November 4, 2010

Tinta daie': Warkah dari Valladolid, Spain.


Sepetang di Rio Pisuerga

Jam di hp telah menunjjukan pukul 6 30 petang. Aku hantar isteri ke insttitucion ferial de castilla y Leon kerana lecture sesi petang akan mermula sebnentar lagi. Aku berjanji akan menjemputnya pukul 8 malam setelah selesai lecture nanti. Walaupun ianya tak berapa jauh dengan hotel penginapan kami nH Ciudad de valadollid aku rasa lebih selamat jika aku datang menjemputnya. Tambahan pada pukul 8 malam hari sudah gelap.

Sebenarnya aku tak tahu kemana utk di tuju sementara menunggu Isteri habis lecture. Bandar Valladolid ini sangat asing bagiku. Baru semalam aku dan isteri tiba disini dari Qordoba dan Granada. Hari ini matahari bersinar terang. Suhu petang ini tidaklah sesejuk pagi tadi ,sekitar 17 darjah. Walaupun demikian aku tetap mengenakan jeket kulit berwarna hitam utk keselesaan. Semua orang yang lalu-lalang juga memakai baju sejuk, ada yg memakai jeket dan ada yg memakai kot labuh berwarna gelap. Mereka semua berpakaian kemas, berlari-lari anak seolah-olah masing-masing memburu sesuatu. Baru pulang dari pejabt agaknya.

Kebanyakan pokok yang menghiasi kiri-kanan jalan kelihatan daunnya berwarna kekuningan menandakan musim luruh dan musim dingin bakal tiba. Sebahagian daunnya sudah gugur. Daun-daun kering kelihatan memenuhi jalanan. Setalah melewati beberapa persimpangan jalan aku tiba disebuah jambatan berwarna merah. Jambatan yg merentangi sungai yg mengalir ditengah-tengah bandar Valladolid. Dari jauh kelihatan pokok-pokok yang terpancang mengah dan segar memenuhi kiri dan kanan tebing sungai. Daunnya berwarna hijau dan kuning kemerahan. "Waww...hatiku mendetik kenyamanan dan tergamam". Itulah Rio Pisuerga. Aku agak terpegun dengan keindahan dan keheningan pada petang ini. Pertamakali melihat pemandangan dinegeri beriklim dingin, terasa sesuatu yg sangat baru dan taajub. Inilah sebatang sungai yg airnya mengalir tenang. Apa lagi pada waktu petang begini menjadikan ia seolah seperti sekeping kaca yg besar membentangi di sepanjang sungai. Sekepung kaca yg membiaskan imej pokok-pokok yg menghiasi taman disepanjang tebing sungai sesayup mata memandang.

Aku mencari-cari sudut yg sesuai utk mengambil gambar utk dibuat kenangan. Kelihatan ada juga beberapa orang yg lain yg sedang mencari sisi sesuai utk mengambil gambar juga.Selepas beberapa ketika mengambil posisi terbaik utk kameraku, aku berjalan perlahan-lahan menyusuri Rio Pasuerga. Dihiasi tebing sungai dengan taman-taman dihiasi bunga ros dan berbagai bunga lain yg cantik menjadikan Roi Pasuarega begitu segar dan nyaman. Di beberapa penjuru terdapat kerusi kayu utk tetamu melabuhkan lelah sambil berehat menikmati keindahannya. Dedaunan kering menghiasi lantai bumi tempat aku berpijak. Kekadang terdapat beberapa keluarga bermain dengan anak2. Kelihatan bahagia sekali. Sesekali membiaskan ingatanku pada anak2 yg kutinggalkan jauh beribu batu. Ada juga kumpulan remaja yg bermain street socer didataran yg disediakan. Disebelahnya pula ada yg bermain basketball. Di atas beberapa kerusi kayu kelihatan wanita tua termenung sendirian dan ada yang berdua-duaan seolah menghitung sisa usia yg belum dihabiskan. kedengaran mereka berbicara perlahan dan bersahaja dalam bahasa yg aku tidak faham. Ada yg berjoging dan ada juga yang bersiar-siar dengan memegang tali anjing peliharaan. Disatu kerusi kayu antik kelihatan pasangan remaja yg bercumbuan tanpa menghiraukan orang ramai yg lalu lalang. Sungguh serious ciuman mereka berdua hanyut dalam lamunan nafsu. Hati ini berkata.."hmmm...binatang ni buat dahhh".

Beginilah suasana masyarakat yg dikatakan sudah berada di hujung tamadun. Masyarakay yg dikatakan sudah memiliki segala-galanya. Semuanya sudah ada ditangan mereka. Semua kenikmatan dunia seolah-olah sudah mereka rasai. Bagi mereka tiada lagi utk diperjuangan, tiada apa lagi yg perlu dikejar melainkan kenikmatan dan keseronokan hidup perlu dihurup sepuas2nya. Tiada lagi kesusahan utk dinafikan. Penderitaan hanya utk milik orang lain. Yang berhak utk mereka hanyalah kesenangan dan kenikmatan dunia. Seolah-olah tuhan menurunkan nikmat didunia ini adalah hanya untuk mereka. Beginilah Allah menjadikan sunnahNya...kitaran tamaddun sesuatu bangsa.

Bangsa mereka telah menjajah beberapa penjuru dunia lebih 400 tahun yg lalu. Mereka telah mencapai kejayaan dan telah mengambil semua kekayaah dari bumi yg mereka jajah itu. Mereka membina kesenangan hari ini dengan pemerasan negara2 yg telah mereka jajah. Begitu juga Perancis dan British. Berdasarkan surah Al-Kahfi 309 tahun sesuatu kerajaan itu berkuasa. Zaman mereka menjajah sudahpun berakhir. Eropah sedang mengalami zaman kemerosotan dan kegelapan. Amerika yg dikuasai Yahudi pula sedang menguasai dunia. Mereka (orang-orang yahudi) telah membawa semua aset mereka kebumi baru Amerika bermula abad ini. Sekarang mereka sedang menguasai dunia ini. Kemuncak kejayaan mereka kelak ialah memerintah dunia menguasai, ekonomi dan media dengan terus memperbodohkan dunia seluruhnya.

Sekarang mereka sedang memindahkan kekayaan kebumi Palestain. Membina negara untuk bangsa mereka yang mereka anggap bangsa yang tuhan muliakan(satu-satunya bangsa yng tiada negara sendiri;kecuali dengan merampasnya dari rakyat Palestain. Beginilah nasib bangsa bila dikutuk Allah). Hanya bangsa mereka sahaja yg berhak untuk memerintah dan mewarisi bumi ini. Bila sudah siap terbina negara yg bergelar 'Zionis". Saat itu mereka akan menunggu dan menyambut kedatangan "mesier" penyelamat bangsa mereka yg dikatakan dalam kitab mereka "zion" (Bukanya Perjanjian lama,taurat) karangan ahli kitab mereka yg khianat. Dan apabila nabi ("mesire", penyelamat bangsa yahudi) mereka turun, Dia akan memerintah dunia ini berpusat di baitulmaqdis. Dan apabila ini menjadi kenyataan mereka akan mengatakan "Benarlah agama kami". Benarlah bahawa hanya bangsa merekalah yg berhak mewarisi dunia ini. Untuk mencapai tujuan itu semua bangsa lain hanya seperti binatang yg mereka boleh disembeleh bila-bila masa sahaja untuk mencapai tujuan mereka.

Pada hemah saya "mesire" itulah sebenarnya dajjal. Dan demi kemuliaah Allah, kebenaran Al-Quran dan Hadis sesungguhnya pada masa itu akan Allah bangkitkan Imam Al-mahdi yg akan memerangi dajjal dan membunuh semua bangsa yahudi. Mereka tidak dapat lari lagi, sehingga jika mereka berada disebalik batu pun, batu akan berkata-kata utk menzajirkan bangsa yahudi dan kekejaman mereka. Bangsa yang terkutuk dalam Al-quran. Bangsa yg memerangi dan membunuh nabi-nabi dikalangan bangsa mereka sendiri. Hari ini kita lihat mereka sedang membenarkan apa yg Al-Quran khabarkan bahawa mereka sedang kembali kebumi Palestain dari seluruh dunia untuk menanti nasib mereka yang mereka sendiri tentukan.


Petang ini aku menjadi asyik sekali. Terlontar beribu batu dari kampung halaman dan anak2 tercinta. TV disini setiap hari memburukkan Islam. TV disini asyik menceritakan tentang Al-qaeda dan "terosism" sehinggakan aku memerap dihotel yang tidak melakukan apa kesalahan merasa takut lantaran aku adalah orang Islam. Lantaran Isteriku memakai tudung dibumi asing ini. Semalam semasa melawat Masjid Qordoba, polis siap bagi amaran sebelum masuk kedalam "grand mosque of Qordoba" yg sekarang sudah bertukar menjadi Gereja. "U are muslim...dont Pray, cannot pray inside". Membayangkan masyarakat disini sensitif dengan sentimen Islam. Media mereka yg membuatkan masyarakat mereka hidup dlam ketakutan sebenarnya.

Lantaran persis rasa takut dan teringatkan anak2 dan generasi pewaris yg bakal mewarisi dahwah dan tarbiah ini, posting ini aku takut utk sempurnakan. Takut nanti tak dapat balik. Namun teringat bahan2 yg dibincangkan dalam liqa' artikel ini aku siapkan juga. Ingatlah anak2 semasa membincangkan tafsir surah2 juz 29 dan 30. Kebanyakannya membincangkan persoalan aqidah. kebanyakan surah-surah yg kita bincangkan itu membicarakan persoalan kerja para nabi-nabi yg Allah utuskan membawa dakwah dan terbiah. Itulah kerja nabi-nabi dan juga perjuangan ulamak mutaakhir hari ini dalam melakukan ISLAH, membaiki umatnya yang rosak. Dan itulah kerja kita selama ini. Itulah kerja para murabbi, para guru, para muaddib, kerja para muallim demi mendidik umat ini. Itulah kerja mereka2 yg mendapat hidayah. Itulah kerja mereka2 yg diterangi hati dan jiwa mereka. Itulah kerja2 mereka yg mendapat kemenangan didunia dan akhirat. Itulah mereka2 yang benar dan membenarkan Iman mereka (Iman yg 'amiq/ yg sempurna).

Mari ana petik makna suran Al_Muzzamil:

"Wahai orang-orang yg berselimut"
"bangunlah sembahyang tahajjud diwaktu malam selain dari sedikit masa( melainkan utk berehat)"
"Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurang sedikit dari separuh itu"
"Utau lebihkan sedikit daripadanya..lalu bacalah Al-Quran dengan tartil"
"(biasakanlah dengan ibadat yang menjadi musuh nafsumu kerana) Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa) dan lebih tetap betul bacaannya".
"(kami galakan engkau dan umatmu beribadat pada waktu malam) kerana sesungguhnya kami akan menurunkan kepadamu (wahyu: Al-quran yang mengandungi perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia)
"Sebenarnya sembahyang dan ibadah malam itu lebih kuat kesannya (kepada jiwa) dan lebih tetap betul bacaannya"
"(kami galakan engkau dan umatmu beribadat pada waktu malam) kerana sesungguhnya engkau pada siang hari mempunyai urusan yang panjang"
"Dan sebutlah (dengan lidah dan hatimu) terus mererus siang dan malam dan tumpukanlah (amal aibadahmu) kepadaNya dengan tekun dan bulat hati".
"Dialah tuhan yang menguasai timur dan barat, tiada tuhan melainkan dia, maka jadikanlah dia penjaga yg menyempurnakan urusanmu"
"dan bersabarlah terhadap apa yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu) dan jauhkanlah darimu dari mereka dengan cara yang baik"
"Dan biarlah aku sahaja yang membalas orang-orang yang mendustakan (bawaanmu) itu, orang-orang yang berada dalam kemewahan dan berilah tempoh kepada mereka sedikit masa"
"Kerana sesungguhnya disisi kami disediakan (utk mereka) belengu-belengu dan neraka yang menujulang-julang"..."serta azab yang tak terperi sakitnya"

MasyaAllah betapa Al-Quran itu sangat menghiburkan. Al-Quran menjadikan hati dan jiwa kita tenteram. Betapa Al-Quran itu petunjuk sepanjang jalan. Al-Quran mengubat keresahan hati dalam melihat Islam begitu tersepit dan hina disini. Islam dilihat sebagai musuh dan dimusuhi. Selama 4 hari dibumi yg telah menjadi kehilangan kepada seluruh umat islam ini. Bumi Spanyol, bumi Andalusia, bumi Granada, bumi gibralta dan bumi Qordoba. Kekadang dengan musafir bengiglah baba dapat memahami rahsia Al-Quran yg tidak dapat kita fahami dari perbincangan dalam liqa'. Pagi tadi baba baca surah ini dalam solat subuh berjemaah dengan umi..

Dalam keadaan kita lemah, dalam keadaan Islam tertekan Allah menyuruh kita bersabar. maka bersabarlah. Dan Allah menyuruh kita menjauhkan diri dengan cara yg baik maka janganlah melemparkan "Confrant" terhadap mereka, kerana Allah suruh kita serahkan kepadaNya urusan mereka (Musuh Allah). Kerana tangan2 Allah cukup untuk menjaga mereka. Inilah realiti masyarakat islam disini. Masyarakat di Qordoba dan Al-hambra. Mereka semuanya tersepit dan terhina sedangkan bumi ini pernah menjadi pusat tamadun berasaskan Al-Quran. Dan mungkin juga Islam di negara kita yg tercinta ini?.

Anak2 yg dikasihi...ingatan ini terus terlontar kepada kalian. Betapa kerdilnya diri ini. Betapa terasingnya diri ini ditengah2 kota Valladolid ini. Betapa berharganya berada dalam saf-saf dakwah dan tarbiah utk membangunkan Manusia. Kembalikan manusia kepada kemanusiaan. Memaknakan manusia seadanya dan seutuhnya. Betapa masyarakat disini kosong jiwa mereka, matlamat hidup mereka buta. Mereka punyai takrif kehidupan yg buta lagi membutakan.Kehidupa sekadar utk mengisi perut, boleh tidur nyenyak, pakaiannya cantik, wangiannya harum, makan sedap dan kalau ada lebih tu melancong utk mengubati jiwa yg kosong.

Anak remaja mereka rosak. Masa kecil nampak mak/ayak mereka sayang sekali, bermanjaan dan bermain2 ditaman.."taman ini". Bila sudah remaja, jasad dan jiwa mereka hanya utk diserahkan kepad pasangan sambil menikmati hidup mersama sepertimana binatang yg punya keinginan biologi dan sexuliti. Berpelukan bercumbuan sana sini. Kalau semalam mak/ayah mereka manjakan dan belai mereka di taman ini, hari ini didepan mata mak/ayah mereka juga anak gadis pamerkan bahawa dia sedang dibelai sang lelaki yg sama-sama punya rasa utk dipuaskan keinginan biologinya atas nama kebebasan dan cinta. Hmmm... inilah ciri masyarakat yg rosak. Inilah ciri-ciri masyarakat yg sedang mengalami keruntuhan tamadunnya.

Dan ..yakinlah zaman selepas ini adalah utk Islam. Zaman kebangkita Islam...itulah janji tuhan.

Nahh.. sekarang disinilah juga bermulanya peranan para daie'. disinilah juga bermulanya persoalan dakwah dan tarbiah. Inilah titik mula hakikat tuntutan disebalik kalimah syahadah yg kita lafazkan setiap hari. Kitalah yg bakal meletakkan batu2 asas utk membina hari yg Allah janjikan utk Islam.

Kaki ini terus melangkah perlahan-lahan melewati taman yg terbentang disepanjang Rio Pasuerga. Kelihatan itik berenang-renang ceria di atas kaca air sungai yg mendamaikan. Angin dingin mulai menusuk tulang. Senja sudah memangil mentari pulang kepangkuan Malam. Sebentar aku melabuhkan punggungku di atas kerusi kayu usang. Terasa eeolah kerusi kayu ini berbicara padaku " duduklah diatasku wahai seorang daie'... duduklah, ananti aku akan menjadi saksi didepan Allah di akhirat nanti. Aku lebih suka menangung insan mulia membebani pundukku, kerana saban hari hanya insan yg berbuat makisiat sahaja yg singgah membebaniku". Hati ini seolah berbicara " wahai kayu, makhluk Allah; kamu menjadi saksi bahawa allah mencampakkanku beribu batu..bahawa aku bukan insan seperti mereka. aku Insan yg mewarisi urusan kenabian. Mudah2 aku diterima tuhanku dan tuhan kamu juga sebagai para Syuhada'".

Dedaunan kering musim luruh berguguran jatuh kebumi pabila disepoi angin senja. Hati ini terbaja dengan akidah, keimanan dan roh dakwah/tarbiah lewat Parque de Lasmoreras dan Rosaleda. Terimakasih tuhan kerana engkau masih dekat dengan hatiku...lebih dekat dari diriku sendiri. Kerana sesungguhnya engkaulah pemilik hati ini dan engkaulahlah mengikat hati-hati ini dengan rabitah ini.

Amin.
"Memaknai Kehidupan ini dengan dakwah dan tarbiah"

GENGAMAN WAKTU DAN KETIKA