March 28, 2011

"Akan ku pimpin tanganmu menuju jalan ini...!"


Cerita mini:Sang Helang
Ada seekor helang sedang terbang merentasi sungai semasa musim sejuk. Ia memerhati satu bungkah ais terapung yang menghala hilir sungai. Helang itu terfikir utk singgah sebentar dan lepaskan lelah seketika di atas bungkah ais tersebut, walaupun dia tahu terdapat satu air terjun yang curam di hadapannya. Helang itu tahu ia mempunyai peluang dan masa untuk terbang sebelum ais itu melalui jeram tersebut.

Akan tetapi, ketika helang berdiri di atas ais tersebut, kakinya menjadi beku ditelan salji. Sementara bungkah ais tersebut semkain menghampiri air terjun, helang itu cuba sedaya upaya untuk terbang tetapi gagal. Akhirnya helang bersama bungkah ais menerjah arus air tejun yg ganas. Helang itu telah membiarkan masa berlalu utk santai hingga lupa untuk bertindak sewajarnya pada situasi itu. Berehat sejenak telah membahayakan dirinya sehingga tengelam bersama arus.

Dari cerita ini, kita boleh mempelajari bahawa KITA boleh berehat dan membuat alasan utk berpeluk tubuh dari dakwah, tetapi ingat akhirnya bila anda terasa nyaman dengan kerehatan akhirnya kita lupa matlamat kita yg sebenarnya. Sedangkan hati kita semakin selesa dengan kerehatan. Malang sekali jika kerehatan akhirnya memusnahkan diri kita sendiri.

IBARAT SUNGAI: Sungai yang mengalir sangat bermanafaat kepada manusia dengan membawa kerahmatan dan khabar gembira kepada sesiapa yg berada dipinggirannya disepanjang alirannya. Airnya boleh menyuburkan tanaman, membasuh pakaian,untuk mandi dan dijadikan minuman binatang dan manusia. TETAPI bayangkan bagaimana sungai yg berhenti aliranya disuatu selekoh sungai. Airnya tidak lagi menyertai arus perdana air sungai yg lain untuk mengalir hingga kemuara. Bukankah sifat2 air itu akan busuk lagi membusukkan. Ada daunan yg jaduh kedalamnya...binatang yg mati terjatuh tambah membusukkan. Air ini sifatnya bukan lagi tidak berguna malah busuk lagi membusukkan.Soo kalau pada mulanya air itu bermanafaat sekarang ia menjadi MUDARAT.

ANAK-ANAKKU; Seringkah kita bertanya pada diri kita sendiri soalan ini...
"SIAPAKAH DIRI KITA DALAM DAKWAH DAN TARBIAH INI????..."

sehari kita berhenti laksanakan dakwah...ingatlah dakwah yg merosakan diri dan umat ini tidak pernah berhenti...dan DIA(kesesatan itu)memasuki rumah2 kita setiap hari ,setiap saat melalui Radio,TV, KOMPUTER(INTERNET)melalui berita,majalah dan akhbar.

GENGAMAN WAKTU DAN KETIKA