July 25, 2010

Hari Yang Manja...


Jumaat 23 Jun 2010.

Petang semalam: Hari-hari yang manja..dalam hidupku. Kalaulah diriku adalah Jarum waktu rasanya ingin ku mundur kesuatu waktu dahulu, masa kecilku. Yaa...satu waktu dulu sawah inilah tempat aku mandi dan bermain lumpur. Sawah inilah tempat aku bermain laying-layang…diwaktu petang. Bendang inilah mak dan ayah meraih rezki. Sawah inilah padi mahsuri ayah usahakan demi sesuap nasi kami adik-beradik. Ketika musim menuai, dicelahan rimbunan pohonan padi inilah aku bermain sorok2 dengan teman-teman. Itulah bisikan hatiku mengimbau kenangan. Aku terus saja aturkan langkah merlahan-lahan menuju ketengah bendang. Melewati titi dan batas padi. Semilir angin mengoyang-goyang anak padi yg baru tumbuh sehasta cuma. Iramanya melintuk melambai-lambai bila dibelai angin. Hijau sesayu mata memandang.. Kaki ini terus memijak-mijak batas padi. Dari atas titi yg merentangi parit kecil.. kelihatan air mengalir lesu sambil anak2 ikan berenang cemas. Batinku senyum sinis. Mataku menatap bumi dan wajahku tunduk bersama hati dan jiwa. Inilah bumi yg kupijak, langit dan awan menjadi saksi. Perlahan-lahan aku mendongak keatas. Keinsafan membelai kenangan yg tak mungkin aku padam. Sawah padi ini tetap begini, tetapi aku … Segalanya sudah berubah. Sudah 40 tahun berlalu…tetapi semuanya masih segar dalam disket otakku. Kini kampong halaman ini hanya menjadi tempat rehlah bersama anak dihujung minggu. Yaaa…Jumaat petang begini menjadi kemestian kamai sekeluarga balik menjenguk mak dan ayah.

“baba tungguuuuu…..” jerit buraidah dari atas pokok rambutan mengejutkan lamunanku. E-deen dan Muthsanna pun bergegas turun dari pokok rambutan tu. Mereka bertiga memanjat pokok rambutan yg rendang ditepi tepi bendang hadapan rumah mak.
“babaaaa tunggu… idah nak ikut”. “e-deen pun”. “Inah pun”. Dari tengah sawah aku melihat ketiga-tiga mereka berlari laju melalui atas titi utk mendapatkan aku. Waktu itu aku berdiri atas “batas padi “ yg lebarnya sehasta saja. Aku berhenti sejenak disitu menunggu mereka. Bila mereka sampai aku pimpin anak-anak meniti batas padi itu. Seketika kami berhenti sambil mencabut rumput- rumput sambil melambungkannya keudara…”tengok niii hujannnn…rumput”. Daun rumput yg masih segar tu aku balingkan keudara. Sebahagiannya melekat atas kepala anak-anak. Slepas tu mereka bergilir-gilir buat hujan menggunakan rumput.

Anak-anak tidak mengerti semua ini. Anak tak faham makna bendang kepada ayahnya. Anak tidak tahu apa yg mewarnai ruang fikir dan zikir ayahnya saat ini. Hanya ketawa ceria dapat kulihat pada wajah anak-anak.

Beginilah diari hujung minggu bagi kami. Beginilah BaitulDakwah…yg kami miliki. Kesibukan lelah sepanjang hujung minggu ini seolah2 terubat semuanya. Ziarah Mak dan Ayah selain menunaikan kewajipan dan hak... tetapi disana ada 1000 pahala, senang, ketenangan dan kebahagiaan. Maha suci Allah yg memiliki hidup dan kehidupan kami. Sesungguhnya semua ini adalah anugerah tak terhingga damiMu yaa Allah.

Diari: Bermula hari khamis Kami sekeluarga Iftar… di rumah “bukit Villa” bersama dengan Iftar anak2 usrah USM.. Malamnya umi bersama2 anak2 usrahnya dalam daurah dirumah bukit. Dalam masa yg sama baba dn anak lelaki melayan pelajar dari UK dan Russi yg balik bercuti musim panas. Sungguh indah ukhuwahfillah …walaupun antara kami tak pernah bertemu tetapi kesatuan manhaj tarbiah dan doa rabithah telah mengikat hati-hati antara kami . Turut hadir ialah usrah medic USM Mr Osman, beberapa Ikhwah dan Pak Ijal. Kebetulan kami ada meting malam itu.

Anak2 …tujuan baba rakamkan semua ini adalah supaya antum mengerti bahawa inilah kehidupan baba. Supaya antum tahu inilah harapan baba, cita-cita, rasa hati dan jiwa baba. Walaupun hari ini antum tidak memahaminya tetapi baba pasti suatu hari nanti antum akan mengerti jua. Baba mengharapkan semua anak2 mewarisi perjuangan ini…Amin. Along, K Ngah dan Cik baba berbangga dengan perkembangan antum.

Anjung Hidayah
2 pagi.

GENGAMAN WAKTU DAN KETIKA