April 15, 2012

Berita Mengejutkan Pagi ini...

Pagi ini 16 April; seperti biasa selepas membantu isteri menguruskan anak2 untuk ke sekolah, aku terus menekan pedal kereta untuk ke Kampus. Agak luar biasa pagi ini kerena selepas clock in aku terus buka komputer dan menatap video piermario morosini, pemain bolasepak Itali yang mati semalam semasa sedang bermain bola sepak. Selalunya selepas clock in aku akan terus ke kantin untuk makan pagi bersama rakan2 pensyarah yang lain. Lain sekali pada pagi ini kerana aku tidak ke kantin tetapi asyik dengan komputer kerana mencari bahan untuk ceramah anjura JPP minggu depan. Kira kira jam 9 15 pagi, En Azman, rakan pensyarah dalam keadaan terkejut datang kebilik aku dari bilik kuliahnya sambil berkata “Abe wel tak dok dohh”. Aku masih tak faham sambil bertanya Abe wel mana?”. bakpo pulak?. Pada masa itu aku tak menyangka Abe well yang selalu solat berjemaah di masjid waktu zohor dan asar, makan sama dikantin. Malah pagi dia masih mesra dan kelakar macam biasa menegur kami. Azman kata “yaa...abe well tu lah, sakniii jah dia baru bagi salam ko aku”.
Azman memberitahuku dengan cemas dan nampak macam terkejut...

Aku dan beberapa orang pensyarah terus bergegas ke Hospital Besut untuk menziarahi beliau. Apabila tiba di perkarangan hospital Kelihatan sudah ramai pensyarah dan staff lain berada di sana. Beliau telah menghembuskan nafas terakhir dalam perjalanan ke Hospital Besut.

Menurut cerita rakan2, beliau rebah selepas keluar dari bilik air. Beliau dilihat terbaring kaku diluar tandas sebelah jabatan matematik sebelum diangkat oleh beberapa orang pensyarah untuk dibawa kehospital.

Subhanallahhhh... mudahnya kematian itu datang bila sampai ajalnya.
Benarlah bahawa ajal maut itu adalah rahsia ALLAH. Tiada manusia dapat menghidu jejak malaikat maut datang menjengah. Jika telah tersurat ajalnya tidak akan dilambatkan walau sesaat dan tidak akan dicepatkan walau sesaat. Firman Allah Taala :

"Seseorang itu tidak akan mengetahui apa yang akan dikerjakan pada esok harinya dan seseorang pun tidak akan mengetahui pula di bumi mana ia akan mati." (Luqman: 34)

Allah Ta'ala berfirman lagi:
"Maka apabila telah tiba waktu ajal mereka, tidaklah mereka itu dapat mengundurkannya barang sesaat dan tidak kuasa pula mendahuluinya." (an-Nahl: 61)

Namun bila dan di mana saatnya itulah RAHSIA yang ALLAH simpan sebagai ujian buat umat manusia. Surah al-Mulk ayat 2 ( sepatutnya semua kita - yang menulis ni terutamanya - perlu melazimkan membacanya sebelum tidur sebagai peringatan ) jelas menyebut :

"Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu)- untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu Yang lebih baik amalnya; dan ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang Yang bertaubat)".

GENGAMAN WAKTU DAN KETIKA