Rasulullah s.a.w. bersabda, "Demi jiwaku yang ada di tangan-Nya, aku lebih suka berperang di jalan Allah dan mendapat syahid, dan dihidupkan kembali untuk mendapatkan syahid, dan dihidupkan kembali untuk mendapatkan syahid, dan dihidupkan kembali untuk mendapatkan syahid, dan dihidupkan kembali." (Riwayat al-Bukhari)
March 28, 2011
"Akan ku pimpin tanganmu menuju jalan ini...!"
Cerita mini:Sang Helang
Ada seekor helang sedang terbang merentasi sungai semasa musim sejuk. Ia memerhati satu bungkah ais terapung yang menghala hilir sungai. Helang itu terfikir utk singgah sebentar dan lepaskan lelah seketika di atas bungkah ais tersebut, walaupun dia tahu terdapat satu air terjun yang curam di hadapannya. Helang itu tahu ia mempunyai peluang dan masa untuk terbang sebelum ais itu melalui jeram tersebut.
Akan tetapi, ketika helang berdiri di atas ais tersebut, kakinya menjadi beku ditelan salji. Sementara bungkah ais tersebut semkain menghampiri air terjun, helang itu cuba sedaya upaya untuk terbang tetapi gagal. Akhirnya helang bersama bungkah ais menerjah arus air tejun yg ganas. Helang itu telah membiarkan masa berlalu utk santai hingga lupa untuk bertindak sewajarnya pada situasi itu. Berehat sejenak telah membahayakan dirinya sehingga tengelam bersama arus.
Dari cerita ini, kita boleh mempelajari bahawa KITA boleh berehat dan membuat alasan utk berpeluk tubuh dari dakwah, tetapi ingat akhirnya bila anda terasa nyaman dengan kerehatan akhirnya kita lupa matlamat kita yg sebenarnya. Sedangkan hati kita semakin selesa dengan kerehatan. Malang sekali jika kerehatan akhirnya memusnahkan diri kita sendiri.
IBARAT SUNGAI: Sungai yang mengalir sangat bermanafaat kepada manusia dengan membawa kerahmatan dan khabar gembira kepada sesiapa yg berada dipinggirannya disepanjang alirannya. Airnya boleh menyuburkan tanaman, membasuh pakaian,untuk mandi dan dijadikan minuman binatang dan manusia. TETAPI bayangkan bagaimana sungai yg berhenti aliranya disuatu selekoh sungai. Airnya tidak lagi menyertai arus perdana air sungai yg lain untuk mengalir hingga kemuara. Bukankah sifat2 air itu akan busuk lagi membusukkan. Ada daunan yg jaduh kedalamnya...binatang yg mati terjatuh tambah membusukkan. Air ini sifatnya bukan lagi tidak berguna malah busuk lagi membusukkan.Soo kalau pada mulanya air itu bermanafaat sekarang ia menjadi MUDARAT.
ANAK-ANAKKU; Seringkah kita bertanya pada diri kita sendiri soalan ini...
"SIAPAKAH DIRI KITA DALAM DAKWAH DAN TARBIAH INI????..."
sehari kita berhenti laksanakan dakwah...ingatlah dakwah yg merosakan diri dan umat ini tidak pernah berhenti...dan DIA(kesesatan itu)memasuki rumah2 kita setiap hari ,setiap saat melalui Radio,TV, KOMPUTER(INTERNET)melalui berita,majalah dan akhbar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Utk Liqa' Usari kali ini Ana pinjam tulisan Ustaz Aadtif dari majalah JOM. Ibarat rumah kita yang cantik,nyaman dan selesa. Ses...
-
JOM…Susuri jalan yang damai Anak2ku dan sahabat tercinta… Kalaulah jalan dakwah ini dipenuhi hamparan permaidani INDAH sudah pas...
-
Di suatu petang, seorang anak datang kepada ayahnya yg sedang asyik baca Quran… “Ayah, ayah” kata sang anak… “Ada apa nak?” tanya sang ayah…...
11 comments:
syukran.....menarik...analogi yg mudah difahami
Keterangan: Sifat salji akan cair bila kaki burung yg panas memijak. tetapi bila kaki sang helang tengelam dan suhu kaki menyejuk...salji akan mula mengeras dan memegang kaki dengan kemas sekali.
rumah, kalu ditinggalkan lama, rumah tu lama2 akan kotor, berhabuk, bersepah.. bila tuan rumah balik, xkan tuan rumah nak tinggal dlm rumah dengan keadaan yg begitu. mahu xmahu, dia mesti bersihkan balik rumah tu.. begitula kita.. dunia ni ibarat rumah tu..tuan rumah tu adalah kita.. kita kena pastikan yang tempat kita bersih dari noda dan dosa.. bersihkan diri kita,dan bersihkan kekotoran yang ada di sekitar kita.. khalifah di muka bumi, bukan tugas yang kecil.. tp bebanan dakwah yg kita pikul sgt besar utk kita laksanakan.. mudah2an Allah permudahkan segala urusan kita..amin...- rozairi
Assalamualaikum..
Sepertimana komen yang terdahulu.. memikul beban dakwah merupakan bebanan yang berat.. ia kerana inilah yang diperjuangkan oleh para rasul-rasul terdahulu.. termasuk nabi-nabi ulul azmi..
Persoalan jatuh bangun.. ia adalah sesuatu yang mesti dilalui oleh insan bergelar manusia. Berapa kali jatuh tidak penting.. sebaliknya berapa kali bangun yang lebih penting.
Saya teringat kata-kata seseorang bahawa "Bila kita sendiri diuji dengan apa yang sering kita dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita diperkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia"
Jika diperhatikan Helang tadi diuji dengan "keindahan bongkah ais" yang menyebabkan helang terleka.. dan jatuh dalam pusaran ganas air terjun. itulah sebenarnya dilema yang dihadapi para pendakwah..
Begitulah hidup.. tidak kira apa jua medan yang terbentang didepan mata mahupun sirna dibalik pandangan.. semuanya diuji.. "life is to solve problem"
Marilah kita berjanji yang kita "tidak akan menjadi munafik" darisegi lisan dan perbuatan.. Mari kita mencabut "lumut keserabutan di balik lumpur" dan "menuai seribu ketengan dibalik didenai mujahadah"..
walau dimana kita berada.. "Islam is the way of life". Jadi seperti ikan yang berada di lautan.. tidak masin dengan masinnya air laut..
Salam dari Hafifi
.. lama saya berfikir.. apa kaitan tajuk cerita ini dengan isinya.. akan kupimpin tanganmu menuju jalan ini. em.. bila direnung, bait ayat ini mengandungi dua atau lebih watak. bermakna bukan seorang, bukan sendirian. ada yang memimpin, ada yang dipimpin, ada yang menemani, ada yang ditemani. analogi yang diberi; kisah burung memijak ais. kakinya beku tanpa dijangka lalu terbawa dek arus deras hingga ke curaman air yang tajam dan mungkin membunuh atau mencedera.. cuba kita andaikan burung itu kita, dan arus itu adalah hidup hari ini, detik ini. pasti, pasti, kerana kita manusia,insan, yang sentiasa lupa atau juga sengaja melupa dengan berserah sahaja dengan sifat kelupaan itu tanpa apa2 usaha untuk mengelakkannya atau mengatasinya bila sudah terlupa. elak, dan atasi. elak bila belum terjebak. atasi bila sudah terlangkah ke dalam. di sini, burung itu sudah terlangkah ke permukaan ais. begitu kita.. sukar.. payah.. untuk menahan diri dari terlangkah bila mana kaki sudah terbiasa dibiar begitu tanpa perasaan takut dan harap pada Allah; lebih2 lagi bila sendiri. jadi.. bagaimana dalam usaha untuk elak mahupun atasi perkara sebegitu??-- akan kupimpin tanganmu menuju jalan ini!-- inilah caranya.. hiduplah bersama2 sahabat yang baik.. pasti mereka takkan membiar kita terlangkah ke bongkah ais yang beku itu. jika terlangkah sekalipun, pasti, mereka akan cuba menarik tangan kita dari dterjuni arus yang takkan mampu dikawal oleh kita bila sendiri.. bersamalah. bersamalah. kerana sehebat manapun diri kita dirasai bak bata yang teratas dalam binaan rumah yang terindah, kita tetap takkan mampu tetap di kedudukan itu jika tiada bata- bata di bawah yang menyokong kita kuat. dan bata- bata ini semua sungguh saling memerlukan. penuhilah keperluan itu yang menjadi syarat dalam pembinaan rumah yang kukuh dan tidak runtuh.
Subhanallah...moga allah sentiasa menjadikan hati antum sentiasa basah dan terang lagi menerangi. Hati yg terang tentu bisa menyuluh dgn kebenaran dan hujjah.
mencari sinar dalam kegelapan.. hidup, bukan untuk bersendirian..
semoga ALLAH pimpin hati kita semua ke jalan yang diredhaiNYA.
ISLAM agamaku, agama kamu juga.
wassalam
tika hari ini, jauh kita memandang betapa banyaknya mehnah yang perlu kita hadapi sebagai da'ei.. saya lebih melihat analogi di atas sebagai satu pengajaran kepada 'kebijaksanaan dalam perlaksanaan'.. bongkah ais itu dibaratkan seperti segala kelalaian dunia..dan helang adalah para da'ei yang sentiasa terbang menyebarkan keindahan kebenaran.. kelekaan itu tidak lain hanyalah 'pemusnah' yang jangan sekali-kali kita lupa dan terpengaruh... 'bijaksanalah' dalam berdakwah, ada perkara yang boleh menjatuhkan dan melalaikan kita..smada yg kita perasan mahupun tidak... smga kta mnjadi da'ie dan murabbi yg 'celik' dalam semua perkara...wallahualam..
analogi yang cukup indah bagi menerangkan kepada kami tentang betapa pentingnya dakwah......
cerita helang ini, pada pandangan saya banyak menekankan betapa masa yang ada perlu diguna dengan sebaik mungkin...
p/s; banyak benda yang saya rasa perlu saya dipelajari dalam menjadi seorang daie.
menarik cerita ini..
Assalamualaikum w.b.t...
sungguh indah bimbingan Allah kepada kita..Allah mentarbiyah diri ini dengan menghadirkan seseorang untuk ditarbiyah walaupun diri ini terasa kerdil untuk itu...terasa diri ini banyak sangat kekurangan...namun, Allah mengajar untuk ana kuat dengan cara ini..Terima kasih atas bimbingan yang diberikan..ana masih lagi memerlukan bimbingan yang berpanjangan untuk ana betul2 istiqamah dan yakin diri...begitu indah rasanya mentarbiyah orang yang Allah hadirkan...mohon doa kawan2 agar diri ini sentiasa kuat iman...
Post a Comment