July 15, 2010

“Fatwa” Saya tentang “Haramkah ESQ165”


Dalam dua hari ini saya banyak menghabiskan masa meneliti sebahagian dari tulisan2 manusia di alam maya berkenaan ESQ165. Bila guna search engine menggunakan perkataan ESQ Haram, sebanyak 88200 results dapat di cari dalam masa 0.11 saat ttang artikel,video dan gambar berkenaan ESQ165. Bila say abaca sebahagiannya… rasanya cukuplah saya simpulkan bahawa tak payahlah dok pening kepala nak baca banyak2 pasal pertikaian ini, memadailah jika anda membaca blog Ust Zaharudin, Baca juga Warta Majlis Fatwa Wilayah dan baca pula Jawapan dari panel syariah ESQ165. Rasa-rasanya tak perlulah dipanjangkan lagi dan tak usahlah nak ditambah peningkan kepala lagi. Cukuplah bagi kita golongan pertengahan ini menyerahkan kepada mereka yg lebih mengetahui, berwajib dan berkepentingan.

Pada mulanya saya rasa nak jawab pada perspektif saya sepertimana yg saya katakan dalam posting saya sebelum ni, tetapi bila teliti semua artikel2 ini dan buku yg saya baca, kesimpulannya saya kata “Tak perlu ulasan lagi”.Komen dan cadangan panjang lebar UZAR dalam blognya telah mengundang 50 komen pembaca yg berbagai spectrum. Ada yg (+) dan (-) dan ada juga kelakar… Sehingga terkeluar komen2…”lelaki kasanova… Ustaz pun salah…ESQ songlap duit zakat dan macam2 lagi. Dan apabila UZAR membuat kesimpulannya dalam posting yg terbaru masih mengundang 17 komen sehingga semalam dan pastinya akan lebih banyak komen menyusul. Semua artikel2 itu yg saya download berjumlah 56 mukasurat ‘single spacing”. Baca bahan ilmiah dan penuh dgn fakta ini cukup memenatkan tidak seperti membaca sebuah novel…ianya heavy dan kena banyak guna IQ juga bukan EQ atau SQ semata. Fahamlah saya bahawa setiap manusia ini berbeda dalam banyak hal; dari perkara yg besar2 hinggalah perkara yg kecil. Betul dan benar macam mana pun diri kita ini, pasti akan ada juga orang yg kata salah. Seolah-olah tidak ada sesuatu apapun yg betul dan salah pada semua orang.

Cuma komen saya: 1. kepada rakan2 yg baca blog saya yg dhaif ini. Kalau anda dihantar oleh ketua jabatan utk gi kursus ESQ165 ni..pergilah, melainkan anda ada bukti daripada mereka yg balik dari ESQ165 ini jadi murtad atau terus tak sembahyang, semakin keras hati dan akhlaknya rosak. Rosak akidahlah katakana!!!. Kalau yg ada duit lebih tu… pergilah cari pengalaman baru daripada anda tidur dihujung minggu. Bukan nak kena pergi tiap2 minggu, sekali seumur hidup pun ok…cari pengalaman, barulah mudah faham bila ramai orang sibuk berbincang tentangnya. Dan kita tak cepat melatah. Analogi:Bagi yg komen “durian Kunyit” tak sedap dan mahal, tak patut RM 15 sekilo tambahan maki-maki pulak penjual dan tuan kebunya... sepatutnya anda makan dulu durian tu, lepastu baru sedap nak komen. He he kan begitu…
Fakta: lebih dari 77 komen dalam blog UZAR tu cuba anda perhatikan ada tak perbezaan ketara dari segi emosi dan "kemelatahan" antara “pengkomen2 ” diantara mereka yg dah ikuti kursus ESQ165 dengan yg belum.

2. Kalau Mufti wilayah haramkan ESQ165 ini…maka mereka kena tilik juga module Bina Insan, Bina taqwa dan Bina Islam Hadahari yg sekarang ini sedang hangat dijalankan di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) yang mana pengarahnya Ust Zamihan sendiri, manakala ILIM ini pula adalah anak emas kepada JAKIM sendiri. Saya berkata demikian kerana Module ILIM ini menggunakan pendekatan serupa dengan pendekata ESQ165. Sebagai contoh lagu demi matahari dan Muzik2 kitaro dan nasyid yg menjadi medium utamanya. Selepas ini ILIM akan “membasuh” semua pegawai kerajaan,Badan berkanun, swasta dan pelajar2 sekolah dengan kursus anjurannya ini.

3. Tahniah UZAR sebagai “teknodai’e” kerana telah meluangkan masa menjelaskan kekusutan masyarakat. Moga Allah rahmati anta dan diberikn pahala dengan pengorbanan masa, budi fikir buat umat ini dengan perahan ilmu, rujukan dan patukkan jari-jemari anta mengetuk papan-kunci kumputer riba.

4. Cerita pasal haram ni samalah dengan cerita ulamak berbeza fatwa. Kalau dulu Ql_Arqam kena haram, PAS pun kena haram, Kalau yg tak ada bukti utk diharamkan akan dicari bukti... itulah tabiat sesuatu apabila dia meyrerlah jauh dari biasa. Al-Arqam mula diharam apabila mula berniat utk memerintah negara dan membina ampayarnya. Sedangkan dalam masa yg sama perkara lain yg jelas haram dan jelas lebih banyak merosakkan masyarakat tidak ada ulamak menyatakannya haram. Cth Arak,judi bola dan judi tidak bolapun, ASN/ASB "Jom Heboh.." dan rancangan2 realiti TV yg jelas haram. Inilah nilainya kredibiliti para ulamak kita pada hari ini!!!. Oppps..ok dah.
Fakta: Majlis Fatwa Kebangsaan dalam persidangannya pada 16 jun mengatakannya tidak haram.

Soo nasihat utk anda semua BACALAH…dan
Ikatkanlah ilmu dengan menuliskannya
”bacalah dengan nama tuhanmu”

Alumnai ESQ165-097/angkatan ke-9

5 comments:

Dr Zae said...

Assalamualaikum...
Menarik juga isu ini. Memang byk komentar yg disuarakan...Sebagai insan lemah lagi dhaif,tanpa pro dan kontra apatah lagi bias pada mana-mana pendapat ana tertanya-tanya apakah kita perlu 'mengabaikan' fatwa tersebut begitu sahaja? Apakah Sahibul Samahah Mufti tidak melakukan homework dulu sebelum berfatwa? Ana fikir Sahibul Samahah terlebih dahulu telah membuat homework..Agak bias kan kalau kita membiarkan persoalan itu begitu sahaja...Bagi ana, ruang perbahasan ini masih terbuka dan perlu dipanjanglebarkan oleh alim ulama....Renung-renungkan. Wassalam.

Abuuwais said...

Semua sudah dijawab oleh UZAR...Anta bacalah dulu... he he.

Kalau tak salah ana semua panel Fatwa Mufti wilayah tidak menghadiri kursus ESQq 165. Menurut Dr Yusof Qqardhawi dalam Muqadimmah Fatwanya (ana ada buku tu)setiap ulamak yg nak ijtihad sesuatu hukum dia kena faham tentang perinsip asal,halehwal,konsep sesuatu itu. Dr hamka sendiri pernah menghukum berbeda dalam masa berlainan. Bila di tanya kenapa jadi begini tuan?. Jawabnya, dulu saya baca 10 buku sekarang saya baca 100 buku. Kan itu menunjukkan ilmu dan kefahaman. Jadi UZAR pada saya telah melakukan perkara yg betul denga pergi duduk sekali dalm kursus tu..pas tu baru dia komen...dan berikan pendapanya. Itu pun ada orang kata tak adil. macam mana kita bagi fatwa melalui cerita orang dan baca bukunya saja.. ttg perselisihan ulamak ini pun bukan perkara baru dan sekali ini jer terjadi. Cthnya di malaysia ada ulamak yg menghalalkan ASB dan dan ada yg mengharamkannya... Macam mana tu?... kan pening kita rakyat jelata!!!

Anonymous said...

Tentang kritikan bahawa saya tidak wajar membuat keputusan
kerana belum menghadiri Kursus ESQ seperti Mufti-Mufti lain. Perkara
ini sebenarnya berkaitan dengan metodologi penyelidikan dan
penyiasatan, khususnya terhadap pembawa ajaran sesat. Untuk tidak
menyeret isu ini kepada perbahasan ilmiah, saya suka mengembalikan
ingatan pembaca sekalian kepada keputusan mengharamkan beberapa
kumpulan sesat seperti Al-Arqam dan ajaran Ayah Pin. Adakah para
Mufti diperlukan menjadi pengikut Abu Ya atau Ayah Pin terlebih dahulu
sebelum membuat keputusan? Apakah oleh kerana ESQ mengadakan
kursus-kursusnya di hotel-hotel bertaraf lima bintang, maka diperlukan
para Mufti menghadirinya terlebih dahulu. Tetapi memandangkan Ajaran
Al-Arqam dan Ayah Pin diadakan di pendalaman, maka syarat ini tidak
diperlukan. Saya berpendapat amalan “double standard” seperti ini tidak
sesuai bagi para Mufti yang diamanahkan untuk menjaga syariat Allah yang Maha Suci. Oleh itu tidak ada keperluan bagi saya untuk menjadi
pengikut “Ayah Ary” terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.

Abuuwais said...

Rasa bangga jugalah saya sebab blog saya ini dikunjungi oleh mufti dari negeri "tanpanama".
1.Supaya tidak "double standard" seperti didakwa mufti dari negeri tanpanama..."kenapa mufti tak haramkan sekali ILIM-kerena mudule kursus bina Iman/bina taqwa/islam hadari adalah menggunakan pendekatan yg sama dengan ESQ. Utk pengetahuan tuan mufti Halaqah-menyentuh kalbu dalam TV9 adalah contoh model ESQ165...Kenapa tak haramkan TV9 dan ILIM?...
2. Menyentuh tentang metodologi penyelidikan ada banyak sekali cara dn kesahan data yg dikumpul boleh dipertikai menurut bagaimana data dikumpulkan. Apalah salahnya kalau tuan duduk bersama2 dalam kursus mereka sepertimana dilakukan UZAR utk "tringulate" data yg tuan dapat tu!!!. Bukan suruh jadi pengikut mereka. UZAR pun bukan jadi pengikut mereka. Sebab tujuan Pak Ari dan kumpulannya buat kursus tu bukannya utk menyesatkan umat ini, dan tetapi lebih kepada inovasi menyampaikan...mereka tebuka dan sedia utk dibetulkan.
3. Utk menjaga siqah umat pada ulamak/mufti, mereka sepatutnya selaras dalam mengeluarkan fatwa. Sy rasa bertuah kerana wilayah telah mendahului utk mengetuk pintu iman rakyat malaysia ttg isu kesesatan ESQ165. Tetapi dlm masa yg sama majlis fatwa kebangsaan pun masih belum sepakat ttg perkara ini. belum mewartakannya.
Saya harap desegerakanlah.
4. Saya suka orang yg berani dan punya identiti yg berkridibiliti komen dlm blog saya ni. apalah salahnya letak nama...walaupun dari negeri "pasir bedengung"..

Dr Zae said...

Assalamualaikum...ana sgt menyokong pendapat Abuwais dlm hal ini..Bersegeralah! Akhir-akhir ini pula ESQ bawa kes ke mahkamah utk batalkan fatwa mufti wp (kalau ana tak silap)...Jadi, dlm membahaskan isu ini kita cenderung utk mendengar hujah kesemua pihak..baik yg pro atau kontra dalam konteks ilmunya. Maka detik ini kita masih menunggu alim ulamak, para ilmuan lain selain UZAR memberikan pendapatnya...wallahuaklambissawab.

GENGAMAN WAKTU DAN KETIKA