Ucapan sempena Farewell pelajar sem 8 yang akan grad 15 Nov ini.
(Dewan Al-Kindi)
Pelangi Kehidupan MAHA-SISWA
(Dewan Al-Kindi)
Pelangi Kehidupan MAHA-SISWA
Manisnya bergelar MAHASISWA dengan spektrum warnanya yang
memukau kalbu. Dengan sopan mereka oportunis, dalam diam mereka bercita menjadi
kaum yang manipulatif dalam memimpin. Semuanya gara-gara mahu success dan nyaman dalam hidup dengan
aroma sekeping ijazah. Mereka ingat dengan segulung ijazah adalah tiket untuk
success. Kelak nanti mereka buntu temui makna kehidupan yang aman dan nyaman walaupun
segulung ijazah disandang itu seolah-olah bererti sebuah kematangan. Mereka terlupa pada hakikatnya kehidupan
selepas bergelar sebagai guru atau
doktor atau arkitek atau profesional...nanti adalah lebih pedih dan lelah sebenarnya. Kenapa
tidaknya...kejernihan hidup yg boleh di label sebagai professional itu
sebenarnya bisa dikeruhkan dengan lingkungan yg merosakkan. Kita boleh menjaga
anak2 kita dan keluarga tetapi sebenarnya mereka hidup dalam bi’ah yg rosak dan
merosakkan. Itulah sebenarnya menuntut
kita hidup lebih lelah daripada yg dijangkakan. Inilah realiti yang kehidupan bagi mereka yg punya
sedar, punya visi, berpandangan jauh dan tidak hanya berpeluk tubuh nanti...
Betapa bumi menangisi kerana terpaksa mengendong ahli maksiat diatasnya. Kalaulah bumi boleh teriak, sudah lama ia akan menjerit menangis kehidupan manusia yang menumpang di atas pundaknya. Para juhalak bermarajalela, para pemimpin rakus menghirup dunia, para ulamak bak syaitan bisu, orang kaya menindas si miskin, mereka yg berkata benar dipenjara...pembela al-haq di pandang dusta.
Saya cabar kamu wahai mahasiswa!...
Sindrom
3K yg membelengu kamu selama lima tahun di kampus ini telah membutakan hati dan
iman kamu. Apa 3 K itu?. Itulah katil, kafe dan kuliah. Kamu diulit mimpi indah
sebagai mahasiswa.
Kamu tidak lagi cakna apa yang berlaku kepada umat ini. Tidak giur ambil tahu situasi semasa.
Cita-cita anak muda menjadi mahasiswa yang terpimpin, bukan mahasiswa yang terkongkong. Anak muda sebagai generasi yang akan memimpin masa hadapan perlu melihat lebih jauh terkehadapan dengan keadaan sekeliling, jangan hanya tunggu dan terus menerima, kita mesti memberi masa,buah fikir,keringat dan kehidupan kamu untuk Allah dan umat. Cuba ingat kembali untuk apa allah utuskan nabi?...maka apakah kita yg punya Intelek dan minda yg sempurna ini untuk apa pula?
Kamu tidak lagi cakna apa yang berlaku kepada umat ini. Tidak giur ambil tahu situasi semasa.
Cita-cita anak muda menjadi mahasiswa yang terpimpin, bukan mahasiswa yang terkongkong. Anak muda sebagai generasi yang akan memimpin masa hadapan perlu melihat lebih jauh terkehadapan dengan keadaan sekeliling, jangan hanya tunggu dan terus menerima, kita mesti memberi masa,buah fikir,keringat dan kehidupan kamu untuk Allah dan umat. Cuba ingat kembali untuk apa allah utuskan nabi?...maka apakah kita yg punya Intelek dan minda yg sempurna ini untuk apa pula?
Jangan kamu tertipu, jangan kamu terpedaya dan jangan kamu
diperbodohkan.!.
Kamu adalah pemuda yang berjiwa besiwaja. Mari kita buka buku sejarah awal baginda menyemai cahaya Islam dulu. Mereka di bantu oleh para pemuda-pemuda. Mereka sama umur seperti kita. Pemuda itulah yang menyelamatkan Nabi Muhammad SAW daripada dibunuh oleh kafir Quraisy. Pemuda itulah yang memimpin bala tentera ketika Nabi kegeringan. Pemuda itulah yang membuka Kota Constantinople. Adakah kamu anak muda hanya sekadar berpeluk tubuh yang memakai topeng kehinaan di hati umat ini?...atau kamu adalah pemuda-pemuda kebanggaan islam?. Yang akan menjadi batu asas kepada kegemilangan umat ini untuk kali kedua.
Saya ingin meminjam daripada kata-kata Sayid Abu Al-A’la Al Maududi ketika memberi ucapan di majlis konvokesyen salah sebuah Universiti di Karachi suatu masa dahulu.
"Wahai pelajar! kamu telah melabur sekian lama masa kamu di
universiti ini untuk mendapat ilmu. Kamu telah lama menunggu saat di mana kamu
akan menuai hasil usaha kamu itu dalam bentuk segulung jiazah. Aku tahu, betapakamu
semua akan berkecil hati denganku hari ini dalam majlis gilang-gemilang seperti ini. Maka menjadi satu kesukaran buat aku
berterus terang kepada kamu saat ini.
Walaubagaimanapun aku perlu berlaku jujur bahawa dalam menilai tempat
kau dididik ini, malah kesemua tempat pendidikan yang bernama universiti ini
tidak ubah seperti tempat penyembelihan berbanding tempat pendidikan.
Ijazah yang dihulurkan tidak ubah seperti sijil kematian, diberikan
apabila si pembunuh sudah berpuas hati kerana telah berjaya menyempurnakan
penyembelihannya. Alangkah bertuahnya kepada mereka yang telah berjaya
melarikan diri daripada penyembelihan terancang ini dengan sedikit cahaya
kehidupan.
Aku tidak hadir ke sini untuk mengucapkan tahniah kepada kamu kerana telah menerima sijil kematian tersebut. Malah sebaliknya, aku berasa teramat sedih melihat kamu semua dalam keadaan teruk. Aku seperti seseorang yang sedang mencari manusia yang masih hidup dalam timbunan mayat disini."
Aku tidak hadir ke sini untuk mengucapkan tahniah kepada kamu kerana telah menerima sijil kematian tersebut. Malah sebaliknya, aku berasa teramat sedih melihat kamu semua dalam keadaan teruk. Aku seperti seseorang yang sedang mencari manusia yang masih hidup dalam timbunan mayat disini."
Saya akan mengulangi ungkapan ini saban tahun walaupun saya tahu
setiap ada orang yang membencinya. Ada orang-orang yang tidak mahu melihat
jiwa-jiwa kamu celik dan bangun menyalakan obor buat umat ini. Benarlah satu ungkapan “Havard produce
genius but not soul”. Graduan hidup di dalam jasad, tapi mati hatinya.
Tidak ubah seperti robot yang diprogramkan. Tidak ubah seperti mayat yang hidup
tanpa jiwa.
Wahai anak-anakku yg sangat dekat dihatiku ini...fahamkah kamu bahawa tangungjawab kamu lebih banyak dari masa yang kamu ada.
Wahai anak-anakku yg sangat dekat dihatiku ini...fahamkah kamu bahawa tangungjawab kamu lebih banyak dari masa yang kamu ada.
Kamu adalah ruh baru yang mengalir dalam hati umat ini dan
menghidupkan umat ini dengan Al-Quran. Kamu adalah nur baru yang bersinar
menghapuskan kegelapan materialisme ke arah ma’rifah Allah s.w.t. Kamu adalah
suara yang berkumandang dan bergema melaungkan dakwah Rasulullah s.a.w.”.
Allah
s.w.t. telah berfirman yang bermaksud: ‘Katakanlah (wahai Muhammad):” Inilah jalanku, aku dan
orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah dengan
berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha
Suci Allah (dari segala i’tiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari
golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain”.
28 (
وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا كَافَّةً لِلنَّاسِ بَشِيرًا وَنَذِيرًا وَلَكِنَّ
أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ) سبأ
‘Dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan untuk
umat manusia seluruhnya, sebagai Rasul pembawa berita gembira (kepada
orang-orang yang beriman), dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar),
akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu)’.
‘Sesungguhnya orang yang paling mulia di kalangan kamu di sisi
Allah ialah yang paling bertaqwa’.
Kemenangan sebenar adalah kemenangan mempertahankan yang benar itu
benar dan yang salah itu tetap salah dalam apa juga keadaan dan situasi,
walaupun dalam nilaian manusianya kita kalah.
(صِبْغَةَ اللَّهِ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ
اللَّهِ صِبْغَةً وَنَحْنُ لَهُ عَابِدُونَ) . البقرة 13
‘Celupan Allah, dan siapakah yang lebih baik celupannya
selain Allah s.w.t. dan kami menjadi hamba yang menyembah kepadaNya’.
Selamat menerima segulong ijazah,selamat menyahut seribu amanah
dan selamat meneruskan kehidupan yang
lebih lelah dan memenatkan.
Ingatkah lagi
bekalan disepanjang jalan dakwah ini?
No comments:
Post a Comment