March 19, 2008

Tinggalah kasih... Tinggalah Sayang.

Setelah hampir sebulan berada di bumi Al Haramain…kini tibalah hari yang sangat berat untuk dilalui..hari perpisahan, hari dimana aku terpaksa meninggalkan bumi barakah. Alharamain, Bumi yang menjadi kecintaan Para nabi-nabi,bumi yang dikasihi semua hati hati mukmin dan mencintainya semua makhluk di langit dan dibumi. Dengan kecintaan yang berkekalan sampailah hari kiamat. Allahhuakhbar..Yang meninggikan dan meneguhkan agamanya.
Kegawatan hati amat terasa sekali.Telahku kumpulkan semua kenangan dan Iktibar. Telah ku hayati semua sirah dan debu pahit perjuangan silam. Telahku pahat dihati replika kota makkah dan madinah. Telahku coret sirah perjalanan hati ini dengan air mata yang tertumpah… yaa rab, aku telah datang menyahut pangilanmu. Telahku berlari kencang mengejar hidayahmu sedaya upayaku. Telahku kutip muatiara kebaikan bumiMu semampuku.Telahku laksanakan haji, umrah dan ziarah, Maka terimalah amalan ku..yang aku persembahkan hanya padaMu…Maka pad hari ini engkaupun tahu bahawa akau akan pulang, meninggalkan semua kenangan dan pengalaman indah ini. Ikutkan hati memang ingin sekali tinggal lebih lama, taapi akan daya…
Pagi ini terasakan tiada fajar yang menyinsing. Walaupun kepanasan mentari dan tanah kering kontang membahang kulit. Selepas subuh aku dan semua rombongan bersiap untuk pulang. Semua peralatan dan barang2 yang dibeli telah di packing sejak semalam lagi. Pagi ini kami dihantar oleh driver UQU ke HARAM untuk mengerjakan tawaf widhak( Selamat tinggal). Isteri sekali lagi tak berpeluang untuk mengerjakannya sepertimana tawah umra selamat datang dulu. Sungguh berbeza perasaan antara tawaf selamat datang dulu tu dengan tawaf selamat tinggal. Kalau dulu perasan ini dipenuhi dengan seribu tanda tanya dan debaran yang mencengkam tetapi pagi ini keresahan, kesedihan dan pilu nankudus mengigit perasaan. Kali ku melangkah longlai dalam kesedihan seolah meninggalkan pintu cinta…menjauhi rahmat dan pemeliharaan dari yang Agung.
Sebelum subuh kami bertolak ke HARAM. Masuk sahaja kedalam masjid kami masing masing buat hal sendiri, maalomlah kami dah sangat biasa setelah selama sebulan disini. Cuma kami berjanji akan berkumpul di tempat bas sahaja setelah selesai tawaf nanti, Kira kira jam 9 pg. Selepas solat subuh aku terus mengerjakan umrah bersendirian. Tawaf kali ini penuh emosi. Seolah ingin dihirup semua barakah dan kemuliaan tanah haram ini sebagai perbelakan sebelum pergi yang entah bila akan kembali lagi.Selesai tawaf aku pergi minum air zam zam sepuas puasnya sambil berwudhuk dengan air zam zam tu…walau ada yang bising2 d sebelah aku buat dek jer…sebab inilah kali terakhir aku akan berwudhuk disini.. selepas itu aku terus mencari ruang untuk mengerjakan soalat sunat tawaf. Di belakang sikit dari tempat kawasan tawaf, tetapi masih di dataran kaabah aku solat sunat. Setelah solat aku berdoa;Segala galanya aku hadapkan didepan pintu rumahMu ya Allah…segala janji, pengharapan dan permintaan, kebimbangan dan keluh kesah,resah. Seluruh perasaan dan hati bersatu dalam suatu kenikmatan memandang dan rasa, dihadapah pintu kaabahnan indah. Tangisku bukan lagi terisak isak tapi macam budah budak, kerana kegoncangan hati yang sungguh hebat melanda. Demi allah aku tidak pernah mengis seperti ini selama lama ini…ya …bukan aku yang mencipta tangisam ini tetapi hati ini yang memaksa…Aku tahu siapa aku dan aku tahu pada saat ini engkau sangat mendengar rintihan hatiku ini,maka aku serahkanlah segalanya padamu pada pagi ini. Serahkan hidupku selama ini dan selama lamanya…hanya padaMu…Kalaulah tidak dengan rahmatMu dan belas kasihanMu nescayalah aku dan seluruh kehidupanku adalah dalam kecelakaan dan kegelapan… tiada daya upaya melainkan apa yang ada padaMU.
Aku berdoa agak lama. Rasanya tak puas berada disitu. Kiri kananku terdapat ramai orang yang sedang berdoa. Kedengaran ada juga yang merintih dalam doa mereka, sepertiku. Aku masih belum puas. Aku bangun dan terus mengerjakan solat sunat…Aku sendiri tak tahu berapa rakaat,sehingga aku teraasa puas. Selang seli solat sunat aku panjatkan doa, penuh pengharapan. Selesai di situ aku sekali lagi pergi minum air zam zam. Aku minum sepuas puasnya.
Selesai minum aku perlahan lahan berjalan keluar dari masjid. Kaabah yang indah itu terasa semakin jauh…dan semakin jauh. Semakin jauh.. dapatku lihat dari celah celah tiang masjid. Dikala itu masih terdapat begitu ramai tetamu Allah memenuhi masjid sambil solat,duduk2 dan baca Quran. Pagi ini sungguh asyik. Aku nikmati segalanga. Sambih hati ini melambai lambai kaabah, sesekala tangan ini terangkat angkat juga,melambai lambai menyahut suara hatiku ini. Terpisahlah hatiku ini denga apa yang dicintainya. Kekasih: Antara naikmat hati memandang dalam lautan cinta yang membakar. Perlahan lahan kali ini melangkah semakin jauh,,,terasa seolah-olah semakin jauh meninggalkan pintu cinta dan rahmat dari tuhan semua manusia dan tuhan semua makhluk dibumi ini. Aku keluar dari pintu Ab Aziz…perlahan menaiki dataran kearah jalan tempat bas yang akan mengambil kami. Selamat Tinggal: tinggallah kasih, tinggallah sayang dan entah bila aku akan kesini lagi.
Pukul 10 pg kami kembali semula ke hotel dan terus ambil bag untuk ke Air Port jedah.

No comments:

GENGAMAN WAKTU DAN KETIKA