Mari kita mengenyitkan dahi sejenak dengan cerita mini ini. Mari sama-sama mengeletek sedar kita bahawa berapalah harga diri kita sebagai muslim sebenarnya. Mari ajak minda berfikir diluar kota sejenak demi mencari eri dan nilai diri. Hemmm…kadang2 payah untuk kita beli sebuah cermin besar utuk menilik cara hidup kita yg bergelar muslim ini.Ceritanya begini.
Ada seorang jejaka sedang asyik dilamun cinta. Tapi cintanya ini agak menyimpang dari normal biasa dimana dia mencintai seorang gadis yg bukan muslim. Namun api cinta manakan kenal dengan batasan agama, bangsa dan darjat. Apabila kehangatannya mulai membakar jiwa hanya jinjang pelamin sahajalah muaranya. Alkisah,Kira-kiranya cinta jejaka ini dihalang oleh kedua orang tuanya. Maka memberontaklah jejaka itu kerana hasratnya bakal terhalang. Setelah melalui tribulasi tabiat cinta terhalang itu, akhirnya si ayah memberikan jalan dengan berkata pada anaknya…”baiklah ayah izinkan kamu kahwini dia..tetapi dengan syarat gadis itu mesti memahami Islam dulu dan pelajari sedalam2nya agma Islam ini”. Jejaka itu persis tersenyum dengan wasilah yg diajukan ayahnya itu. Wahh… gembira betul dia kerana jalan keluar bias tertancap. Maka ayahnya berikan semua buku2 tentang islam dari dalam laibry rumahnya kepada gadis itu. Gadis itu balik dengan timbunan kitab sambil berkata “berikan masa kepada saya 4 bulan untuk hadamkan semua buku2 ini”.
Maka bergembiralah sijejaka itu dengan apa yg terjadi didepan matanya… akan tersuratlah juga hasratnya utk memiliki gadis idamannya itu suatu hari nanti. Tetapi hatinya amat berat dan kebas sekali kerana 4 bulan adalah suatu penantian yg amat lama dan menyiksakan. Tetapi apakan daya-upayanya…4 bulan terasakan bagai 40 tahun lamanya…he he bagi orang bercinta begitulah!!!.
Setelah 4 bulan berlalu…maka tibalah hari yg dijanjikan. Dijmputlah gadis itu kerumahnya penuh penghormatan. Bertemulah dua beranak itu dengan sigadis itu. Debaran jejaka tak tertahan lagi menananti jawaban dari sigadis itu. Si ayah terus beranikan diri untuk berterus terang…’Bagaimana jawaban kamu nak?...sudahkah kamu memahami Islam dengan semua buku2 itu?”. Tanya si Ayah penuh harap. Anak mudanya juga nampak kurang sabar utk mendengar jawaban dari gadis pujaannya yang sudah kelihatan berubah sekali wataknya. Nampaknya sinar harapan adalah milik2nya pada hari ini. Saat itu juga gadis itu menjelaskan dengan berani…”pakcik saya telah menemui Islam dalam semua buku2 ini, syukurlah. Terimakasih kerana menghadiahkan kepada saya sehingga saya menemui jalan yg lurus ini. Moga allah merahmati pak cik sekeluarga…tetapi maafkan saya, kerana saya tidak dapat menerima anak pak cik”. Jawaban itu seolah memecahkan dada si jejaka anaknya. Tetapi dalam keresahan si ayah dan wajah hampa pemuda itu, Si ayah bertanya…”kenapa kamu menolaknya ?. si gadis itu menjawabnya dengan tegas, “kerana saya tidak menemui ISLAM pada diri anak pak cik!!!..bagaimana saya harus menerima dia".
Saya tinggalkan persoalan untuk anda berikan komen!!!...
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Demi jiwaku yang ada di tangan-Nya, aku lebih suka berperang di jalan Allah dan mendapat syahid, dan dihidupkan kembali untuk mendapatkan syahid, dan dihidupkan kembali untuk mendapatkan syahid, dan dihidupkan kembali untuk mendapatkan syahid, dan dihidupkan kembali." (Riwayat al-Bukhari)
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Utk Liqa' Usari kali ini Ana pinjam tulisan Ustaz Aadtif dari majalah JOM. Ibarat rumah kita yang cantik,nyaman dan selesa. Ses...
-
JOM…Susuri jalan yang damai Anak2ku dan sahabat tercinta… Kalaulah jalan dakwah ini dipenuhi hamparan permaidani INDAH sudah pas...
-
Di suatu petang, seorang anak datang kepada ayahnya yg sedang asyik baca Quran… “Ayah, ayah” kata sang anak… “Ada apa nak?” tanya sang ayah…...