March 11, 2013

Bahan Tazkirah Untuk Bulatan Gembira Minggu Ini.


WASIAT Al-Banna 
(petikan dari buku ﺑﻴﻦ اﻷﻣﺲ واﻟﻴﻮم)
Antara Semalam  dan Hari Ini.

Wahai saudaraku, dengarlah!.
Apa yang saya mahu dari kalimat-kalimat ini ialah untuk membentangkan fikrah anda di
hadapan anda sekelian. Boleh jadi detik-detik getir sedang menanti kita menyebabkan kita akan
berpisah. Pada ketika itu saya tidak akan dapat lagi bercakap atau menulis kepada kamu. Oleh
itu saya berwasiat kepada anda sekelian; telitilah kalimat ini, ingatilahnya sedaya yang boleh dan
bersatulah padanya. Sesungguhnya setiap kalimat ini mengandungi erti-erti yang sangat padat.
Wahai saudaraku;

Anda sekelian bukan satu pertubuhan kebajikan, bukan parti politik, juga bukan suatu badan
yang dibentuk untuk tujuan-tujuan terbatas. Anda sebenarnya adalah suatu roh baru yang
mengalir di hati umat ini dan dihidupkan dengan al Quran. Anda adalah suatu suara yang
bergema tinggi melaungkan dakwah Rasulullah saw. Tidak keterlaluan jika anda merasai
bahawa anda adalah penanggung beban Kenabian setelah kesemua manusia enggan
melakukakannya.

Andainya anda ditanya, kamu mengajak kepada apa..? Katakanlah, kami mengajak kepada Islam
yang di bawa oleh Nabi Muhammad saw. Pemerintahan adalah sebahagian daripada ajarannya.
Kebebasan adalah salah satu dari tuntutannya. Jika dikatakan kepada anda.. ini adalah politik.
Katakanlah inilah dia Islam dan kami tidak tahu pembahagian seperti ini. Andainya mereka
mengatakan kamu penyeru revolusi. Katakanlah, kami adalah penyeru kebenaran dan
kedamaian. Jika kamu mengganggu dan menghalang dakwah kami, Allah telah membenarkan
kami mempertahankan diri dan kamu adalah pengacau yang zalim. Andainya dikatakan kepada
anda; kamu meminta bantuan dari orang tertentu atau mana-mana pertubuhan. Katakanlah,
kami hanya beriman kepada Allah sahaja dan kami kufur dengan segala sekutu-sekutu. Jika
mereka berkeras meneruskan permusuhan mereka, katakanlah.. kami tidak mahu orang-orang
yang jahil.

KEWAJIPAN.

Wahai saudaraku;
Berimanlah kepada Allah, berbanggalah dengan mengenali dan bergantung kepadaNya.
Janganlah kamu takut dan gerun selain dari-Nya. Tunaikanlah segala kewajipanNya dan jauhilah larangan-Nya. Berakhlaklah dengan akhlak yang mulia dan sempurna. Jadilah orangorang yang mantap dengan akhlak, mulia dengan apa yang dikurniakan oleh Allah kepada
kamu iaitu kemuliaan orang mukmin dan orang-orang yang bertakwa.
Tatapilah dan kajilah al Quran. Bincanglah Seerah Nabimu. Jadilah orang yang beramal dan
bukannya orang yang suka bercakap dan berdebat. Bila Allah memberikan hidayat kepada
seseorang, maka diberinya ilham untuk beramal. Sesuatu kaum itu tidak sesat selepas mereka
mendapat petunjuk kecuali orang-orang yang suka berdebat. Kasih mengasihilah di antara kamu
dan jaga serapi-rapinya ikatan kamu kerana ia merupakan rahsia kekuatan kamu dan tunjang
kejayaan kamu. Tetapkanlah diri kamu sehingga Allah membuka di antara kamu dan kaummu
dengan kebenaran. Dialah sebaik-baik pembuka. Dengar dan patuhlah kepada pemimpin kamu di masa susah dan senang, ketika segar dan lesu. Mereka adalah simbol fikrah kamu dan penghubung di antara kamu. Selepas itu tunggulah kemenangan dan sokongan dari Allah. Peluang tetap akan datang dan


janganlah ragu. Pada hari itu orang-orang mukmin akan merasa gembira dengan pertolongan Allah. Allah akan menolong sesiapa yang dikehendakinya. Dia Maha Berkuasa lagi Penyanyang (Al-Ruum)

Allahu Akbar walil-Llahi- hamd.

No comments:

GENGAMAN WAKTU DAN KETIKA