November 16, 2009

Saya mintak bantuan pembaca. sila baca dan bantu saya!!!!


Suatu malam

Saya berborak2 dengan anak bongsu, Buraidah. Anak ini suka tanya yg pelik2 dan suka bergurau dan buat joke dengan babanya. Dia dengan kembarnya Muthsanna sama jer. Itulah buah hati ini. Kalau out-station mestilah 2,3 kali kena vodeo call..."katanya nak tengok muka baba".

Suatu hari semasa tengah main2 dengan buraidah dia ada tanya soalan. "baba bumi tu bulat kan?". Saya pun jawab yes!. Dia tanya lagi "kalau bumi tu bulat kenapa air laut tak jatuh bah?". masyaAllah, lepas tu aku rasa tercengang...rasa nak tergelak dan tak sangka dia tanya soalan macam tu.Tak terjawab soalan tu...aku cuba terangkan tapi dia tetap tak faham.sbb mana ada anak2 berumur 5 tahun tahu pasal teori graviti. So yg aku dapat buat hanyalah aku cium kedua2 pipinya dan dahinya dengan kasih sayang.

Lepastu dia tanya lagi, "bahhh...Allah tu dibuat dari pada apa?"...masyaAllah dalam hati ini hanya terdetik..."ya allah kau rahmatilah anakKu ini". Soalan ini pun aku tak dapat jawab dengan meyakinkan utk memuaskan hatinya.Aku cuba jelaskan walaupun guna teori yg mencipta takkan ciptakan sesuatu yg sama dengan pencipta. buraidah ini adalah seorang anak suka sangat tanya solan yg pelik2.(Dalam gambau atas blh kanan saya,tengah tu kembarnya Muthsanna dan kiri saya abangnyer Mursyidi(e-deen).

Sooo...kesempatan ini saya mintak bantuan semua pembaca yg singgah di blog saya ni untuk bantu saya jawab 2 soalan ini. bagaimana nak jawab untuk seorang anak yg baru berumur 5 tahun....Silakan beri pandangan!!!!

MOHON BANTUAN...PEMBACA

Diari Minggu Ini

Isnin hingga Rabu Minggu ni berada di INTEKMA RESORT, S Alam. Ada bengkel penulisan Jurnal. So ada di pejabat hanya Khamis hari terakhir sem ini. Hujung minggu (19-21 Nov) ni ada pgrm Mukhayyam IPT kel.Selamat bermukhayyam bagi anak IPT kel.
21 Nov 8.00 pg hingga 4 ptg...speaker kursus Induksi kepada KPLI dan PISMK_OUM

November 10, 2009

Tazkirah Minggu Ini

Dari MaliBox
Sambungan: Manisnya jadi wanita...

Suatu ketika dulu, ada seorang gadis mendatangi Seorang alim... Dia mengadu betapa susahnya menjadi perempuan. Katanya, pergerakan perempuan terbatas. Semua yang dilakukan oleh perempuan menjadi perhatian.

Susah menjadi gadis sebab dia akan mengalami kesakitan-kesakitan berjadual. Alangkah mudahnya jika dia menjadi lelaki, dia akan bebas ke mana-mana saja tanpa sekatan.

Gadis ini beriya-iya mengatakan hidupnya akan lebih bermakna sekiranya dia dilahirkan sebagai lelaki.

Lalu orang alim itu pun memberi contoh kehidupan rama-rama. Katanya.. rama-rama selalu menyangka kehidupannya payah. Dia dilahirkan dalam bentuk pulpa. Terpaksa tinggal lama dalam kepompong. Kemudian apabila keluar dari kepompong dia terpaksa menjalani hidup sebagai ulat. Tatkala begini dia terdedah pada bahaya disambar burung. Manusia pun geli melihat ulat. Tetapi tatkala dia sudah menjadi rama-rama dia akan menghiurkan penglihatan sesiapa saja. Tatkala dia mengembangkan sayapnya semua akan terpukau kagum.

Alangkah manisnya kitaran hidup rama-rama sebab dia dilahirkan untuk mewarnai alam. Alam menjadi ceria dengan kehadiran rama-rama. Hampir semua orang akan terpukau melihat rama-rama. Manusia seganas mana pun akan berasa lunak melihat rama-rama.

Demikianlah wanita, dia warna alam yang cukup berharga dan terhormat. Tanpanya, dunia tidak akan semeriah ini. Setiap insan lahir dari manusia bernama wanita. Alangkah manisnya menjadi wanita sebab dia unsur terpenting dalam kewujudan alam ini sedemikian rupa.

Kalau kita hendak melihat keburukan bukan satu yang akan kita jumpa, kalau kita hendak mencari kebaikan dan keindahan bukan satu dua juga yang akan kita temui. Apa pun, ingatlah, “Man laa yarham walaa yurham.” (Muslim). sila cari matan hadis ni!.

November 9, 2009

Diari Minggu Ini

Minggu ini berada diluar penuh. Isnin hingga jumaat di KL; ada Kursus Penanda Aras ICT kendalian BPG. rabu khamis lajak ke Ipoh sat kerana ada Seminar penyelidikan Peringkat Kebangsaan (Sekali lagi hadir sebagai Pembentang). Di Ipoh ni hanya gi bentang jer.

November 4, 2009

Tazkirah Minggu Ini

Dari MailBox
manisnya bergelar wanita

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah.

Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari empat aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya.
Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita Muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan ALLAH Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya tumbuhan yang kecil.

Tidakkah anda melihat betapa Islam telah meletakkan wanita pada kedudukan semanis-manisnya? Jika semua saranan Rasulullah ini dituruti ia cukup manis, semua yang bertentangan menjadikannya pahit bagai hempedu.

Kemanisan wanita akan hilang apabila apa yang dilakukannya bertentangan dengan kejadiannya yang asal. Seorang wanita menjadi kupu-kupu. Dia tidak pulang ke rumah sebaliknya bersidai di tempat yang tidak senonoh hingga larut malam. Apakah itu manis? Sudah tentu tidak, sebab tempat seorang wanita ialah di rumah tatkala malam telah melabuhkan tirainya. Sekiranya dia perlu berada di luar, dia berada di tempat yang selamat lagi munasabah. Misalnya berada di majlis ilmu, berada di tempat kerja dalam sif-sif tertentu, berada di tempat himpunan keluarga. Tetapi seandainya dia berada di tempat selain itu dia sudah tidak tergolong sebagai wanita manis.

Hati orang normal akan mengatakan hal ini benar, tetapi hati orang yang ‘sakit’ akan mengatakan ini salah.

October 29, 2009

ESQ(alumni;prof-009;0097): SaAT CinTa MulAi MeNyEntUh

Siri 5: Sydney…tulus dan nyaman cintaku padanya

...Rindu ini muncul lagi
Ingin kucium dan kuletakkan kepalaku diatas dadanya
Serasa Indah dunia kami...
nyamanan cinta tika bersamanya
...rindu ini datang lagi
Karena ketika ini aku ingin menggapainya
Sosoknya tak jua kutemukan
Walau kuraba seluruh ruang
Dan kucari dipelusuk perasaan
Waduh, apa yang terjadi dalam hidupku
siapa dan dimana gerangannya???
Ya..
Kini kuumumkan pada dunia,
Hari ini...
jiwaku berlari
mencari sosok yang sedang memanggil rinduku
Yang ketika aku sedih dan ketawa dia selalu ada
Kemana dan Dimana.. batinku mendambakan dia!!!.
Tetapi kini semuanya telah hilang
Saat ini….
kehilangannya amat terasa.
kerana dia adalah segala-galanya.
dirinya adalah diriku


Itulah syair batin ini ketika lembahnya gersang. Itulah antara ungkapan jiwa ini sewaktu kekeringan dari hujan kasih insan yg sering berdampingan. Insan yang saling memberikan cinta sepenuh jiwa. Insan yang jiwanya adalah sebahagian dari jiwaku. Insan yang telah kubina mahligai untuknya disyurga. Insan yg rumahnya memenuhui subur bumi jiwaku .Insan yg ada dalam setiap helaan nafasku. Insan yg telah memberiku 1000 cahaya. Insan yg telah menemaniku disetiap tapak langkahku. Insan yg paling memahami diriku dan mengenaliku. Insan yang mengetahui seluruh rahsia hati dan jiwaku, maka aku memahaminya.

Baru 15 hari berlalu insan tersayang (umi) meninggalkan aku dan anak2. Umi terbang ke Sydney, Australia(pada pertengahan Mei 2005). Umi akan berada 3 bula di Australia. Pada masa tu aku tengah buat Master diUiTM, Syah Alam. Sem akhir. Kebetulannya cuti semester. Biasalahkan university cuti bulan mei-julai. Umi ke Sydney kerana mengikuti program USMUS antara USM dengan West-Med Hospital Sydney, AU. Dan memang kami merancang utk bawa semua anak kesana hujung bulan julai. Iaitu bulan akhir umi berada disana dan di Australia bulan julai adalah Winter. Ye lah anak2 nak rasa musim dingin dan main salji.

Namun baru seminggu umi meninggalkan kami sekeluarga kepayahan mulai terasa. Maalomlah hampir 15 tahun jiwa kami saling menjalin dan terjalin. Siratannya pasti susah untuk dirungkaikan. Seklai terpisah begini kepahitannya mulai terasa. Seminggu berlalu duit sudah mulai banyak disimpulkan membentuk impulse gelombang EM yg dihantar melalui SMS utk menyampaikan hasrat jiwa. Maka bill telefon mulai melambung. Minggu ke dua kehebatan cinta semakin membara. Ianya beralih kepada menggunakan kopmuter riba untuk chating. Wahhh…malam yg sepautunya utk tidur tetapi dihabiskan utk chating. Minggu ketiga bukan lagi chating biasa-biasa, tetapi pacaran yg bakaran apinya sudah tak bisa dipadamkan lagi…melainkan dengan mengenemukan dua pintu cinta. Sungguh aku tidak sangka...sampai begini terjadi. Maka seolah-olah sudah tiada pilihan lagi aku mesti mendapatkannya.

Namun… bumi Ausrtalia tu bukannya dekat. Bukan sedikit maharnya perlu dibayak untuk sebuah cinta yg sedang membara. Tetapi bukanlah banyak pilihan melainkan hanya satu jalan sahaja…iaitu mesti mertemu; maka sekarang duit bukan lagi utk ditukar kepada impulse elektronik tetapi ianya menjadi kapalterbang yg bisa menerbangkan jiwa dan ragaku ke sana. Memang benarlah ungkapan bahasa cinta “lautan api sanggup direnangi…gunung sanggup diredahi”. Wah sebelum ni ingatkan mengarut jer ungkapan seperti ini tetapi hari ini aku mulai faham dan akur.

Maka minggu ketiga tiket MAS sudah tersedia untuk aku terbang kesana. Semuanya urusan selesai maka diri ini perlu berangkat segera untuk terbang mendapatkan rindunya, kenyamanan cinta ini ada bersamanya.Rasa-rasanya diri ini sudah tidak wujud lagi dibumi Malaysia ini. Waduh..penerbangan yg penuh dengan debaran dan bakaran api cinta.
(pause dulu; panjang sangat)

Nantikan…siri berikutnya. Sydney…”sircular-quey…opera house”..bulan madu musin dingin.

October 25, 2009

Tazkirah Minggu Ini

Dari MailBox

Different Seasons...

The following pictures are of the same place but taken in different seasons...

There was a man who had four sons. He wanted his sons to learn not to judge
things too quickly. So he sent them each on a quest, in turn, to go and look
at a pear tree that was a great distance away.

The first son went in the winter, the second in the spring, the third in
summer, and the youngest son in the fall. When they had all gone and come back, he called them together to describe what they had seen.

The first son said that the tree was ugly, bent, and twisted.
The second son said no it was covered with green buds and full of promise.
The third son disagreed; he said it was laden with blossoms that smelled so
sweet and looked so beautiful, it was the most graceful thing he had ever seen.
The last son disagreed with all of them; he said it was ripe and drooping
with fruit, full of life and fulfillment.

The man then explained to his sons that they were all right, because they
had each seen but only one season in the tree's life.

He told them that you cannot judge a tree, or a person, by only one season,
and that the essence of who they are and the pleasure, joy, and love that come
from that life can only be measured at the end, when all the seasons are up.

If you give up when it's winter, you will miss the promise of your spring,
the beauty of your summer, the fulfillment of your fall.

Moral lessons:

-Don't let the pain of one season destroy the joy of all the rest.
-Don't judge life by one difficult season.

GENGAMAN WAKTU DAN KETIKA