December 5, 2011

ISK...


Dah lama tak buet entri dalam blog. Cuti bukannya bererti rehat...tetapi banyak urusan lain dari rutin yg nak kena buat. Move sana sini, bersama anak2 dan Lecture KDC dalam cuti dan bnjirrr...

Utk entri kali ini ana kungsikan utk tatapan anak2 tulisan seorang akhawat yg telah dikungsikan dalam fb. Mintak izin ya ukhti!. Tentunya lebih faham jika antum pernah hadir ISK. Dan sudah pasti rugilah yg berpeluang tapi tak dapat hadir...dan teramatlah rugi bagi sesiapa yg tak pernah pun dengar singkatan ISK ini. Percayalah hidayah itu dekat kepada yg mencarinya...bukannya kepada yg lari darinya!


(minta izin ye ukhtifillah)

Assalamualaikum wbt.

Ketika awal-awal bulan saya di UK ini, saya banyak bertemu dengan senior yang “memeluk” Islam setelah sekian lama berada dalam jahiliyah. Saya berasa pelik;

“Wah, ramai ye berubah sejak datang keluar negara” detik hati saya.

Tidak dapat tidak, perasaan ingin tahu saya menyala-nyala, lantas setiap kali bertemu kakak-kakak yang kembali ke pangkal jalan, jika dirasakan sudah cukup rapat, saya akan bertanya;

“Akak, kenapa akak berubah ye? Sejak bila? Apa turning point hidup akak?” Soalan seorang budak yang ingin tahu.

Jawapan yang saya terima pelbagai. Bermacam-macam. Melihat perubahan mereka, saya mahu juga! Ketika awal-awal bulan pertama itu, saya mulakan proses mahu mencari kebaikan. Saya terfikir:

“Apa agaknya akan jadi turning point hidup aku ye? Mesti ke kena ada 1 peristiwa yang macam tu? Kalau tiada adakah maksudnya aku tak boleh berubah?”

Saya tahu saya tidak boleh tunggu, kerana saya takut “turning point” itu tidak saya alami. Kerana itu, saya menghadiri semua kuliah agama yang ada, ceramah semua saya cuba untuk tunjuk muka. Saya pernah berusrah dengan 3 orang yang berlainan, dan setiap orang akan buat setiap minggu. Maksudnya, masa tahun pertama saya di UK, saya berusrah tiga kali seminggu. Saya dalam pemburuan mencari makna Islam.

Ya, banyak aktiviti keagamaan saya hadiri. Tetapi saya sendiri dapat merasakan sejujurnya hati saya tidak “basah”. Saya rasa sama sahaja pandangan saya terhadap Islam, tidak berubah. Saya masih tidak nampak di manakah Islam sebagai Ad-Deen itu. Saya masih tidak dapat menghayati Islam. Yang beza bila saya banyak menghadiri aktiviti agama, ilmu itu bertambah sedikit demi sedikit. Tetapi seperti saya katakan, tidak basah. Masih tidak dapat menghayati.

Allah memberi pada yang mencari.

Salah satu naqibah saya menjemput pergi ke Program Ini Sejarah Kita (ISK). Saya beri respon positif. Saya hadir dengan harapan yang sama saya letakkan pada setiap majlis ilmu yang saya hadir, semoga Allah melemparkan hidayah dalam hati saya.

Pagi itu, saya hadir, duduknya di tengah-tengah, agak hadapan. Mahu fokus yang penuh dan maksimum. Nama pun sejarah kita. Nah! Saya dihidangkan dengan sejarah Islam, sejak sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW lagi, sehinggalah zaman sekarang ini. Sejak Rasulullah SAW dilahirkan, berdakwah secara rahsia, terang-terangan. Baginda membina negara Islam pertama, lalu empayar Islam disambung dengan khalifah-khalifah unggul. Yang akhirnya tersungkur kerana Islam yang diamalkan tidak lagi Islam dalam hati yang disanjung.

Saya sedar juga. Wah. Selama ini saya ada tugas rupanya. Agar membantu menegakkan Islam kembali. Saudara di Palestin yang menderita, itu bukan omong kosong rupanya. Rupa-rupanya Palestin itu memang isu bersama. Rupa-rupanya Al-Aqsa itu memang harus direbutkan. Rupa-rupanya itu memang milik kita.

Itu semua memang berat untuk fikiran saya. Terasa satu pencerahan tentang satu isu besar tentang kehidupan yang selama ini hanya dianggap sebagai isu sebelah mata.

Tapi bukan itu saja. Saya ceritakan zaman jahiliyah saya bukan mahu membuka aib sendiri. Tetapi saya hanya mahu berkongsi. Malaysia sekarang dilanda arus hiburan dari Korea tidak kira perempuan mahu pun lelaki. Malangnya saya tidak terkecuali. Ketika itu saya bangga saya tahu semua berita mengenai hiburan Korea. Saya fikir, alah sembahyang juga, datang usrah juga. Oklah ni, hiburan sikit apa salahnya. Saya bangga kalau sebut apa-apa, saya sudah tahu dahulu. Boleh kira saya berada di saf hadapan (haha!). Tetapi! Semasa ISK. Ada video pendek. Dimainkan di hadapan saya. Pertengahan video itu, ada tulisan “berhala zaman moden” dengan gambar-gambar yang dimaksudkan berhala ialah artis-artis kegemaran saya. Tersentap saya seketika. Saya diam. Saya sudah tidak peduli isi video yang selepas itu. Otak saya ligat berfikir. Berhala? Korea? Saya selama ini menyembah mereka tanpa saya sedari! Saya diam. Sesi-sesi selepas itu, saya tahu dalam program ini ada sesuatu. Saya tambah fokus saya. Terus bertanya apa yang akal saya tidak dapat mencerna.

Perjalanan balik dari ISK, saya merasakan satu perasaan yang kompleks. Saya berasa diperhatikan. Saya rasa ada “sesuatu” yang melihat, dan saya tahu yang melihat itu ialah Allah. Saya rasa concsious dengan “sesuatu” yang melihat saya itu. Tiba-tiba sahaja benda ini terjadi. Ketika itu, saya rasa vulnerable. Saya rasa lemah. Saya rasa bila-bila masa saya boleh mati jika Dia mahu. Saya rasa kaki saya sangat tidak berdaya untuk melangkah. Saya rasa langit yang besar itu tiba-tiba boleh runtuh dan menghempap saya. Saya terbayang ayat-ayat Al-Quran yang menceritakan tentang hari kiamat, neraka dan azabnya, yang selama ini tidak dapat saya hayati, saya rasakan ayat-ayat itu sesak mengasak dada. Sukar bernafas. Itu semua terjadi dalam perjalanan balik.

Balik ke dalam bilik, saya tenangkan hati. Saya fikir, “Wah hebat betul penangan ISK tadi”. Saya fikir perasaan ini akan reda. Sebab saya pernah juga merasa insaf tiba-tiba, tetapi bukan dalam magnitude sebegini.

Saya silap. Seminggu perasaan saya kacau bilau. Sejak itu, bila saya berjalan, saya berjalan cepat, akan lari masuk ke dalam bangunan. Kerana saya takut langit akan menghempap saya bila Dia mahu. Tetapi bila saya masuk ke dalam bangunan, saya tidak boleh duduk diam. Saya rasa bangunan itu boleh runtuh. Satu benda lain terjadi. Dulu saya duduk di Opal 2. Kiblat saya menghadap tingkap. Dan langsir memang saya selalu biarkan terbuka. Sejak saya balik dari ISK, kalau mahu solat saya kena duduk dulu 5 minit tenangkan hati, sebab kalau tidak, semasa solat kaki saya akan longlai sendiri, dan saya jatuh. Kenapa? Sebab sembahyang saya menghadap langit yang luas itu. Terutamanya malam. Saya rasa saya berhadapan betul-betul dengan yang Maha Kuasa itu. Saya rasa malaikat-malaikat semua memandang saya. Saya sangat merasakan Allah melihat saya.

Akhirnya, keadaan menjadi lebih teruk. Saya takut mahu keluar bilik. Perasaan ini terlalu berat untuk saya tanggung. Akhirnya, saya tak tahan lagi, saya bertemu salah satu naqibah saya untuk bercerita. Nampak saja mukanya air mata saya berderai. Saya ceritakan padanya. Perihal langit mahu menghempap saya. Perihal di kala solat kaki saya longlai tidak boleh berdiri. Perihal saya tiba-tiba merasakan semua ini. Perihal saya tidak peduli lagi hal-hal yang lain, yang hanya saya terfikir, kiamat, neraka, azab dan mati.

Naqibah saya. Saya speechless. Saya sangat bersyukur diberi kesempatan untuk berusrah dengannya. Dalam ketiga-tiga usrah yang saya hadiri, usrah dengannya paling menyentuh hati. Dalam pertemuan itu, dia berkata, ketakutan yang saya rasa itu, adalah ketakutan kepada Allah. Itu sepatutnya memang kita kena rasakan. Tetapi dalam masa yang sama, harapkan keampunan dariNya. Percaya Dia itu penyayang, pengampun. Perasaan itu sepatutnya diuruskan seperti apa yang diajarkanNya. Ada khauf dan raja’. Ada takut dan mengharap. Penyelesaiannya bukan lari. Tetapi taubat.

Perjalanan balik. Saya mendongak melihat langit. Saya bersyukur. Saya lega. Saya faham sekarang. Saya rasa seperti satu kelubung hitam yang selama ini menutupi 20 tahun kehidupan saya, telah diangkat. Saya rasa satu perasaan yang tidak pernah saya rasakan. Saya rasa “Islam”. Satu demi satu ilmu yang selama ini saya katakan saya tidak faham dan tidak dapat hayati, satu persatu saya terbayang dalam kepala, satu persatu semua menjadi jelas dan sempurna. Sempurna setelah saya faham Islam. Benarlah, tahu dan faham itu lain. Tahu Allah itu Maha Besar, tidak sama dengan faham Allah itu Maha Besar.

Hanya kesyukuran dapat saya panjatkan, setelah Allah beri kefahaman Islam.

Oh cerita berhala tak habis lagi. Alhamdulillah, berhala-berhala itu semua sudah lama saya tinggalkan. Korea? Saya tidak minat, saya tidak tahu. Malahan jelik mendengarnya.

Kesimpulan.

Saya bukanlah mahu berkata jalan saya ini harus atau akan ditempuhi semua orang. Tetapi hidayah Allah itu perlu dicari. Bayangkan jika kita mahu ke Perlis. Mahu menumpang kereta di tengah highway. Tetapi berdiri di jalan yang arahnya ke Johor sana. Sampai bila tiada yang mahu menumpangkan. Mahu mencari hidayah, cari di tempat yang betul. Cari di majlis ilmu. Jangan cari di tempat maksiat bercampur gaul lelaki perempuan dengan bebasnya tanpa batasan.

Saya tidak katakan semua orang akan berjumpa turning point ini. Saya sendiri tidak tahu adakah semua orang akan mengalaminya. Satu tahap di mana kita sendiri menyanjung tinggi Allah di dalam hati. Saya tidak katakan juga anda akan bertemu hidayah di ISK seperti saya, itu rezeki saya, yang Allah susunkan untuk saya. Yang saya boleh cakap hanyalah, harap, harap dan sentiasa berharap yang Allah akan beri kita hidayah, tidak kiralah dalam apa jua keadaan. Oleh itu jika ada aktiviti keagamaan, lapangkan waktu dan beri kesempatan. Setiap kali ke majlis ilmu, lapangkan dada selapang-lapangnya. Terima ilmu itu, cuba untuk faham dan fokus. Kita tidak tahu bagaimana Allah mahu memberi hidayah.

“Hidayah itu umpama bilik yang tertutup, kita harus berusaha untuk membuka. Hidayah juga seperti air hujan, yang jika kita mahukan perlu ditadah bukan hanya termengadah”

Namun, kita juga harus berdoa, agar hidayah yang diberi Allah itu, tidak ditarik semula. Sebab itu doa kita harus bergandingan.

“Ya Allah, Kau berikanlah aku taufiq dan hidayah”

“Ya Allah, kau berikanlah aku petunjuk dan kekuatan”

Doa agar diberi kekuatan untuk terus tsabat atas jalanNya. Dan doa juga agar Dia tidak menarik kembali hidayah yang telah Dia campak ke dalam hati kita.

Banyak benda kita harus berdoa. Doa itu senjata orang mukmin.

Wallahualam bissawab.

November 9, 2011

"MAKNA 11.11.11 kepada keluarga kami".

"GRATISAN CINTA DARI Ilahi...".

Andai hidup ibarat dua Sisi duit syling, siapakah yg bisa menentukan hitam puteh hidup kita?....Siapakah sebenarnya yg berhak menghina dan memuliakan diri kita selain Allah.
Sesungguhnya seluruh nikmat dan rahmat adalah hanya milik Dia yg memiliki seluruh alam ini. Seluruh Kebesaran dan darjat adalah kepunyaanNya. Maka setiap inci panca indera deria dan setiap saat helaan nafas kita saat ini sebenarnya dalam gemgamanNya. Semua anugerah itu adalah hakikat gratisan Cinta dari tuhan pemilik diri,hati dan jiwa kita ini. Kerana tuhan sayang kita: bila diberikan nikmat yg kita sering cepat melafazkan syukur dan apabila dicampakkan musibah yg membolehkan bibir kita menuturkan sabar dan jauh dalam hati membenih redha yg mendamaikan.

Buat UMI; baba dan anak2 ucapkan Selamt Hari Lahir yg ke 44 Tanggal 11/11/11. Tambah seri dan maknanya sambutan tahun ini dengan anugerah Pingat Darjah Ketiga Setia Mahkota Yang Amat Terbilang (PSK) sempena Keputeraan Sultan Kelantan hari ini. Moga kami lebih berbangga dengan Umi...selama ini dan selamanya. InshyaAllah. Umi adalah insan hebat walaupun bibir ini tidak sering melafazkannya. "Kami Sayang Umi"

Secawan Kopi Sepinggan Nasi Berlauk Pagi ini!!!!...

Assalamualaikum semua...
Minggu ni Kampus sunyi sepi. Sutdents semuanya tengah struggle study dan ada yg tengah exam final. Tapi pensyarah yg tak ada kerja tu...berduyun2lah keluar cari makan pagi.

Semalan (rabu) baru masuk office sebab hari selasa masih cuti, Qurban lembu di SMI Aman. 2 ekor. Semalam juga berduyun2 menerima tetamu dbilik dari kalangan pelajar dan rakan pensyarah. Kalau pelajar tu ada yg berubat dan ada yg datang utk minta "syafaat". Minta halal segala ilmu dan minta doakan utk kejayaan final exam ni.

Alhamdulillah pagi hari ada geng yg tunggu utk makan pagi. Makan tu perkara biasalahkan...tapi yg boleh dikungsikan disini ialah antara topik perbualan aku dengan En Yusof ialah cerita ttg Bob Loqman (artist). Bob lokman kata masa dia jadi artis dulu majlis agama takder nak tegur, tapi bila dia sudah nak belajar jadi baik, aikkk ada banyak pulak salahnya .Majlis agama yg kata dia salah. kan aneh tu?. itu kata rakan saya pensyarah En Yusof lahhh. Kami sama sama gelak jer. Aku pun kata kat dia "oooh maknanya jadi artis tu lebih baiklah dan lebih soleh lah ek dari jadi ustaz..itulah restu majlis agama?." Dia pun gelak pula. aku sambung lagi dengan sinis (agaknyalah), Betullah ekkk pepatah melayu "Buat baik ber pada pada, buat jahat jangan sekali". dia pun gelak pula, kah kah. sambil mengulas..."Oooo kalu nak buat baik tuu janganlah banyak banyak, berpada pada lah, tapi buat jahat jangan sekali...tapi kena berkali kali baru tak pa"....kah kah kami sama gelak...Aku pun tanya kena betulkan semula pepatah melayu ni!. Tak releven dah zaman loo ni atau orang tua kita dulu tu silap.

Apa pandangan anda?...he he

November 1, 2011

KEUTAMAAN 10 HARI PERTAMA BULAN ZULHIJJAH

Ramai dari kita yang telah maklum kelebihan 10 Malam-malam Terakhir Ramadhan. Tetapi adakah ramai dikalangan umat kita yang maklum kelebihan 10 Hari-hari Pertama dalam bulan Zulhijjah? Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda, Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu 10 hari Zulhijjah. Para sahabat baginda bertanya, ‘Tidak juga Jihad pada jalan Allah (mengatasi kelebihan Hari-hari tersebut)? Ujar Baginda, Tidak juga Jihad di jalan Allah kecuali seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun (kerana habis disumbangkan untuk memenangkan agama Allah).
Imam Ahmad r.a. dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah).
Ibnu Hibban di dam kitab Sahihnya meriwayatkan dari Jabir r.a. bahawa baginda s.a.w bersabda, “Seutama-utama hari adalah hari Arafah”.
Amalan yang dianjurkan padanya
1. Menunaikan ibadah haji dan umrah yang merupakan sebaik-baik amalan. Banyak hadis menyatakan kelebihan ibadah ini di antaranya : Sabda Nabi s.a.w.: “Satu umrah ke umrah yang lain menghapuskan (dosa) yang dilakukan di antara keduanya dan haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan syurga”.
2. Berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuannya – terutamanya pada hari Arafah. Tidak dinafikan bahawa puasa adalah di antara amalan yang terbaik dan ia adalah pilihan Allah seperti yang dinyatakan di dalam sebuah hadis qudsi, “Puasa itu adalah bagiKu dan Akulah yang membalasinya, dia meninggalkan keinginan nafsunya, makanan dan minumannya semata-mata keranaKu”.
Imam Muslim meriwayatkan dari Abi Qatadah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, Puasa pada hari Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang.
3. Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir padanya, firman Allah s.w.t yang bermaksud, (Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum), hari-hari tersebut dijelaskan sebagai 10 hari di bulan Zulhijjah. Sebab itulah para ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadis Ibnu Umar r.a. yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, di antaranya, “Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdulillah)”.
4. Bertaubat dan meninggalkan segala maksiat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana maksiat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya.
5. Memperbanyakkan amalan soleh terutama amalan sunat tambahan seperti solat sunat, berjihad, membaca al-Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana semuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut.
Amalan yang dikerjakan ketika itu walaupun kecil tetapi ia lebih disukai oleh Allah dibandingkan pada hari-hari lain. Begitu juga amalan yang besar seperti berjihad di jalan Allah yang dikategorikan di antara amalan yang terbaik, tidaklah mendapat kehebatan pahala pada hari-hari itu melainkan apabila kuda (kenderaan) yang ditungganginya terbunuh (binasa) dan darahnya keluar (dia cedera atau mati syahid).
6. Disyariatkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjemaah.
Bagi mereka yang tidak menunaikan ibadah haji, takbir bermula dari waktu subuh hari Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya takbir bermula pada waktu Zuhur hari raya haji (10 Zulhijjah), semuanya berakhir sehingga waktu Asar pada hari ke-13 Zulhijjah.
7. Disyariatkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Ia merupakan sunah Nabi Ibrahim a.s. setelah Allah s.w.t mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih.
8. Imam Muslim meriwayatkan dari Ummu Salamah r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda, Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang ingin berkorban (sembelih haiwan ternakan), hendaklah dia menahan dirinya dari (memotong) rambut dan kukunya, dan di dalam riwayat lain : “Maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah dia berkorban.
Perintah (sunat) ini berkemungkinan ada persamaan dengan hukum bagi mereka yang membawa haiwan ternakan (ketika mengerjakan haji) dari kampung mereka yang telah dijelaskan oleh Allah, maksudnya, (Dan janganlah kamu mencukur rambut kamu sehinggalah haiwan ternakan (yang dibawa untuk dihadiahkan dagingnya kepada penduduk Mekah) itu sampai ke tempatnya).
Larangan (memotong rambut dan kuku) ini pada zahirnya adalah khusus kepada pemunya haiwan korban tersebut sahaja dan tidak termasuk isteri dan anak-anaknya melainkan mereka juga mempunyai haiwan seumpamanya, dan tidak mengapa jika yang berkenaan membasuh dan menggosok kepalanya kemudian terjatuh beberapa helai rambutnya.
9. Setiap muslim hendaklah berusaha menunaikan solat hari raya secara berjemaah, mendengar khutbah oleh imam selepas solat tersebut supaya mendapat pengajaran daripadanya.
Sepatutnyalah kita mengetahui hikmat di sebalik perayaan ini. Ia merupakan hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan. Janganlah pula dilakukan padanya perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah dengan mengerjakan maksiat, kesombongan, pertengkaran dan sebagainya yang boleh menjadi sebab kepada terhapusnya amalan kebaikan yang dikerjakannya sebelum itu.
10. Penuhilah hari-hari berkenaan dengan ketaatan kepada Allah, berzikir, bersyukur, menunaikan perintah-Nya, menjauhi larangan-Nya, mendekatkan diri kepada-Nya semoga mendapat rahmat dan keampunan-Nya.
(Petikan dari blog Ust Halim abdullah)

October 27, 2011

KALAU ROBOH KOTA MELAKA...?


Kota Melaka yg sepi...

Rabu 11 45 pagi/16 okt: aku tiba di LCCT dari Kota Bharu, Kota Iman, Bandaraya Islam.Dari KLIA ke Melaka aku menaiki bas exsperss direct ke sana.

Bas transnasional meluru deras memburu waktu, membawaku ke dari LCCT KLIA ke Hotel Sri Costa, Kota Melaka, Bandar Sejarah, Bandar Parameswara, Bandar gagah pahlawan Hang Tuah.Seketika, dek kepenatan membuatkan aku terlena sekejap dalam bas yg agak selesa, kerana dapat single seat di bhg belakang. Kira kira 1 jam kemudian terjaga, mata hati ini asyik mentelaah alam sekeliling yg menghijau. Segar iman sejuk pandangan kerana alam adalah lambing kekuasaan sang pencipta.

Hari ini musafir lagi 3 hari ke Melaka…tiga hari lepas pulang dari Jaulah ke utara bersama anak2 usrah. Setelah susur keluar tol Air Keroh; susur ke Melaka, pemandangan sekeliling mula berubah. Suasana perkampungan masyarakat Melaka dapat dilihat dengan jelas dari celah2 kaca cermin bas. Dah lama tak datang ke Melaka..banyak sekali berubah. Kalau 20 tahun dulu semasa belajar di UKM aku selalu kesini. Hari ini ternyata segala2nya berbeda. Bandar, jalan, kampung dan kemajuan nampak ketara sekali. Sungguh menarik. Diantara yg tertarik bagi minda ini ialah kepada beberapa masjid yg bercirikan senibina cina. Wahhh…nampak cantik dan menarik tetapi imarahnya aku tak tahulah. Sekali pandang sebagai pelancong yg baru melalui daerah2 ini pasti terpegun dan memuji. Melaka ku Indah. Menang cantik dan menarik.

Kira jam 4 aku sampai di hotel. Betul2 ditengah2 kota Melaka, belakang Mahkot Parade. Sangat srtaregik dikelilingi tempat2 menarik di Melaka Hilir ini.
Aktiviti petang macam biasalah makan dan taklimat lepas isyak.Lepas taklimat ramai rakan2 pensyarah merayau raikan mata/pandangan/perut. Aku tak leluar. Malam ni aku tidur awal kerana ingin bangun awal. Tambahan kepenatan traveling seharian siang tadi.

Alkisahnya, yang menjadi ingatan aku sepanjang hayat ialah peristiwa subuh. Subuh pagi Khamis esoknya. Pagi ni aku bangun jam 5 pagi. Lepas mandi macam biasa solat tahajjud. Rakan sebilik masih lena lagi. Aku sengaja tidak kejutkannya kerana masih awal lagi. Lepas solat aku teringin utk mencari masjid utk solat jemaah. Masjid yg bisa menjadi saksi bagi ku didepanAllah dipadang mahsyar nanti. Utk itu aku turun keloby hotel. Masa itu ada pekerja yg separuh abad bertugas. Wataknya sangat baik dan mesra. Cina Baba agaknya kerana bahasa melaysianya tak pelat langsung. Aku Tanya “tuan ada masjid tak dekat dengan hotel ni?. Jawab bro tu…”tak der dekat sini. Satu masjid pun tak ada di tengah2 bandar ni. Kecuali satu saja di “Pulau Melaka”. Aku Tanya jauh ke?. Katanya tak jauh, dalan sekilo lebih. Tapi katanya pulau tu masih belum diduduki lagi, rumah kedai masih belum siap. Masjid tak tahu lah samada ada orang solat subuh atau tidak. Aku minta dia lukiskan peta jalan utk kesana. Sambil menerangkannya. Aku ambil kesempatan utk kesana. Rasa tak jauhlah sangat sebab teringatkan semasa haji dulu, aku jalan kaki sajaha ulang alik dari MINA ke HARAM yg jaraknya 7km. Lagipun dah biasa main golf kalau nak habiskan 9 lubag tu kena berjalan dalam 5k.

Pulau Melaka ialah pulau buatan hasil tambakan laut. Aku pun redah lorong2 dicelah bangunan menuju destinasi imanku. Sambil perhatikan tanda2 yg diberikan baba tu aku…menghayati subuh pagi. Membelah kegelapan dan dingin pagi.Kedengaran kicau zikir pagi dari burung2 gagak yg banyak berkeliaran. Cuma sunyi yg anehhh sekali…tak macam biasa aku berada di mana hotel di tengah2 bandar KB atau K Terengganu. Yaa… memang tragis dan sunyi yang menghiris. (sambungan)

October 19, 2011

LAMBAIAN URATA TANAH AIR




JAULAH KE KEDAH...20 -22 oKT 2011




Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam bersabda: “Di antara doa Nabi Daud ’alihis-salaam ialah: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu dan aku memohon kepadaMu perbuatan yang dapat mengantarku kepada cintaMu. Ya Allah, jadikanlah cintaMu lebih kucintai daripada diriku dan keluargaku serta air dingin.” Dan bila Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam mengingat Nabi Daud ’alihis-salaam beliau menggelarinya sebaik-baik manusia dalam beribadah kepada Allah.” (HR Tirmidzi 3412)

Ya Rabb..peliharalah musafir kami. Kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisiMU. Doa kami mustajab. Limpahkanlah perjalanan kami dengan keampunan dan kurniakanlah kepada kami ilmu yg bermanafaat dari musafir ini. Eratkanlah ukhwuah antara kami dan ikatkanlah hati-hati ini dengan ikatan yg erat dan satukanlah ia dalam lembayung cahaya rabbaniMU.

Hadaf jaulah kali ini:
~UKHUAHFILLAH
~HAYATUN SAHABAH (Lima sahabat pilihan)
~ZIARAH TOKOH (Ust Rosli^Islah Sungai Petani)

Terimakasih Akhi Fazli Kerana sanggup korbankan masa,tenaga dan cuti untuk meraikan kehadiran kami semua. Jaulah yg tertangguh selama setahun akhirnya tertunai juga akhirnya. Kerinduan yg hampir 2 tahun terpisah, akhirnya dapat bertemu dalam suasana ukhuaffillah. Bertemu dan terpisahnya kita adalah kerana ALlah.
Sebenarnya penyusunan jaulah yg akhi Fazli berikan adalah lebih dari apa yg kami perlukan. Moga Allah rahmati anta selama lamanya. Moga Ukhuah ini akan kekal selama lamanya.

October 12, 2011

TiTIPAN IMAN...


...Buat Anak2 Yg Akan Pergi Daurah Minggu Ini

Moga Allah lapangkan dadamu. Permudahkan langkah kamu utk kesana. Diampunkan dosa dan digantikan dengannya satu pahala bagi setiap langkah musafir kalian kesana. Setiap saat berjalan bersama2 ikhwah adalah hitungan rahmat Allah yg melimpah. Maqbul doa kamu dengan musafir dan menuntut Ilmu. Diberikan kepadamu pahala jihad... "Sesungguhnya kemanisan iman hanya dinikmati oleh orang2 yg berkorban atas jalanNya".
Anak2...
Terlalu sering aku berpesan, agar kita tidak gagal dalam menikmati jalan dakwah ini. Dalam berbagai ruang bicara dan tulisan, aku selalu mengajak dan mengingatkan, agar kita selalu menjadikan jalan dakwah ini sebagai sesuatu yang kita nikmati. Segala renik yang ada di sepanjang jalannya: suka dan duka, tawa ria dan air mata, kemenangan dan kepedihan, tantangan dan kekuatan, lelah dan payah semua itu adalah bahagian yang harus bisa kita reguk kenikmatannya.
Nikmat?...
Di antara doa yang sering ana munajatkan adalah, “Ya Allah, wafatkan aku dalam suasana mencintai jalan dakwahMu, dan jangan wafatkan aku dalam membenci jalan ini.” Tentu saja bersama doa-doa permohonan lainnya. Diri ini ingin menjadi seseorang yang mengurai kembali ikatan yang telah direkatkan, mengungkit segala yang telah diberikan, dengan perasaan menyesal dan meratapi segala yang pernah terjadi di jalan ini.

Siapalah diri ini selain hanyalah seseorang yang ingin mendapatkan banyak kemuliaan di jalan ini. Mendapatkan banyak saudara, mendapatkan banyak ilmu, memiliki banyak pengalaman, mengkristalkan banyak hikmah, menguatkan berbagai potensi diri, menajamkan mata hati dan mata jiwa. Luar biasa; sebuah jalan yang membawa barakah yg melimpah. Maka, merugilah mereka yang telah berada di jalan ini tetapi tidak mampu menikmatinya.

Maka mari kita nikmati jalan dakwah ini, “sebagai apapun” atau “tidak sebagai apapun” kita. Posisi-posisi dalam dakwah ini datang dan pergi.Pangkat murabbi atau mutarabbi bukannya erti kemuliaan tetapi hanya pengagihkan kerja dan amanah. Yg bisa datang, bisa pergi, bisa kembali lagi, bisa pula tidak pernah kembali. Bisa “iya” bisa “tidak”. Saya menjadi masu'ul,pengurus program, pemimpin dan semacam itu; atau tidak menjadi pengurus, tidak menjadi pemimpin, tidak menjadi apapun yang bisa disebut.
Kita semua siapa ?
“Saya pengurus dakwah”. Ini bisa disebut.
“Saya mengurus jaulah”. Ini juga bisa disebut.
“Saya mengatur rehlah”. Ini sangat mudah disebut.
“Saya ketua komandan mukhayyam". Ini cepat disebut.

Tapi, kita semua siapa, siapa mereka di luar sana dan siapa disisi ?
“Saya orang yang selalu berdakwah. Saya tak pernah jemu memberikan masa dan umur kepada dakwah. Pagi, petang siang malam. Kelelahan adalah kenikmatan. Perjuangan adalah kemuliaan. Saya sebenarnya tidak tahu, apa nama diri saya. Karena saya lebih suka memberikan sesuatu yg terbaik utk dakwah, daripada mencari definisi saya sebagai apa di jalan ini”.

Ya. Nikmati saja jalan ini. Sebagai apapun, atau tidak sebagai apapun diri kita di jalan dakwah. Jangan sampai ketinggalan. Jangan terbiarkan futur dan mundur.
Kerana hanya kita yg mengerti bagaimana menikmati jalan ini!!!!...

"Yaa Allah ampunilah aku kerana kelalaian ini. Kelemahan dan kecuaianku memimpin tangan mereka yg bakal mewarisi risalah ini. Maafkanlah aku ya Allah, maafkanlah aku".
"Selamat jalan dan selamat kembali...selamat menikmati jalan dakwah ini"

GENGAMAN WAKTU DAN KETIKA