April 15, 2009

UHUD: Maqam Syuhada…bertaburan bunga2 CINTA…

(Siri 1: Sirah Tauladan Untuk Anak2ku)

Anak2ku…Nampaknya banyak selaki persoalan Cinta menjadi tulisan dalam Blog kalian. Memang kita ini tercari-cari dimana, makna, bagaimana, erti dan hakikat cinta yang sebenarnya. Memang rasa cinta adalah fitrah manusia, khususnya para ramaja. Memang cinta itu lahir dan tumbuh seiringan dengan makna kemanusiaan itu sendiri. Kadang2 cinta itu hadir tanpa diundang dan kadang2 kita sama sekali tidak berdaya menolaknya. Bukan namanya kita tertewas tetapi ternyata bahana cinta itu lebih kuat mencengkam. Sesiapa yg terminum sarimadu cinta pasti dia akan menempoh kehidupan yang payah walaupun biasanya dia merasakan hidupnya sungguh Indah sekali…Sungguh aneh sekali kan…itulah reality cinta bila dia ia datang mengigit perasaan.
Maka dalam tulisan baba ini, mari kita hayati bagaimana muasafat seorang pemuda yang telah Allah terangi hati dan prasaannya dengan rasa cinta yang hakiki, cinta yang maha agung. Mudah-mudahan kita lebih memahaminya dan mampu melatakkannya ditempat yg selayaknya.
Medan Uhud telah merakamkan beberapa kisah Cinta Agung ini. Dalan siri tulisan ini baba akan menceritakan beberapa kisah yang berkaitan dengan medan Uhud dan Hakikat cinta. .Mari kita susuri satu persatu.


Kisah1: ’Abdullah Bin ‘Amru Bin Haram Al-Ansari
Dia adalah salah seorang yang turut serta dalam Perang Uhud dengan memakai kain kafan. Saat itu dia berkata:Ya Allah, ambillah nyawaku pada hari ini, agar Engkau reda padaku. Akhirnya’Abdullah bin ‘Amru gugur sebagai syahid dalam pertempuran tersebut.
Setelah peristiwaitu terjadi, Rasulullah kemudian berkata kepada Fathimah, saudara ‘Abdullah dan mak cik Jabir: Samada kamu tangisi ataupun tidak, para malikat tetap akan menaunginya dengan sayap mereka, hingga kalian mengangkatnya.
(H.R Bukhari)

Dan dalam riwayat lain Nabi s.a.w bersabda: Hai Jabir, kenapa kamu begitu bersedih. Jawab jabir; Rasulullah, bapaku telah wafat sebagai syahid,namun dia meninggalkan keluarga dan anak-anaknya serta hutang. Mahukah kamu aku berikan khabar gembira, bagaimana Allah menerima bapamu? tanya Rasulullah. Mahu wahai Rasulullah. Jawabnya singkat. Allah tidak pernah berbicara dengan seseorang, kecuali di sebalik tabir. Dan Allah telah menghidupkan bapamu dan menyatakan bahawa dia termasuk di antara pejuang yang (syahid) seraya berfirman: Mintalah apa saja kepadaKu, nescaya akan Ku beri!
‘Abdullah berkata: Wahai Tuhanku, hidupkanlah aku kembali dan aku akan kembali berperang untuk kedua kalinya dalam mencari keredaan-Mu. Rasulullah menjelaskan keadaan ‘Abdullah kepada Jabir.
Orang yang telah meninggal, telah Aku tetapkan bahawa dia tidak akan dapat kembali ke dunia, lalu turunlah firman Allah:
”Janganlah kamu menyangka bahawa orang-orang yang gugur dijalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup disisi tuhannya dengan mendapat rezki. Mereka dalam keadaan gembira disebabkan kurniaan yang diberikan-Nya kepada mereka dan mereka memberikan khabar gembira kepada orang-orang yang mesih tinggal dibelakang yang belum menyusul mereka, bahawa tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan mereka tidak bersedih hati. Mereka bergembira dengan nikmat kurniaan yang besar dari Allah, dan Allah tidak mensia-siakan pahala orang yang beriman”
Ali-Imran (3): 169-171


Abdullah Bin Mas’ud meriwayatkan bahawa Allah telah menempatkan roh mereka yang gugur dijalan Allah dalam ronga burung berwarna hujau yang mempunyai lantera yang tergantung di’Arasy, diuntaikan dari syurga sesuai dengan kehendaknya, kemudian dia berlindung dibawha lantera itu.

Alangkah hebatnya sahabat ini, 'Abdullah. CintaNya telah menjadikan sakitnya mati, tikaman dan hirisan pedang itu suatu nikmat…dan sangat diimpikan. Bagi sesiapa yang berpeluang Pergi Haji atau Umrah, medan Uhud dan kisah cinta 'Abdullah pasti memanggil-manggil setiap hati yang dipenuhi rasa Cinta pada Ilahi. Kedudukan Maqam Syuhada adalah ditengah tengah medan Uhud. Medan Uhud adalah terletak dilembah antara bukit Uhud dan bukit memanah. Bagi yang pergi kesana jangan lupa untuk panjat bukit memanah ini. Tetapi yang paling penting ialah Maqam Syuhada yang dipagari besi. Suatu masa dahulu telah berlaku banjir besar melanda mainah Disebabkan maqam syuhada adalah berada ditengah tengah lembah uhud ini, bila berlaku banjir pepasir telah dibawa arus deras. Yang tinggal ialah apa???????.....MasyaAllah….Nantilah sambungnya…
Demi Allah, sebenarnya Allah telah membenarkan Cinta para Syuhada dan juga 'Abdullah… seluruh umat telah menjadi saksi kebenaran ungkapan cintanya.



Gambat Atas: Maqam Syuhada, dibelakangnya berlatarbelakang bukit Uhud. Gambar Bawah: Bukit memanah, baba berdiri ditengah medan pertempuran mengadap Maqam Syuhada

GENGAMAN WAKTU DAN KETIKA