HADIS 4
عَنْ أَبي عَبْدِ الرحمنِ عَبْدِ اللهِ بْنِ مَسْعُودٍ رضى الله عنه قَالَ: حَدَّثَنَا رَسُولُ الله صلَّى الله
عليهِ وسَلَّمَ وهو الصَّادِقُ الْمَصْدُوْقُ: (( إِنَّ أَحَدَآُمْ یُجْمَعُ خَلْقُهُ فِي بَطْنِ أُمِّهِ أَرْبَعِيْنَ یَوْمً ا
نُطْفَةً، ثُمَّ یَكُوْنُ عَلَقَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ یَكُوْنُ مُضْغَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ یُرْسَلُ إِلَيْهِ المَلَكُ فَيَنْفُخُ فِيْ هِ
الرُّوْحَ وَیُؤْمَرُ بِأَرْبَعِ آَلِمَاتٍ؛ بِكَتْبِ رِزْقِهِ وَأَجَلِهِ وَعَمَلِهِ وَشَقِيٌّ أَوْ سَعِيْدٌ. فَوَاللهِ الَّذِي لا إل هَ
غَيْرُهُ إِنَّ أَحَدَآُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ اْلجَنَّةِ حَتَّى مَا یَكُوْنَ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْ هِ
الْكتِاَبُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ فَيَدْخُلُهَا. وَإِنَّ أَحَدَآُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ حَتَّى مَا یَكُوْنَ بَيْنَ هُ
وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ اْلجَنَّةِ فَيَدْخُلُهَا )). رواه البخاري
ومسلم
Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas'uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai):
Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya dalam ﺑﺪء)( (اﻟﻤﻠﺌﻜﺔ ذآﺮ ﺑﺎب) اﻟﺨﻠﻖ nombor 3036, dan dalam (اﻟﻘﺪر) dan dalam (اﻷﻧﺒﻴﺎء) . Al-Imam Muslim meriwayatkannya di awal
.(.nombor 2643 (ﺑﺎب آﻴﻔﻴﺔ ﺥﻠﻖ اﻵدﻣﻲ) bab (اﻟﻘﺪر) k
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Demi jiwaku yang ada di tangan-Nya, aku lebih suka berperang di jalan Allah dan mendapat syahid, dan dihidupkan kembali untuk mendapatkan syahid, dan dihidupkan kembali untuk mendapatkan syahid, dan dihidupkan kembali untuk mendapatkan syahid, dan dihidupkan kembali." (Riwayat al-Bukhari)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Utk Liqa' Usari kali ini Ana pinjam tulisan Ustaz Aadtif dari majalah JOM. Ibarat rumah kita yang cantik,nyaman dan selesa. Ses...
-
JOM…Susuri jalan yang damai Anak2ku dan sahabat tercinta… Kalaulah jalan dakwah ini dipenuhi hamparan permaidani INDAH sudah pas...
-
Di suatu petang, seorang anak datang kepada ayahnya yg sedang asyik baca Quran… “Ayah, ayah” kata sang anak… “Ada apa nak?” tanya sang ayah…...
5 comments:
Peringkat Pertumbuhan Janin Dalam Rahim :
Ayat-ayat yang berkaitan dengannya (Al-Haj : 5) (Al- Mu'minun :12-14)
Hikmat di sebalik kejadian berperingkat-peringkat : Sebagai pengajaran kepada manusia untuk mencapai tahap kesempurnaan ma'nawi mestilah melalui cara ((tadarruj)) beransur-ansur tidak gopoh atau gelojoh.
Ditiup Ruh :
Sepakat ulama' menyatakan bahawa ruh ditiup pada janin selepas 120 hari disenyawakan.
Hikmat bagi perempuan yang kematian suami, baginya iddah selama empat bulan sepuluh hari, bagi menjamin kesucian rahimnya(tak mengandung).
Menggugurkan Janin :
Sepakat ulama' menyatakan haram (setelah ditiupkan ruh) - dikira sebagai jenayah dan wajib membayar diat (denda) bila digugurkan, sekalipun mati selepas itu. Gugurkan sebelum ditiupkan ruh - juga haram pada kebanyakan pendapat. Ada yang kata boleh tapi pendapat yang dhaif.
Subhanallah...tersingkap kehebtan Allah swt di setiap kronologi penciptaan manusia..betapa kita ini tidak meminta untuk lahir kedunia, merasai segala nikmat pemberian-Nya..namun selalu sahaja mungkar dan tidak bersyukur atas setiap pemberian....astaghfirullah..
seperkara lagi: Pengalaman ana, setelah 120 hari , isteri mula terasa gerakan dalam kandungan. Baigi yg pertamakali pragnent inilah saat yg sangat mengembirakan.
Antara initipati yang boleh dibincangkan lagi melalui hadis ini,,,antaranya:
1)Maha suci Allah yang menjadikan kejadian Insan secara berperingkat,,,ini membuktikan bahawa kita diciptakan dengan perancangan yang begitu rapi dan kemas... Pastinya ada ibrah di sebalik kejadian berperingkat ini...
2)Sesungguhnya rezeki, ajal, amal dan kesudahan kita sudah ditetapkannya... Jika dihuraikan mengenai perkara ini,pastinya ia memerlukan huraian yang lebih terperinci kerana ianya melibatkan Qadha' dan Qadar Allah.. Spy tidak kita tergelincir dari fahaman2 seperti muktazilah....
3)Kita tidah pasti adakah penghujung usia kita nanti,,adakah kita di dalam golongan melakukan amalan ahli syurga ataupun amalan ahli neraka.. Kerana itu,, perlu sentiasa berdoa dan berusaha agar menjadi golongan Husnul Khatimah...
Ana cuma melontarkan beberapa idea yang boleh dibincangkan lagi secara lanjut di dalam liqa' akan datang, insyaAllah...
Post a Comment