February 25, 2008

Al Haramain...

AL-HARAMAIN…॥

Khadiranku adalah ziarah indah pada milikMU
… adalah musim pertama dalam riwayat agung hudupku
Penghormatanku terpancang megah bendera pengabadia taabud
Ibarat zam zam adalah sari madu cintaMu kuhirup rakus…
Membasahi seluruh wajah hati dan emosi
Betapa tinggi dan indahnya pelangi pada langit hati ini..

Musafir ini adalah adalah hidup dan kehidupan bagi bagi hati ini
Pada mata hati ini.. engkau adalah koleksi perbendaharaan sejarah dan sirah Nabawiah
Kota dari mutiara yang bergemerlapan menjulang tinggi dari dalam hati
Aku terpesona memandang…takjub
Emoisiku sesat dalam taman naikamat memandang
Lidahku terhambur melimpah lafaz zikir..syukur memenuhi langit
Namun aku adalah seperti sebutir habuk berterbangandi tanah haram
Lagu keindahan bernyanyi dalam dadaku…penuh keriangan
Terpancarkah pada muka dan wajah hati…!
Fikiranku mengembara dilalngit tingi
Akalku meratap seribu pengharapan
…sehingga terhentipun waktu dipenghujung zaman

Telah ku pungut Permata yang berkila itu menjadi azimat rahsia diri
Sirrah nabawiah pun mengalir deras dalam darahku yang telah lama terhenti
Khaibar,,,uhud,,, badar…hudaibi terasa berdegup dalam irama jantungku…mereka hidup
Para syuhada pun memanggil mangil aku…sedangkan rindu ini terasaa semakin payah.
Indahnya,baiknya menungangkan cinta dalam perjalanan yang payah
Namun…Perpisahan adalah seolah kematian… terhenti…

Berapa lamakah laguku hendak menangis dan meratap hiba?
Memecahkan,songsang irama hidup
...bilakah ketemu lagi??????????......

Ohh...Rabb Akukah aku ?...Bila fana DALAM zatMU!...

२ Sahabat karib


Kenangan bersama kalian takkan aku lupakan

Suasana Masjid Nabi waktu malam




Kedamaian ada dimana mana..

Menjadi tetamu Nabi


Ziarah… kekasih…sarat rinduku padamu…
Hari sabtu 12 zulhijjah kami dah selesai haji,Nafaar awal…InshyaAllah mabrur. Kami meninggalkan mina dan balik ke hotel UQU. Hari selasa 8 pg kami meneruskan perjalanan untuk melengkapkan emosi dan misi kami ketanah haram, Al-haramain iaitu ziarah maqam Muhammad (s.a.w). Insan yang menjadi kecintaanku selama ini melebihi kecintaanku pada kedua orang tua ku dan diriku sendiri, sebagai dai'e sebagai penyambung risalah dakwah. Menurut hadis siapa yang menziarahiku semasa musim haji adalah sama seperti mereka menziarahi semasa hidupku. Sesungguhnya selama lama berada disini hati ini seolah olah terasakan seolah olah semua sirah nabawiah yang di baca adalah hidup dan mengalir dalam darah kami, terasa dekat dan sangat panas segar dalam ingatan dan semacam baru sahaja berlaku. Maka perjalanan dari makkah ke madinah hati ini terasakan sangat teruja dan penuh semangat yang berkobar kobar beserta seribu macam soalan tak terjawab dan tersingkap.

Sepanjang perjalanan, yang kelihatan disekeliling hanyalah padang pasir dan bukit bukau yang berbatu keras। Terasa keinsafan yang mendalam bahawa betapa sukarnya perjalanan hijrah nab. Siri siri peperangan yang nabi tempohi semasa beberapa tahun hayat baginda menegakkan daulah di Madinah, Fathul Makkah, siri dan misi hudaibiah, badar Al-Kubra Uhud dll….Itulah jalan penderitaan dakwah dan penegakkan daullah dan kalimah Allah. Patutulah semasa hampri wafat baginda dan tengah sakit tenat para sahabat tanya "Ya rasulullah beratnya penderitaan mu sedangkan kamu insan mulia, nabi?". Makan nabi bersabda " sesungguhnya tiada lagi penderitaan selepas hari ini"…Kebetulan buku Sirah Nabawiah jilid2 aku baca di sepanjang perjalanan yang menjemukan tu. Terasa sirah dekat di hati dan seolah aku sedang menyaksikan siri siri filem yang hidup dalam hati ini… masyaAllah॥ Allah saja yang tahu… Bukit batu itu menjadi saksi dan seolah semuanya hidup dan menyambut mersa suara hatiku ini…


Kami sampai di madinah dalam pukul 2 petang, so kami jamak taakhir di masjid nabi। Sampai sahaja di bandar madinah suatu perubahan terasa dalam hati ini. Ketenangan dan sakinah yang yang tak terungkapan. Aneh betul . Hati ini berkata "patutlah nabi suka tinggal di madinah". Sungguh berbeza dengan makkah, madinah tersusun, bersih, tenang dan dalam masjidpun berbeza dengan masjid haram, lelaki dan perempuan diasingkan sussana ibadah sungguh terasa. Nabi pernah bersabda "Sebaik baik bumi adalah bumi madinah".


Aku dan isteri pergi kemasjid nabawi seblum asar. Aku cuba masuhk kawasan raudhah(masjid lama,berbumbung hijau), alhamdulillah dapat masuk beberapa meter sahaja dengan maqam dan mihrab nabi. Aku berada disitu sehingga maghrib. Semasa diraudhah hati ini terasa seolah olah sedang berada di halaman nabi, memang terasa seolah seolah olah nabi masih hidup. Selepas maghrib aku keluar kepintu babbul Sallam (yang hanya beberapa saf sahaja dari tempat aku duduk sebentar tadi) untuk ziarah maqam rasul. Sampai hampir 1 meter dari maqam tiba tiba sebakku tak dapatku tahan.. beberapa orang disebelahku juga kulihat demikian. Ada yang menangis terisak isak. Lantas dalam kelam dan sebak aku ucapkan salam beberapa kali.. Assalamualaika ya rasulullah…asalamualaika ya habibullah…assalamualaika ya nabiullah…insan yang aku cintai selama ini..selama ini aku merinduimu seumur hidupku..sekarang aku datang menziarahimu…bersaksikanlah wahai nabiku…bersaksikanlah" dari jarak sedekat itu aku dapat lihat dengan jelas maqam dan dari celah celah jeriji besi maqam Nabi, Abu Bakar dan Umar. Ya Allah Sempurnalah sahadahku…Dengan keyakinan yang tak berbelah bagi lagi…maka sempurnalah iman dan taqwaku yang ku cari selama ini.

Selepas selesai dari ziarah aku berdiri agak lama di luar masjid. Sambil menunggu waktu Isyak aku mencari cari dimana Baqik. Baqik akhir yang terletaknya maqam syaidina osman. Rupa rupanya jauh di seberang pagar selepas dataran masjid. Ada sejarahnya kenapa osman dimaqamkan jauh dari Nabi,Abu Bakari dan Omar. Kerana semasa kewafatan Sy Osman (semasa menjadi khalifah) beliau bertelingkah dengan Aisyah, sedangkan maqam rasul adalah Bilik Aisyah.

Subuh keesokan harinya aku awal awal lagi ke masjid untuk solat subuh. Sempat bertahajud dan solat hajat. Selepas solat subuh Imam mengumumkan tentang solat jinazah ( boleh dikatakan setiap waktu). Aku tunggu solat, selepas solat aku terus keluar dari masjid kerana pada waktu ltulah Baqik akhir akan dibuka dan boleh masuk untuk ziarah. Ramai jamaah lai berkejaran untuk memasuki kubur Baqik. Bila masuk aku mencari cari dimana maqam Osman..sebenarnya seribu para sahabat yang mulia dan sebahagiannya dijamin syurga di kebumikan di Baqik.. semua maqam disitu tidak bertanda. Namun aku dapat temui maqam Osman dengan bertanya Askar yang menjaga tempat itu…hati ku berkata.. "Wahai khalifah, ahli syurga kamu hina atau mulia bukan kerana batu ini, berbanding dengan khalifah yg lain Abu Bakar dan Omar disisi nabi dan diziarahi orang…tetapi kerana allah yang memuliakanmu dan melebihkanmu dari manusia lain…dan kamu adalah khalifah bagi umat Islam, kamulah yang mengumpulkan Quran dan menulisnya sehingga aku dapat menbacanya pada hari ini"..Assalamualaikum Ya Osman dan Ahlil Kubur semoga Allah membangkitkanmu pada hari kiamat adalah seperti cahaya…aku akan menyertaimu jua suatu hari nanti…".
Aku berada agak lama dalam baqik sehingalah matahari terbit…sambil berjalan jalan dalam cuaca yang agak sejuk dan kering….

Tawaf Ifadah dan saie' Haji



Kepenatan malan tadi beluh reda lagi. Isteri demam teruk, batuk dan suaranya langsung tak keluar. Aku bertahan dengan batuk sahaja demam hanya sedikit sahaja. 11 Zulhijjah,Hari khamis: hari tasyrik. Mengikut rukun haji kami kena melontar 3 jamrah pada hari 11,12 dan 13. Selepas baru balik kemakkah untuk tawaf ifadah dan sai' haji…selesailah haji. Walaubagaimanapun boleh juga jika tawaf dan sai' dilakukan pada mana mana siang hari tashyrik. Tetapi malamnya kena balik semula ke mina dam mesti bermalam di Mina sekurang kurangnya 2/3 malam. Kami telah sepakat untuk pergi tawaf dan sai' pada pagi ini. Jalan raya antara Mina dan Makkah jam, kenderaan tak boleh bergerak…maka kalau nak tawaf kami kenalah berjalan kaki. Maka kami telah beramai ramai berjalan kaki dari mina ke makkah. Jaraknya 6 km sahaja. Namun dengan kepenatan semalam yang belun reda lagi beserta ramainya manusia kami terpaksa gagahi juga. Di sepanjang panjang jalan bukan sahaja seperti pasar malam disitulah orang tidur, solat, berkhemah, makan, berniaga dan minta sedekah disamping manusia yang bersesak sesak/ pejalan kaki dan kenderaan parking. Begitulah suasana musim haji, setahun sekali.
Kami sampai di makkah dalam pukul 11 pagi. Aku bersama dengan isteri, rakan lain buat hal masing2. Aku terus solat tahayatul masjid dan terus cari ruang untuk tawaf. Rupanya ramai juga yang buat tawaf awal macam kami. Mula mulanya aku dan isteri cuba di dataran kaabah…tak leh jalan, isteri tak suka bersesak sesak..lemas. kami naik ke tingkat 2 pun ramai orang. Kami cuba di tingkat 3. Agak kurang sedikit tapi terpaksa berpanas sebab tak dak bumbung dan jaraknya lebih jauh bagi setiap pusingan. Kami tawaf tangah panas terik matahari. Sampai pusingan kelima kena berhenti sebab azan zuhur.. lepas tu sambung semula 2 pusingan lagi. Selesai tawaf kami saie'. So, selesai semuanya dalam pukul 2 30 petang. Selesai 2 rukun utama haji tu kami berehat dalam masjid haram melepaskan penat sambil minum air zam zam. dan tunggu solat asar. Kul 3 30 asar masuk…selepas solat kami nak terus balik sebab kena sampai ke Mina semula sebelum maghrib…tapi dengan berjalan kaki sahaja. Aku dan isteri berjalan balik ke Mina dalam kepenatan yang amat sangat kerana hari ini kami kena berjalan kaki lebih 20 km: 6 km dari mina ke makkah, tawaf 5 km, saie' 4.2km dan bali semula ke Mina 6km. Kepenatan dan kaki melecur seolah olah tak terasakan. Tambahan kepenatan malam semalam belum pulih sepenuhnya lagi tambahan pula kami masih demam dan batuk… Sungguh kami terasa syukur kerana kami dijemput allah untuk mengerjakan haji semasa kami berumur 40 th….Kerana haji adalah ibadah yang sangat memerlukan kekuatan fizikal. InshyaAllah dengan usia kami 40an dan punya kekuatan kami dapat laksanakan haji dengan sempurna dan penghayatan yang penuh emosi… Tak dapat dibayangkan bagaimana orang 60/70 tahun yang mengerjakan haji. Dan kami ingin sekali mencadangkan, bagi sesiapa yang nak mengerjakan haji , silalah berlatih berjalan 20 km dan pergilah masa kuat….dan usia muda.
Petang ini kami sampai kekhemah waktu maghrib tinggal 20 minit lagi… sampai dikhemah kami terus mandi dan solat॥


Sepatutnya malam nanti kami kena melontar 3 jamrah utuk hari 11… sebelum tengah malam kerana aku dan isteri masih belum lagi melontar utk hari ini . Maka dalam kepenatan ini aku dan isteri setuju nak gi melontar kul 9 malam. So akan bersambung lagilah episod kepenatan utk hari ini. Khemah kami hanya sebelah tempat melontar. Tapi bila turun nak melontar jalan ke jamrah polis jaga/tutup semunya, tak boleh amsuk…kecuali satu pintu di tengah tengah mina… maka kami kena berjalan 1.5 km dan patah balik… MashyaAllah penatnya terasa. Isteri dah mula merungut. Tambahan penat petang tadi belum pulih lagi dan deman kami smakin kuat.. aku buat dek jer…Ahamdulillah hati ini penuh keriangan dan kecintaan pada isteri yang allah amanahkan utk menjaganya. Sepanjang panjang jalan dia merungut takut aku tak bersyukur (binbang)…!!!aku senyum jer…diam…kadang kadang isteri tinggikan suara aku diam gak…aku kata padanya, " kita selesaikan melontar dulu… lepas tu abang cakap"…kalau tak salah lebih kurang 5 kali aku terpaksan ulangi kata kata itu sambil melemparkan senyum pada ister… Alhamdulillah kami dapat melontar dengan mudah jer….boleh masuk rapat dengan tebing jamrah dan isteri boleh pegang dengan tangannya dan melontar…ruang sentiasa terbuka bagi kami untuk ke tiga tiga jamrah…
Selesai melontar kami berdoa…aku menitiskan air mata sekali lagi. Isteri mengaminkannya sahaja….selepas berdoa kami muhasabah panjang tentang hati hati kami….dan yang pasti aku telah melontar semua syaitan yang menguasai hati ini…buruk sangka dengan isteri. Sebabtu semasa isteri merungut aku semyum jer… isteri faham..।


Rupa rupanya kami telah gunakan tenaga 2 hari ini yang penuh luar biasa. Entah dari mana datangnya..Rukun haji yang besar2 pada hari semalam dan hari ini telah kami dapat sempurnakan. Semalam Wuquf, berjalan melalui Mudzalifah dan terus ke Mina dan melontar jamrah kubra , manakala pada hari ini tawaf dan sai' dan melontar 3 jamrah yang baru kami selesaikan…. masyaAllah hebatnya agama allah ini….Ajaibnya bumi ambia ini, barakahnya tanah haram peninggalan nabi nabi ini.
Maka tinggal melontar hari 12 dan 13 sahaja… selesailah haji kami…
Pada hari ke 12, hari Jumaat: kami telah setuju nak Nafar Awal. Nafar Awal bermaksud meninggalkan bumi Mina dengan berninat tidak akan kembali lagi pada hari 13. Ini dibolehkan dengan syarat kena tinggalkan bumi Mina sebelum terbenam matahai hari ke 12. So, nafar awal bermaksud tak perlu lagi melontar 3 jamrah pada hari ke 13 zulhijjah. Maka pagi ini kepenatan kami terpaksa redah juga untuk pergi melontar 3 jamrah pada pukul 9 pagi ini. Ister dah kepenatan,demam,batuk tak keluar suara tambahan 2 hari dia perahkan semua tenaganya…kelihatan dia dah tak larat lagi berjalan,kakinya krem. Kul 9 pg Kami semua dah nak gi melontar…kerana kami nak tinggalkan mina lepas zohor nanti. Aku panggil isteri di khemahnya. Aku katakan padanya "kalau me tak larat nak gi melontar , maka melontar tu boleh di wakil kan…abg boleh tolong meelontar utk me". Isteri nampak tergamam suaranya masih tak keluar lagi sebab batuk teruk. "Ya… boleh di wakilkan" aku menegaskan..inshyaAllah abang boleh lontarkan untuk me..tetapi kena akadlah yang me wakilkan abang untuk melontar.. ".. Aku lihat air mata isteri bercucuran tanda kesyukuran, tak terkata. Semasa dia lafazkan akad mintak aku melontarkan untuknya. Suaranya perlahan macam oraang berbisik, sambil aku dekatkan telinga. Aku kucup dahi isteriku sekali lagi dan terus pergi.
Wahai Ummu Rumaisa' ketahuilah bahawa sebenarnya musafir ini dan bumi barakah ini telah mengajarku untuk mencintaimu melebihi ibu dan ayahku sendiri. Engkaulah cinta pertama dan terakhirku….kalaulah Allah warisi kunci pintu syurga itu ditanganku nescaya aku akan berkannya hanyalah padamu..!Ya Allah bersaksikanlah

GENGAMAN WAKTU DAN KETIKA