October 13, 2009

Tersiratkah Apa Yang Tersurat..?

Nampaknya masa sekali lagi mencemburuiku. Prosiding 11 kertas penyelidikan yg dibentangkan minggu lepas di permai Inn tu kena ditrbitkan sempena sambutan 10 IPG. So Minggu ini kena siapkan juga semua kerja2 penerbitan tu dan minggu ini juga audit ISO. Hujung minggu ini sudah penuh program menunggu. Jumaat petang, open house utk anak Mizan dan USM. Ahamdulillah meriah sekali. Dalam 60 orang Ikh/akhwat datang. Malamnya Sambutan hari raya peringkat taman. Wah meriah juga…2 kumpulan Nasyid dijemput dalam majlis itu yg bermula kul 8 30 hingga 10 30 malam.Sekumpulan anak2 mizan juga turut serta untuk bakar kambing untuk Kounter kambing yang baba sponsour. Nampak seronok benar mereka ek. Terimakasih kepada hafiz, syihan , asraf dan kawan2 yg lain. Moga Allah merakmati kalian. Hari sabtu Ada mesyuarat lembaga Pengarah PPA dari pg sampai kul 3 petang. Dan malamnya MPN Kelantan sampai kul 12 30. Allahuakhbar…memang benar kata Al-Banna “sesungguhnya kerja kamu lebih banyak dari masa yang kamu ada”. Dan Mudah2an semuanya atas jalan pahala.
Dalam kesibukan ini kadang2 waktu malam sebelum tidur baru dapat berbicara dengan umi,bermuhasabah hati-kehati...Al-kisah: Malam semalam, jamuan hari raya taman, baba n umi masuk rumah kul 1 pagi. Umi dengan kaum ibu kemaskan pingan/mangkuk dan makana yg tak habis diagihkan. Baba dan kaum bapa berkemas kerusi,khemah diluar dan peralatan kasar. Seharian sibuk dan kepenatan, bila dapat merebahkan badan, alangkah nikmatnya…Allahhu akhbar. Allahuakhbar. Ya Allah jadikan semuanya itu poahala kerana keranaMu dan kerana menunaikan hak tetanga dan hak sesama manusia.
Anak2 semuanya dah tidur barulah kami berkesempatan berborak@ muhasabah tentang hari itu. Maha suci allah yg menghadiahkan wanita mulia disisiku. Seperti biasa kepalanya yg mulia direbahkan pada lengan kananku dan kami bersembang panjang tentang peristiwa hari itu. Sungguh damai sekali, hingga sampai kepada satu cerita….pateng tadi semasa baba naik kerumah sekejap dari khemah jamuan Hari Raya Taman kerana utk ambil barang dalam stor. Kelihatan Aini,zulaikha dan rakan usrah mereka tengah makan kek. Mereka jemput baba makan sekali. So,,apa lagi baba jamahlah sedikit sambil berselorh, “Ooo sepatutnya baba yg belikan Kek ini utk hari jadi Izzati. Birth dah Izati kan khamis lepas”.

Semasa sembang dengan umi inilah barulah tahu, Rupa2nya kek adalah itu utk hari jadi naqibah mereka, Atiqah. Saja jer Aini dan kumpulan usrahnya buat suspen utk naqibah mereka. Umi bercerita panjang pasal Atiqah dan Ainon. Masalah yg sedang mereka hadapi. Rupa2nya mereka mungkin tak lama di sini. Pada masa tu… hati ini berfikir panjang tentang nasib anak2 di Mizan dan penerusan tarbiah mereka. Hati ini mulai sayu dan tersentak…apakan daya upaya diri ini kalau semuanya bakal tersurat. Akan lemahkah mereka atau akan kuatkah diri ini untuk menjaga tarbiah mereka tanpa sentuhan tangan2 mulia ini. Ya allah…siapalah aku utk menyangkal tahkdirMu. Bagaimanakah aku mampu menahan mereka dari pergi…Sedang anak2 di Mizan masih memerlukan mereka, dahagakan seribu pengorbanan dari mereka.

Selepas hampir sejam bersembang baba mulai banyak diam… kerana memikirkan masalah ini…dan umi sudah mula dibuai mimpi…penatlah tu, seharian melayan anak2 mizan/Usm dan ahli2 taman. Tetapi mata ini sungguh degil. Masih belum mampu dipejamkan kerana asyik memikirkan penyelesaian yg tak terjawab. Hati ini semakin sayu dan buntu… tiba2 kelopak mataku ini digenangi sekali lagi…limpahannya merayap perlahan membasahi hujung mataku. Aku rapatkan pipiku dengan pipi umi yg sedng dibuai mimpi…gelap malam membawa khayalanku jauh menerjah cakrawala terbias bisikan pasrah hati ini pada tuhan….hingga lenaku datang.”Dengan namaMu ya Allah aku lolosi hidup dan dengan namaMu ya allah aku mati; terbangnya rohku yg kepenatan ini buat semantara, untuk kerehatan. Maha suci Allah yang memiliki jiwa dan roh ini”.

Akan Tersiratkah…Suratan.
Buat Ukhti Atiqah dan Ainon…(suara adik2 di mizan)

Akak, kami ingat dan terus akan...
Dalam Liqa’ “taman-taman syurga”.
di sini…kita ketawa dalam cahaya…
gurauan senda diatas padang ukhuwah menghijau terbentang.
mekar bunga-bungaan bertaburan
kita berlarian berkejaran penuh kemesraan.
Kita duduk tersimpuh bersandingan…
dan bergandingan menyandarkan lelah dan resah.

Sungguh kami masih ingat…
Kau petik bunga cinta fiLlah dan kau selitkan di telingaan kami ini.
Dalam hati kami berkembang mekar
Harumannya menghunjam emosi…wangian syurga tersirat kedamaian.
Iman ku bergetar… taqwaku terdarjat
…terasa terpanggil... tuhan memanggil…kami jadi semkin rindu…
kepadaNya…cahayaNya dan dalan dakwah ini..
Dan…taman ini adalah milik kita kan?...landskapnya yg kita sama bina.

Akak…terimakasih kerana
Ditanganmu ada syurga
Pada wajahmu ada cahaya
… lelah kau berjuang mentarbiah kami
Mengajari kami erti sebuah kehidupan, kehambaan dan perjuangan
Kau gengam erat jari jemari ini
Kau telah hadiahkan buat kami… cinta abadi.
Kau pimpin kami diatas jejak langkahmu menyusur jalan lurus itu
Kau telah hadiahkan pada kami kunci pintu-pintu syurga…
...Nun disana…
jiwa kami menolehnya penuh rindu.

Akak…
Izinkan tanganmu kucium
Izinkan aku sujud di pangkuanmu
Agar kurasai kehangatan cintamu
Agar kudengar bisikan batinmu…
Agar kuingat doa yang kau titipkan
Buat perbekalan saat diri ini rapuh
Buat azimat bila diri ini rebah.
Seandainya kami terpaksa berdiri dimalam gelita
Seandainya nanti kami terpaksa berlari dibumi masa yg putus asa.

Aduhhh…
cemburunya masa dan ketika buat kita
Baru saja kau lamari hati ini dengan hidayah dan cinta
Baru saja semalam kau mandikan kami, sikat rambut kami, bedak...belai kami dengan sutera kasih mesra
…dan..
Akak pakaikan kami pakaian makrifah
… Akak berikan kami suluh hidayah.
Baru kelmarin kita berlari-larian di tepian pantai… "bukit keluang ini"
Kuntuman bunga yg kita tanam di taman ini mulai mekar…
Lihatlah disana, ia sedang tumbuh…dan wangiannya mulai menusuk sukma.

Tiba-tiba..
badai melanda…
Lapang hati ini akan kembali sesak
Rumah suka akan kembali tertancap duka
Kabus berarak belumpun senja tiba…
...seandainya kau melangkah pergi
....seandainya kau tinggalkan kami.

Ingin kami bisikan kedalam hatimu kak!!!...
Bahawa… hati-hati ini belum sedia melepaskanmu pergi…
Hati ini sangat rindukan sentuhan tangan2 sucimu
kami belum puas lagi mengutip mutiara dari dalam dadamu
Jangan biarkan jiwa ini gersang kembali…
Jangan biarkan diri ini tercari2 lagi cahaya rabbani..
Jangan kau pergi
Jangan kau pergi
Jangan tinggalkan kami
Kerana kami disini masih memerlukanmu.
Adik-adik disini akan merinduimu…
seandainya kau pergi jua.!!!!

3 comments:

H.R PuTeRa YuSoFF said...

indah...

Abuuwais said...

kalaulah anta tahu...dan memahaminya!!!!

*Nuraisya* said...

…………………………………………………………………………ALLAH…………..YA ALLAHku…….aku. rayu.aku mohon KAU, peganglah hati- hati kami........kemas- kemas…biar kekal jadi satu..dalam liqa’ bahagia itu…jangan lepaskan kami berkecai…biar perlahan..biar berliku…..biar…. namun izinkanlah, kami terus………jalanan cahaya itu.hingga menemuiMU ALLAH………….mampukanlah kami…!ALLAHU YA RAHHIM…. KAU.cintailah kami.kasihanilah kami…..mereka.dan aku…hingga akhir

GENGAMAN WAKTU DAN KETIKA

Gengaman waktu dan ketika. 8-8-16. Gengaman terakhir saat melepaskan ayah tersenyum mengadap rabbnya... Kematian mengajar kita erti &quo...