February 18, 2009

Pagi hari yang indah...

Hari ini bangun awal..4 45 pagi. Seorang anak yang kejutkan dgn SMSnya. Macam biasa tahajjud...dan banyak solat hajat khusus utk diri sendiri dan bebrapa kes rawatan...perubatan. Keasyikan suasana malam amat menyentuh dan menusuk kesanubari. Embun jernih menitis dari dinding hati..dan macam selalunya ia mengalirkan jernih membasahi pipi...ini, mengalirkan keluar resah lalu meninggalkan ketenangan dan kebahgiaan yang melimpah. Sempat juga SMS utk isteri supaya bertahjjud...pada anak2 diIPG Mizan dan pada Angah dan Along supaya jaga Akhlak, jaga nama baik Islam dan SMI Aman kerena pg ini mereka akan ke Jeli untuk Mewakili PPD Kota Bharu Dalam pertandingan Chess antara daerah...

Kejauhan mengajar erti kehidupan, kejauhan memberi ruang pada diri utk muhasabah diri dalam-dalam,kejauhan mengajar kesepian hati yg sesekala ianya perlu berdamping dengan Tuhan yg memilikinya,kejauhan menjagar erti betapa berharganya mereka disisi, kejauhan Yang menjanjikan Malam yang indah bersama tuhan...kerana bebas dari manusia. Kejauhan adalah Uzlah. Kejauhan adalah Keimanan dan kejauhan adalah jalan ketaqwaan.Syukurlah Kejauhan membuatkan baba tak pernah lagi tinggalkan Tahajjud.

Semalam sempat berkarya: menyampaikan dalam bentuk Video editing...khusus utk Ummi (videobar di bawah). Ilham ini datang bila baba merasakan betapa berharganya Anugerah Allah ini. Seorang Isteri yg soleh. Wahai anak2 percayalah dengan Hadis nabi sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang soleh...tapi siapa yg mampu menghidunya selain hati yg mukmin sahaja. Kerinduan kecintaan pada isteri yg soleh adalah sama dengan kerinduan pada Cintaan pada Allah dan kepada Nabi (s.a.w)...dan juga kerinduan pada Syahid...kerinduan Bidadari syurga...

GENGAMAN WAKTU DAN KETIKA