February 25, 2008

Menjadi tetamu Nabi


Ziarah… kekasih…sarat rinduku padamu…
Hari sabtu 12 zulhijjah kami dah selesai haji,Nafaar awal…InshyaAllah mabrur. Kami meninggalkan mina dan balik ke hotel UQU. Hari selasa 8 pg kami meneruskan perjalanan untuk melengkapkan emosi dan misi kami ketanah haram, Al-haramain iaitu ziarah maqam Muhammad (s.a.w). Insan yang menjadi kecintaanku selama ini melebihi kecintaanku pada kedua orang tua ku dan diriku sendiri, sebagai dai'e sebagai penyambung risalah dakwah. Menurut hadis siapa yang menziarahiku semasa musim haji adalah sama seperti mereka menziarahi semasa hidupku. Sesungguhnya selama lama berada disini hati ini seolah olah terasakan seolah olah semua sirah nabawiah yang di baca adalah hidup dan mengalir dalam darah kami, terasa dekat dan sangat panas segar dalam ingatan dan semacam baru sahaja berlaku. Maka perjalanan dari makkah ke madinah hati ini terasakan sangat teruja dan penuh semangat yang berkobar kobar beserta seribu macam soalan tak terjawab dan tersingkap.

Sepanjang perjalanan, yang kelihatan disekeliling hanyalah padang pasir dan bukit bukau yang berbatu keras। Terasa keinsafan yang mendalam bahawa betapa sukarnya perjalanan hijrah nab. Siri siri peperangan yang nabi tempohi semasa beberapa tahun hayat baginda menegakkan daulah di Madinah, Fathul Makkah, siri dan misi hudaibiah, badar Al-Kubra Uhud dll….Itulah jalan penderitaan dakwah dan penegakkan daullah dan kalimah Allah. Patutulah semasa hampri wafat baginda dan tengah sakit tenat para sahabat tanya "Ya rasulullah beratnya penderitaan mu sedangkan kamu insan mulia, nabi?". Makan nabi bersabda " sesungguhnya tiada lagi penderitaan selepas hari ini"…Kebetulan buku Sirah Nabawiah jilid2 aku baca di sepanjang perjalanan yang menjemukan tu. Terasa sirah dekat di hati dan seolah aku sedang menyaksikan siri siri filem yang hidup dalam hati ini… masyaAllah॥ Allah saja yang tahu… Bukit batu itu menjadi saksi dan seolah semuanya hidup dan menyambut mersa suara hatiku ini…


Kami sampai di madinah dalam pukul 2 petang, so kami jamak taakhir di masjid nabi। Sampai sahaja di bandar madinah suatu perubahan terasa dalam hati ini. Ketenangan dan sakinah yang yang tak terungkapan. Aneh betul . Hati ini berkata "patutlah nabi suka tinggal di madinah". Sungguh berbeza dengan makkah, madinah tersusun, bersih, tenang dan dalam masjidpun berbeza dengan masjid haram, lelaki dan perempuan diasingkan sussana ibadah sungguh terasa. Nabi pernah bersabda "Sebaik baik bumi adalah bumi madinah".


Aku dan isteri pergi kemasjid nabawi seblum asar. Aku cuba masuhk kawasan raudhah(masjid lama,berbumbung hijau), alhamdulillah dapat masuk beberapa meter sahaja dengan maqam dan mihrab nabi. Aku berada disitu sehingga maghrib. Semasa diraudhah hati ini terasa seolah olah sedang berada di halaman nabi, memang terasa seolah seolah olah nabi masih hidup. Selepas maghrib aku keluar kepintu babbul Sallam (yang hanya beberapa saf sahaja dari tempat aku duduk sebentar tadi) untuk ziarah maqam rasul. Sampai hampir 1 meter dari maqam tiba tiba sebakku tak dapatku tahan.. beberapa orang disebelahku juga kulihat demikian. Ada yang menangis terisak isak. Lantas dalam kelam dan sebak aku ucapkan salam beberapa kali.. Assalamualaika ya rasulullah…asalamualaika ya habibullah…assalamualaika ya nabiullah…insan yang aku cintai selama ini..selama ini aku merinduimu seumur hidupku..sekarang aku datang menziarahimu…bersaksikanlah wahai nabiku…bersaksikanlah" dari jarak sedekat itu aku dapat lihat dengan jelas maqam dan dari celah celah jeriji besi maqam Nabi, Abu Bakar dan Umar. Ya Allah Sempurnalah sahadahku…Dengan keyakinan yang tak berbelah bagi lagi…maka sempurnalah iman dan taqwaku yang ku cari selama ini.

Selepas selesai dari ziarah aku berdiri agak lama di luar masjid. Sambil menunggu waktu Isyak aku mencari cari dimana Baqik. Baqik akhir yang terletaknya maqam syaidina osman. Rupa rupanya jauh di seberang pagar selepas dataran masjid. Ada sejarahnya kenapa osman dimaqamkan jauh dari Nabi,Abu Bakari dan Omar. Kerana semasa kewafatan Sy Osman (semasa menjadi khalifah) beliau bertelingkah dengan Aisyah, sedangkan maqam rasul adalah Bilik Aisyah.

Subuh keesokan harinya aku awal awal lagi ke masjid untuk solat subuh. Sempat bertahajud dan solat hajat. Selepas solat subuh Imam mengumumkan tentang solat jinazah ( boleh dikatakan setiap waktu). Aku tunggu solat, selepas solat aku terus keluar dari masjid kerana pada waktu ltulah Baqik akhir akan dibuka dan boleh masuk untuk ziarah. Ramai jamaah lai berkejaran untuk memasuki kubur Baqik. Bila masuk aku mencari cari dimana maqam Osman..sebenarnya seribu para sahabat yang mulia dan sebahagiannya dijamin syurga di kebumikan di Baqik.. semua maqam disitu tidak bertanda. Namun aku dapat temui maqam Osman dengan bertanya Askar yang menjaga tempat itu…hati ku berkata.. "Wahai khalifah, ahli syurga kamu hina atau mulia bukan kerana batu ini, berbanding dengan khalifah yg lain Abu Bakar dan Omar disisi nabi dan diziarahi orang…tetapi kerana allah yang memuliakanmu dan melebihkanmu dari manusia lain…dan kamu adalah khalifah bagi umat Islam, kamulah yang mengumpulkan Quran dan menulisnya sehingga aku dapat menbacanya pada hari ini"..Assalamualaikum Ya Osman dan Ahlil Kubur semoga Allah membangkitkanmu pada hari kiamat adalah seperti cahaya…aku akan menyertaimu jua suatu hari nanti…".
Aku berada agak lama dalam baqik sehingalah matahari terbit…sambil berjalan jalan dalam cuaca yang agak sejuk dan kering….

No comments:

GENGAMAN WAKTU DAN KETIKA