February 24, 2008


SAAT YANG DINANTI NANTIKAN…..
Taggal 9 Zulhijjah, akan bermulah musim haji yang sebenar. Ianya merupakan kemuncak musim haji. Aku bersiap dari awal lagi. Mina merupakan stesyen utama musim haji dan disinilah paling lama para hujjaj tinggal(mabid). Mina letaknya antara Arafah, mudzalifah dan Makkah. Semua jemaah bersiap sedia untuk wuquf di arafah,balik ke mudzalifah dan melontar di mina, lepas tu tawaf ifadhah, sai' dan melontar 3 jamrah di hari hari tasyriq maka selesailah haji. Dalam masa 3 hari sahaja.
8 Zulhijjah Kami turun dari hotel UQU dengan ber ihram dan berniat haji. Segala kelengkapan perlulah sesuai dengan keperluan kami bermusafir selama 4 hari. Kena sesuaikan dengan masalah kapasiti bag yang terhad yang kami boleh bawa. Aku hanya bawa spare sepasang ihram (termasuk yang dipakai dibadan), Selebihnya tuala kecil,ubat dan berus gigi dan beberapa keperluan lain. Kami sampai di Mina sebelum maghrib. Malam itu Kami akan mabit di mina. Pada hari itu dememku sudah lega sedikit. Antibiotiki dan pill killer aku tinggalkan di hotel penginapan. Sekarang ini aku hanya berserah kepada Allah. "ya Allah Aku serahkan pada mu diriku dan hatiku ini, engkau yang menjemputku dari jauh datang kesini, maka aku datang berserah diri padamu, maka engkaulah yang memelihara diriku". Itulah yang boleh aku ucapkan dalam suasana cemas ini seperti ini.
Hampir maghrib kami Sampai di khemah milik UQU. Khemah kami memang strategik: terletak di lereng bukit bersebelahan dengan tempat melontar. Turun bukit sahaja terus boleh melontar. Berbanding dengan jamaah haji malaysia kebanyakan khemah mereka adalah disebalik bukit yang mana mereka perlu melalui terowong muassen sebelum kejamrah (tempat melontar). Jaraknya lebihkurang 3 Km. Alhamdulillah…akui tak putus putus memuji Allah dengan Nikmat ini. Tambahan kami dilayan istimewa sebagai tetamu universiti dan universiti UQ pula dalah seorah olah penjaga Hasjid Haram. Bekas rektor UQU adalah gabenor kota Makkah sekarang . Kami juga diberikah satu kad oleh UQU yang terera gambar kami. Kad ini sangat berguna dimana kami boleh bergerak lebih bebas. Jika ada masalah dengan polis atau tempt tertentu yang dihalang, maka kamu tunjukan kad itu maka kami dilayan dengan mesra. Kad itu menunjukkan kami adalah Researcher dari USM dan UQU.
Cuaca pada malam pertama di mina itu agak sejuk. Tambahan dalam khemah kami aircond yang dipasang takleh control, maka kain ihram simpanan yang nak dipakaikan esok yang digunakan sebagai selimut dan lagi satu kena bagi isteri sebab orang perempuan mana ada ihram. kami berkatil setiap orang satu. Makanan dihidang dengan tukang masak ala hotel. Air minum boleh ambil bila bila masa, begitu juga the uncang "lipton" dan Nescafe
9 zulhijjah: Selepas subuh kami akan bertolak ke Arafah। Masa woquf bermula selepas zohor। Dari Mina (tempat khemah kami) ke arafah adalah lebih kurang 12 km। Kalau perjalanan biasa dengan bas mengambil masa kira setengah jam sahaja. Tetapi hari itu jalanraya jam (Perkara biasa) perjalanan kami memakan masa 3 jam. Sampai di arafah pula bas tak dapat masuk terus ke khemah disebabkan kebanyakan bas telah parking ditengah jalan utama empat lorong itu. Maka kami terpaksa berjalan sambil bencari khemah kami di celah kesesakan, manusia dan bas yang tidak mematikan enjie dan cuaca agak panas dan agak berdebu beserta asap kenderaan. Alhamdulillah kami sampai ke khemah kami sejurus seblum masuknya waktu zohor.
Arafah hanya dihadiri manusia sekali sahaja setahun. Itu pun Allah telah nenentukannya, hanya antara waktu zohor dan maghrib. Itulah tempat dan waktu yang paling mustajab doa dimuka bumi imi. Maka kami tidak melepaskan peluang ini. Selepas solat zohor berjemaah kami mendengar khutbah yang disampaikan oleh Prof Madya Dr Shuaib. Selepas itu kami masing masing berdoa mengikut keperluan dan kehendak masing. Maka aku berdoa setulus, kudus penuh harapan seperti semua orang lain. Di luar khemah di mana mana; ditanah lapang, bawah pokok semua manusia kelihatan kyusyuk berdoa. Ada yang sambil berditi, duduk atas tanah dan atas tikar hamparan. Semasa kebilik air pun aku tetap berdoa tak putus putus. Walaupun manusia ramai disekitar kami tetapi suasana sangatlah senyap,khusyuk dan tenang. Manusia semuanya khusyuk berdooa… Aku juga telah sebutkan semua harapan kawan kawan sahabat yang mintak doakan untuk meraka.
Masa di Arafah singkat sahaja, selepas maghrib semua manusia mula bergerak me Mudzalifah. Kami plan nak bertolak sebelum maghrib untuk solat jamak-qasar taakhir (ikut sunnah) semasa mabit di mudzalifah nanti, tetapi kami telah memutuskan untuk jamak takhdim seblum meninggalkan arafah. memikirkan bahawa di Mudzalifah masalahnya tiada tempat untuk solat dan sumber air yang terhad. Lepas maghrib kami bertolak dengan bas. Rupanya benar sangkaan kami perjalanan kami ke mudzalifah menghadapi masah jam yang teruk. Bas kami tak dapat bergerak langsung. Bas kami berhenti terus tak dapat bergerak. Ketika itu jaraknya kebih kurang 3 km dari madzalifah. Kami mengambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja. Masalahnya ialah kesesakan lebih teruk berbanding semasa di Arafah siang tadi. Kami terpaksa berjalan dalam gelap malan dengan ramainya manusia dan kenderaan memenuhi jalanraya. Kami terpaksa meredah lautan manusia dan kenderaan. Masa tu aku dengan isteri agak tegang sikit, takut terpisah dari kumpulan. Tapi aku diam jer. Waktu itu dah pukul 12 malam, kamipun dah sampai ke mudzalifah.
di Mudzalifah ini jemaah haji sebenarnya tak perlu mabit, tidur di sini, cukup jika hanya lalu sesaat sahaja tetapi mesti meninggalkan Mudzalifah selepas tengah malam. Jadi kami putuskan untuk berjalan sahaja sambil mengutip anak batu melalui mudzalifah dan terus meneruskan perjalanan ke Mina untuk melontar jamrah Qubra dan bolehlah terus tangal Ihram (tahlul awal). Jarak mudzalifah mina lebih kurang 5 km. kami teruskan juga berjalan ke mina. Pada amasa itu aku dan isteri sudah penat, berpeluh, berdebu, kakiku melecur tambahan. Kami dalam kumpulan sekarang aku dengan isteri sahaja. Kawan yang lain entah kemana mereka pergi.
Bila hampir saja sampai di mina hati ini mula lega. Kegembiraan mula terasa. Penat dan letih pun hilang, sakit kaki pun tak tersa lagi terutama bila sampai di lorong untuk melomntar jamrah. Namun aku dan isteri terhenti sejenak melihat ramainya manusia yang nak pergi melontar, hati aku berbelah bagi samaad nak terus melonrat atau nak ke khemah dulu dan turun melontar lepas subuh. Waktu itu pukul 3 30 pagi. Bermakna hampir sehari semalam kami tak tidur. Aku mula goyah melihat isteri tak berdaya lagi, kepenatan jelas kelihatan. Tapi aku rasa masih kuat lagi. Tapi Isteri kata dia dah tak larat lagi, jadi kalau balik kekhemah dulu dia kata dah tak larat lagi nak turun melontar semula, so dia nak habiskan juga. Maka kami pun putuskan untuk melontar terus juga pada saat itu. Dia pegang tanganku kuat kuat aku bawanya ketempat melontar. Kedengaran kelohan kepenatan dari mulutnya, tapi ucapan Ya Allah Mudahkan… mudahkanlah.. ya Allah… dapat aku dengar. Kami menghapiri jamrah. Ingatkan dekat rupa supanya jauh juga dlam 50 m. kami meilih untuk melontar di tingkat 2 sebab tingkat satu nampak sanngat ramai manusia. Dalam perjalanan isteri merungut… aku diam jer… Aku berikan 7 biji batu padanya.. "nah amik batu ni, pegang kuat kuat jangan terjatuh". Aku meredah dicelah celah manusia. Anak batu dari belakang berterbangan di atas kepala. Aku terus bawa isteri menghampiri jamrah hingga dapat dipegang dengan tangannya. Aku kata "lontar…lontar…" Aku melontar di belakangnya. "Dengan nama Allah Allah maha besar aku melontar syaitan dan pengikut pengikutnya…"..Kami dapat melontar dengan sempurna semua jamrah kubra. Rupanya mudah jer melontar dengan tempat kelontar 3 tingkat yang baru dibina kerajaan saudi. Selepas melontar aku bawa isteri jauh dari jamrah maka kamipun berdoa bersama sama "Ya Allah Semua kekuatan ini milikmu…aku berstukur dengan semua nikmatmu ini… ya Allah…terimalah haji kami, aibadah kami, dan ampunilah dosa kami dan pekerjaan haji yang disyukuri, amalan soleh kami yang diterima dan jadikanlah perniagaan kami ini ialah perniagaan yang tidak merugikan. Ya Allah berikanlah kebaikan kami di dunia dan di akhirat. peliharalah anak anak kami dari syaitan yang direjam"
Waktu berdoa air mataku mengalir deras, sebak dadaku….Isteri mengaminkannya. Selesai berdoa aku kucup dahi isteri sambil berlinangan air mata. Ya Allah aku bersyukur sangat dengan segala kekuatan yang telah allah berikan ini. Aku tak tahu dari mana datangnya kekuatan itu.
Agak lama juga kami berehat disitu maka kamipun bercukur/tahlul awal. Maka lepaslah kami dari pantang larang Ihram kecuali 3 perkara besar. Selepas itu aku terpaksa memapah isteri menaiki tangga untuk ke khemah kami. Isteriku nampak penat sekali. Kakinya dah krem. Sampai di khemah ada rakan yang dah sampai dan ada yang belum. Akupun terus mandi dan tanggal ihram.
Pagi subelum subuh aku ke surau, duduk di belakang surau (khemah) sambil menantikan waktu subuh. Surat itu boleh memuatkan 100 orang. Tergerak hati ini untuk membaca surah Ar-Rahman. Sedang menbaca surah itu, bila tiba di ayat yang memberi maksud "maka denagan nikmat tuhanmu yang manakah kamu ingin mendustakannya" tiba air mata ini tumpah dengan deras sekali. Tidak terdaya lagi aku menahannya. Aku menulang ulanginya sepuas hatiku ayat itu…merassaakan seolah olah Allah sedang berkata kata dan berseru padaku bahawa allah sedang menyempurnakan nikmaynya padaku… Ya Allah… Allahhuakhbar…allahuakhbar…allahuakhbhbr…Itulah nikmat kurniaan yang aku dapat reasakan begitu hebat menghiasi hati ini. Maha suci Allah yang menjernihkan hati ini dan memperjalankan hati ini hingga sampai di sini pada saat ini. Sedangkan insan lain walaupun lebih baik dariku, lebih kaya dan lebih cerdik serta lebih faham tentang agama, tapi allah tidak memilih mereka.

February 23, 2008

HARI HARI DI TANAH HARAM
Hari pertama di makkah penuh makna. Kehidupan disini sungguh berbeza dari aspek fizikal dan lagi berbeza dalam aspek spiritual, emosi dan keyakinan terhadap keimanan. Kalau di malaysia kita mencari cari rahmat allah dan mengharap…dan terus mengharap tetapi kalau di makkah ini kita seolah olah terasa sentiasa dalam dakapan rahmat allah, rasa sentisa diperhatikan dan rasa takut dan harap pada Allah sangat menebal. Doa kita akan di makbulkan terus sehingakan lintasan hatipun kena jaga takut tersalah dan ianya akan jadi doa dan Allah akan bagi cash terus selepas itu. Sementara menunggu wuquf tandanya bermula haji ( 2 minggu lagi) aktiviti kami adalah menjelajah maktab maktab tabung haji untuk membuat kerja kerja penyelidikan. Kami mendapat kerjasama sepenuhnya dengan para pegawai tabung haji terutamanya Pengarah Operasi Makkah di Janadariah।

Hari kedua: Kul 3 pagi sudah bangun, tak boleh tidur terasa lama sangat dah. Rasanya body clock yang dah berubah. Kami ke masjid haram solat subuh boleh dikatakan setiap hari dengan menaiki bas free. Kami kena menaiki bas kerana hotel kami agak jauh dari Masjid Haram. Lepas subuh hingga zohor kami buat kerja kerja penyelidikan. Pusing maktab tabung haji. Hari ketiga इस्तेरी masih memerap dalam rumah sambil menjaga pantang larang ihram। Aku masih menunggu untuk membawanya untuk umrah wajib। Aku pula sudah mula rasa gatal gatal tekak dan macam nak demam. Ini disebabkan subuh semalam lepas dedahan kepada debu dan kedinginan lagi kering semasa berjalan kaki dalam trowong. Hari ke 4 aku mula deman dan batuk batuk. Demamku semakin kuat tapi aku gagahkan juga dengan bantuan antibiotik dan pill killer. Setiap hari kami buat kerja penyelidikan seperti biasa. har ke५ aku bersemangat मेम्बावा इस्तेरी untuk tawaf umrah haji dan sai'. Kami betolak ke haram pukul 4 pagi, tunggu solat subuh selepas tu baru buat umrah wajib. Manusia agak ramai maalomkah seminggu lagi dengan wuquf di arafah, semua jemaah dari madinah dah mula membanjiri haram.
Semasa nak tawaf pada mulanya kami cuba dataran kaabah। Kerana tak mahu bersesak sesak maka kami pindah tingkat 2. Nampaknya ramai juga, maka kami naik ketingkat 3. Selesai tawaf terasa agak penat kaki sebab tingkat 3 kami kena berjalan lebih jauh…selesai tawaf dan sai' jam menunjukkan kul 9 pagi. Alhamdulillah syukur kami yang tidak terhingga॥ aku penat sama, walaupun bawa isteri sebab kena ikut sama tawaf dan bersai'.

Hari ke enam demamku menjadi semakin teruk. Kini tinggal seminggu lagi sebelum wuquf…

Kaabah di depan mata ku!!!!!...


Kenikmatan pandangan..yang Tak tergambarkan...

Jalan Masuk ke pintu BabBul Abdul Aziz


Debaran bagi diri ini yang pertamakali berkunjung...

BENARLAH PENANTIAN!!!...RINDU yang TERPENDAM



Kul 4 pagi driver datang ambil kami semua untuk mengerjakan umrah Haji (selamat datang). Umrah ini wajib bagi sesiapa yang datang ke mekah dimusim haji atau tidak. Itulah adab agama allah yang telah ditentukanNya bagi sesiapa yang memasuki tanah haram kerana hendak menziarahi rumah Allah. Dalam keghairahan rombongan untuk kerjakan umrah, rasa terkilan dihati kerana isteri (Dr habsah) tak dapat menyertai kami krana masih dalam hadas. Mengikut hukum, mereka yang belum suci boleh ditangguhkan umrah mereka sehinggan suci. Pantang larang ihram perlulah dijaga. Kena jaga hinggalah selesai umrah ..



Bas yang membawa kami semakin hampir memasuki kota makkah। Hati ini penuh debaran, tanda tanya dan perasaan ingin tahu semakin menebal. Dari jauh kami tercari cari dimanakah kota makkah itu di celah celah bukit berbatu. Maalomlah ini adalah kali pertama dalam hidupku mengunjungi tempat ini. Deretan bukit batu yg gondol menambahkn lagi hampa dan menjadikan penantian hati ini menjadi semakin panjang. Tiba tiba kami sampai dihadapan sebuah bukit yang agak tinggi dari biasa, gondol berbatu kerikilहिन्ग्गाkami memasuki trowong sepanjang hampir 1km yang di korek dibawah bukit berbatu itu. Apabila keluar saja dari trowong yang panjang itu nampaklah kami lembah kota makkah yang tersergam indah dikelilingi bukit berbatu gondol itu. Terasa puas yang tak terhingga apabila kecintaan dan penantian selama 40 tahun tiba tiba sahaja berada didepan mata. Tergamam , lidakhu tidak terdaya mengucapkan apa apa. Hanya yang aku rasakan hanyalah deruan air mata yang tak terdaya lagi aku tahan mengalir deras dipipi ini. Sambil hati ini mengagungkan Allah selayaknya disaluti suara latar lafaz talbiah yang di ucapkan rakan rakan terdengar sangat jelas ditelingaku. Bandaraya yang tersergam mengasyikkan dengan bangunan tinggi dan hotel hotel yang mana setengahnya bertaraf 5 bintang. Maka saat dan ketika itu hati ini melafazkan doa;



"ya allah jadikanlah negara ini tempat tinggal yang tenang bagiku, dan kurniakanlah aku rezki yang halal didalamnya. Ya Allah berikanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan diakhirat dan selamatkanlah kami dari api neraka. Ya Allah rumah ini rumahMu negeri ikau menerimakuni negerimu, aku datang memohon rahmatMu dan menuju ketaatan kepadanmu, menurut perintahanau. Aku memohon sebagai orang yang terdesak yang takut pad azabMu.
Namun penantian ini yang belum ada kesudahannya . Debaran ini masih mencengkam hati dan perasaan ini. Damanakah masjih haram. Mana masjid haram tu.? Hati ini terus mendesak bertanya…
Di celah bangunan kelihatan menara masjid haram semakin jelas kelihatan. Aku terus melangkah dengan peuh debaran menuruni lembah Bakkah. Apabila semua kelihatan jelas didepanku terasa gementar seluruh tubuhku. Tunduk dan sujud hati ini. Tanpa kusedari dahiku mengucup bumi Berkat ini tanda syukur. Dan pada saat ini benarlah bahawa Allah tuhan kaabah itu telah menjemputku menjadi tetamuNya. Dalam sujud syukur itu air mataku mengalir deras. Sunami iman dan taqwa membaham hebat, menyimbah saujana dataran hatiku yang sedang merinduinya selama lama ini. Ya Allah aku bersaksi bahawa engkaulah tuhanku dan muhammad yang membersihkan kota suci ini adalah nabimu. Tidak syak lagi dan tiada lagi keraguan dalam hatiku. Ya Allah aku bersaksi pada pagi ini. Kalau dulu aku mengharapkan rahmat darimu Allah,tapi pada saat ini aku sebenarnya berada dalam dakapan rahmatmu. Dakapan ini terasa amat erat dan kuat sekali. Memang betullah bahawa tak sempurna Islam seseorang itu jika tidak menyempurnakan haji. Sebab tu haji adalah rukun Islam kelima. Aku yakin ya Allah.

Dari celah celah bangunan kelihatan menara masjid haram.
Aku terus berjalan dalam kumpulan kerana takut terpisah. Kiri kanan kami ramainya manusia. Takutnya bila berpisah, takut tak jumpa cari jalan keluar. Pada waktu itu pukul 4 20 pagi. Sebelum masuk ke dalam masjid kami saling berpesan takut terpisah antara satu sama lain. Apabila masuk dalam masjid debaran hati makin kencang. Tanda tanya terus mencengkam dimana kah Kaabah, bagaimanakah kaabah yang live bila dilihat dengan mata kasar sendiri?. Aku masuk melalui pintu Babul Ab Aziz. Dari pintu masuk lagi mula bersesak, ramainya manusia nak solat di masjid haran ada yang pakai ihram dan ada yang tidak. Yang pakai ihram ialah mereka nak buat umrah wajib macam kami, dan yang tak pakai tu nak ambil tempat solat dalam masjid haram. Kiri kanan manusia duduk,ada yang solat dan ada juga yang baring2 dan bersandar. Aku terus berjalan dari celah celah tiang kelihatan seperti kaabah. Aku terus berjalan dan tangan aku memegang bahu Dr Zakuan macam budak budak pulak. Kawan kawan yang lain entah kemana. Sekarang tempat aku bergantung hanyalah Dr Zakuan sebab dalam jutaan manusia jika terpisah memang susah lah nak bertemu kembali.

Debaran cinta semakin sarat dan terserlah.Dari celah celah tiang masjid aku dapat lihat kaabah, debaran makin kuat ku rasa. Rindu akan terjawab seketika nanti. Aku terus mengikut arus manusia menuju kaabah perlahan lahan. Apabila tiba di tangga untuk kedatara kaabah barulah kelihatan dengan jelas sekali kaabah. Kegembiraan,kenikmatan, syahduuuu tak dapatku bayangkan. Itulah kaabah…rumah Allah. Air mataku sekali lagi mengalir deras sekali walaupun pada waktu itu kelam kabut dengan ramainya manusia. Betapa indahnya, nikmatnya dapat melihat kaabah yang selama ini aku rindui. Dan pastinya dirindui oleh semua manusia yang beriman. Aku menatapnya….

Dr. Zakuan kata kita kena cari jalan untuk turun kebawah ditempat orang tengah tawaf. Ramai orang yang sudah buat saf solat didataran kaabah. Kami setuju nak tawaf juga sebelum subuh. Kalau tak sempat habis 7 pusingan sebelum subuhpun kami akan sambung pula selepas subuh. Perjalanan kami terhenti, orang lain juga terhenti sebab ramainya orang, dan setengahnya cari tempat untuk solah subuh. Tiba terdebgar orang menjerit haji…haji… haji… Bila toleh kebelakang rupa rupanya tiga keranda jenazah untuk di solatkan jenazahnya oleh semua jemaah masjid slepas solat subuh nanti. Tiba tiba aku nampak Dr zakuan melompat kebawah keranda depan, akupun masuk dibawah keranda kedua. Sambil mengusung keranda bersama sama lelaki kulit hitam tu. Pelik betul beratnya keranda tu. Pemuda berkulit hitam didepan aku pin nampak terbengah bengah mengangkatnya.
Dapatlah aku dan Zakuan memasuki kumpulan manusia untuk tawaf. Maka kami pun start berniat dan ikhtilam pada garisan lampu hijau.

Tengah tawaf ramainya manusia bersesak sesak. Kadang kala lengang dan kadang kala sesak. Kadang kadang bertembung dengan orang yang songsang berjalan dan kadang kadang bertembung dga orang yang duduk dan nak buat saf solat. Tolak menolah tu biasalah. Waktu kuat bersesak sesak tu aku hanya menyebut Allah allah…. Ya Allah mudahkan.. ya Allah mudahkan. Mula pusingan ke 5 aku masih memegang bahu Zakuan.. Tapi bila azan subuh dilaungkan kelam kabut berlaku sebab masing masing mencari saf untuk solah. Pada waktu itu aku terpisah dengan Zakuan. Dalam cemas aku tetap tenang dan yakin dengan Allah. Pada waktu itu hanya allah adal dalam hatiku. Hanya Allah lah tempat aku bergantung. Zakuan hilang dilautan manusia. Sambil tercari cari saf solat dapatlah ruang yang hanya muat untuk sujud sahaja. Maka aku solah subuh dalam keadaan yang agak tidak selesa.
Habis solah subuh semua manusia memulakan tawaf kembali. Akupun membatalkan pusingan kelima tu dan kenalah sudahkan 3 pusingan lagi. Tawaf bersendirian. Waktu tawa sebenarnya tak sempat sangat nak menghayatinya kerana bersesak sesak adalah masalah utama. Selesai 7 pusingan dengan yakin aku pun pergi minum air zam zam dibelakang dataran dan tunaikan solat sunat tawaf.
Selepas itu aku agak terkapai kapai cari tempat untuk sai'…. Maka aku tanya polis. Rupa rupanya dekat jer. Samapi di situ nampaklah orang tengah sai'. Tapi mana satu safar dan mana satu marwah tu?. Tiba tiba aku bertembung dengan kenalan dari SMSI yang dah lama datang. Melalui dia aku tahulah mana Safar dan Marwah. Akupun pergi untuk memulakan sai'. Dengan memijak batu asal bukit safar aku memulakan saie' dengan niat dan doa.
Selesai sai' aku cari pintu keluar masjid. Pada waktu jam menunjukan pukul 7 30 pagi. Para jemaah pun dah mula lengang kerana ramai dah balik. Mudahlah sedikit nak cari pintu keluar.
Selesailah hari ini, pagi ini, pagi yang penuh makna,pagi yang penuh dengan tangisan keinsafan dan tangisan syahdu,hari yang jauhnya beribu batu perjalanan tanpa tidur atau rasa penat dan berjuta batu pengalaman hati seolah olah melangkaui sempadan masa. Maha suci allah yang mengurniakan nikmat ini kepada hambamu yang hina ini… Balik kehotel nanti yang difikirkan adalah nak tidur jer.

Sujud Cintaku di Bumi Barakah...Kota Sejarah

Sesampai kami di Jeddah kami diasingkan jalan masuk kaunter amigrasen. Dr Othman dari Universiti Ummul Qura UQU) sudah menunggu kami di airport kehadirannya telah memudahkan semua urusan kami. Selesai urusan di airport kami dibawa menuju terus ke Makkah. Dalam perjalanan ke makkah kami berhenti di restoran makanan segera ala Arab sejurus sebelum kami sampai di sempadan tanah haram. Masuk restoran tu pelik gak sbb kena masuk dalam kotak kotak. Dalam kotak tu ada meja dan 4 kerusi. Dah lah tu perempuan tempat lain lelaki tempat lain. Maka terpaksa berpisahlah dengan isteri... Itu lah kelebihannya arab ni, mereka jaga adab dan pergaulan lelaki dan perempuan. Fahamlah kami bahawa kotak kotak tempat makan tu mereka buat kerana kebanyalkan perempuan Arab ni pakai purdah..so mereka bolehlah buka purdah tu semasa makan.!

Sampai saja sempadan tanah haram dengan terdapat tanda seperti tangan menadah berdoa(Quran atas reihal) merentasi jalan, Maka hati ini lantas membisikan doa dengan penuh khusyuk;
"Ya allah tanah haram ini tanh haramMu, dan negeri ini negeriMu dan keamanan ini adalah keamananMu. Maka haramkanlah aku daripada api neraka dan amankanlah dihari engkau membangkitkan hamba hambaMu."
Tanpa disedari, dalam kelam malam, air mataku mengalir deras… walaupun aku paksa menahannya.. Ya allah terasa saja ingin aku sujud syukur di bumi ini kerana pada hari ini dan saat ini engkau telah menjemputku untuk menjadi tetamu mu. Tanah haram ini tanah harammu yang diwarisi para nabi nabi. Kenapa aku yang engkau pilih untuk menjadi tetamumu dikalangan berjuta malah berbilion umat manusia yang lain di atas muka bumimu ini. Ya allah aku bersyukur dengan segala nikmatmu ini. Dan janganlah kau jadikan aku dikalangan orang yang merugi. Lidah ku dan hatiku tidak henti henti mengucapkan syukur . coaster yang kami naiki deras membelah malam di celahan bukit yang kelihatam seperti ketulan ketulan batu hitam pada waktu malam. Terbayang dihati ini bagaimana sukarnya perjalanan Rasul (saw) semasa hijrah dulu dari makkah ke madinah. Nabi memillih untuk mengikuti jalan tepi laut iaitu Jeddah adalah semata kerana srtargi untuk mengelirukan Quraisy yang memburu mereka. Perjalanan nabi adalah perjalanan membawa nyawa kepada agama Allah ini. Jalan ini adalah bukan jalan yang biasa diikuti kafilah arab dari makkah ke madinah. Kami yang menaiki bas berhawa dingin ini pun terasa payah, tandus dan sukar.
Pukul 12 malam kami sampai di hotel penginapan milik UQU. Hotel penginapan kami berhampiran dengan mina. Kira kira 5 Km dari Masjid Haram. Sesampai di hotel kami cepat cepat2 tukar ihram. Itulah afdhalnya. Bila dah pakai ihram hati kami teruja sekali untuk mengunjungi baitullah untuk mengerjakan umrah wajib. Kami diberi masa sehiungga pukul 4 pagi untuk bersiap diri dan mengambil sedikit rehat. Driver akan dating ambil untuk kemasjid haram pada pukul 4 pagi…. Maka tak sempat tidurpun….

penerbangan IMAN

Pnerbangan Saudi air dari KLIA adalah pukul 5 petang Malaysia. Penerbang kami mengambil masa selama lebih kurang 7 jam. Masih ingat lagi, ketika kami bersama anak anak berangkat ke Sydney ,Au pada tahun 2005. Penerbangan lebih kurang sama sahaja lamanya perjalananan, tetapi bezanya ialah Sydney ke kutub selatn… Anehnya ..Kami sampai di Jeddah International Air port pada pukul 9 malam waktu Jeddah. Pelik kan?..bertolak asar sampai lepas isyak kalau ikut waktu solat. Itulah kejaiban alam dan kehebatan ciptaan manusia. Bumi perpusing atas paksi dari barat ketimur..Perjalanan kapalterbang kami mengejar matahari dari timur kebarat .... maka kami terasa waktu petang adalah पड़ा sangat panjang begitu waktu maghrib.
Dalam perjalanan kami bertemu dengan kebanyakannya adalah jemaah haji dari Indonesia. Pilot dan krew yang bekerja Dalam saudi air juga adalah rakyat Indonesia termasuk segerombolan rakyat Indonesia (perempuan) yang datang untuk bekerja di Saudi.. Hebata mereka . Mereka tersebar kemerata dunia mencari pekerjaan.
Ada penumpang yang sudah memakai ihram kerana mereka mengerjakan haji tamatuk. Miqat mereka ialah Qarnun manazil (atas kapalterbang).. kamipun seperti mereka juga Cuma bezanya kami tidak dibenarkan pakai Ihram kerana untuk mengelak dari masalah dengan imegresen dijeddah air port .. so kami berniat ihram di miqat tetapi tidak memakai Ihram maka mengikut hukum umrah kami dikenakan bayar DAM iaitu 60 rial. Ada jemaah haji yang ke madinah dulu. Mereka menziarahi maqam Rasulullah dahulu selepas itu barulah mereka ke Makkah.
Perjalanan yang jauh terasa sangat singkat apabila hati dipenuhi rasa cinta dan teruja sekali untuk terbang kesini. Rasanya itulah juga impian setiap mukmin. Apabila berhenti sahaja kapalterbang menjamah bumi jeddah, rasa syukur kami yang tidak terhingga kerana Allah telah memilih kami untuk memijak bumi barakah ini. Terasa semacam ingin sujud menyembah bumi sebagai lambang kesyukuran hati ini yang tidak terhingga kepada tuhan kaabah yang telah memperjalankan kami.

GENGAMAN WAKTU DAN KETIKA