June 14, 2009

Sungai Mekong...Mengalirkan Cinta

Suatu Petang di Tebing Sungai Mekong.
HARI INI 14 Jun
; Seharian menghabiskan masa mengelilingi bandaraya Vientien melihat tempat2 menarik yg menjadi tarikan pelancong. Sebenarnya tidak banyak perkara yg menarik di laos ini. Ianya tidak ubah seperti negeri yg dtinggalkan dan ketinggalan dalam semua aspek. Kota sejarah yg diwarnai pengaruh Bhuda. Patung terdapat dimerata2 tempat, namun masyarakatnya seolah2 seperti robot2 tanpa roh dan tanpa kepercayaan, tanpa cahaya yg menghiasi hidup dan kehidupan mereka. Khidupan akhirat bagi meraka tanpa cahaya rabbani yg mewarnai harapan dan cita2. Kehidupan mereka hanya untuk menghabiskan usia dan bila sampai kepenghujungnya mereka akan ditanam/bakar seperti ayam dan kambing, Cuma bezanya ayam dan kambing menjdai hidangan. Itulah kehidupan yg kosong dari makna kehambaan dan kecintaan pada pemilik kehidupan itu. Kehidupan yg samar tentang asalan dan kesudahannya. Kehidupan untuk akal,perut dan nafsu semata.

Sungai Mekong terbentang didepan mataku. Sesayup mata memandang dari sebelah kiri dan sesayup mata memandang di kanannya. Airnya mengalir lesu. Dari jauh kelihatan beting pasir ditengah2nya , perahu panjang dan orang mencari sesuatu atau bermain2. Ramai remaja lepak dan ada yg berduaan ditebing sungai yg tak terurus ini. Semak dan sampah merata2. Tebingnya yg dibina utk menghadang banjir dipenuhi dengan gerai2 makan yg hanya hidup pada waktu malam. Perahu panjang tanpa enjin bergerak perlahan2 dan senyap. Diseberang sungai sana terdapat pekan kecil yg rumahnya bercirikan tradisional Siam. Senja mula merayap perlahan-lahan, ksepian dan kegelapan akan menyelubungi Sungai ini seketika nanti. Mega mentari merah memancar dicelah awanan dan dibawahnya bukit nanbiru-kehitaman gagah mencengkam bumi. Sayup2 kedengaran suara latar lagu tradisional Thai dari corong2 radio berdekatan. Sungguh asyik sekali.

Aku duduk atas tebing ini sendirian, termangu menatap sungai Mekong yang menyembunyikan 1000 erti, rahsia yg tersurat dan tersirat. Arus sungai Mekong adalah arus kehidupanku. Jengkelnya mengenangkan kehidupan yang masih belum banyak makna. Sedangkan rantai usia yang mewarnai riben kehidupan ini hanya tinggal srejengkal cuma. Hatiku berdeik lagi. Bagaimanakah cahaya rabbani ini bisaku lontarkan kedalam dada insan2 disini?. Bagaimanakah dakwah bisa mewarnai masyarakat ini dan bagaimanakah cahaya keimanan bisa menyirami bumi indah ini suatu hari nanti?. Siapakah insan hebat…insan terpilih itu…Siapa?

Macam biasa maksiat sangat mudah disini. Terasing tiada siapa kenal kita kalau dilakukanpun ianya seperti berada dalam lubang hitam yg tertutup. Maka tiada lagi erti malu, tiada lagi orang yg tahu , tiada mulut yg perlu ditutup, tiada saksi yg boleh dibawa sebagai bukti. Maka benteng apakah yg bisa menyelamatkan seseorang insan selain benteng keimanan dan ketaqwaan. Alhamdulillah aku bersyukur kerana Allah ada dalam hatiku dan terasakaNya lebih dekat dari diriku Sendiri. Tangan2 Allah adalah tanganku, bisikanNya mengatur setiap langkahku, cahaya rabbaniNya adalah penyuluh gerak hatiku. Dalam hotel aku memimpin rakan2 solat berjemaah setiap waktu. Aku teringat kata Syaidina Ali r.a “Apabila keletihan menyambar hatiMu dalam melakukan kebaikan, percayalah keletihan itu akan hilang tetapi Pahala dari amal soleh yang kamu lakukan akan kekal…Namun seandainya kamu seronok dengan maksiat...percayalah keseronkan itu akan hilang tetapi dosanya akan terus kekal bersamamu…”

Maha suci Allah yg menyempurnakan jiwa ini dan melontarkan diri ini kebumi asing yg penuh penghayatan ini. Maha suci Allah yg memegang ubun2ku dan mahasuci Allah yg zatMya dan sifatNya fana dalam qalbuku ini yg mengharap. Maha suci Allah yg mengurniakanku ilmu dan hakikat faham dari musafir ini.

Ya Allah aku rindu sekali rakan2 seperjuangan dan anak2 di Mizan. Baba rindu dengan kamu. InshyaAllah kita jumpa minggu depan. Ya Allah Di kejauhan ini cintaku berkembang mekar. Keterasingan ini menjadikan ukhwahfillah indah sekali…bila dikenangkan. Di bumi tandus dari keimanan ini aku teringatkan sahabat2 yg melangkah seiringan dalam menyirami bumi ini dengan hujan keimanan dengan awanan dakwah yg teduh. Kesunyian ini menambatkan rindu dan cintaku Pada Zaujah dan anak2….
Sungai Mekong terus kuhayati. Sumber Mata air nya dari pergunungan Himilaya dan Muaranya laut Cina Selatan. Ia mengalir merentasi benua dan negeri, menyusuri gunong dan lurah. Begitulah sifat dakwah. Dakwah adalah seumpama menuruni gunong dan lembah. Mengalirkan air sebagai pemberian yang menyuburkan bumi yang menumbuhkan tanam-tanaman. Dimana dia lewati pasti membawa kesuburan dan barakah dari langit. Jika ada batu-batu yg menghalang dia akan mengelak ketempat lain atau sehingga air memenuhi batuan yg menghalang (berkumpul dengan makna kekuatan) dia tetap akan mengalir jua. Kerana muaranya adalah matlamat akhirnya, ia akan berhenti. Sesampai di muara, air itu berkeladak dan kotor setelah membasuh bumi. Selepas itu ia akan menjadi wap dan naik kelangit dan kembali menghujani bumi dengan air jernih dan suci. Maka begitu juga dakwah dan matlamat para daie’ itu adalah daulah dan mardhatillahka. Yang dibawa bersamanya adalah kesuburan, kerahmatan,kesejahteraan dan kasih sayang. Dan jalannya penuh berliku sebelum sampai kemuara. Dan setengahnya meresap kedalam bumi dan tidak kelihatan...mengalir dubawah tanah tetapi akhirnya dia akan sampai jua di muara...

Sungai Mekong ku tatap dan ratapi…Airnya yg mengalir membuakkan cinta diQalbuku yg murung ini. Sungguh ia mengalir tanpa mengenal henti walau ada batu2 yg menghalangnya. Ia pasti mengalir dan terus mengalir menuruni bukit dan lembah sehingga ia menemui muaranya. Teringatku kepada kata kata Syeikh al-Banna. “Jiwa manusia pada hakikatnya penuh dengan cinta..ia harus memiliki muara yang menjadi pelabuhan cintanya. Aku tidak melihat seorangpun yg lebih mulia bagi emosi cintaku selain sahabat yg rohnya menyatu dengan rohku, sehingga sepenuh hati aku berikan cintaku padanya dan kutamakan dia utk menerima persahabatan dan cinta tanpa syarat ini…”. Asyiknya menjadi daie’ bila dihayati penuh erti. Sesungguhnya cinta dilamun ukhwahfillah umpama rindu yg tiada penghujungnya.

Demi Allah...tiba-tiba mataku berkaca menitiskan air jernih, sejernih dan sebening hakikat cinta yg sedang kulamuni ini. Sungai Mekong adalah kolam mata hatiku yg mengalirkan CINTA. Allahuakhbar .. rupa-rupanya bila kita menghayati kehidupan ini dengan hati yg penuh makrifah dan makna disebalik kehidupan yg sudah usang ini…maka senang sekali kita menangis. Benarlah kata Nabi, “ jika kamu mengetahui apa yang aku ketahui nescaya engkau akan banyak menangis dari ketawa.” Agak lama juga aku termangu dan sebak disini….Menginsafi kehidupan, hakikat diri dan Rabb yg memiliki diri ini… teringatkan rakan dikejauhan. Perlahan kulafazkan doa rabitah….dalam hati yg penuh harap.
Allah akhbar
Allah akhbar
Alah Akhbar
Maha suci allah yg menghiasi Hati dengan hakikat CINTA ini!!!!.

June 12, 2009

Salam dari Vientien, laos










Assalamualaikum...khas utk Isteri dan Anak2
Alhamdulillah baba selamat sampai di Vientien, Laos. Baba dan kawan2 menginap di Mekong Sunshine Hotel . Betul2 ditebing sungai Mekong. Disini juga makanan halal banyak. mamak dari india juga lah....lebih senang berbanding dengan di Beijing.
Masyarakat disini semacam 50 tahun mundur kebelakang.... jalan raya kebanyakannya berbatu lada merah. Mereka semua boleh berbahasa thai...duitpun guna duit bhat thai. orangnya baik2...dan selamat disini...
Nanti misi baba seterusnya ialah menyusuri masjid yg banyak terdapat ditepi Sungai Mekong ini. Singainya lebih luas dari sungai Kota Bharu...

Doaka baba Selamat dan Kita dapat jumpa kembali hari rabu 17 Jun.
Internet diari Hotel ni free..dan laju boleh guna line atau wireless...

Ok salam sayang, bersulam rindu dari baba utk semua. nanti baba bawa antum kesini suatu hari nanti...kalau nak hayati hidup dari kesusahan...

June 11, 2009

UHUD: Maqam Syuhada…bertaburan bunga2 CINTA…

Siri 6:Siri sirah tauladan untuk anak2ku.
Dalam siri 6 ini baba akan ceritakan tentang keberanian Seorang Serikandi, Mijahidah (Muslimah). Walaupun dia tidak Syahid di Uhud, tetapi keberaniannya di medan Uhud ini adalah sama mahalnya dengan mereka yg sedang bersemadi di Maqam Syuhada’. Pelajarilah betapa cintanya kepada Nabi (s.a.w) dan yang yg paling benar ialah kerinduannya kepad syurga dan betapa inginnya dia bersama2 Rasulullah dalam syurga. Manakah harapan/cita2 yang lebih besar bagi manusia selain dari apa yg dicintai Muslimat ini. Maka seharusnya para akhawat dan anak2 yg dikasihi, ambillah iktibar dengan semangat jihad seorang sahabat bernama Nusaibah atau gelarannya Ummu ‘Umara.

Umm ‘Umara telah dirahmati dengan pelbagai kehormatan, antaranya adalah kehadiran beliau di Uhud, al-Hudaibiyyah, Khaibar, Hunain dan Peperangan Yamama. Namun peranan beliau yang paling mulia adalah ketika Peperangan Uhud. Umm ‘Umara telah menyertai peperangan tersebut bersama suaminya, Ghaziya, berserta dua orang anak lelaki beliau. Tugas yang dipertanggungjawabkan ke atas beliau adalah untuk memberi air kepada para Mujahid yang cedera. Akan tetapi Allah SWT telah menetapkan satu peranan yang lebih besar dan mulia untuk beliau.

Maka beliau pun mengatur langkah bersama-sama dengan keluarga beliau dengan sebuah bekas kulit buat mengisi air. Mereka tiba di medan perang pada awal pagi hari. Tentera Islam, ketika itu, sedang menguasai peperangan dan beliau telah pergi melihat keadaan Rasulullah SAW. Pada masa yang sama sebilangan Tentera Islam telah membuat satu kesilapan yang teramat besar - melihatkan tentera Quraish berundur, mereka mula berkejaran mendapatkan harta-benda rampasan perang, melanggar arahan Rasulullah SAW supaya tetap di posisi mereka di atas bukit. Khalib bin Walid, (yang ketika itu belum lagi memeluk Islam), apabila melihat benteng pertahanan yang telah terbuka itu lantas mengepalai serangan-balas ke atas Tentera Islam. Penguasaan peperangan beralih kepada pihak Quraish. Dalam suasana kelam-kabut itu, ramai dari kalangan Tentera Islam panik dan berundur, meninggalkan Rasulullah SAW bersama-sama sekumpulan kecil para Sahabat RA. Di kalangan mereka ini termasuklah Umm ‘Umara.
Melihatkan ramai dari kalangan Tentera Islam yang berundur, Umm ‘Umara lantas berlari ke arah Rasulullah SAW dan mengangkat senjata demi mempertahankan baginda SAW, bersama-sama dengan suami dan kedua anak lelakinya. Rasulullah SAW menyedari yang Umm ‘Umara tidak mempunyai perisai lantas baginda SAW mengarahkan salah seorang daripada mereka yang sedang berundur supaya memberikan perisainya kepada Umm ‘Umara yang sedang bertarung. Setelah mendapat perisai tersebut, Umm ‘Umara mempertahankan Rasulullah SAW menggunakannya bersama-sama dengan busur, anak panah dan juga pedang. Umm ‘Umara diserang oleh tentera berkuda tetapi beliau tidak sekalipun gentar atau berasa gerun. Beliau kemudiannya telah berkata, “Sekiranya mereka itu tidak berkuda seperti kami, nescaya telah kami hancurkan mereka, insha-Allah.”
Abdullah ibn Zayed, anak lelaki beliau, telah mengalami kecederaan ketika peperaang tersebut. Lukanya itu berdarah dengan banyak sekali. Ibunya berlari kepadanya dan membalut lukanya itu. Kemudian Umm ‘Umara memerintahkan anak lelakinya itu, “Maralah dan perangi mereka, anakku!” Rasulullah SAW mengagumi semangat pengorbanan beliau dan telah memuji beliau, “Siapakah yang boleh menanggung apa yang kamu mampu tanggung, Umm ‘Umara!”
Tiba-tiba lelaki yang telah mencederakan anak lelakinya mara dan Rasulullah SAW berkata kepada beliau bahawa inilah lelaki yang mencederakan anaknya. Umm ‘Umara dengan berani mencabar lelaki tersebut, yang menurut anak Umm ‘Umara sendiri, adalah seperti perdu pokok yang besar. Umm ‘Umara mencederakan kaki musuhnya itu, menjatuhkannya sehingga berlutut. Rasulullah SAW tersenyum sehingga menampakkan gigi baginda SAW dan berkata, “Kamu telah membalasnya, Umm ‘Umara!” Setelah lelaki tersebut ditewaskan, Rasulullah SAW kemudiannya berkata “Segala puji bagi Allah yang telah memberikan kamu kemenangan dan menggembirakan kamu atas musuh kamu dan membolehkan kamu menuntut bela.”
Pada satu ketika, Rasulullah SAW telah keseorangan. Melihat peluang keemasan itu, pihak musuh, Ibn Qumay’a segera menyerang Rasulullah SAW sambil menjerit “Tunjukkan Muhammad padaku! Aku takkan selamat sekiranya dia diselamatkan!”. Lantas Mus’ab ibn ‘Umayr, bersama-sama dengan beberapa orang sahabat yang lain, bergegas mempertahankan Rasulullah SAW. Umm ‘Umara yang turut bersama-sama dengan mereka terus menetak musuh Allah itu, walaupun dia memakai dua lapis baju besi. Ibn Qumay’a berjaya menetakkan bahagian leher Umm ‘Umara, meninggalkan luka yang teruk. Rasulullah SAW terus memanggil anak lelaki Umm ‘Umara, mengarahkannya membalut luka ibunya sambil mendoakan kerahmatan dan kesejahteraan ke atas mereka dan menyatakan kemuliaan mereka. Umm ‘Umara, bila menyedari yang Rasulullah SAW menyukai kesungguhan dan keberanian beliau, lantas meminta Rasulullah SAW supaya berdoa agar mereka dijadikan Allah di kalangan sahabat-sahabat Rasulullah SAW di syurga nanti. Selepas Rasulullah SAW berdoa, Umm ‘Umara lantas berkata, “Aku tidak pedulikan apa sahaja yang menimpaku di dunia ini!”
Pada hari tersebut, Umm ‘Umara menerima tiga belas luka dan luka di lehernya terpaksa dirawat selama setahun. Beliau kemudiannya juga menyertai Peperangan Yamama, di mana beliau menerima sebelas luka dan kehilangan tangan.
Keberanian Umm ‘Umara menyebabkan semua para Sahabat RA mennghormati beliau, terutamanya para Khalifah yang akan menziarahi beliau dan sentiasa mengambil berat tentang keadaan beliau. Umar ibn Khattab RA telah menerima kain-kain sutera yang sangat bagus buatannya. Salah seorang yang berada di situ berkata bahawa kain tersebut sangat mahal dan Umar RA patut memberikannya kepada isteri Abdullah ibn Umar, Safiyya bint Abu ‘Ubayd. Umar RA walaubagaimanapun tidak mahu memberikan kain yang sedemikian kepada menantunya. “Ini adalah sesuatu yang tidak akan kuberikan kepada ibn Umar. Aku akan berikannya kepada seseorang yang lebih berhak keatasnya - Umm ‘Umara Nusayba bint Ka’b.” Umar r.a kemudian menceritakan bagaimana ketika Peperangan Uhud, beliau mendengar Rasulullah berkata bahawa apabila baginda SAW melihat ke kiri mahupun ke kanan, baginda nampak Umm ‘Umara sedang bertarung di hadapan baginda SAW.
Inilah kehidupan Umm ‘Umara, pejuang yang tetap berdiri apabila ramai yang berundur, yang mengarahkan anaknya yang cedera parah kembali menyertai peperangan yang sengit, dan yang bersedia menggadaikan nyawanya demi menyelamatkan Rasulullah SAW. Sebagai balasan, beliau menerima doa agar dijadikan di kalangan sahabat Rasulullah SAW di syurga.
Moga Allah SWT merahmati para akhawat kita hari ini dengan keberanian, semangat pengorbanan dan istiqamah yang sedemikian. Maka adakah gelangang akhawat itu hanyalah dirumah dengan menghayun buaian sahaja? Sedangkan diluar sana masyarakat sedang tenat, maksiat berleluasa, kezaliman melata, kejahilan mencengkam umat manusia. Maka apakah sepantasnya peranan dan posisi seharusnya diisi oleh akhawat2?...Lalu apakah persiapan2 yg perlu sebagai perbekalan dan persiapan…yg mana dalam konteks ini membuka ruang perbincangan yg panjang.
Satu perkara yg menarik dalam kisah ini ialah bagaimana Khalifah Umar r.a memuliakan sahabiah yg pernah dimuliakan Nabi semasa hayat baginda. Jelas disini bahawa, dengan jawatan Umar sebagai Khalifa, tidak terdetik Umar r.a utk memuliakan anaknya sendiri, malah dia lebih suka utk memuliakan wanita yg dimuliakan Allah dan rasulNya. Itulah anak2, maka marilah kita merasa senang dan cinta kepada apa2 yg dicintai Allah, walaupun kadang ianya berada pada orang lain/kumpulan selain dari kita. Inilah yang payahnya bagi kita utk meletakkan kiblat hati kita pada perspektif yg betul sebagaimana kehendak Allah. Berilah cahaya kepada Cinta yg ada dalam lubuk hati kita kepada haknya. Mudah2 Allah menjernihkan hati dan kefahaman kita atas jalan dakwah ini…selalam-lamanya. InshyaAllah.

June 6, 2009

Beijing Flash Back

Beijing: Day 3

(Terlebih dahulu; Maaf lagu latar VIDEO di atas menggunakan lagu China. Ingat masa kecil2 dulu memang minat lagu China. Tok nenek dulu pun asal dari sana dan belah ayah dari Pakistan. He. he. acah jer tu)

Hari ini dapat tourist guide. Jumpa semasa melawat gerai Kaligrafi China di forbidden city semalam. Rain Namanya. Bayar 200 yuen utk seorang utk ke Great wall, copper craft, jade factory and Silk factory. Bayaran tu termasuk utk kenderaan, makan tengah hari (tak halal-walaupun katanya dia halal) dan massage reflexology dan teh ceremony. Perjalanan hari ini sungguh memenatkan keluar kul 8 balik kul 8 malm ke hotel. Ingat tu jangan terkejut,di China waktu subuh 3 45 pg dan maghrib kul 8…isyak kul 10 mlm. Musim panas, siang sangat panjang…He he pelik kan…

Great Wall memang mengkagumkan. Tapi bahagian yg dilawati jer yg cantik. Bhg jauh atas puncak bukit tu..tak tahulah ada ke tak…sebab tak siapa yg larat nak naik. Sampai stage 3 pun macam nak mati…gayat dan udara nipis..dan kering. Kononnya 6400 KM panjang…rasa macam tak percaya jer…sebab china ni memang suka buat gimic. Teh ceremony pun… gimic…konon2nya…mereka terlalu percaya pada PHENGSUEI. Nasib dan macam2. Jade ada kaitan nasib…teh pun nasib, …kononnya maharaja yg minum. Naga berkaitan maharaja je, rakyat biasa takleh guna. Yg paling kami rasa xpercaya ialah masa massage…reflexsology. Cerita macam2 oleh chifu…macam bagus;dan mereka selalu sebut professor… semasa massage tu mereka bawa “professor reflexology” dari Tibet…tilik punya tilik, prof tu buat diagnostik penyakit dengan tengok tangan dan kaki dan mata. Kawan sebelah kena 26000 yuen, aku lak kena 4000 Yuen. Herb Teratment katanya. Maka akupun kata maaflah kami adalah Medical doctor dari Malaysia both...Univ. lecturer… dan nmpak dia mula nak marah…kerana kami tak percaya dan tak jadi beli herb mereka…Yg dok urut kaki tu bukannya urut kaki…tapi dok main tepuk betis dan kaki, bukan urut tapak kaki. Kebetulan aku dirumah ada mesen urut kaki OGAWA dan kerusi urut …Anda lihat sajalah sukan Olympic macam mana mereka buat gimic…memang pakar dan professional. So aku rasa great wall yg katanya 6400KM tu rasanya tak ada…he he …andaian jer.

Seperkara lagi…semua tempat yg dilawati … kilang tembaga, jade dan teh dll…adalah milik kerajaan. Mereka berkerja dengan kerjaan. Sesab tu tokleh nak tawar harga, kerajaan punya katanya. Aku Tanya gaji mereka kata rahsia. Sebenarnya ladang padi/gandum disepanjang perjalanan pun milik kerajaan.

Jade dan tembaga memang cantik tatapi sangat mahal bagi kami. Kalau gelang jade yg boleh didapati di pasar malam atau di billion KB dengan harga RM 20 di sana ada sampai 200 yuen dan ada harganya 8000 yuen. Memang harganya mahal atau memang aku tak tahu menilainya. wallahuA’llam. Tetapi memang tak minat pun. Teh pun mahal…harganya. Sampai 300 sepeket… tapi beli gak 2 3 pekat utki buat hadiah org di Malaysia. Minyak urut 200 yuen…he he ..bagus kot bagi kat mak yg selalu sakit lutut. Maalomlah dah tua. Nampak suka sekali mak bila cakap ubat dari Cina…dan mahal pulak tu…raja raja cina yg pakai. Tapi minyak urut tahan sakit tu memang bagus sungguh utk hilangkan sakit.

Ok lah…bagi yg nak jalan-jalan…boleh lah gi ke China. Takyah amik pakej pelancongan…Book Air asia goo Holiday pun boleh… sama jer murah sikit adalah kot. Kami gi 3 200 siap tiket flight dan b1st.

Hari akhir: Kami balik ke Malaysia ambil train dari Beijing ke Tianjin. Pada mulanya rasa risau takut tersesat/tak sempat sampai seblum flight kul 3 ptg maalomlah masalah komunikasi dan tak tahu selok belok Negara orang. Kami amik teksi dari hotel utk ke Beijing Sauth Railways Station. Memang mudah macam di KL central. Malah system dan mesen auto ticketnya lebih canggih lagi. Train sangat laju dan selesa mencecah 324 KM/j. Setengah jam jer kamupun sampai di Tianjin. Dari stesyen kami terus amik teksi ke Air Port. Tapi bagi siapa yg baru sampai jangan amik teksi ULAT…Sapu. Amik Teksi proper. Memang ULAT penuh keliling pinggang bila turun dari Train… Tapi awas dengan ulat2 ni!!!.

So akhirnya kami terbang pulang keMalaysia Kul 4 Ptg waktu China…Selamat tinggal China…Selamat Tinggal Great Wall dan selamat tinggal 1000 kenangan…yg tak dapat dilupakan. Selamat tinggal rakan2 muslim yg sempat kami jumpa disana...Moga jumpa lagi.

GENGAMAN WAKTU DAN KETIKA