July 8, 2008

Suatu Pagi… hati ini menangis lagi….

Pagi ini aku bangun agak lewat berbanding semalam..Kul 5 pg…PDA yg sudah kuarahkan kejutkan ku pada 4 pg tak dapat menyentak lenaku yang asyik…Tak memgapalah yang penting sempatku bertahjud dan menikmati pagi nan indah bersama tuhan…Selepas tu sempat mengejutkan Isteri tercinta bangun untuk menyertaiku…bertahajud.

Selepas itu sempat kami berbicar, berbual penuh kemesraan sambil bermuhasabah sebelum masuk waktu subuh. Sesungguhnya bila semakin tua sebenarnya bebanan kerja semakin banyak.Kerja di pejabat dan bebanan dakwah yang terpikul dibahu. Kami berkira kira an berbicara dalam gelombang yang sangat koheren sekali. Hari ini aku kena pulang lewat lagi kerana lepas kerja ada Liq’ dengan pelajar. 2 kump liq’ yg ku perlu santuni dengan sentuhan rabbani, so 2 kali seminggu memang kena balik lewat. Namun hati ini tak pernah terasa berat dan mengeluh, malah ianya adalah nyawa dan obor sumbu kehidupanku . Anak2 pun faham siapa baba dan umi mereka. Syukurlah… punya isteri yg menjadi pendorongku selama ini dan selama lamanya. Itulah harapan ku.

Bahan tezkirah kami ialah sirrah nabi dengan pengemis buta….(artikel dibawah). Ketika menceritakan sirrah ini aku tak dapat menahan sebak…kerana masih segar dan ingatan pada suatu ketikaku dahulu semasa menziarahi dua insan yang sangat ku cintai lebih daripada ibu dan ayahku, iaitu Rasulullah dan Abu Bakar. Sesiapa yang pernah melewati kubah hiujau Masjid Nabawi pasti memahaminya. Ketika itu terhambur rinduku yg sarat kepada mereka berdua. Bisik hatiku “betapa Cintanya Abu Bakar pada Rasulullah setelah ketiadannya. Dan yang paling syahdunya ialah keindahan Akhlak Nabi kepada hanya seorang pengemis lagi buta dan sudah tua, yang menghabiskan seluruh usianya hanya untuk menghalangi jalan dakwah nabi. Tetapi tangan Nabi yang mulia itu sanggup menyuapnya pada setiap pagi,dah lah tu tanpa perlu mengangkat tangan dan tak perlu susah utk banyak mengunyah”. MasyaAllahhhh.. hebatnya manusia ini. Sesungguhnya sejarah takkan kembali berulang lagi, takkan ada lagi insan semuliaMu… ya rasulullah… dan takkan ada lagi manusia yg akhlaknya semulia akhlakMu.Sebagai daie’, sesungguhnya cerita ini menjadi guru dan pengajaran yang sungguh panjang dan barharga…ku cuba tadabbur…

Ketika itu juga mengalir deras air dari kelopak mataku dan dalam kedingin pagi nan indah. Dalam suram malam dan penuh syahdu Kupeluk erat isteri ku sehinggakan pipinya terasakan panasnya air yang mengalir deras dipipiku.Wahai isteriku rasakanlah apa yang tertulis dalam hati dan perasaan ku ini.Hanya engkau yang memahami dan mampu mentafsir semua lukisan indah dalam lubuk hatikun ini.Sesungguhnya aku ingin sekali menjadi seperti Muhammad itu dan abu bakar…Sepertimana ku tahu bahawa dirimu sangat mencintai Khadijah…. Wahai Ummu Rumaisa’… bantulah suamimu ini yang lemah…..Di atas jalan ini….

Ketika dalam perjalanan ketempat kerja sambil menikmati kedamaian pemandangan dan kenyamanan udara pagi, aku membaca maatsurat kubra. Kesemua bait bait doa dalam al-matsurat menjamah an mengusap-usap indah sekali setiap ruang dan perasan hati ini. Sungguh terkesan dan membangkitka keinsafan dan motivasi yang tiada tandingnya…Hati ini menangis lagi…keinsafan yang menyelubungi perasaan. Ketika lafazkan doa ..

Ya Allah kurniakanku lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut (namaMu),hati yang penuh segar mensyukuri nikmatMu,serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepadaMu. Ya allah kurniakanku iman yang sempurna,hati yang khusyuk, ilmu yang berguna dan keyakinan yang benar benar mantap……
Hingga….akhir.
Selepas itu doa rabitah yang mengetarkan jantung hatiku…terbayang semua rakan rakan yang berjalan seiringan …

Sungguh segarnya pagi ini dan sungguh bermakna hari ini. aku mulai hari ini dengan jiwa dan bersemangat…yang berkobar kobar. maka..sungguh indahnya dan bermaknanya hidup ini… sebagai daie’….

No comments:

GENGAMAN WAKTU DAN KETIKA