January 18, 2010

Impuls Jiwa


Semalan (Isnin) baba balik dari ejabat agak lewat.Kul 7 baru keluar dari kampus kerana ada Liqa’. Kebetulan ada rakan pensyarah yg tumpang ke KB. Kami makan nasi kerabu daging bakar/ayam bakar sama2 sesampainya di KB. Sooo…dalam kul 10 mlm baru sampai kerumah. Bila sampai rumah semua anak2 dah tido. Rasa sunyi sekali. Mata hati dah tercari2 sesuatu.. langsung .masuk bilik anak2: seperti biasalah mesti cium mereka dulu lepaskan rinduu. Masuk bilik zaujah tengah solat…dalam hati berkata..”wahh ni peluang!!!..dah lama tak sembang panjang. Jarang2 dapat peluang macam ni”.
Lepas mandi… badanpun mulai segar kembali dapatlah sembang2 dengan zaujah sambil baringan. Baba ceritakan kegembiraan baba hari ini…pasal pilihanraya, MPP..pasal anak di mizan pasa liqa’ hari ini. Umi ceritakan ttg anak2, sikembar tu!!!...semasa ambil mereka dari tadika, buraidah Tanya Umi “ummiii sekolah tu kan tempat orang mencari ilmu…betul kan?. ‘yaaa betul” jawab umi. Tapi ummi Tanya balik “sooo buraidah jumpa tak ilmu kat sekolah?”. “Tak jumpa pulak” Jawab buraidah. Ummi sambil nak gelak kata “kenapa tak jumpa?”. Buraidah pun Tanya balik “Ilmu tu apa umi?..”. Umi pun jelaskanlah apa itu Ilmu…bla bla…panjang kebar sampai buraidah faham. Lepas itu Buraidah bercerita semasa ditadika tadi…Muthsanna marah2kan buraidah kerena buat cepat2 kerja Mathematic…sedang dia lambat. waah ini adalah salah satu situasi yg mencetus gimic dan impuls jiwa bagi seorang ayah/ibu yg punyai anak2 “identical twins” dan “mirror Twins”…macam kami.
Itulah bunga kehidupan apabila memiliki anak2 yg baik. Itulah keindahan yg Allah hiasi dalam hati dan kehidupan ini. Dengannya Allah nak berikan ilmu kepada kami berdua. Subhanallahhh. Kadang anak2 berkata sesuatu perkara konsep..sedang dia sebenarnya tidak memahaminya. Dan apa yg anak faham selalunya tidak sama dengan apa yg kita faham…kadang2 kita memahami situasi tidak sama dengan orang yg mengalaminya atau membacanya sahaja. Ringkasnya manusia melihat pada perspektif nilai diri dan pengalaman masing2. Aanak2 sebenarnya mempunyai perspektif yg tersendiri dalam memahami sesuatu konsep. Memahami bagaimana tabiat kanak2 berfikir adalah satu kelebihan bagi ibubapa cemerlang.

4 comments:

BaKaRSoN said...

Salam, izinkan saya menjadikan diri dan segala apa yg ada dlm diri En Zul sebagai sumber inspirasi :-)

Abuuwais said...

legih kuat jika jadikan Muhammad(saw)..sahabat yg mulia,tabien, Tabien-tabien..sebagai Hujjah kita...Moga Allah merahmati anta

BaKaRSoN said...

Memang benar :-) terima asih atas segala ilmu yg dicurahkan. moga En Zul dapat membawa sinar perubahan dalam hati anak-anak tutee En Zul. nak bgtau, diorang mula respect En Zul bilamana En Zul merubah iklim fizikal kelas kami iaitu belajar diluar kelas (tangga library). tak pernah2 kami dibawa keluar begitu. meraka seblum ini mungkin bosan dengan cara yg lama. dan En Zul telh merubah pendirian mereka dengan mlakukan perubahan tersebut...tahniah :-)

Abuuwais said...

Apa yg saya harapkan hanyalah agar Allah memberikan hidayah kepada kamu semua..dan pada satu hari nanti hati ini akan mencintai kamu semua seperti saya mencintai anak2 saya sendiri..bukan sekadar tute semata...\dan semoga Allah menjadikan setiap pertemuan kita adalah ibadah dan sungguh bermakna sebagai perhiasan hidup disepanjang jalan kehidupan ini... \tapi macam yg saya katakan hati penuh kebaikan dan hati ini hanya mencinta apa2 yg Allah cintai...soo jadilah kamu semua insan yg dicintai Allah agar hati ini segar mencintai kamu keranaNya...InshyaAllah minggu depan Tutorial di Masjid...mula dengan dhuha dan tilawah Quran...Jom jumpa disanannnn.

GENGAMAN WAKTU DAN KETIKA

Gengaman waktu dan ketika. 8-8-16. Gengaman terakhir saat melepaskan ayah tersenyum mengadap rabbnya... Kematian mengajar kita erti &quo...