagi mereka cium pula pini ini. Tiba2 e-deen berlari dan datang bawa hadiah utk baba. “Ini hadiah dari e-deen dan Ateh utk hari jadi baba”, katanya. “Terimakasihhhh… baba sayang e-deen”. Aku peluk e-deen sambil mencium pipinya. Lepas itu ana dapat ucapan selamat hari lahir dari Umi. Beginilah rutin pagi kami sekeluarga.. sebelum melangkah keluar meninggalkan rumah utk pergi kerja dan anak2 pula akan kesekolah pula selepas itu.

HP hari ini pula bertalu2 terima SMS dari anak2 Mizan ucapkan Selamat Hari Lahir. Ada yg hantar tepat kul 12 malam tadi lagi. Pagi ni juga ramai yg ucapkan selamat!, selamat!..juga bila jumpa di Kampus. Tetapi, semasa solat zohot di masjid tgh hari ni, lain sekali ceritanya. Tengah solat…tiba2 , kedengaran tangisan rakan sebelah. Dadanya berombak2 kencang sekali . Dalam hati ni kenapalah ekkk…ada juga kes istimewa ni. Rupa2nya ada juga rakan2 pensyarah menangis amat semasa solat. Solat zohor pulak tu. Selapas solat ana pegang lututnya. “Kenapa syeikh…apa yg menimpa jiwa anta?...ana Tanya lembut. “Syukurlah allah masih panjangkan umur ku”… jabnya sebak sambil tangan menyapu air mata dimukanya. “Ooooo..hari lahir anta hari ni ke?”. Ana Tanya sunguh2. “Ya “ jawabnya. Anapun keluarkan IC tujukkan kepadanya bahawa Birth day ana pun hari ini juga. “Wahhh kita sama lah..tak sangka ek, sahutnya sambil keluarkan IC nya pula…Pensyarah ni ialah pensyarah jabatan IT kaki masjid dan selalu keluar makan pagi sama2 dengan ana.

Hmmm…begitulah peristiwa yg hanya berulang setahun sekali. Bagaimana waktu menghiburkan kita tentang makna kehidupan. Tidak sangka, tak diminta dan tanpa disedari…rupa2nya riben kehidupan bagi diri ini sudah 45 tahun hangus dan yang tinggal sudah semakin pendek sebenarnya . Begitu pantas masa memacu meninggalkan kita. Begitu singkat usia dan kecilnya waktu apabila ianya sudah berlalu. Begitu cemburu umur dengan kita ..pergi tanpa apa2 pesan bicara.

GENGAMAN WAKTU DAN KETIKA