January 4, 2010

Hari 110 Penuh Makna.



3 Jan adalah hari yg penuh makna. Si kembar kul 5 lagi dah mula bangun…sebelum subuh lagi Buraidah dah siap berpakaian tadika. Wahh…begitu girang sekali tampak pada wajahnya. Muthsanna mandi kemudian. Abang dan kakanya yang lain juga nampaknya sudah siap awal untuk kesekolah. Selepas solat berjemaah aku kena berangkat seawal jam 6 40 pg. Sebelum meninggalkan anak2 seperti biasa mesti bergurau senda dengan anak… terutamanya yg kecik2. Aku pergi kepada mereka satu demi satu…dengan ucapan semangat dan salam-ciuman sayang. Tahun ini Along diamanahkan sebagai Head Boy (Ketua pengawas). Allahhuakhbar…bangga sekali melihat along mengenakan pakaian kemas, baju kotnya…Aku cuim along sambil memberikan kata2 semangat untuknya. Ateh pun pengawas sekolah. Abang cik juga nampaknya kemas sekali memgenakan pakaina sekolah baru. Cuma pada pagi ini terasa lain seklai kerana…ada satu kekurangan. K Ngah tiada…soo aku tak dapat cium pipinya dan ucapkan kata untuknya seperti adik2nya yg lain, Kerana sekarang ini berada jauhhh di hujung dunia. Terasa sayu bila ingatkan K Ngah. Dalam perjalanan ke Kampus seperti biasa…aku membaca Al_Maathsurat. Menghayati maathsurat di pagi2 begini terasa indah sekali. Keindahan dan bahagia …dengan seluruh nikmat yg Allah berikan selama ini. Syukur dengan semua nikmat, kebaikan dan kemuliaan yg Allah kurniakan selama ini. Sesungguhnya semua itu adalah nikmat yang sepatutnya aku syukuri selayaknya…dengan kemahaan Zat dan sifatnya.
Disepanjang perjalanan ini…terbayang bebanan dan amanah yg bakal dipikul untuk tahun 2010 ini. Terbayang wajah2 anak2 Mizan…bersama debaran rindu untuk menatap wajah mereka (insan Istimewa bagiku) dan harapnya mereka juga adalah specials utk seluruh masyarakat Kampus Mizan ini. Mudah2an .

GENGAMAN WAKTU DAN KETIKA