October 9, 2013

Hari-hari Dalam Hidupku


Sebungkus Nasi Beriani di Awanan Biru



Sungguh asyik pagi ini. Allah telah menerbangkan aku jauh dari rutin biasa seharian, sebagai ayah kepada anak yg baik-baik, sebagai suami kepada isteri yg solehah  dan sebagai pensyarah kepada pelajar2 yg cemerlang.  Fly dengan Air asia ke Putra Jaya kerana ada urusan 4 hari disana. Pejabat  PPK yg uruskan tiket. Siti booking “hot seat” untukku. Selama ini, kalau aku sendiri yang ambil tiket tak pernah pun  duduk di hot seat ni. Rupa2nya, ada sedikit istimewa berbanding seat biasa dibelakang. Macam  MAS ada  business class. Dan pagi ini rupa2nya hanya aku sorang sahaja duduk di baris depan  ni,sendirian. So, baris depan hanya 1 set sahaja berpenghuni.

Cuaca pagi ini sangat cemerlang. Berpagi-pagi  dengan berada diawan nanbiru sangat menyentuh. Zikir Maathsurat mulai meniti bibir. Hamparan daratan mulai terpampang indah  selepas flight membuat “take off”. Beberapa minit kemudian keadaan pesawat mula stabil dan mendatar dan daratan mulai samar-samar.   Tiba peramugari menyapa sambil menyebut namaku utk kepastian...beberapa bungkusan makanan dihidangkan. Aku tak tahu pun bahawa semua makanan ini ditempah.Alhamdulillahhhh...ada b1st rupanya. Staf BPK tempah sebab mereka yang ambil tiket.  itulah di katakan rezki itu milik Allah. Rezki yg tidak disangka-sangka. Dalam hati ini tiba-tiba terdetik, "semuanya milik Allah yg dianugerehkan kepada ku ini". lantas terasakan seolah “tangan allah”  telah datang utk menyuap rezki kemulut ku pada pagi ini. subhanallahh.

Terasakan seolah-olah Allah sedang mengusap-usap jiwa ini. menghadiahkan kehidupan yg baik, kerja yg baik, menaiki pesawat yg sedikit istimewa berbanding dgn mereka yg dibelakang. Pergi ke putera Jaya atas urusan negara dan pendidikan bangsa. Sesekala terfikir juga, siapalah diri ini? yang tak punya apa2. sangat daif, sekadar budak kampung suatu masa dulu yg tidak diletakkan apa harapan. Apalagi utk  menyumbang  satu yg bermakna kepada pendidikan anak2  bangsa.

Aku buka kotak makanan itu, salah satunya berisi nasi beriani. Wahhh..baunya mulai menjamah hidung. Aku santap perlahan-lahan sebab agak panas juga. Sambil  menikmati nasi beriani itu, aku menoleh keluar jendela. Sungguh takjub memandang bagaimana Allah hiasi langit. Gumpalan awan yang bermacam  bentuk  dan jenis. Ada yang bergerak kencang dan ada yang kelihatan diam.Tergantung kukuh pada tingkat2 ketinggian masing-masing. Walaupun dia hanya asap dan gas tetapi nampak  sangat kukuh dan kuat.  Walaupun ianya  selembut angin tapi bisa mengegarkan  besi pesawat  yg aku sedang terapung2  diatasnya sekarang ini.

Jiwa ini dapat merasakan bahawa awan itu hidup. Ada tangan2 maha agung yg menjalin dan menjadikannya kelihatan sangat cantik. Seperti pintalan kapas puteh nanbersih. Anyaman yang indah sesayup  mata merentas  langit. Kilauannya membias sinaran mentari,silau pandangan kerananya. Sesayup pandangan kelihatan kusyuk  seperti  tunduk dan  sujud kepada sang  maha pencipta.

“Dan Dialah yang meniupkan angin sebagai pembawa berita gembira sebelum kedatangan rahmat-Nya (hujan); hingga apabila angin itu telah membawa awan mendung, kami halau ke suatu daerah yang tandus.…” (QS. Al-A’raf: 57).

Ya  aku sungguh pasti dia ada tuannya. Aawan itu ada tugas dan amanah tuannya yg dia bawa. Begitu juga aku. Maka aku dan awan itu sama-sama ada tugas sebagai makhluak yg diciptakan.

“Apakah kamu tidak memperhatikan, bahwa sesungguhnya Allah menurunkan air dari langit, maka diaturnya menjadi sumber-sumber air di bumi kemudian ditumbuhkan-Nya dengan air itu tanam-tanaman yang bermacam-macam warnanya...” (QS. Az-Zumar: 21).

Ya Allah kerdilnya diri ini yang sering lalai dan curang padaMu. Bagaimana akan kutebus semua alpa ini. Dengan apakah aku bisa  bayar semua nikmat yang Kau anugerahkan selama ini dan juga  pada saat ini pula kau datang menyuapku dengan makanan ini. Akulah insan yg sering lupa utk  melafazkan sukur  kepadaMu. akulah insan yg sering menzalimi diri sendiri. Ya Allah, sebenarnya  seluruh hidupku ini adalah milikMu. Demi nyawaku ditanganMu, maka kau peliharalah diriku ini. Janganlah kau masukkan diri ini kedalam golongan orang-orang yang lalai, janganlah kau biarkan aku hanyut dan temgelam dalam semua nakmatMu yang maha lauas ini.

Lamunan aku agak lama, awanan puteh diluar  itu kelihatan tersenyum. Aku jadi terhibur. Manik2 yg tiba tumpah dari kelopak mataku  ini, sempat aku sapu dengan tisu diberikan bersama makanan tadi. Makanan yg masih banyak lagi tu aku jamah perlahan-lahan. Tiba-tiba peramugari menegur...”En..dah sudah ke?...
Belumpun makanan itu sempat aku habiskan, pilot mengumumkan bahawa kita akan mendarat.  Bila aku toleh keluar kelihatan dengan jelas  di celah-celah awan kompleks “Genting highland”. Ya Allah cepatnya perjalanan hari ini.


Keterasingan yg bisa menggerakan jari jemariku
Catatan Everly, Putera Jaya.

August 21, 2013

MOGA TERUS TERASA MANIS MENYUSURI JALAN DAKWAH INI...

[Wasiat El-Beltagi kepada anak perempuannya, As- Syahidah Asmaa]

Anakku yang tercinta yang juga merupakan guruku yang mulia,

As-Syahidah Asmaa El-Beltagi, aku tidak katakan selamat tinggal, tetapi aku akan ucapkan esok kita akan bertemu.
Engkau hidup dengan penuh kehormatan, engkau enggan menerima kezaliman dan menolak segala perkara yang membelenggunya. Engkau juga menyintai kebebasan tanpa tolok bandingnya dan dalam diam engkau mencari ufuk-ufuk baru untuk kembali membina dan membangun ummah ini bagi menempatkannya dalam ketamadunan.

Engkau tidak disibukkan dengan perkara-perkara yang telah menyibukkan pemuda-pemudi yang sebaya denganmu. Meskipun engkau sentiasa mendapat tempat pertama di dalam pelajaranmu, pelajaran yang hanya ikut-ikutan itu tidak mampu untuk memenuhi harapan dan rasa ambil berat kamu (terhadap ummah).

Aku merasa tidak puas ditemanimu dalam kehidupan yang singkat ini lebih-lebih lagi waktu aku tidak begitu banyak untuk merasa bahagia dan menikmati dampingan ini. Ketika pertemuan terakhir kita, kita duduk bersama-sama di Medan Rabaah dan engkau telah menegurku dengan berkata: “sekalipun kamu (ayah) bersama-sama kami, namun kamu tetap tidak dapat memberi perhatian kepada kami”. Aku berkata kepadamu: “nampaknya kehidupan ini begitu singkat untuk kita menikmatinya bersama-sama. Aku berdoa agar Allah membantu kita untuk berteman di dalam syurga untuk menikmati (kebahagiaan) bersama-sama.”

Sebelum engkau mendapatkan syahid, aku melihatmu di dalam mimpi dua kali berturut-turut dalam pakaian pengantin dan dalam keadaan penuh cantik dan jelita, dan tidak ada yang seumpama itu di dunia ketika engkau tidur di sisi aku. Dalam diam aku telah bertanya kepadamu: “Adakah malam ini merupakan upacara majlis perkahwinanmu?” (majlis itu akan diadakan ketika waktu zohor dan bukannya pada waktu petang). Ketika aku dimaklumkan tentang kesyahidanmu pada waktu zohor hari rabu, aku faham kebimbanganku, dan aku telah dikhabarkan dengan berita gembira dengan penerimaan Allah terhadap kesyahidanmu dan engkau menambah keyakinanku bahawa sesungguhnya kita di atas kebenaran dan musuh kita berada di atas kebatilan.

Aku ditimpa kesengsaraan yang teramat sangat kerana aku tidak berada ketika perpisahan denganmu buat kali terakhir, mata aku tidak menjadi hitam (akibat menangis) dengan pandangan perpisahan terakhir ini, aku tidak memberi ciuman terakhir di dahimu, dan aku tidak diberi penghormatan untuk melakukan solat jenazah ke atasmu. Demi Allah wahai kesayanganku, tidak ada yang menghalang aku daripada melakukan ini semua. Bukan kerana takutkan kematian, dan tidak juga kerana takutkan penjara yang zalim tetapi sesungguhnya demi untuk menyempurnakan risalah ini, yang telah kamu tawarkan dirimu dan rohmu deminya, iaitu: menyempurnakan perjalanan revolusi ini sehingga mencapai kemenangan dan sehingga tujuan-tujuannya menjadi kenyataan).

Telah berangkat rohmu dan engkau hidup dalam kemuliaan. Engkau teguh menentang penjenayah yang telah menembakmu dengan peluru-peluru khianat dan kotor di dadamu, betapa indahnya cita-citamu dan betapa sucinya jiwamu. Aku yakin bahawasanya engkau telah membenarkan Allah maka Allah membenarkanmu, dan Allah telah memilihmu dan bukannya kami semua untuk memperoleh kemuliaan syahid. 

Dan akhir sekali, wahai cinta hatiku, juga guruku yang mulia,

Aku tidak akan ucapkan selamat tinggal tetapi aku akan katakan semoga kita bertemu lagi. Pertemuan yang bakal berlaku tidak lama lagi di tepi telaga bersama nabi tercinta dan para sahabat. Pertemuan yang bakal berlaku tidak lama lagi di singgahsana kebenaran di sisi Yang Maha Kuasa. Pertemuan yang bakal merealisasikan cita-cita kita untuk minum sepuas-puasnya bersama-sama, dan juga bersama orang-orang yang kita cintai, dan kita tidak akan dahaga selama-lamanya selepas itu.

Sumber : Egyptwindow
#mesirkini
#R4BIA











WASIAT UNTUK ANAK-ANAKKU.

Wasiat El-Beltagi kepada anak perempuannya, As- Syahidah Asmaa.

Anakku yang tercinta yang juga merupakan guruku yang mulia,

As-Syahidah Asmaa El-Beltagi, aku tidak katakan selamat tinggal, tetapi aku akan ucapkan esok kita akan bertemu.
Engkau hidup dengan penuh kehormatan, engkau enggan menerima kezaliman dan menolak segala perkara yang membelenggunya. Engkau juga menyintai kebebasan tanpa tolok bandingnya dan dalam diam engkau mencari ufuk-ufuk baru untuk kembali membina dan membangun ummah ini bagi menempatkannya dalam ketamadunan.

Engkau tidak disibukkan dengan perkara-perkara yang telah menyibukkan pemuda-pemudi yang sebaya denganmu. Meskipun engkau sentiasa mendapat tempat pertama di dalam pelajaranmu, pelajaran yang hanya ikut-ikutan itu tidak mampu untuk memenuhi harapan dan rasa ambil berat kamu (terhadap ummah).

Aku merasa tidak puas ditemanimu dalam kehidupan yang singkat ini lebih-lebih lagi waktu aku tidak begitu banyak untuk merasa bahagia dan menikmati dampingan ini. Ketika pertemuan terakhir kita, kita duduk bersama-sama di Medan Rabaah dan engkau telah menegurku dengan berkata: “sekalipun kamu (ayah) bersama-sama kami, namun kamu tetap tidak dapat memberi perhatian kepada kami”. Aku berkata kepadamu: “nampaknya kehidupan ini begitu singkat untuk kita menikmatinya bersama-sama. Aku berdoa agar Allah membantu kita untuk berteman di dalam syurga untuk menikmati (kebahagiaan) bersama-sama.”

Sebelum engkau mendapatkan syahid, aku melihatmu di dalam mimpi dua kali berturut-turut dalam pakaian pengantin dan dalam keadaan penuh cantik dan jelita, dan tidak ada yang seumpama itu di dunia ketika engkau tidur di sisi aku. Dalam diam aku telah bertanya kepadamu: “Adakah malam ini merupakan upacara majlis perkahwinanmu?” (majlis itu akan diadakan ketika waktu zohor dan bukannya pada waktu petang). Ketika aku dimaklumkan tentang kesyahidanmu pada waktu zohor hari rabu, aku faham kebimbanganku, dan aku telah dikhabarkan dengan berita gembira dengan penerimaan Allah terhadap kesyahidanmu dan engkau menambah keyakinanku bahawa sesungguhnya kita di atas kebenaran dan musuh kita berada di atas kebatilan.

Aku ditimpa kesengsaraan yang teramat sangat kerana aku tidak berada ketika perpisahan denganmu buat kali terakhir, mata aku tidak menjadi hitam (akibat menangis) dengan pandangan perpisahan terakhir ini, aku tidak memberi ciuman terakhir di dahimu, dan aku tidak diberi penghormatan untuk melakukan solat jenazah ke atasmu. Demi Allah wahai kesayanganku, tidak ada yang menghalang aku daripada melakukan ini semua. Bukan kerana takutkan kematian, dan tidak juga kerana takutkan penjara yang zalim tetapi sesungguhnya demi untuk menyempurnakan risalah ini, yang telah kamu tawarkan dirimu dan rohmu deminya, iaitu: menyempurnakan perjalanan revolusi ini sehingga mencapai kemenangan dan sehingga tujuan-tujuannya menjadi kenyataan).

Telah berangkat rohmu dan engkau hidup dalam kemuliaan. Engkau teguh menentang penjenayah yang telah menembakmu dengan peluru-peluru khianat dan kotor di dadamu, betapa indahnya cita-citamu dan betapa sucinya jiwamu. Aku yakin bahawasanya engkau telah membenarkan Allah maka Allah membenarkanmu, dan Allah telah memilihmu dan bukannya kami semua untuk memperoleh kemuliaan syahid.

Dan akhir sekali, wahai cinta hatiku, juga guruku yang mulia,

Aku tidak akan ucapkan selamat tinggal tetapi aku akan katakan semoga kita bertemu lagi. Pertemuan yang bakal berlaku tidak lama lagi di tepi telaga bersama nabi tercinta dan para sahabat. Pertemuan yang bakal berlaku tidak lama lagi di singgahsana kebenaran di sisi Yang Maha Kuasa. Pertemuan yang bakal merealisasikan cita-cita kita untuk minum sepuas-puasnya bersama-sama, dan juga bersama orang-orang yang kita cintai, dan kita tidak akan dahaga selama-lamanya selepas itu.


March 11, 2013

Bahan Tazkirah Untuk Bulatan Gembira Minggu Ini.


WASIAT Al-Banna 
(petikan dari buku ﺑﻴﻦ اﻷﻣﺲ واﻟﻴﻮم)
Antara Semalam  dan Hari Ini.

Wahai saudaraku, dengarlah!.
Apa yang saya mahu dari kalimat-kalimat ini ialah untuk membentangkan fikrah anda di
hadapan anda sekelian. Boleh jadi detik-detik getir sedang menanti kita menyebabkan kita akan
berpisah. Pada ketika itu saya tidak akan dapat lagi bercakap atau menulis kepada kamu. Oleh
itu saya berwasiat kepada anda sekelian; telitilah kalimat ini, ingatilahnya sedaya yang boleh dan
bersatulah padanya. Sesungguhnya setiap kalimat ini mengandungi erti-erti yang sangat padat.
Wahai saudaraku;

Anda sekelian bukan satu pertubuhan kebajikan, bukan parti politik, juga bukan suatu badan
yang dibentuk untuk tujuan-tujuan terbatas. Anda sebenarnya adalah suatu roh baru yang
mengalir di hati umat ini dan dihidupkan dengan al Quran. Anda adalah suatu suara yang
bergema tinggi melaungkan dakwah Rasulullah saw. Tidak keterlaluan jika anda merasai
bahawa anda adalah penanggung beban Kenabian setelah kesemua manusia enggan
melakukakannya.

Andainya anda ditanya, kamu mengajak kepada apa..? Katakanlah, kami mengajak kepada Islam
yang di bawa oleh Nabi Muhammad saw. Pemerintahan adalah sebahagian daripada ajarannya.
Kebebasan adalah salah satu dari tuntutannya. Jika dikatakan kepada anda.. ini adalah politik.
Katakanlah inilah dia Islam dan kami tidak tahu pembahagian seperti ini. Andainya mereka
mengatakan kamu penyeru revolusi. Katakanlah, kami adalah penyeru kebenaran dan
kedamaian. Jika kamu mengganggu dan menghalang dakwah kami, Allah telah membenarkan
kami mempertahankan diri dan kamu adalah pengacau yang zalim. Andainya dikatakan kepada
anda; kamu meminta bantuan dari orang tertentu atau mana-mana pertubuhan. Katakanlah,
kami hanya beriman kepada Allah sahaja dan kami kufur dengan segala sekutu-sekutu. Jika
mereka berkeras meneruskan permusuhan mereka, katakanlah.. kami tidak mahu orang-orang
yang jahil.

KEWAJIPAN.

Wahai saudaraku;
Berimanlah kepada Allah, berbanggalah dengan mengenali dan bergantung kepadaNya.
Janganlah kamu takut dan gerun selain dari-Nya. Tunaikanlah segala kewajipanNya dan jauhilah larangan-Nya. Berakhlaklah dengan akhlak yang mulia dan sempurna. Jadilah orangorang yang mantap dengan akhlak, mulia dengan apa yang dikurniakan oleh Allah kepada
kamu iaitu kemuliaan orang mukmin dan orang-orang yang bertakwa.
Tatapilah dan kajilah al Quran. Bincanglah Seerah Nabimu. Jadilah orang yang beramal dan
bukannya orang yang suka bercakap dan berdebat. Bila Allah memberikan hidayat kepada
seseorang, maka diberinya ilham untuk beramal. Sesuatu kaum itu tidak sesat selepas mereka
mendapat petunjuk kecuali orang-orang yang suka berdebat. Kasih mengasihilah di antara kamu
dan jaga serapi-rapinya ikatan kamu kerana ia merupakan rahsia kekuatan kamu dan tunjang
kejayaan kamu. Tetapkanlah diri kamu sehingga Allah membuka di antara kamu dan kaummu
dengan kebenaran. Dialah sebaik-baik pembuka. Dengar dan patuhlah kepada pemimpin kamu di masa susah dan senang, ketika segar dan lesu. Mereka adalah simbol fikrah kamu dan penghubung di antara kamu. Selepas itu tunggulah kemenangan dan sokongan dari Allah. Peluang tetap akan datang dan


janganlah ragu. Pada hari itu orang-orang mukmin akan merasa gembira dengan pertolongan Allah. Allah akan menolong sesiapa yang dikehendakinya. Dia Maha Berkuasa lagi Penyanyang (Al-Ruum)

Allahu Akbar walil-Llahi- hamd.

March 5, 2013

Bahan Tazlirah Untuk Liqa' Minggu ini.


JOM…Susuri  jalan yang damai

Anak2ku dan sahabat  tercinta…
Kalaulah jalan dakwah ini dipenuhi hamparan permaidani INDAH sudah pasti ramai yang mengikutinya. Kalaulah jalan ini dilimpahi kesenangan dan nikmat lahir yang melimpah sudah pasti semua manusia berebut2 untuk sampai kepenghujungnya. Kalaulah jalannya begitu panjang, tak akan ada yang mampu menempuhnya kecuali bagi orang yang sabar dan berani. Kalaulah jalan ini dipenuhi ketidaktentuan, tak akan ada yang kuat untuk terus melangkah selain mereka yg punya perbekalan.  Bagi mereka,  jauhnya perjalanan dan halangan yg tak ketentuan bukanlah masalah selagi keberanian masih terus terhujam dalam hatinya dan kesabaran yg menebal dijiwanya. Keberanian dan kesabaran adalah bekalan berharga bagi para duat. Jika keberanian adalah denyut nadi perjuangan maka kesabaran adalah jantungnya. Karena kesabaran merupakan faktor penentu seberapa lama seseorang daie’  itu mampu bertahan dalam perjuangannya. Keberanian adalah senjata serangan, kesabaran adalah perisai.  Perisai bagi pejuang untuk menghadapi serangan ujian dan tentangan yang tak terduga.

Namun, antara keberanian dan kesabaran ada tali pengikatny. Seperti ikatan kimia bagi atom. Keinginan untuk terus berjuang  dan kesadaran untuk bersabar  menghadapi segala tantangan mesti dihubungkan dengan pengikat yang namanya ketenangan. Karena ketenangan adalah penyerap atau stabilizer  antara keinginan untuk meraih kemenangan dengan sulitnya realita tentangan yang dihadapi. Maka ketenangan sebahagian dari asset bagi para daie’

Namun dari mana datangnya ketenangan ini?. 
Ketenangan merupakan mantijah dari saqafah tentang zat yang maha agung dan maha hebat. Ketenangan yg tumbuh dari kebergantungan kuat pada tuhan yg memiliki seluruh alam. Kedamaian akan lahir dari rasa cinta maha AGUNG kepada rabb yg sentiasa berdegup dalam irama jantungnya. Cinta yg hanya lahir dalam hati yang sentiada terasa dekat denganNya dan jiwa yang terus mengharap hanya pada pemilik dan mengatur seluruh hidupnya. Terasa dekatnya Rabb seolah-olah lebih dekat dari urat lehernya sendiri.Itulah Allah yg sentiasa hadir dalam jiwanya dan Allah yg sering memanggil rasa takut dan harap batinnya. Itulah hakikat mengenal Allah dan itulah akidah yang sallim, imanan yang sempurna  buah dari ibadah yang sahih.

Anak2ku dan sahabat2  dikasihi...
Percayalah bahawa itu adalah sebahagian  matlamat dari Mutaba'atu yaumin yang  sering dipantau dalam usrah. Itulah juga mantijah dari tilawah dan tadabbur Quran (semuka sehari), saum, qiam, rawatib,dhuha,riadhah,maathsurat dan bacaan yg bermanafaat. Itulah buah dari Qiam menjadi kewajipan para duat yang dimestikan.

Anak2ku dan sahabat2 sekelian...
Marilah kita mencari sumber2 ketenangan. Jom bernaung dibawah kedamaian dan ketenangan jiwa. Marilah kira terasa teduh dengan rahmat Allah yang sentiasa memayungi  langkah kita. Marilah kita berkelana menempuh jajan yang damai bagi hati kita ini iaitu jalan dakwah yang sangat jauh lagi penghujungnya. Percayalah ketenangan akan menyegarkan impian menjadi kenyataan. Yakinlah bahawa kedamaian hati dan ketenangan jiwa adalah perisai keberanian kita menuju kejayaan. Dan itulah merupakan hujjah bagi kita didepan manusia dan didepan Allah.


“Dia-lah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang telah ada)". (QS. Al-Fath: 4)

"Ya Allah, Ilhamkan rasa damai,tenang dan teduh bagiku untuk thsaba't selama-lamanya di atas jalanMu ini. Gantikanlah bagiku segala kepayahan ini dengan yang lebih baik di akhirat kelak".

Sekian.

February 24, 2013

Kalimah Taujihat untuk UG1-2013


Marhalah Dakwah Rasululah s.a.w.

Salam sejahtera buat mereka yang masih thsabat di jalan-Nya . Moga langkah kita tidak henti sehingga sehingga kita mati atas jalan ini atau kita mencapai matlamatNya, insya-Allah. Hidup kita di medan dakwah ini banyak pancaroba,penuh liku banyak simpang, pelbagai bentuk  mehnah dan ujian-Nya, seribu satu duri yang menyambar kaki. Kekadang ujian itu datangnya terus dari Allah utk menguji  Iman kita dan meninggikan darjat kita. Tetapi, wahai anak2ku dan sahabatku  sekalian, banyaklah berdoa dan ikatkan hati dan jiwa kita dengan bertawakal kepada-Nya. InshyaAllah Allah akan  membimbing kita dengan kirniakan  kita taufiq’ dan hidayah sepanjang jalanan ini...
Rasulullah sendiri perbah menyebut dalam hadis yg masyhur  “Islam datang dalam keadaan asing” dan akan kembali semula dalam keadaan asing. Jadi inilah apa yang telah digambarkan Rasulullah dengan bagaimana keadaan manusia yang kembali tidak mengenali Islam. Makanya seorang daie’ perlu sedar dan memahaminya, mudah-mudahan dia akan sentiasa terhibur bilamana datangnya kepayahan dan duri yg menyucuk dikaki dan dalam jiwa. Ini akan menjadikan kita tega,bersemangat  dan sukses dalam memakai  name-tag “FULL TIME DAIE’…”.

Ayuhh…terus  maju.

"Kita telah mengakui bahawa terdapat persamaan yang besar antara marhalah kita ini dengan marhalah pertama dakwah Islam di Mekah. Iaitu tentang asingnya dakwah Islam ditengah-tengah jahiliah yang menguasai setiap penjuru dunia, tekanan golongan kufur dengan seluruh kekuatannya ke atas mereka dan sedikitnya bilangan mukmin yang terdedah kepada penindasan yang sangat ganas dari pihak jahiliah yang berkuasa ketika itu."

Begitulah yang diterangkan Syekih Mustapha Masyhur dalam kitab beliau Tariq Ad-Dakwah dalam tajuk marhalah dakwah dan tuntutannya.Dakwah ini harus kita faham tentang kepentingannya, dan tentang pelaksanaannya. Ia mempunyai tiga marhalah (peringkat): 

  • Marhalah ad-Di'ayah (at-Ta'rif) : Marhalah propaganda, memperkenalkan, menggambarkan fikrah dan menyampaikan kepada orang ramai di setiap lapisan masyarakat.

  • Marhalah at-Takwin : Marhalah pembentukan, memilih para pendokong, menyiapkan angkatan tentera, pendakwah, dan mendidik mereka. Mereka ini terpilih daripada golongan yang menyambut seruan dakwah.

  • Marhalah Tanfiz : Marhalah pelaksanaan dakwah, beramal, berjuang, dan berusaha untuk mencapai tujuan.

Ketiga - tiga marhalah ini perlu untuk bergerak seiring kerana kesatuan dan kecantuman dakwah adalah bergantung kepada percantuman di antara satu dengan seluruhnya. Oleh itu para pendokong dakwah di dalam berdakwah, mestilah memilih dan membentuk dan di waktu yang sama dia beramal dan melaksanakan apa yang boleh dilaksanakan.

Tidak mungkin lahir ke alam nyata satu marhalah dari marhalah-marhalah itu dalam bentuk yang sempurna kecuali menurut tertib susunan itu. Tidak mungkin sempurna pembentukan ini tanpa pengenalan makrifah dan pengenalan yang sahih dan benar. Tidak mungkin lengkap satu pelaksanaan yang sempurna tanpa pembentukan dasar pendidikan yang sempurna.

Dakwah Islam yang pertama di zaman Rasulullah s.a.w. telah melalui tiga peringkat ini. Muslimin di zaman itu telah mengenali agama mereka, terdidik dan terbentuk di madrasah Rasulullah lalu mereka bangun dan membangkit mendokong dakwah Islam dengan sebaik-baiknya. Strategi marhalah dakwah  yg diasaskan  Rasulullah s.a.w. dengan bantuan wahyu ini sebenarnya model ciptaan Allah yg menjadi hujjah para daie' sepanjang zaman. Mana mungkin satu peradaban dan tamaddun Al-Quran yg maha hebat ini berdiri megah selama seribu tahun. Inilah ijtihad “fiq Dakwah” yang benar dan bersih yg disarankan oleh mereka yg bergelumang di atas medan ini. Makanya, analisis tepat Mustafa Masyhur ini bukanlah teori semata-mata, malah sangat praktilal pada zaman ini dan selama-lamanya. Ayuh…marilah kita memahaminya.

Firman Allah dalam surah al-An'aam ayat 153

Maksudnya : "Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertakwa."

Mutiara Kata as-Syahid Imam Hassan al-Banna

"Sesungguhnya pembentukan ummah, pendidikan bangsa-bangsa, merealisasikan cita-cita dan mendokong pendirian (pegangan hidup) memerlukan ummah yang berusaha ke arah itu atau dari golongan yang menyeru kepadanya. Ini sekurang-kurangnya memerlukan kekuatan jiwa yang terhimpun di dalamnya beberapa perkara: Iaitu kemahuan yang tidak mengenal lemah, kesetiaan yang tetap yang tidak disaduri oleh kepura-puraan dan khianat, pengorbanan yang banyak yang tidak dihalang oleh tamak dan haloba serta kebakhilan, dan makrifah (mengenalpasti) dasar pegangan hidup, beriman kepadanya dan menghargainya sungguh-sungguh. Semuanya itulah yang memelihara (kita) dari kesalahan dan penyelewengan daripadanya (pembentukan) dan tawar-menawar (apologetik) di atas perkara dasar dan tidak terdaya dengan yang lainnya"
  
SEKIAN 

“…YA ALLAH MAAFKANLAH AKU DIATAS SEGALA KELEMAHAN DAN KELALAIANKU DALAM MEMIKUL BEBAN AMANAHMU  INI…”

August 27, 2012

Bahan Tazkirah Untuk Liqa' Minggu Ini.


Zadu Du’at
 Oleh: Dr. Hussien Shahatah

Kehidupan seorang muslim di bulan Ramadhan adalah dalam kerohanian yang tinggi kerana dirinya dipenuhi iman serta mempengaruhi watak, tingkah laku dan tindakannya. Di antara hasil di bulan suci ini ialah menjernihkan hati, membersihkan daripada kesalahan dan dosa, mendidik jiwa dan menyucikannya, meluruskan tingkah laku dan mendisiplinkannya. Seorang muslim akan merasakan bahawa mertabatnya semakin meningkat dan dekat dengan Allah SWT. Ia berharap bahawa sepanjang tahun adalah Ramadhan dan sentiasa mengulangi doa mutawatir ini:

"اللهم أعده علينا أعوامًا عديدة وسنوات مديدة"
"Ya Allah, sediakanlah Ramadhan untuk kami beberapa tahun dan sepanjang tahun."
Ramai orang tertanya-tanya apakah tindakan selepas Ramadhan di samping tidak syak lagi bahawa pendidikan Ramadhan adalah pendidikan sepanjang tahun dan sepanjang hari. Berdasarkan keistimewaan ini kami utarakan beberapa perintah dan pesanan selepas Ramadan sebagai peringatan, kerana peringatan itu sangat bermanfaat kepada orang-orang yang beriman.

Pesanan Pertama:

Anda hendaklah meneruskan puasa Ramadhan dengan puasa pada hari Isnin dan Khamis setiap minggu, serta puasa pada pertengahan bulan Hijrah setiap bulan (hari putih); supaya terus merasai kerohanian puasa. Diriwayatkan daripada Nabi SAW yang bersabda (bermaksud):

" (Puasa) tiga hari setiap bulan dan Ramadhan kepada Ramadhan. Maka inilah puasa sebulan penuh. "(HR Muslim daripada Abu Hurairah).

Pesanan Kedua:

Anda hendaklah terus memelihara solat di masjid secara jamaah seperti anda berada di bulan Ramadhan kerana ianya mendapat pahala yang besar di mana solat berjamaah menyamai solat di rumah dua puluh tujuh kali.
Pesanan Ketiga:

Anda hendaklah terus menghidupkan solat di tengah malam, kerana Nabi SAW telah bersabda (bermaksud):

" Solat yang paling baik (afdhal) selepas solat fardu ialah solat malam." (HR. Bukhari).

Pesanan Keempat:

Anda hendaklah terus memelihara wirid Al-Quran seperti yang anda lakukan di bulan Ramadan. Rasulullah telah berpesan:

"Bacalah Al-Quran, ia akan datang pada Hari Kiamat sebagai syafaat kepada orang yang membacanya." (HR. Muslim).

Pesanan Kelima:

Anda hendaklah menjauhi daripada perkara bid’ah, adat lapuk dan tradisi yang buruk. Ingatlah kata-kata Nabi SAW (bermaksud):

"... dan berhati-hati dengan perkara-perkara yang baru, setiap satu perkara yang baru adalah bid’ah dan setiap yang bid’ah adalah sesat dan setiap kesesatan akan dimasukkan di dalam api ." (HR. Muslim)
Pesanan Keenam:

Anda hendaklah menjadi seorang yang pemurah kepada golongan fakir dan miskin, serta golongan yang memerlukan selepas Ramadhan dan janganlah menafikan diri anda daripada mendapat rahmat Allah. Rasulullah SAW bersabda (bermaksud):

" Harta yang disedekahkan tidak akan berkurang. " (HR. Tirmizi)

Pesanan ketujuh:

Anda hendaklah berikan hak-hak orang fakir dan miskin daripada zakat dan sedekah supaya Allah memberkati harta anda. Allah SWT berfirman (bermaksud):

“Allah susutkan riba dan Ia pula mengembangkan sedekah-sedekah dan zakatnya.” (Baqarah:  276).

Pesanan Kelapan:

Anda hendaklah menyambungkan silaturrahim dan tunaikanlah hak-hak mereka yang memiliki pertalian darah sehingga Allah menangguhkan ajal anda dan melapangkan rezeki anda. Firman Allah SWT (bermaksud):
“Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, – kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa.” (Al-Baqarah: 177).

Pesanan Kesembilan:

Anda hendaklah terus menghadiri majlis-majlis ilmu di masjid dan lain-lain seperti yang anda lakukan pada bulan Ramadhan kerana majlis ilmu adalah lebih baik daripada beribadah selama tujuh puluh tahun.

Pesanan Kesepuluh:
Anda hendaklah berterusan dalam melakukan taubat dan istighfar. Firman Allah SWT (bermaksud):

“Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka, sedang engkau (wahai Muhammad) ada di antara mereka; dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar (meminta ampun).” (Al-Anfal: 33)

Nabi SAW bersabda (bermaksud):

“Sesungguhnya aku beristighfar (memohon keampunan) kepada Allah dan bertaubat kepadaNya lebih daripada tujuh puluh kali dalam sehari.” (HR. Muslim)


August 17, 2012

Saat bicara sama kamu...

Saat ini aku agak sibuk, Tahun ini lelahku mengmimpit waktu, kebelakangan ini tangan ku tak punya banyak waktu utk berlari atas papan kekunci ini...namun Kamu baru saja hadiahkan pada ku...(dengan izin tuanMu dan kekasihKu juga). Dan satu lagi hadiah yg kau bawa bersama dengan kedatanganmu kali ini bahawa puteri kesayanganku sudah bergelar Hafizah,walaupun hanya 8 bulan berada di DQ. Sesungguhnya hadiah ini lebih mahal dari dunia dan seisinya kerana dia bakal berikan syafaat bagiku di akhirat nanti. Terimakasih atas rahmat yg hadir bersama kehadiranMu. Banyak kali aku menangis dalam pelukkanMu ini. Lantaran aku tak sempat melayanMu sebaiknya. Namun hanya kamu saja yg dekat dihatiku yg menjadi teman bicaraku di malam gelap dalam tahajjudku. Maafkan aku. Tapi esok kamu akan pergi dan pergi jua. Hukum alam yg tak bisa siapapun menghalangnya. Aku pasrah dalam harap agar kamu datang lagi kekamar hatiku diwaktu yg dijanjikan nnti. Aku tetap mengharap dan menanti  kamu muncul lagi didepan pintu hati ku ini lagi...Kau pasti datang kerana aku telah siapkan rumahmu dalam hatiku ini. Aku belum puas bicara sama kamu.RAMADHAN.

GENGAMAN WAKTU DAN KETIKA