Siri tauladan buat anak2ku...dalam mencari erti cinta
Siri 4: Abu hanzolah…Meninggalkan pintu cinta kerana CINTA
Mari kita hayati kisah seorang sahabat nabi, jurutulis beliau yang bernama Hanzalah. Antum selalu dengar lagu nasyid Kumpulan rabbani kan?...tentang Hanzalah. Ketika perang uhud terjadi, beliau baru saja di Ijab Qabulkan. Bagi meraikan “kemanisan cinta” berumahtangga rasulullah mengizinkannya untuk tidak pergi berperang. Begitulah cara baginda meraikan para sahabatnya.
Perang Uhud adalah diantara salah satu peperangan yang sengit penuh srtategi dan Naungan Allah serta hadis2 tentang perkara ghabi. Perang Uhud juga mencatatkan kisah luarbiasa keberanian dan kecintaan sahabat kepada syahid. Ketika perang sedang berkecamuk dan tentera islam sedang dalam gawat sekali menghampiri keklahan. Pada malam hari: apabila Hanzalah mendengar berita dari seorang sahabat bahawa tentera islam dibantai dan hampir dengan kekalahan, tanpa berlengah beliau terus memakai baju besi dan menghunus pedangnya menuju medan Uhud tanpa sempat mandi junub. Beliau bertempur dengan gagah berani. Semangat jihad telah menguasai emosi dan dirinya sehingga akhirnya dia syahid bersama 70 sahabat2 lain.
Namun ada perkara yg pelik berlaku dimana Rasulullah telah melihat mayat hanzalah telah dimandikan malaikat sebagaimana sabdanya yang bermaksud “Aku melihat antara langit dan bumi para malaikat memandikan mayat hanzalah dengan air awan dalam dulang perak”. Para sahabat terkedu dan sambil terharu mendengar perkara ini. Lalu Abu Said saidi pergi melihat mayat Hanzalah. Wajah hanzalah kelihatan tenang dan dari hujung rambutnya kelihatan titisan air berlinangan jatuh….
Nahhh…hebatkan cerita ini. Cintakah antum kepada hanzalah ini?. Tidak tergetarkah hati kita mendengar kisah cinta agung sahabat yg meninggalkan “Pintu cinta” demi suatu hakikat CINTA yang maha agung dan maha tinggi…sehingga dia dimuliakan sebegitu rupa oleh para malaikat. Tentu sekali para malaikat bergembira menguruskan jenazahnya dan membawa rohnya kepada cintanya, Allah…teringinkah kita dimuliakah sedemikian rupa oleh makhluk langit dan bumi. Kisah Hanzalah ini akan disebut sampai hari kiamat…dan seharusnya menjadi idola para pemuda yg ikhlas berjuang yg merindui matinya sebagai syuhadak. Mudah2an kisah ini: anak2 simpan dalam2 dalam lipatan hati-sanubari bahawa hanzalah adalah seorang pemuda yg dimuliakan kerana meninggalkan pintu cinta kerana CINTA yang maha agung. “Maha suci Allah yang menganugerahkan kepadanya CINTA yang hakiki…ya Allah kirniakan juga kepada kami semua….”
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Demi jiwaku yang ada di tangan-Nya, aku lebih suka berperang di jalan Allah dan mendapat syahid, dan dihidupkan kembali untuk mendapatkan syahid, dan dihidupkan kembali untuk mendapatkan syahid, dan dihidupkan kembali untuk mendapatkan syahid, dan dihidupkan kembali." (Riwayat al-Bukhari)
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Utk Liqa' Usari kali ini Ana pinjam tulisan Ustaz Aadtif dari majalah JOM. Ibarat rumah kita yang cantik,nyaman dan selesa. Ses...
-
JOM…Susuri jalan yang damai Anak2ku dan sahabat tercinta… Kalaulah jalan dakwah ini dipenuhi hamparan permaidani INDAH sudah pas...
-
Di suatu petang, seorang anak datang kepada ayahnya yg sedang asyik baca Quran… “Ayah, ayah” kata sang anak… “Ada apa nak?” tanya sang ayah…...