July 12, 2008

Allah berbicara denganku...seolah2

AKU SERING BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB;
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

AKU JUGA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216

AKU SERING KALI BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286

AKU SELALU BERDETIK NALURI : KENAPA HARUS RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

AKU JUGA BERTANYA DAN MERISIK : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

AKU SERING TERCARI CARI: BAGAIMANA CARANYA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45

AKU JUGA SERING TERASA SANGSI: APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111

AKU JUGA MENGHAMBAT KEPASTIAN : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
- Surah At-Taubah ayat 129

AKU KADANG KADANG MENGELUH : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12

DAN AJAIBNYA MUKMIN ITU ADALAH KERANA APABILA DI TIMPA MUSIBAH DIA BERSABAR...DAN JIKA DIKIRNIAKAN NIKMAT PASTI DIA BERSYUKUR...maka antara nikmat dan musibah itu adalah sama sahaja kerana ALLAH semtiasa dihatinya...

SUATU NASIHAT BUAT DIRI YANG ALPA.!!!!

July 8, 2008

Suatu Pagi… hati ini menangis lagi….

Pagi ini aku bangun agak lewat berbanding semalam..Kul 5 pg…PDA yg sudah kuarahkan kejutkan ku pada 4 pg tak dapat menyentak lenaku yang asyik…Tak memgapalah yang penting sempatku bertahjud dan menikmati pagi nan indah bersama tuhan…Selepas tu sempat mengejutkan Isteri tercinta bangun untuk menyertaiku…bertahajud.

Selepas itu sempat kami berbicar, berbual penuh kemesraan sambil bermuhasabah sebelum masuk waktu subuh. Sesungguhnya bila semakin tua sebenarnya bebanan kerja semakin banyak.Kerja di pejabat dan bebanan dakwah yang terpikul dibahu. Kami berkira kira an berbicara dalam gelombang yang sangat koheren sekali. Hari ini aku kena pulang lewat lagi kerana lepas kerja ada Liq’ dengan pelajar. 2 kump liq’ yg ku perlu santuni dengan sentuhan rabbani, so 2 kali seminggu memang kena balik lewat. Namun hati ini tak pernah terasa berat dan mengeluh, malah ianya adalah nyawa dan obor sumbu kehidupanku . Anak2 pun faham siapa baba dan umi mereka. Syukurlah… punya isteri yg menjadi pendorongku selama ini dan selama lamanya. Itulah harapan ku.

Bahan tezkirah kami ialah sirrah nabi dengan pengemis buta….(artikel dibawah). Ketika menceritakan sirrah ini aku tak dapat menahan sebak…kerana masih segar dan ingatan pada suatu ketikaku dahulu semasa menziarahi dua insan yang sangat ku cintai lebih daripada ibu dan ayahku, iaitu Rasulullah dan Abu Bakar. Sesiapa yang pernah melewati kubah hiujau Masjid Nabawi pasti memahaminya. Ketika itu terhambur rinduku yg sarat kepada mereka berdua. Bisik hatiku “betapa Cintanya Abu Bakar pada Rasulullah setelah ketiadannya. Dan yang paling syahdunya ialah keindahan Akhlak Nabi kepada hanya seorang pengemis lagi buta dan sudah tua, yang menghabiskan seluruh usianya hanya untuk menghalangi jalan dakwah nabi. Tetapi tangan Nabi yang mulia itu sanggup menyuapnya pada setiap pagi,dah lah tu tanpa perlu mengangkat tangan dan tak perlu susah utk banyak mengunyah”. MasyaAllahhhh.. hebatnya manusia ini. Sesungguhnya sejarah takkan kembali berulang lagi, takkan ada lagi insan semuliaMu… ya rasulullah… dan takkan ada lagi manusia yg akhlaknya semulia akhlakMu.Sebagai daie’, sesungguhnya cerita ini menjadi guru dan pengajaran yang sungguh panjang dan barharga…ku cuba tadabbur…

Ketika itu juga mengalir deras air dari kelopak mataku dan dalam kedingin pagi nan indah. Dalam suram malam dan penuh syahdu Kupeluk erat isteri ku sehinggakan pipinya terasakan panasnya air yang mengalir deras dipipiku.Wahai isteriku rasakanlah apa yang tertulis dalam hati dan perasaan ku ini.Hanya engkau yang memahami dan mampu mentafsir semua lukisan indah dalam lubuk hatikun ini.Sesungguhnya aku ingin sekali menjadi seperti Muhammad itu dan abu bakar…Sepertimana ku tahu bahawa dirimu sangat mencintai Khadijah…. Wahai Ummu Rumaisa’… bantulah suamimu ini yang lemah…..Di atas jalan ini….

Ketika dalam perjalanan ketempat kerja sambil menikmati kedamaian pemandangan dan kenyamanan udara pagi, aku membaca maatsurat kubra. Kesemua bait bait doa dalam al-matsurat menjamah an mengusap-usap indah sekali setiap ruang dan perasan hati ini. Sungguh terkesan dan membangkitka keinsafan dan motivasi yang tiada tandingnya…Hati ini menangis lagi…keinsafan yang menyelubungi perasaan. Ketika lafazkan doa ..

Ya Allah kurniakanku lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut (namaMu),hati yang penuh segar mensyukuri nikmatMu,serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepadaMu. Ya allah kurniakanku iman yang sempurna,hati yang khusyuk, ilmu yang berguna dan keyakinan yang benar benar mantap……
Hingga….akhir.
Selepas itu doa rabitah yang mengetarkan jantung hatiku…terbayang semua rakan rakan yang berjalan seiringan …

Sungguh segarnya pagi ini dan sungguh bermakna hari ini. aku mulai hari ini dengan jiwa dan bersemangat…yang berkobar kobar. maka..sungguh indahnya dan bermaknanya hidup ini… sebagai daie’….

July 6, 2008

Tiada lagi insan lain yang lebih Aku rindui.....

Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah terdapat seorang pengemis Yahudi buta, yang tiap hari apabila ada orang yang mendekatinya , ia selalu berkata “Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya”. Tetapi setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata Rasulullah SAW menyuapi makanan yang dibawanya kepada pengemis itu, walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah SAW melakukannya hingga Beliau wafat. Setelah kewafatan Rasulullah tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu.
Suatu hari Abubakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.ha. Beliau bertanya kepada anaknya, “anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan”, Aisyah r.ha menjawab, “Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnahpun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah saja”. “Apakah itu?”, tanya Abubakar r.a. Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana”, kata Aisyah r.ha.
Keesokan harinya Abubakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abubakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abubakar r.a. mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, “siapakah kamu ?”Abubakar r.a menjawab, “aku orang yang biasa”. “Bukan! Engkau bukan orang yang biasa menyuapiku!”, jawab si pengemis buta itu. “Apabila orang yang sering menyuapiku datang kepadaku, tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu ia menghaluskan makanannya sehingga aku tidak susah mengunyahnya”, kata pengemis buta itu.
Abubakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, “Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW.”
Setelah pengemis itu mendengar cerita Abubakar r.a., ia begitu terharu hingga meneteskan air mata, kemudian berkata, “Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghina dan memfitnahnya, namun ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, sungguh ia begitu mulia.” Pengemis Yahudi buta itu pun akhirnya bersyahadat dihadapan Abubakar r.a.
***
Ya Nabi, sungguh Engkaulah teladan yang sempurna.
Yaa Nabi sallam alaika
Yaa Rasul sallam alaika
Yaa Habib salam alaika
Sholawatullah alaika

Ya Allah bilkah aku bakal menzirahi keksihku ini....lagi

May 15, 2008

Orang Binasa....

Sesungguhnya Allah jika menghendaki membinasakan seorang hamba, mk Dia mncabut dari orang itu rasa malu. Jika telah tercabut darinya rasa malu, engkau tidak menjumpai orang itu kecuali bergelimang dosa. Jika engkau tidak menjumpai kecuali bergelimang dosa, dicabut (pula) dari dirinya amanah. Apabila telah dicabut darinya amanah, engkau tidak menjumpainya kecuali sebagai orang yang berkhianat dan dikhianati. Jika engkau tidak menjumpainya kecuali dalam keadaan berkhianat dan dikhianati, maka dicabut darinya rahmat (Allah). Apabila telah dicabut darinya rahmat (Allah), engkau tidak menjumpainya kecuali dalam keadaan terkutuk dan terlaknat. Jika engkau tidak menjumpainya kecuali dalam keadaan terkutuk dan terlaknat, maka dicabut darinya ikatan dengan Islam?. (HR. Ibnu Majah)

Pesanan Imam Syafie

PESANAN IMAM SYAFIE,SESIAPA YANG INGIN MENINGGALKAN DUNIA DENGAN SELAMAT,HENDAKLAH DIA MENGAMALKAN SEPULUH PERKARA TERSEBUT : 1) Hak diri , iaitu mengurangkan tidur,mengurangkan makan,mengurangkan bercakap dan berpada-pada dengan rezeki yang ada. 2) Hak malaikat maut , iaitu mengqadakan kewajipan yang tertinggal ,mendapatkan kemaafan daripada orang yang dizalimi,membuat persediaan untuk mati dan rasa cinta kepada Allah. 3) Hak kubur , iaitu membuang tabiat suka manabur fitnah,membuang air kecil merata-rata,memperbanyakkan solat tahajud dan membantu orang yang dizalimi. 4) Hak Munkar Nankir , iaitu tidak berdusta,meninggalkan maksiat dan menasihati. 5) Hak mizan , iaitu menahan marah,banyak berzikir,mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesulitan

April 28, 2008

Renugan: Muhammadkah yang menciptakan Al-Quran

Word--------------- Meaning--------------- Mentioned in the Quran

Al-Dunya This World 115(times)
Al-Akhira The Here After 115

Al-Mala'ikah Angles 88
Al-Shayateen Satan 88

Al-Hayat Life 145
Al-Maout Death 145

Al-Rajul Man 24
Al-Mar'ha Women 24
Al-Shahr Month 12

Al-Yahom Day 365

Al-bahar Sea 32
Al-bar Land 13

If we add up the total words of both "sea" and "land" we get 45. Now if we do a simple calculation:
32/45 X 100% = 71.11111111%
13/45 X 100% = 28.88888888%

April 18, 2008

Duri DALAM JIWA (Asywak)

ABSTRACT:
Keterusterangan memang sesuatu yang kadang menyakitkan, apalagi itu adalah sebuah nilai kesucian. Namun, kesucian yang kini tertancap duri tajam akankah mampu menggoyahkan sendi-sendi kebahagian? Akankah seorang lelaki bersabar dan setia menghadapi kenyataan, bahwa sang kekasih telah tertoreh luka karena duri tajam? Sementara, sang wanita yang telah terluka dicekam ketakutan seolah malam persembahan kesucian adalah saat kiamat tiba.
Hidup dalam mimpi telah memperbesar khayalan, dan makhluk inilah yang menjadi teman hidup. Terbebas atau terpenjara oleh mimpi mungkin tidak penting, karena yang terpenting sang lelaki telah tahu apa makna duri yang tersembunyi di tengah jiwa. Duri yang ketika menancap dijiwa memang menyakitkan, tetapi seiring waktu merambat, kehadirannya justru membuat hidup menjadi berharga, setidaknya untuk direnungkan dan digali mutiara intan berlian kekayaan batinnya.
*************************************************************************************

Kerinduan...selalu membuat kehagiaan. Kerinduan itu pulalah yang membuat sepasang kaki seolah berlomba, bergerak bagai mesin bergantian. Karenanya, jantung pun terus memompa rindu, harapan keluar masuk melalui jaringan darah, hingga sekujur tubuh menjadi hidup dan bersemangat. Impian juga menyelimuti hati dan raga, menggerakkan jasad untuk membangun sebuah rumah mungil yang selalu dirindukan, menjalani hari-hari dengan khayalan, dan hidup dalam mimpi-mimpi ini seperti hidup dalam kenyataan. Tapi khayalan pulalah yang membuat kita tenggelam, karena terkadang tidak bisa membedakan antara khayalan dan kenyataan. Lantas, apa bedanya khayalan dan kenyataan bila masing-masing ditanggapi dengan hati dan pikiran, serta meninggalkan bekas dalam jiwa dan kehidupan? Apa bedanya antara mimpi dan kenyataan, bila masing-masing merupakan khayalan yang lewat, yang memberikan bayangannya pada jiwa, lalu beberapa saat kemudian bersembunyi dari alam indera?
Kenyataan yang ada, sang kekasih telah tergores luka tajam. Ia tertusuk, sadar telah terbangun dan kehilangan mimpi bersama bidadari yang dituntun dengan kedua mata terpejam menuju tempat tinggal penuh keindahan. Seorang bidadari yang sejak perjumpaan pertama telah membuatnya terpesona dan mabuk kepayang. Karena sang bidadari itu pulalah ia mempersiapkan raga dan seluruh perasaan demi menyongsong hari yang dijanjikan, hidup bersamanya untuk mempersembahkan gairahnya dalam sebuah rumah tangga yang disahkan agama.
Ia membayangkan dirinya di saat-saat tidak lagi hidup di bumi dan hanya merasa bahwa kehidupan adalah semata-mata impian yang membahagiakan. Impian itu kadang berupa lagu merdu yang penuh rahasia, menggemuruhkan hati, menggerakkan pikiran, dan membangkitkan kemabukan, impian, kerinduan, dan keluluhan dalam perasaan. Ia telah mencintai gadis itu yang selalu menyanyi dengan tangan dan hati, dengan urat syaraf dan paras muka yang segar. Gadis itu adalah lagu itu sendiri dalam bentuk nyata sebelum akhirnya duri-duri pun muncul mengganggu. Lagu itu pelan-pelan merayap ke dalam dirinya dan dengan halus nada-nada lembut pun tumpah dalam syarafnya. Diri menjadi tenang dan syarafnya lega. Ia terlena, mabuk, lalu melayang-layang di angkasa rasa yang jernih.
Namun, kenyataan kadang terpisah dengan khayalan, tapi itu menjelma pada dalam diri bidadarinya. Ya! Ia adalah bidadari, sekaligus ibu, ibu yang kelak dari rahimnya terlahir si kecil dengan selimut kasih sayang. Sang bidadari kemudian membungkuk dengan penuh kasih lalu mengangkat si kecil ke dalam dekapannya dengan lembut, menepuk-nepuk punggungnya dan menuju ke ranjang dengan pelan. Kemudian terpampanglah pemandangan yang mempesona yang belum pernah terlihat selama hidupnya, kecantikan yang terpancar dalam wajah rupawan, pandangan penuh kasih dalam dua mata penuh pesona, gerakan lemah dalam anggota tubuh yang matang, dan ciuman panjang dari dua bibir yang menggoda. Ah...ia memang bidadari, karena hanya bidadarilah yang memiliki sifat-sifat keibuan yang sempurna
Saat rembulan menyuguhkan hidangan malamnya, ia merasa ada semacam kesucian pada sang gadis. Namun, saat terlontar pikiran seperti itu, terkadang kedukaan yang begitu berat dan kebisuan menusuk-nusuk, menyedihkan. Ia lalu mematikan lampu, dan menuju tempat tidur sambil mencoba menahan air mata sebisa mungkin. Ketika berbaring, air mata itu bergerak, menerobos kelopak mata, menuju ke pipi, ke bantal dan membasahi sarung bantal dan kapuk di dalamnya. Sang lelaki tegar pun tertidur dengan tubuh lemah. Air mata menjadi bahasa sunyi dan wakil dari perasaan duka yang dihimpit oleh nasib.
Saat ia terbangun, ia mendapati dirinya berjiwa harum. Ia bangun dengan jiwa yang jernih, seperti kejernihan seorang sufi. Haruskah ia meninggalkan sang gadis yang telah bergulat dengan duri-duri, dan melawan masa lalu? Bahkan, setelah itu semua, sang gadis memberikan jiwa kepadanya, tanpa tirai atau selimut apa pun. Kerinduan itu menusuk kembali. Perasaannya menggelora hebat dan raganya bergetar karena cinta. Segala sesuatu yang ada pada sang gadis telah menjadi bagian dari kecintaan, disenangi jiwanya, dan mengalirkan cinta dalam tulang sumsumnya. Sesuatu itu diselimuti cahaya mempesona, yang memunculkan khayalan dan mimpi indah memabukkan, hingga ia larut dalam lautan kerinduan.
Akankah sang lelaki bebas atau terpenjara oleh mimpi? Baginya, semua itu tidak penting. Sebab ia telah tahu apa makna duri yang tersembunyi di tengah jiwa. Duri yang ketika menancap dijiwa memang menyakitkan, tetapi lama kelamaan kehadirannya justru membuat hidup menjadi berharga. Setidaknya untuk direnungkan dan digali mutiara intan berlian kekayaan batinnya, juga kekayaan cinta yang sangat sulit dirumuskan ketinggian nilainya. Ya...cinta memang telah membuat sang lelaki merasa kaya, dan ia merasa cukup mensyukuri hal ini selama hari-hari bergerak menuju ujung hidupnya.

*IKATLAH ILMU DENGAN MENULISKANNYA*
Al-Hubb Fillah wa Lillah
---------------------------------
Original Title: Duri Dalam Jiwa (Asywak)
Author: Sayyid Qutb
Editor: Abu Aufa
Catatan: Ide tulisan ini adalah dari sebuah novel yang berjudul Duri Dalam Jiwa, Penerbit Navila. Sayyid Qutb menulis novel ini pada tahun 1947, jauh sebelum beliau bergabung dengan Ikhwanul Muslimin.

GENGAMAN WAKTU DAN KETIKA