Semalan (Isnin) baba balik dari ejabat agak lewat.Kul 7 baru keluar dari kampus kerana ada Liqa’. Kebetulan ada rakan pensyarah yg tumpang ke KB. Kami makan nasi kerabu daging bakar/ayam bakar sama2 sesampainya di KB. Sooo…dalam kul 10 mlm baru sampai kerumah. Bila sampai rumah semua anak2 dah tido. Rasa sunyi sekali. Mata hati dah tercari2 sesuatu.. langsung .masuk bilik anak2: seperti biasalah mesti cium mereka dulu lepaskan rinduu. Masuk bilik zaujah tengah solat…dalam hati berkata..”wahh ni peluang!!!..dah lama tak sembang panjang. Jarang2 dapat peluang macam ni”.
Lepas mandi… badanpun mulai segar kembali dapatlah sembang2 dengan zaujah sambil baringan. Baba ceritakan kegembiraan baba hari ini…pasal pilihanraya, MPP..pasal anak di mizan pasa liqa’ hari ini. Umi ceritakan ttg anak2, sikembar tu!!!...semasa ambil mereka dari tadika, buraidah Tanya Umi “ummiii sekolah tu kan tempat orang mencari ilmu…betul kan?. ‘yaaa betul” jawab umi. Tapi ummi Tanya balik “sooo buraidah jumpa tak ilmu kat sekolah?”. “Tak jumpa pulak” Jawab buraidah. Ummi sambil nak gelak kata “kenapa tak jumpa?”. Buraidah pun Tanya balik “Ilmu tu apa umi?..”. Umi pun jelaskanlah apa itu Ilmu…bla bla…panjang kebar sampai buraidah faham. Lepas itu Buraidah bercerita semasa ditadika tadi…Muthsanna marah2kan buraidah kerena buat cepat2 kerja Mathematic…sedang dia lambat. waah ini adalah salah satu situasi yg mencetus gimic dan impuls jiwa bagi seorang ayah/ibu yg punyai anak2 “identical twins” dan “mirror Twins”…macam kami.
Itulah bunga kehidupan apabila memiliki anak2 yg baik. Itulah keindahan yg Allah hiasi dalam hati dan kehidupan ini. Dengannya Allah nak berikan ilmu kepada kami berdua. Subhanallahhh. Kadang anak2 berkata sesuatu perkara konsep..sedang dia sebenarnya tidak memahaminya. Dan apa yg anak faham selalunya tidak sama dengan apa yg kita faham…kadang2 kita memahami situasi tidak sama dengan orang yg mengalaminya atau membacanya sahaja. Ringkasnya manusia melihat pada perspektif nilai diri dan pengalaman masing2. Aanak2 sebenarnya mempunyai perspektif yg tersendiri dalam memahami sesuatu konsep. Memahami bagaimana tabiat kanak2 berfikir adalah satu kelebihan bagi ibubapa cemerlang.