July 12, 2010

Diari Munggu Ini...

Hujung minggu ni banyak sekali travelling. Hari rabu baba ke USM peneng dengan Umi. Umi ada interview utk Prof. Madya…Alhamdulillah berjalan lancar. Kami menginap di Hotel Vistana. Selepas interview pada kul 3 hari khamis kami terus balik dan singgah di Parit Buntar kerana menziarahi keluarga bekas Kounselor SMI (Atiqah) yang telah tamat kontrak pada 30 jun lepas. Selepas meninggalkan rumah Ukhti Atiqah kami bertolak balik ke KB. Memandangkan hari sudah malam kami bermalam di Cameron Highland sambil menikmati kawasan sejuk kemuncah tanah tinggi tu. Pagi esoknya,selepas kami belikan sayur/buah terus berangkat pulang melalui Gua Musang. Macam biasalah bila lalu K Krai…durian kunyit akan menjadi buruan. Soo dapatlah 4 biji,tu pun pesan awal suruh P Nik simpan. Wahh dapat merasa gak. Sampai dirumah lebihkurang kul 4 petang. Hingga 5 30 baba rest sat… sambil umi kemaskan barangan anak2 utk ke K Terengganu. Kami ke Terengganu kerana Ada hari keluarga di Gem Beach Resort. T/hari sabtu bertolak balik kerumah sambil santai-makan2 menyusuri jalan pantai bersama anak2… Video ini adalah dedikasi khas utk 3 akhawat yg telah meninggalkan bumi Kelantan ini. Ditayangkan semasa farewell utk mereka yg telah diadakan di rumah kami pada hari selasa yg lepas.

GENGAMAN WAKTU DAN KETIKA