April 7, 2009

Dakwah dan Tarbiah Remaja


Ana baru membelek sebuah buku berjodol "Rijaalun wa Nisaa'un Anzalallahu fiihiim Qur'ana" oleh Dr Abdurrahman Umairah dialihbahasa "Tokoh-Tokoh Yang Diabadikan Al-Quran" terbitan Gema Insani Press, tahun 2000. Didalamnya disebutkan pengkisahan seorang remaja yang ditarbiah di bawah naungan rumah Rasullullah s.a.w. iaitu Usamah bin Zaid. Beliau anak kepada Zaid bin Harithah hasil perkahwinan dengan Ummu Aiman. Zaid ialah anak angkat Rasullulah s.a.w. yang asalnya seorang hamba yang diambil dan dihadiahkan oleh isteri baginda Khadijah. Zaid terdidik langsung dibawah Rasulullah s.a.w. sejak kecil lagi, pernah digelar "anak Muhammad" sehinggalah turun ayat surah al-Ahzab:5. Beliau juga digelar "kekasih Muhammad Rasulullah s.a.w." yang kemudiannya menjadi Ketua Komandan ke Ghazwah Mu'tah menentang kekuasaan tentera Rom yang berakhir dengan kesyahidan beliau serta dua orang lagi sabahat besar iaitu Jaafar bin Abi Talib dan Abdullah bin Rawahah. Ibu Usamah pula iaitu Ummu Aiman seorang sahabiah yang hidup di bawah naungan syariat. Beliau berhijrah dalam keadaan berpuasa dan sangat rajin berpuasa. Rasullullah s.a.w pernah bersabda :"Barangsiapa yang ingin menikahi wanita calon penghuni syurga, nikahilah Ummu Aiman". Begitulah Usamah sebagai seorang remaja dididik di rumah kenabian. Rasullah s.a.w. sangat menyayanginya sebagaimana baginda menyayangi cucunya sendiri iaitu Hasan dan Hussin bin Ali. Remaja inilah yang dipilih oleh Rasulullah s.a.w. ketika usia beliau sekitar 18 tahun untuk mengetuai angkatan jihad menentang tentera Rom sejurus sebelum kewafatan baginda s.a.w. Semua sahabat besar termasuk Abu Bakar, Umar, Abu Ubaidah, Saad Abi Waqas, Sai'd bin Zaid dan Qatadah Ibnu Nu'man r.a. Sehingga ada di kalangan sahabat yang mempertikaikan pemilihan Usamah dengan berkata : "Anak ini memimpin kaum Muhajirin dan Ansar?" Sehingga Rasulullah s.a.w. naik ke mimbar dan menyampaikan amanat beliau mengangkat Usamah, lantas semua sahabat bergabung di bawah pimpinan Usamah. Begitulah sekelumit kisah Usamah bin Zaid yang harum dengan jihad dan pengorbanan sehingga wafat pada masa kekhalifahan Muawiyah bin Abu Sufyan r.a.



Pelajaran tarbawi apakah yang boleh kita dapati dari kisah ini? Pastinya kisah pentarbiahan remaja. Remaja yang diasuh dan dididik, mengambil masa dan kesabaran. Ianya bukan sekadar program dua hari satu malam untuk mencipta keistimewaan. Malah ianya satu proses pembinaan kepemimpinan. Lihat sahaja kepada ketokohan Sultan Muhammad al-Fatih yang ditarbiah Sheikh Aaq Syamsuddin malah sheikh murabbi inilah perangsang utama kecekalan sultan muda ini membuka kota besar Byzantine iaitu Konstantinopel yang menggegar dunia dominasi Kristian di sebelah utara dunia. Malah, mujadddid abad ke-20 al-Syahid Hasan al-Banna rh. juga menerima pentarbiahan langsung ayahnya bermula kuliah-kuliah pengajian ayahnya di rumah setiap selepas solat Subuh, mengembalikan kembali izzah umat Islam untuk mendaulatkan syariat di era kita hari ini.


Adaptasi tulisan Akhi Fakhrul Dungun-Naqib Net

GENGAMAN WAKTU DAN KETIKA