February 6, 2010

Kenapa Seseorang itu Menjerit?


Woiii…!!
Wohhhh…!!!!
Halloo…!!!!

Itulah kebiasaannya jenis-jenis jeritan yang biasa kita dengar, kita lihat dan alami sendiri. Kenapa manusia suka menjerit?. Kenapalah agaknya perlunya kita menjerit?. Kalau tak jerit tok boleh ke?. Biasanya kita menjerit bila berjauhan atau orang tidak dengar apa yg kita katakana atau ingin sampaikan. kalau jarak 100 meter lebih tu telinga kita takkan dapat lagi mendengar melalui nada percakapan biasa, maka untuk menyampaikan maklumat menerusi gelombang bunyi ini perlulah seseorang itu menjerit utk berinteraksi.

Bagaimana pula kalau kita berada dalam bas atau kapal terbang. Atau waktu berbual2 sambil munum petang, perlukah lagi kita menjerit?. Pasti orang akan katakana “tak siuman” kalau kita menjerit-jerit?. So dalam keadaan seperti ini tidak perlu lagi kita menjerit kerana kita boleh memberi dan menerima maklumat dengan menggunakan nada perbualan biasa saja. Berbual-bual sajalah!!!. Sedangkan itulah keselesaan dan lebih manis dengan menggunakan intonasi dan kawalan suara yang sesuai dengan apa yg ingin kita sampaikan. Itulah interaksi yg berkesan namanya. Apalagi kalau kita tengah dating dengan kekasih...takkanlah nak jerit kot?

Semasa berdua-duaan dengan insan tercinta dalam suasana romantic…dihiasi bulan-bintang berlatarbelakangkan sunyinya mlam…perlukah lagi kita menjerit atau berbual bual biasa?. Bukankah berbisik-bisik sudah memadai malah lebih manis dan nyaman untuk menyampaikan hasrat dan isyarat batin. Apalagi kalau mulut kita diletakkan ditelinga insan tersayang, sudah pasti bisikan manja lagi romnatis adalah wahana mujarab untuk menyampaikan isyarat batin.

Nahhhh…sekarang jelaslah bahawa orang menjerit kerana antara dua insan itu atau hatinya saling berjauhan. Makanya...bayangkan apakah akan terjadi bila antara dua jiwa telah bersatu menjadi satu. Bersatu zahir dan batinnya. Masih perlukah lagi jeritan,perbualan dan bisikan????.Sudah tentunya tidak. malah Pada saat itu yang ada hanyalah saling merasai dan menikmati keindahan dalam kelazatan. Yang kedengaran hanyalah dengusan, bisikan, ucapan dan ungkapan luarbiasa yg tidak pasti maknanya, tetapi antara keduanya sudah sedia saling memahami dan saling memberi. Aneh kan?

Begitulah roh dan jiwa manusia ini. Bagi mereka yang lalai, lagha dan jauh dari Allah jiwanya sering menjerit. Hidup dan kehidupannya Nampak kesat, tiada ketenangan,keras, busuk dan membusukkan. Sirna pada wajahnya.
Manusia yg semakin dekat dengan Cahaya allah (yg menjadikan dan memiliki hatinya), kehidupannya semakin kemas dan teratur. Jiwanya semakin tenang dan tidak lagi riuh rendah menjerit sana sini. Kuranglah emosional,tidak mendengki dan dan menyusahkan orang lain. Malah mampu melihat manusia lain dengan penuh kerahmatan. Jiwannya mewarisi sifat2 Allah;menifastasi dari sifat dari jiwanya yg tenang. Maka sesiapa yg dekat dengannya pasti akan merasai ketenangan, selamat dan teduh.

Maka bagi jiwa yg mencapai maqam muthmainnah...
"Wahai jiwa yang tenang kembalilah kepada tuhanmu dalam keadaan redha dan meredhai..."
Siapakah yg lebih mulia selain dari orang yg dimasa kembalinya dijemput sedang dia sangat suka untuk pergi kesana. Maka jiwa ini akan kembali kepada tuhannya dengan tenang…dan dia akan dapat menemui tuhannya dan dapat menatap Wajah Allah….yg mana itulah kenikmatan paling agung dan kelazatan jiwa paling tinggi kepada penghuni syurga Allah nanti……Maka pada saat itu hanya kenikmatan memandang kepada zat yang maha agung. Tiada lagi jeritan dan bisikan apabila roh insan kembali bersatu dengan Zat allah yang daripadaNya dia datang. Telah berkumpul seluruh rasa, semua cinta dan rindu…takut dan harap dalam nikmat maha agung lagi berkekalan. Anugerahkanlah ya Allah kepadaku nikmatMu itu!!!!

Allahhhhhh huakhbar.
Kelazatah apakah yg kita dambakan?.
Cuba kita selidiki makna bacaan Attahiyyat dalam solat?...

----berhentilah menjerit!!!.

GENGAMAN WAKTU DAN KETIKA