February 24, 2013

Kalimah Taujihat untuk UG1-2013


Marhalah Dakwah Rasululah s.a.w.

Salam sejahtera buat mereka yang masih thsabat di jalan-Nya . Moga langkah kita tidak henti sehingga sehingga kita mati atas jalan ini atau kita mencapai matlamatNya, insya-Allah. Hidup kita di medan dakwah ini banyak pancaroba,penuh liku banyak simpang, pelbagai bentuk  mehnah dan ujian-Nya, seribu satu duri yang menyambar kaki. Kekadang ujian itu datangnya terus dari Allah utk menguji  Iman kita dan meninggikan darjat kita. Tetapi, wahai anak2ku dan sahabatku  sekalian, banyaklah berdoa dan ikatkan hati dan jiwa kita dengan bertawakal kepada-Nya. InshyaAllah Allah akan  membimbing kita dengan kirniakan  kita taufiq’ dan hidayah sepanjang jalanan ini...
Rasulullah sendiri perbah menyebut dalam hadis yg masyhur  “Islam datang dalam keadaan asing” dan akan kembali semula dalam keadaan asing. Jadi inilah apa yang telah digambarkan Rasulullah dengan bagaimana keadaan manusia yang kembali tidak mengenali Islam. Makanya seorang daie’ perlu sedar dan memahaminya, mudah-mudahan dia akan sentiasa terhibur bilamana datangnya kepayahan dan duri yg menyucuk dikaki dan dalam jiwa. Ini akan menjadikan kita tega,bersemangat  dan sukses dalam memakai  name-tag “FULL TIME DAIE’…”.

Ayuhh…terus  maju.

"Kita telah mengakui bahawa terdapat persamaan yang besar antara marhalah kita ini dengan marhalah pertama dakwah Islam di Mekah. Iaitu tentang asingnya dakwah Islam ditengah-tengah jahiliah yang menguasai setiap penjuru dunia, tekanan golongan kufur dengan seluruh kekuatannya ke atas mereka dan sedikitnya bilangan mukmin yang terdedah kepada penindasan yang sangat ganas dari pihak jahiliah yang berkuasa ketika itu."

Begitulah yang diterangkan Syekih Mustapha Masyhur dalam kitab beliau Tariq Ad-Dakwah dalam tajuk marhalah dakwah dan tuntutannya.Dakwah ini harus kita faham tentang kepentingannya, dan tentang pelaksanaannya. Ia mempunyai tiga marhalah (peringkat): 

  • Marhalah ad-Di'ayah (at-Ta'rif) : Marhalah propaganda, memperkenalkan, menggambarkan fikrah dan menyampaikan kepada orang ramai di setiap lapisan masyarakat.

  • Marhalah at-Takwin : Marhalah pembentukan, memilih para pendokong, menyiapkan angkatan tentera, pendakwah, dan mendidik mereka. Mereka ini terpilih daripada golongan yang menyambut seruan dakwah.

  • Marhalah Tanfiz : Marhalah pelaksanaan dakwah, beramal, berjuang, dan berusaha untuk mencapai tujuan.

Ketiga - tiga marhalah ini perlu untuk bergerak seiring kerana kesatuan dan kecantuman dakwah adalah bergantung kepada percantuman di antara satu dengan seluruhnya. Oleh itu para pendokong dakwah di dalam berdakwah, mestilah memilih dan membentuk dan di waktu yang sama dia beramal dan melaksanakan apa yang boleh dilaksanakan.

Tidak mungkin lahir ke alam nyata satu marhalah dari marhalah-marhalah itu dalam bentuk yang sempurna kecuali menurut tertib susunan itu. Tidak mungkin sempurna pembentukan ini tanpa pengenalan makrifah dan pengenalan yang sahih dan benar. Tidak mungkin lengkap satu pelaksanaan yang sempurna tanpa pembentukan dasar pendidikan yang sempurna.

Dakwah Islam yang pertama di zaman Rasulullah s.a.w. telah melalui tiga peringkat ini. Muslimin di zaman itu telah mengenali agama mereka, terdidik dan terbentuk di madrasah Rasulullah lalu mereka bangun dan membangkit mendokong dakwah Islam dengan sebaik-baiknya. Strategi marhalah dakwah  yg diasaskan  Rasulullah s.a.w. dengan bantuan wahyu ini sebenarnya model ciptaan Allah yg menjadi hujjah para daie' sepanjang zaman. Mana mungkin satu peradaban dan tamaddun Al-Quran yg maha hebat ini berdiri megah selama seribu tahun. Inilah ijtihad “fiq Dakwah” yang benar dan bersih yg disarankan oleh mereka yg bergelumang di atas medan ini. Makanya, analisis tepat Mustafa Masyhur ini bukanlah teori semata-mata, malah sangat praktilal pada zaman ini dan selama-lamanya. Ayuh…marilah kita memahaminya.

Firman Allah dalam surah al-An'aam ayat 153

Maksudnya : "Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertakwa."

Mutiara Kata as-Syahid Imam Hassan al-Banna

"Sesungguhnya pembentukan ummah, pendidikan bangsa-bangsa, merealisasikan cita-cita dan mendokong pendirian (pegangan hidup) memerlukan ummah yang berusaha ke arah itu atau dari golongan yang menyeru kepadanya. Ini sekurang-kurangnya memerlukan kekuatan jiwa yang terhimpun di dalamnya beberapa perkara: Iaitu kemahuan yang tidak mengenal lemah, kesetiaan yang tetap yang tidak disaduri oleh kepura-puraan dan khianat, pengorbanan yang banyak yang tidak dihalang oleh tamak dan haloba serta kebakhilan, dan makrifah (mengenalpasti) dasar pegangan hidup, beriman kepadanya dan menghargainya sungguh-sungguh. Semuanya itulah yang memelihara (kita) dari kesalahan dan penyelewengan daripadanya (pembentukan) dan tawar-menawar (apologetik) di atas perkara dasar dan tidak terdaya dengan yang lainnya"
  
SEKIAN 

“…YA ALLAH MAAFKANLAH AKU DIATAS SEGALA KELEMAHAN DAN KELALAIANKU DALAM MEMIKUL BEBAN AMANAHMU  INI…”

GENGAMAN WAKTU DAN KETIKA