December 23, 2009

Tahniah K Ngah





Saalam rindu buat K Ngah di Cairo, Mesir. semalam K Ngah gi jalan2 ke Piramid...bila nak upload gambar2 tu dalam Facebook.

Baba ucapkan tahniah pada K Ngah kerana keputusan cemerlang dalam PMR 2008. Baba baru jer balik dari majlis penyampaian slip PMR SM Islam Sri Aman. Tahniah kerana K Ngah adalah salah seorang dari 5 orang yg dapat 9A PMR dan 7A PMRI menjadikan jumlah keseluruhannya 16A.

Berikut adalah keputusan penuh K Ngah:
BM A
BI A
Math A
Scien A
Sej A
Geo A
KH Prt A
Pend I A
B Arab komunikasi A

PMRI (musleh)
Hadith A (86)
Feqah A (95)
Tauhid A (99)
Tafsir A (90)
Sirah A (98)
Hafazan A(100)
Tajwid A(94)

Ya Allah kau ramhatilah anakku ini...letakkanlah tanganMu diubun-ubunnya...jadikanlah dia anak-anak yang bakal mewarisi dakwah dan perjuangan menegakkan agamamu ini...Sesungguhnya dia adalah anugerah dariMu kepadaku, maka jadikanlah pula dia sebaik2 insan (kamil) yg akan memberikanya upaya utk membela agamaMu. Mudahkanlah bagiku untuk menjaga dan mendidik semua anak-anakku sebaik2 mungkin sebagai amanah dariMu ya Allah. Ampunilah aku atas semua kekurangan dan kealpaanku. Sesungguhnya segala sesuatu itu hanya datang dariMu. Dan kami adalah orang yg tidak berdaya apa-apa melainkan apa yg Kau anugerahkan...dengan kudratMu dan kehendakMu. Dan masukkanlah kami dari kalangan orang2 yang bersyukur dan menyerah diri.
Amin...

Keputusan keseluruhan PMR SMI Aman adalah:
9A 5 orang (4 orang 7A PMRI)
8A 2 orang
7A 3 orang
6A 1 orang
5A 3 orang

GENGAMAN WAKTU DAN KETIKA